Monday 31 December 2012

2012 dalam kenangan

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2012 kan..ye,masa semakin cepat berlalu..rasa mcm baru je sambut tahun baru 2012..tapi diam tak diam jugak dah banyak yang Umi n Encik Abah lalui sepanjang 2012 ni...

Sekadar untuk coretan peribadi Umi...

Anugerah nikmat:
  • Januari- Encik Abah dapat posting cikgu sementara di Johor, Alhamdulillah.. masa ni mmg isu hangat ttg graduan pendidikan lambat posting. Tapi rezeki Encik Abah dapat cepat.
  • Februari - cuti-cuti dengan family in law kat Cameron Highland..ni 1st time Umi pergi sana..hehe..
  • Mei - Konvo Encik Abah di UPSI
  • Mei - Encik Abah dapat permanent posting di Johor, sekolah yang sama. Alhamdulillah.
  • Julai - Dapat transfer balik Johor, Alhamdulillah.
  • Ogos - mula menyewa rumah..dapat beli perabot asas untuk rumah sewa..tu pun dah spend almost 10K walaupun beli barang basic jek.. sebelum ni stay kat Borneo sewa rumah yang fully furnished. Balik Johor sewa rumah kosong..mmg terpaksa beli perabot bagai..tapi ok la..sekurang-kurangnya barang2 basic like washing machine, ice box, set bilik tidur semua dah ada..nanti pindah rumah baru xdelah spend byk sgt..
  • Ogos - Alhamdulillah, dapat beli our 2nd car..untuk senangkan pergerakan kami since kami kerja di dua daerah yang berbeza. Sebelum ni masa duduk Borneo pakai satu kereta jek, sebab keje tempat dekat2. Keluar sama-sama, balik pun sama-sama. Sekarang sorg di JB, sorg di Kluang..mmg tak dapat nak g sama-sama dah..
  • November - dapat beli rumah sendiri yang diidamkan oleh Umi n Encik Abah..yang ni paling tak disangka..sebab kami jangka kami dapat beli rumah dalam 2 3 tahun lagi..tapi hari tu masa jalan2 tgk rumah, terus berkenan n terus book. Alhamdulillah, prosesnya Allah mudahkan..

Anugerah ujian
  • Januari - walaupun Abah dapat posting kat Johor tu satu nikmat, tapi ia adalah ujian juga buat kami sebab kami terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh). Memang berat ujian ni, terutamanya sebab Umi terpaksa tinggal bersendirian di Borneo sana..bayangkan..seorang perempuan,sorang2 kat sana tanpa ahli keluarga or saudara mara..mmg sunyi sangat dan kadang-kadang stress. Untuk Encik Abah mungkin tak rasa sangat sebab beliau stay dengan his family..so tak sunyi sgt kan..hampir 7 bulan jugak la PJJ ni..tapi PJJ ni lah yang mengajar Umi untuk lebih menghargai kehadiran Encik Abah. Sebab bila beliau takde,baru terasa kehilangan..kalau dulu, sebelum beliau posting kat Johor, asyik gaduh jek..hehe..bila PJJ setiap bulan jumpa, naik flight dah macam naik bas. Tiket flight 3 4 ratus dah mcm 3 4 puluh ringgit jek..pejam mata je beli tiket..
  • Ogos - our 1st car accident..tak la teruk. Tapi wang yang dikeluarkan untuk membaikinya tu satu ujian..hehe..
  • September - our 1st car tayar pancit dan pecah..pun satu ujian jugak nak spend untuk beli tayar baru T_T ..kalau perasan kronologinya our 1st car ni buat hal bila 2nd car dah ada..merajuk kot..
  • Disember - kematian Adik..sangat sedih ok!

hurm..kalau di tgk pada point tu, Anugerah nikmat lagi banyak daripada anugerah Ujian..Alhamdulillah..semoga lebih banyak anugerah nikmat untuk 2013..amin..

Friday 28 December 2012

entri menunjukkan kejakunan

Assalamulaikum..

Haha..entry ni memalukan,nak cerita pengalaman pertama tgk bola kat stadium..sebelum ni tgk kat tv jek, tapi hari Rabu lepas Encik Abah ajak tgk bola kat stadium.. Encik Abah ni pun dulunya takdelah minat sgt tgk bola ni, tapi sejak2 Harimau Malaya mengaum ni barulah dia start minat..faktor2 rakan sebaya pun ye jugak rasanya sebab kawan2 kat sekolah ramai yang tgk bola. Tapi tgk yang Malaysia je la..yang kelab2 tu tak berapa sangat..tak amik tau pun..

So Rabu hari tu, kawan Encik Abah ajak kami g tgk bola kat Stadium Larkin.. Pasukan Johor Darul Takzim lawan Woodland Wellington..Kami gerak dari Skudai dalam pukul 8.00 malam. Match pukul 8.45 malam..

Rupa-rupanya jalan sangat jammed..kami tak sangka pulak ramai betul org nak tgk Match malam tu..padahal bukan liga apa sgt pun..mungkin sebab ramai yang datang nak tgk Safee Sali, Mat Yo..yelah, diorg kan dah masuk 'pasukan mahal' Johor ni..

Dalam pukul 9 mcm tu kami masih stuck dalam jammed lagi..Umi relaks je dalam kereta..apa la sgt kan..tiket kan dah beli..sampai2 dalam kul 9 lebih, parking jauh gila, kena menapak lagi.. punyalah ramai manusia..masuk2 je ikut Encik Abah n kawan beliau..diri je tepi2 tu sama-sama dengan orang lain..mcm pelik..tanyalah Encik Abah..

"mana seat kita?"

Encik Abah jawab
"seat apa?"

Umi tanya lagi
"yelah, kita kan dah beli tiket awal..sepatutnya kita duduk ikut seat kita la kan..mcm tgk wayang tu..."

