Friday 25 October 2013

jumaat : Syirik

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian untuk rakan-rakan seperjuangan..

Syirik.Menyekutukan Allah..daripada kita sekolah dulu kita dah di ajar mengenai syirik..bila sebut je syirik,semua mesti terbayang menyembah berhala,menyembah benda-benda lain selain Allah..atau dalam makna sebenar  syirik adalah 

perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada dengan perkataan, pegangan, perbuatan dan iktikad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu Allah

Syirik terbahagi pada dua iaitu

Syirik Jali (terang dan nyata) : boleh jadi melalui i'tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah, melalui perbuatan seperti menyembah berhala, dan melalui lidah seperti mengaku keluar dari Islam..

Syirik Khafi (sembunyi) : riak dalam beramal ibadat..boleh menyebabkan luputnya pahala..

Apa yang me nak kongsikan adalah kita sebagai TTC yang selalu jumpa doktor dan makan ubat ni selalu sgt terdedah dgn syirik,jika kita tak berhati2..contoh:

"kau cuba pergi klinik Dr.Si Polan, aku dengar Si Minah tu berjaya pregnant lepas jumpa doktor tu"

atau

"aku kena makan ubat yg doktor bagi ni,kalau tak aku tak boleh pregnant"

nampak tak?

kdg2 kalo kita tak berhati2 terlalu percaya pada kuasa seseorang doktor,atau sesuatu ubat tu..kita boleh jatuh syirik..sebab kita menafikan kuasa Allah yang sebenarnya yg beri kita rezeki pregnant tu..sedangkan doktor atau ubat tu hanyalah ikhtiar kita,sebagai perantara atau asbab yg menyebabkan kita pregnant..Allah lah yang berkuasa menentukan..

Jadi,jgn lupa sebut InsyaAllah.. 
InsyaAllah dgn usaha berjumpa doktor n makan ubat ni Allah bagi rezeki..

Wallahu a'lam..
Maaf jika ada yang tersalah...
Bacaan asal : sini dan sini


8 comments:

  1. minta dijauhkan dengan perbuatan2 syirik..yg penting berusahalah dan yakin dengan Allah swt

    ReplyDelete
  2. Umi...thanks for sharing ....ilmu berguna ni....

    ReplyDelete
  3. Memang kita selalu terlepas cakap sampai tak sedar ter'syirik'..Moga2 diampunkan dosa

    ReplyDelete
  4. btul tu umi, kdng2 kita x sdr ape yg kita ckp ni blh jdi syirik kan...

    ReplyDelete
  5. selalu kita terlupa dengan kuasa Allah dan terlalu bergantung kepada doktor yang merawat tu. moga dijauhkan dari 'syirik' yang tidak disedari ni.

    ReplyDelete
  6. TQ me, sharing this. Kita kena berhati-hati dan beringat sentiasa, ujian dari Allah, jalan penyelesaian juga dari Nya.

    ReplyDelete
  7. me, umie pun pernah terjumpa org2 yg taksub dan menganggap ubat/seseorang itu yg boleh menyembuhkan seseorang..sedang mereka ini tidak sedar yang kuasa penyembuhan hanya terletak atas keizinan Allah s.w.t. antaranya biasa didgr.."kau makanlah ubat ni, ubat ni bagus ramai yg dah berjaya tau".."apa kata kalau ko jumpa dr X, dia bagus la ramai jgk yg dh berjaya berubat dgn dia ni"..ubat adalah perantara/asbab..tukang urut adalah perantara/asbab..doktor yg merawat juga adalah perantara/asbab..moga2 kita sts dijauhkan dari perbuatan syirik ini..wa iyazubillahi minzalik..sia2 segala amal ibadah dilakukan..terima kasih me buat ingatan kita semua ni..

    ReplyDelete
  8. Hi nicee reading your blog

    ReplyDelete