Tetiba Encik Abah n kawan beliau gelak
"hahaha..ni stadium la yang oi..bukannya wayang..yang dah sediakan seat ikut tiket..tiket tu untuk masuk stadium jek"

T-T

Mcm tu rupanya..patutlah orang yang fanatik bola sanggup masuk dari petang semata-mata nak dapat tempat duduk yang strategik..

Maklum laa..jakunan siket sebab tak pernah tgk bola kat stadium.
Hurm..tapi x best la tgk kat stadium, bukan nampak pun pemain tu..sapa yang tendang bola pun Umi tak nampak..kalau tgk dalam TV nampak jelas n nyata..hehe..tapi tgk kat stadium rasa lebih semangat la..

oh,lepas ni taubat tanak g stadium lagi

Wednesday 26 December 2012

wordless wednesday : surah asy-Syuura

Assalamualaikum...



Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya-anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya : mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa
(Surah Asy-Syuura, 42:50)


segala yang terjadi ketentuanNya


Monday 24 December 2012

mendung

Assalamualaikum..

Mendung..
Mood pun mendung..
Semendung cuaca pagi ni..

Hari ni CD32..'makcik' belum datang lagi..
mungkin sebab cycle kali ni tak amik Clomid,
maka 'makcik' tanak dtg on time..

Haish..menambah punca kemendungan saja!

Friday 21 December 2012

Kisah rakan TTC : staff nurse at Borneo

Assalamualaikum..

Sepanjang mengenali dunia TTC ni, Umi adalah jugak jumpa dengan TTCian lain in a real life (yang lain semua maya thru blog). Masa belum kawen dulu pun ada jugak jumpa TTCian,tapi masa tu belum faham lagi 'perasaan' sebenar sebagai seorang TTCian,dengar angin lalu jek..tapi tak pulak Umi bagi  pressure kat diorg dengan tanya soalan2 'maut' tu.

Salah seorang Umi jumpa masa Umi posting kat Borneo dulu. Dia seorang staff nurse kat Klinik Umi bertugas. Masa borak-borak kosong dalam pantry dia cakap :

"lain tau hidup suami isteri sebelum ada anak & selepas ada anak. Akak dulu 6 tahun kawen takde anak, duduk berdua dengan suami je, ke mana-mana pun berdua"

Umi pun terkejut la, sebab dengar dia dah 6 tahun kawen baru dikurniakan zuriat. Dalam 6 tahun tu, dia n suami dah cek dengan doktor, tapi doktor kata semua ok, xde masalah. 

Dia cerita jugak, mmg stress bila org sekeliling cakap2 pasal dia n suami. Sampaikan ada yang kata 'anu' suami dia x cukup tajam..tapi dia nak kata apa, mulut orang kan..

Bila dah bertahun-tahun kawen tu, dia pun rasa stress,selalu bergaduh dengan suami sebab anak. Masuk tahun ke enam, doktor suggest dia utk pergi kaunseling. 

Masa sesi kaunseling tu, kaunselor bgtahu dia, jgn terlalu fikirkan ttg anak. Hidup macam biasa, anak akan datang dengan sendiri. So dia pun cakap dengan suami dia:

"Abang, dah 6 tahun kita kahwin, kalau dalam tahun ni pun kita tak dapat anak, memang bukan rezeki kita lah"

Lepas tu, dia beli rumah. Dia langsung tak fikir ttg nak dapatkan zuriat. Dia sibukkan diri dengan hias rumah cantik2..pastu......

Alhamdulillah, 2 bulan lepas duduk rumah baru tu, dia disahkan pregnant. Tapi dia x bgtau sape2 pun. Bila kandungan dah masuk 5 bulan, dia tukar uniform nurse utk yang pregnant. Barulah dia announce pasal pregnancy dia. Kwn2 dia yang dulu mengata dia, diam je tak cakap apa.

Sekarang, anak dia dah dua, dah besar-besar pun. Dia dapat anak sepasang. Masa Umi dengar cerita dia, rasa mcm nak menangis pun ada. Sebab Umi sedang mengalaminya skrg ni..

Masa datang melawat Borneo 2 3 bulan lepas, Umi pergi melawat Klinik tempat bertugas dulu. Ramai la yang mengajukan soalan-soalan 'maut' tu.. Umi cuma mampu cakap 'belum lagi' je..

Tapi masa salam dengan akak dalam cerita ni, dia bisik pada Umi 

"Sabar ye, insyaAllah ada...."

Semoga cerita dia dpt jadi motivasi pada TTCian yang lain jugak..



Thursday 20 December 2012

sangat tidak sopan

Assalamualaikum..

Umi sangatlah tak faham dengan mereka-mereka ni.. nak kata kawan rapat pun tak, saudara mara lagi lah bukan..lebih kepada kawan lama..n memang jarang berborak apatah lagi calling2..

Tiba-tiba msg kat FB "Salam,dah anak lom?" or "Salam, bini dah ada isi ke?"

Seriously tak paham! not happen to me, but to Encik Abah.. Umi baca msg2 kat FB beliau, and ada a few his old frens yang tanya that kind of question.. its okay if they start with 'hi,ape kabar..lama x borak..keje mana skrg, how ur life  etc' and baru start tanya 'dah ada anak ke?'

Ni tak, tetiba terjah tanya soalan mcm tu..Obviously ko tanya sebab ko nak tunjuk ko dah ada anak kan?? Actually, his frens yang ni kawen mmg lagi lambat daripada kami..n rezeki mereka lebih awal..tapi perlu ke terjah Encik Abah dengan soalan mcm tu? Masa kami dah kawen hr tu, xde pulak la Encik Abah nak tanya kat diorg 'eh,ko bila nak kawen?' takde pulak, even Umi pun mmg takde tanya2 soalan mcm tu kat kwn2 Umi..sebab Umi tau, ni semua kerja Allah..

Allah beri kami rezeki lain, kereta, rumah etc..tapi kami takde pulak tanya2 kat mereka2 yang belum ade rezeki ni..takde pulak tanya2 'eh,ko bila nak beli rumah' or 'eh,ko bila nak beli kereta baru?' just because kami ade benda2 tu..tu sume rezeki Allah bagi pinjam, bukan utk dibuat riak dengan org lain..

huh!
tak paham!

sorry,entry luahan perasaan..walaupun soalan tu bukan utk Umi,tapi untuk Encik Abah, Umi tetap terasa..

Pada mereka yang selalu tanya soalan mcm tu, berhentilah daripada riak dengan apa yang anda ada..semua pinjaman je..

Wednesday 19 December 2012

wordless wednesday : teh tarik

Assalamualaikum...


sumber : Encik Gugel

My favorite!
Orang kata tak elok utk TTCian
Tapi makin di elak, makin memanggil-manggil pulak
Pernah cuba untuk berpantang
tahan seminggu je
hasilnya 
minggu kedua hari-hari order benda ni
pagi teh tarik
tengah hari teh ais
malam teh O
memang hantu teh!


Tuesday 18 December 2012

adik dah takde =(

Assalamualaikum..

Semalam ptg Encik Abah telefon Umi nangis2 bgtau Adik dah mati..masa tu Umi dalam surau baru pas solat asar. Terkedu gak dengar berita tu, tp takde rs nak menangis pun. Rasa mcm blur jek.. masa jalan balik dari surau ke ofis pun mcm xde rasa apa..cuma dalam hati kata...adik dah mati..repeat perkataan tu je..

Tapi lepas habis ofis hour, masuk dalam keta nak balik..mmg nangis teresak2 la..lepaskan masa tu jugak..sedih sangat sebab Adik dah takde..sampai rumah tgk Encik Abah dah sampai dulu..mata beliau pun merah baru lepas nangis..

Adik kucing kami masa kat Borneo..kami sama-sama ambik dia dr masjid, Encik Abah yang jumpa..masa tu dia kecik lagi. Sebab masih menyusu, kami ambik sekali dengan mak dia. Adik kucing yang comel, nakal n dungu! Kami syg sgt kat Adik,sebab dia lain daripada yang lain..selalu ketawakan kedunguan Adik..

Lepas Encik Abah dapat transfer ke Semenanjung, Umi tinggal dengan Adik n mak dia jek.. Adik la teman masa tu. Main-main dengan dia, cakap2 dengan dia, makan pun kadang2 dengan dia..hehe..kira Adik teman pengubat sunyi masa tu. Bela Adik pun senang, x banyak kerenah n x buat hal..sgt behave.. Adik membesar depan mata Umi. Dari kecik tapak tangan, sampailah besar saiz bayi..

Tapi lepas Umi dapat transfer Semenanjung, Umi terpaksa tinggalkan Adik dengan jiran sebelah..sangat sedih masa tu. Masa nak serahkan Adik kat pakcik tu, Adik meronta-ronta taknak..dia lari masuk bilik,mengiau2 dalam bilik. Umi nak ambik dia, dia tenung jek mata Umi..mcm tanya kat Umi, kenapa nak tinggalkan dia..Umi terpaksa masukkan Adik dalam cage. Masa nak tinggalkan rumah tu Umi masih dpt dengar Adik mengiau2 kat rumah jiran sebelah..xdpt bygkan sedihnya mcm mana masa tu..

Kami plan kalau ada rezeki lebih, kami nak bwk Adik balik Semenanjung awal tahun depan. Encik Abah dah tanya2 kat bahagian veterinar..n dah mintak tolong kat kwn beliau di Borneo untuk uruskan vaksin Adik...tapi x kesampaian..Adik dah pergi dulu... =(

Pakcik tu kata, 2 3 hari lepas Adik bergaduh dengan kucing lain. Lepas gaduh tu terus Adik xde selera makan.. Kucing yang gaduh dgn Adik tu dah mati dulu sebelum Adik mati..hmm kalau Umi yang jaga Adik, mesti Umi dah paksa Adik makan, bg wet food suapkan kat mulut Adik,bg Adik susu ke..kesian Adik..dulu tapak kaki Adik darah sikit jek cepat2 Umi sapukan ubat..padahal Adik xde ape2 pun..tapi risau sgt Adik sakit..tp skrg Umi xdpt jaga Adik, sorry sayang.. 

Rindu sangat kat Adik..sorry sangat sebab lambat ambik Adik, lambat sampai x sempat =(

Monday 17 December 2012

cerita 3 serangkai..

Assalamualaikum...

Cerita 3 serangkai..make it short,malas nak tulis pjg2..biar u all senang baca..

My SIL1 pregnant
Ok,berita yang diterima 2 hari lepas. My SIL1 (kakak kpd Encik Abah) is pregnant for her 3rd child..Alhamdulillah..si kakak dah masuk 4th years old n my SIL1 just finished her master program..so this is the best time for her to preggy kan..but,TTCians know the feeling right?..no need to elaborate pjg lebar..and i hope that i am pregnant this months also, so that our child can be sebaya, n imagine how meriah if Tokmak get 2 grandchildren at the same time..insyaAllah.. 

EPF approval
Alhamdulillah, EPF approved our application to withdraw our 'Akaun 2' to pay the balance of our Viscaria deposit..the balance is 11k n we need to topup some amount because our Akaun 2 is not enough to cover that balance.. nevermind,our sacrifice for our future offsprings!

Tomorrow is the day!!
The day that we wait since about 2 weeks ago..haha..because tomorrow is a PAYDAY!!!!!! Padan muka kami, sebab boros sgt berbelanja..disebabkan gaji bulan 11 masuk awal..duit berkepok dalam bank,maka lupa daratan..beli tu, beli ni..last2 melopong..haha..ok, esok nak shopping!!!! degil!

ok, thats all..

Wednesday 12 December 2012

kari Encik Abah

Assalamualaikum..

Dah lama tak makan masakan Encik Abah..

Hari ni balik lunch tadi tgk Encik Abah da siap masak..

Lauk kegemaran beliau, kari ayam..mmg sedap! Siap ada papadom lagi..

Encik Abah ni mmg pandai masak, tp disebabkan ada penyakit 'M' kdg2 jek la beliau masak..tapi sekali dia masak, mmg kalah Umi..malu jek!

Mungkin sebab Encik Abah cikgu KH,so dia pandai masak?sebab kat uni dulu kan cikgu KH mmg ade belajar masak..atau mungkin beliau mewarisi bakat memasak dari ibu beliau, MIL? xtau la..

Kan bagus kalau setiap hari beliau masakkan untuk Umi..mimpi je la kan..hehe

thank you Encik Abah!

Atok di Kg. Sg. Melayu

Assalamualaikum...

Hari tu,lepas balik dari check perut kat HSAJB, Umi n Encik Abah g Kg.Sg. Melayu kat area Nusajaya utk berurut dgn sorg atok ni..Encik Abah dapat tau ttg atok ni dari cikgu perempuan satu sekolah ngan beliau..Cikgu ni dah 4 tahun kawin, dah jumpa mcm2 gynae, dah makan mcm2 ubat n mcm2 lagi lah, tp lepas berurut dengan atok ni, Alhamdulillah melekat..tp tu semua kuasa Allah kan. Kita hanya mampu usaha, lepas usaha tawakal..insyaAllah..

Balik pada cerita Atok ni, Atok ni dulu bidan kat HSAJB, so dah ramai la bayi yang dia sambut, ikut kata dia Sultan Johor punya anak pun dia yang sambut dulu. Umur atok ni dah 117 tahun, tapi ikut kata cucu dia, mungkin kurang sebab orang dulu punya IC bukan leh percaya sgt kan. Fizikal Atok ni kecik jek, rendah n kurus. Tapi masih kuat jalan lagi, mata nampak terang, cuma dia ni dah tak berapa dgr..kena ckp kuat2 sikit..even fizikal dia kecik, kurus, tapi sekali dia urut...nak menangis rasa!huhu..kuat ok tenaga dia..

Umi n  Encik Abah g rumah dia dalam pukul 12 tgh hr..oh ye, nak dtg rumah dia kena bwk bendi utk 3hari masak, limau kasturi 3 biji n sebotol air 500ml.. sampai2 rumah dia, Alhamdulillah takde org lain,Umi n Encik Abah jek..

Memula urut Umi dulu..dia urut perut,pinggang,punggung,kaki depan blkg..masa urut perut tu Umi ok lagi, tp bila urut tapak kaki mmg sakit, sampai mengerang jadinya..tapi tahan je la kan..pastu urut Encik Abah pulak. Untuk lelaki dia urut perut,pinggang n punggung jek. Tapi masa urut Encik Abah terjungkit-jungkit jugak la Encik Abah menahan sakit..hehe

Lepas urut, dia bacakan doa kat air, bendi n limau kasturi tadi. Bendi tu kena buat makan suami isteri, jgn goreng, masak rebus jek. Air n limau kasturi tu pulak untuk Umi mandi. Pas tu dia bg minum secawan air. Air tu mcm payau2 sikit...rupanya air hujan hari jumaat, dia dah solat hajatkan air tu..

Berurut dgn Atok ni kena buat 3hari berturut-turut. Paling bagus datang masa hari kedua period. Tapi Umi datang hari tu, masa hari ke 9 kot..x ingat pulak.. dia kata kalau xlekat jugak, datang lagi berurut masa hari ke dua period.

InsyaAllah..usaha dan tawakal..

Friday 7 December 2012

OMG!!!

Assalamualaikum...

Baru perasan..last entry Umi tulis berat Umi 160kg!!!

Mesti u all yg baca kata "obes sungguh perempuan ini...."

Sebenarnya berat Umi hanyalah 60kg..hihi..selalu kompius ngan tinggi...tinggi barulah 160cm..

*x dpt bayangkan kalau berat cecah 160kg tu*

Thursday 6 December 2012

LAPORAN PEMERIKSAAN DI KLINIK O&G,HSAJB

Assalamualaikum..

LAPORAN PEMERIKSAAN DI KLINIK O&G,HSAJB

Tarikh kejadian : 4hb Disember 2012
Masa kejadian  : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat kejadian : Klinik O&G,HSAJB.

8.45 pagi : Umi n Encik Abah bertolak dari rumah MIL di Skudai..konon-konon         
                nak gerak awal kul 8.00,tp disebabkan masing-masing ada sifat     
                malas n melengah2kan waktu..maka lewatlah kami bergerak...

9.00 pagi : Sampai di perkarangan HSAJB..parking sgtlah penuh..double park, 
                triple park..sume ade..pusing2  3-4 kali baru jumpa parking,tu pun 
                bukan dalam petak..n block kereta org..letak nombor telefon...

9.15 pagi : Sampai di Klinik O&G, giliran no 11 (sebab makcik sedara tolong
                   amikkan no giliran-sgt tak adil pada yang lain kan??)

9.30 pagi : Duduk kat nurse station..staff nurse baca surat refer, tanya cket2 
                n suh timbang berat sendiri...160kg!! tak pernah cecah berat mcm
                ni pun sebelum ni...staff nurse tu ckp:

                     "puan ni dah kawen setahun lebih,tp baru duduk bersama 4  
                      bulan..sepatutnya kena tunggu setahun dulu baru boleh cek  
                      ni.."

                takde jawapan..

9.45 pagi : Masuk bilik doc..jumpa doc pakar terus, tanya sikit2 pasal 
                period, hubungan suami isteri, clomid, cyst...pastu doc suh baring,
                wat ultrasound..doc kata cyst tu x nampak sgt mungkin sebab scan
                ultrasound jek, kalo TVS mungkin nampak..doc suh pilih nak buat 
                HSG ke nak wat laparoscopy..kalau buat HSG,buat kat bilik x-ray,  
                tapi kalau nak buat laparoscopy, kena masuk ward, kena buat 
                dalam OT, n kena MC 2 minggu! So sy pilih wat HSG dulu, 
                kalau indicated baru buat laparoscopy..doc kata kalo HSG normal, 
                terus proceed IUI, sebab dah failed Clomid 3 cycle..hurmm..bagus 
                jugak kalo proceed IUI terus..

10.30 pagi : G amik appointment untuk HSG kat x-ray department..  
                  appointment pulak kena tunggu 1st day period baru leh tetapkan 
                  tarikh..nervous gak nak buat HSG ni..ade yang kata sakit..xtau 
                  la...tp demimu anak, Umi sanggup buat apa saja...

11.00 pagi : Balik...

Balik dr hospital pergi berurut pulak..kat Kg. Sg. Melayu..akan diceritakan next entry...

*Setiap kali dapat appointment klinik utk cek, Encik Abah mesti cakap:

"kalau pregnant tak payah datang la kan?"

see?? nampak tak walaupun dia kata takpe setiap kali Umi period, tapi sebenarnya setiap bulan dia amat mengharapkan yang Umi pregnant.. =( sedih betul bila beliau ckp mcm tu..setiap kali ok..setiap kali dapat appointment beliau akan ckp mcm tu..

luruh la jantung hati hambaaaa mengenangkan tuan..
            

Monday 3 December 2012

birthday, demam & check up

Assalamualaikum...

Weekend lepas Birthday Encik Abah..

Happy birthday to Abang,
i love u very much!

Umi sayang Abah sgt2..sbg seorg isteri,rasanya suami adalah segala-galanya..rasanya tanpa suami,hidup Umi akan kosong..walaupun kita masih boleh bernafas tanpa suami, apa rasanya setiap hela nafas menanggung rindu..walaupun boleh makan n minum tanpa suami, apa rasanya jika tekak perit menyimpan sendu, walaupun boleh membina impian tanpa suami, apa ertinya jika impian itu hitam kelam tanpa bayang suami..nauzubillah.. Umi syg  Abah sgt2..minta maaf jika ada salah silap.. (bukan jika, tapi mmg ada...)

hikhik..emosi pulak kan Umi ni..hehe..so weekend lepas Abah bwk kami (Umi, FIL,MIL, n auntie in law?) hi tea kat sebuah hotel kat JB ni..Abah beli kat Groupon..murah..dlm RM50++ kalau tak silap..harga asal seratus lebih..makanan pun ok la..nak kata banyak sgt menu x jugak. sebab dah nama pun hi tea, bukannya lunch or dinner kan..tp tak puas hati cket sebab takde aiskrim..ade ais kacang jek..my MIL pulak, byk2 benda kat hotel tu, dia paling berkenan dengan hiasan batu lesung kat situ..besar katanya, senang aku nak tumbuk sambal..hari-hari buat sambal belacan pun aku sanggup..huhu..pastu suh Encik Abah belikan..mcm2...kelakar pun ada..

Hari esok lak (4hb Dec) ada check-up kat OnG HSAJB..ni 1st check lepas transfer dr Borneo hari tu..rasanya last check bulan Mei or Jun..x ingt sebab x amik kisah sgt..skrg baru nak serius TTC..so pas ni kena note setiap tarikh n setiap apa yang doc cakap..hmm ape khabar agaknya Puan Cyst yg tgh duk menumpang dalam tu ek?hr tu last cek size 2cm jek..harapnya tak membesar la ye..

Sekarang ni pulak badan tgh seram2 sejuk, tekak dah mula sakit2..dah lama tak demam..ni mcm dah ada tanda-tanda nak demam pulak..mungkin jangkit dengan Encik Abah..beliau mmg dah 3-4 hari selsema n batuk..semalam boleh pulak kongsi straw dengan beliau, maka kuman2 dah berjangkit dengan jayanya..tapi takpelah..sakit kan kafarah dosa..insyaAllah diampunkan dosa...amin..

oh ye, skrg ramai yang post pasal 'in shaa Allah'..tp pd Umi x perlu kot..tulis insyaAllah pun boleh..sebab kita tulis, kita tau maksudnya..n u all yang baca pun tau maksudnya..n x terfikir pun maksud lain selain maksud 'Jika diizinkan ALLAH'..wallahualam..

Friday 30 November 2012

alhamdulillah

ALHAMDULILLAH!
ALHAMDULILLAH!
ALHAMDULILLAH!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur sgt2 sebab salah satu impian kami Allah dah makbulkan..Allah Maha Kaya, Maha Penyayang dan Maha Pengasih.. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu..

Dalam Umi dan Encik Abah berharap kehadiran zuriat, Allah makbulkan impian kami yang kami rasa x berapa penting tu..impian untuk ada rumah sendiri! Allah dah bagi pd kami..

Memang sebelum kahwin Umi pernah cakap dengan Encik Abah, Umi nak rumah yang kalau boleh paling kurang ada 5 bilik..sebab senang untuk kegunaan saudara mara dtg nanti.. tapi bila dah kahwin n survey2 harga rumah, Umi mcm terpaksa lupakan hajat nak ada rumah mcm tu, sebab harga rumah sekarang mmg mahal..rumah teres 4 bilik je dah almost 400k,kalo 5 - 6 bilik? Masa tu cakap dengan Encik Abah, xpelah..beli rumah kecik je dah la..

Tapi masa survey2 rumah hari tu (awal November) terjumpalah rumah Cluster ni..harga boleh tahan..433k..tp ade dpt rebat, harga rumah jadi 400k jek..bila kira byrn bulanan mmg sakit cket..tp kan insyaAllah gaji akan naik setiap tahun..lagipun untuk byrn tahun pertama x perlu bayar penuh dulu..so kami pun booking la rumah tu dalam minggu lepas..

Rabu bank dah telefon,ckp loan dah lulus...alhamdulillah sgt2..semalam dah sign SPA..so nak tunggu pengeluaran KWSP je skrg ni untuk deposit..tp x g apply lagi sebab SPA tu developer kata belum stamp ape ntah..bila SPA tu dah lengkap, baru dpt g apply KWSP..

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan loan kami..kami sign application form hr isnin, hr rabu bank approve loan, khamis dah sign agreement n SPA...kira dalam tempoh seminggu je dah selesai..cuma KWSP mmg ambik masa cket la kan..

Mcm x percaya pun ada, Bila dah rezeki kan..Kalo Allah dah kata tu rezeki kami, kami terima dulu..rezeki baby mungkin Allah kata nanti dulu..

Kalo difikir-fikirkan balik, Allah bagi kami rezeki satu persatu ikut keperluan kami..memula rezeki dapat transfer ke semenanjung, pastu rezeki beli kereta lagi satu..skrg rezeki beli rumah pulak...n insyaallah,Umi yakin, rezeki zuriat akan ada jugak satu hr nt..amin...

Terima kasih Allah..

Thursday 29 November 2012

perkembangan bayi

Assalamualaikum...

Hari ni kita lupakan yang kita ni TTC, tapi hari ni kita verangan-verangan yang  kita dah ada bayi..bayi yang comel n gebu..mana tau, angan-angan jadi kenyataan kan..insyaAllah..

Hari ni Umi nak citer cket kat bakal-bakal ibu sekalian..hehe..dah mcm nak promote barang la pulak..Mcm ni..kebetulan hari ni Umi tengah siapkan pamplet berkenaan penglihatan bayi..so dah alang-alang cari info untuk pamplet tu, Umi selitkan je lah untuk info bakal ibu-ibu sekalian kan..berguna juga satu hr nanti..

So sekarang bayangkan yang u all baru balik dr hospital sebab baru deliver baby..hehe..bestkan? mesti sekarang tengah duk tenung n renung je wajah baby kesayangan tu... tapi u all tau x sebenarnya baby yang baru lahir ni tak dapat tgk wajah kita pun? 

Sama mcm berjalan n bercakap, baby sebenarnya belajar untuk melihat..masa baru2 lahir diorg mmg x nampak apa2 pun,cuma nampak mcm bayang - bayang je. Bila dah cecah umur sebulan, barulah dia boleh nampak dengan jelas sikit..tu pun pada jarak 8 hingga 10 inci jek..so kalau tengah menyusukan baby tu,baby tu dah boleh nampak la wajah mak dia..ha..sekarang berangan lak tengah susukan baby..senyum2 dengan baby tu..main cak2..hehe..Banyak yang u all boleh lakukan untuk merangsang perkembangan penglihatan pada usia ni. Contohnya mcm pasang lampu malap dalam bilik tidur baby, selalu ubah kedudukan katil bayi, tunjukkan mainan pada jarak fokus bayi,iaitu 8 - 10 inci dan susukan bayi anda bergilir-gilir kiri dan kanan.

Masa baby u all berusia 5 hingga 8 bulan, diorg boleh nampak dengan lebih jelas. Diorang dah boleh menganggar jarak samada objek tu dekat ke jauh ngan diorg. Masa ni baby dah boleh merangkak. Jangan sibuk2 nak paksa baby u all belajar berjalan..sebab masa merangkak ni la baby ni nak merangsang eye-hand coordination. So, dengan merangkak baby dpt latih mata dan tangan dia serentak. Masa ni dah sesuai dah kalo u all gantung-gantung mainan kat atas katil baby. Baby dah pandai nak sentuh, tarik n tendang objek2 ni..ini akan membantu perkembangan penglihatan diorg..so tak bazir kalo suh para suami beli katil yang ada gantung2 ni...untuk anak dia jugak kan..hehe..verangan2..ha lagi satu, biarkan je baby u all ni merangkak meneroka kawasan rumah, jangan halang..tapi u all kena jaga la..make sure semua selamat..

Bila dah berusia 9 hingga 12 bulan pulak, baby dah mula belajar berjalan. so diorg dah boleh menganggar jarak dengan lebih tepat. Eye-hand-foot coordination pun dah well developed. U all boleh main ba-ba-cak dengan diorg untuk merangsang memori penglihatan diorg..hurm..dulu2 pun org tua dah main benda ni kan..skrg dah terbukti dr segi sains permainan ni membantu perkembangan penglihatan bayi..so apa yang org dulu2 duk buat sebenarnya mmg bagus untuk kita ikut..

ok..tu saje untuk kali ni..teruskan verangan-verangan ni ye..hehe..



kalau tak faham sangat ape yang Umi tulis kat atas tu, leh tgk kat pic ni ha..ni la gambaran apa yang baby u all nampak bergantung pada umur diorg..

Monday 26 November 2012

Sabah....

Assalamualaikum...

Gov staff skrg ni msti tgh duk menunggu2 hari next payday kan...hehe.. almaklumlah..payday bulan november ni awal bebenau..so bila duit kat bank tu dah berkepok,makanya lupa daratan la sekejap..ni dah tgh2 bulan ni barulah nak menyesal..mcm iklan kat sinar.fm tu..huhu

Skrg ni mmg terasa la lambatnya masa nak tunggu payday tu...duit kat bank dah makin susut nilai..

Tapi dalam susut-susut nilai tu..tgn ni gatal jek duk bukak Air Asia kan..duk survey2 tiket g Sabah..memula tgk cuti sekolah bulan Mac nt mahal bebenau..cuti sekolah kan...pastu survey2 la pulak tarikh masa anniversary ktorg Mac nt..13hb mac jatuh hari rabu..so xleh ambik tarikh tu la kan..maklumlah Encik Abah ni kalo bukan cuti sekolah mmg susah ler nak cutinya..

So tgk tarikh weekend tu..jumaat 15hb n balik Isnin 18hb..jeng...jeng..jeng...

Tiket pergi n balik untuk DUA orang hanya RM243 shj..hehe..boleh sgt la tu kan..makanya pejamkan mata,dan book tiket g Sabahhhhh...

dan terbelilah tiket tersebut..dan....semakin susut nilailah wang dalam peti simpananku itu......so pas ni..korek la mana yang patut di korek..

Kdg2 kita ni kalau nakkan sesuatu tu, terpaksa jgn fikir pjg sgt...kalo fikir pjg sgt tak ke mana-mana lah kita..tp jgn la sampai lupa daratan sgt..duit x de,book tket g Paris..sgt la tak tercapai dek akal kan..

InsyaAllah..next anniversary sambut kat Sabah..walaupun delay beberapa hari..hehe..x sabar pulak rasanya nak tunggu bulan Mac nt...

*weekend ni birhday Encik Abah..kira tiket ni hadiah untuk beliau la..tp hadiah leh redeem ms anniversary je nt..hehe...2in1 kan...bijak..bijak...

Thursday 22 November 2012

'makcik' datang on CD30

Assalamualaikum..

Seperti yang dah dijangkakan 'makcik'ku dah dtg pd pg2 hari CD30....
Tengah2 buat sarapan utk Abah, tetiba rs something..on the spot g check..n mmg dia mai dah...perasaan masa tu rs mcm...

'hmm dah dtg dah ko 'makcik'..mmg aku dah agak'

Memang dah redha la tu..sebab mmg dah agak dia akan dtg lagi..tapi bila keluar dr toilet tgk muka Abah yg tengah vacuum rumah,rs mcm....xtau la nak kata rs apa..rs sayu sgt sebab terpaksa kecewakan Abah lagi..rs mcm...kesian kat suami aku ni...tp masa tu masih ok lagi..sambung wat sarapan..

Bila dah hidang sarapan atas meja,Abah dah duduk..memula ingat nak bgtau lepas sarapan,tapi tak tertanggung lak...terus bgtau...

'Orang period..'

Abah tanya bila...jawab tadi...abah kata 'takpe..belum rezeki...'

Lepas je abah ckp mcm tu..air mata ni terus je jatuh..tapi setakat 5 6 titik je la..dalam hati ni..sakitnya menahan sendu..

Ntah la..kali ni mmg lebih redha dr cycle lepas..cycle lepas 2nd cycle on Clomid..bila period tu mmg frust habis la...menangis teresak2..bengkak2 mata..tp 3rd cycle ni mmg dah terima segala kemungkinan..

December ni nak start all over again..nak cek balik ape masalah..cek semua..
Setiap penyakit ada penawarnya...insyaAllah..akan ada rezeki satu hr nanti..

Tuesday 20 November 2012

CD28

Assalamualaikum...

Hari ni CD28 on Clomid for the 3rd cycle..

Tanda-tanda 'makcik' nak dtg dah ada dah..sakit breast n cramp kat perut..
Mcm takde harapan je cycle kali ni..tunggu je la 'makcik' tu dtg ye...


Next cycle tanak amik Clomid la..sebab next month ada app ngan doc..since baru transfer ke Johor dr Borneo hr tu belum pernah ada app lg..



So plannya next month jumpa doc nak free from clomid..so bile cek hormon baru real, xde effect Clomid..yelah, Clomid ni kan efek kat hormon kita..and kali ni nak cek betul2..hr tu cek kat Borneo, ade yg result darah x jumpa,pastu doc suh wat HSG tanak buat..kali ni doc suh buat ape pun buat je..n make sure result darah tu ada..kalau takde g marah staf kat lab,buat keje tak betul n memalukan staf KKM jek..hehe..



Tapi alangkah bagusnya kalau 'makcik' tu x dtg kan..dtg balik lepas sepuluh bulan pun takpe 'makcik'...sian 'makcik' asyik kena dtg je..'makcik' rehat je la ye...



ok,merepek!

Friday 16 November 2012

buatan orang

Assalamualaikum Sufi..

Dua tiga minggu ni Umi rasa mcm Umi dah terkena buatan orang jek..huhu..
Mood mmg ntah ke mana..asyik rasa nak marah jek..pantang ada silap sikit, mulalah nak mengamuk, memberontak n merajukkk..xtau la apa masalahnya.. 

Tapi, benda ni jadi masa Umi dgn Abah jek..yg jd mangsa mestilah Abah..dah dia je ada kat sebelah..xkan nak marah MIL pulak kan.. Kalau dengan dia jek,rasa mcm nak mengamuk, nak cr gaduh..walaupun tgh  baik2 je, borak2..tetiba kang otak ni cepat je jalan cari alasan nak gaduh,nak sakitkan hati Abah..pastu hati sendiri yang sakit..eee...x suka la mcm ni..rs bersalah sangat ngan Abah..tapi bila Abah takde depan mata mulalah rs berdosa la, kesian kat Abah la, berazam tanak buat lagi la..pening tau..

Tu yang rs mcm dah kena buatan org..kot2 org hantar 'pemanas' ke..ee..tp mintak dijauhkan la benda2 mcm tu..sape la pulak org yang nak mendengki ngan Umi n Abah ni kan..

Tapi ada gak dgr cerita, kalau makan Clomid mmg efek dia jd mcm tu ke? mmg akan jd moody x tentu pasal, sensitif..pelik pulak..sebab ni 3rd cycle makan Clomid tu..1st n 2nd cycle takde pulak perubahan mood..baik2 jek..

Pelik..pelik..balik ofis ni berazam tanak gaduh2 lagi..nak baik2 jek..hehe


 " Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah apabila dipandang oleh suaminya, menggembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut saja tanpa ingkar, jika suaminya tidak ada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kpd suaminya tidak boleh diberi nafkah dan bahagiannya."

Selalu je mengingatkan diri tentang Hadis ni..tapi bila syaitan dah menguasai hati..hadis pun hilang ntah ke mana...Astaghfirullah..

Wednesday 14 November 2012

Birthday & Harga Rumah

Assalamualaikum Sufi..

Happy Birhtday to Umi..Happy Birthday to Umi..Happy Birthday to Umi... >_<

November ni Umi genap 26tahun..semoga Umi dikurniakan rezeki itu pd usia ini..

Sekarang ni Umi n Abi tgh plan nak beli rumah..yelah,org kata kalau nak beli rumah,belilah cepat..kalau duk pikir2 lagi mmg makin mahallah harga rumah tu..xyah la nak tunggu gaji naik ke apa..sebab kalau gaji naik harga rumah pun makin naik..so sama je kan..kalau naik cket xpe gak.ni naiknya melampau-lampau menjangkaui kemampuan!

Sekarang harga rumah yang teres double storey intermediate pun dah almost 350K..Cluster house pulak around 400K..beza tak byk..lebih baik ambil Cluster house..bukaan lebih besar..and ada tanah tepi walaupun sekangkang kera je.. Tu pun boleh dikatakan murah la..kalau rumah area Nusajaya sana, rumah teres double storey intermediate je dah cecah 1 juta...huh! tercekik tekak ms call developer hr tu..sgt melampau harganya!!!

2 tahun lepas harga rumah Cluster kat area Skudai ni dapat la dlm 250K-300K..tapi sekarang..hmm..mimpi la..untung la org yang dapat beli rumah 2 3 tahun lepas kan..so mmg kena beli rumah sekarang la..kalau nak tunggu gaji naik 2 3 tahun lagi mmg harga rumaj cecah 2 juta agaknya..huhu..

so kesimpulannya..pejam mata n g booking rumah! tapi takut loan x lepas la pulekkk... tawakal je laaaa..


Tuesday 6 November 2012

Budak-budak memang jujur

Assalamualaikum Sufi..

November n awal Disember ni mmg Umi & Abah duduk rumah Tok Mak (my MIL) sebab Abah kena jaga SPM..so xleh duduk rumah sewa kat Kluang sebab Abah kena keluar awal..so Umi yang terpaksa berulang pulak dr JB Kluang setiap hari...

Kat rumah Tok Mak ada dua org sepupu Sufi..abang n kakak yg kena tinggal dengan Tok Mak sbb pengasuh diorg xde..

Satu malam tu Umi baring2 tgk TV dengan si kakak..tetibe kakak cakap

"Maknjang ni mcm cantik la"

Terkejut gak,kakak yang umur 3 tahun tetibe cakap mcm tu..tergelak sekejap..sebab budak2 mmg xkan menipu..haha..tetibe perasan cantik sekejap..

Hari yang lain pulak, baring2 tgk TV dengan kakak n abang. Tetiba abang yang umur 6 tahun pulak tanya..

"Maknjang xde anak ke??"

PAP! Tersentap gak hati bila kena tanya mcm tu..Umi jawab..

"Ada, anak kucing..hehe"

"Bukan anak kucing la maknjang,anak sendiri laaa..."

"Tak ada "

"Tak ada?apalah makjang ni...."

ohhh..hati rasa nak menangis..budak umur 6 tahun tanya soalan mcm tu..soalan maut tu..

Memang soalan tu terus lahir dr hati diorg yang suci lagi tu kan..memang soalah budak2 jujur kan..terus! xde selindung2..tajam n tepat!

Takpelah, Abang doakan Maknjang dapat anak cepat ye...

Sufi cepat datang ye sayang, we love you...

Friday 2 November 2012

Hi Goat Premium

Assalamualaikum Sufi..


Tadaaaa...

Misi bulan ni nak try benda ni pulak..tak tau la apa rasanya..hihi..
Balik lunch hour tadi Umi singgah kedai kat area depan perumahan tu..sebab nak beli benda ni..harga kat situ RM48,tp kedai tu jual RM40 je..

Yang penting usaha..

Misi seterusnya Lumiglow...

Sufi cepat datang ye sayang, we love you..

November dan DIsember ini

Assalamualaikum Sufi...

Cepat je masa berlalu kan..sekarang dah masuk bulan November..tak lama lagi Disember pulak..diam tak diam dah nak penghujung tahun 2012..

November ni Umi dah nak masuk umur 26tahun..Abah pulak Disember nanti pun dah nak masuk umur 26tahun..

Hurm...mungkin bukan rezeki Umi & Abah nak dapat Sufi masa usia kami 25tahun..tapi sapa tau, Insyaallah rezeki kami pada angka usia 26...rezeki kan Allah dah tetapkan bila..

Ya Allah..kurniakan kami rezeki pada usia ini..perkenankanlah doa kami..

Dulu masa zaman bujang2 .. Umi berangan n berazam sebelum umur 30 nak ada 2 org anak..sebelum umur 35 dah ada 4 org..n sebelum umur 40 nak ada 5 org..hehe..paling minimum la tu kot 5 org...Insyaallah,semoga Allah makbulkan impian Umi nanti...Amin..

*Bulan ni mcm nak try Hi Goat premium..susu kambing dan kurma tu..and semalam terjumpa pulak produk Lumiglow...sapa kwn2 Umi yang pernah cuba Lumiglow ni boleh kongsi pengalaman sikit? betul ke kena ambil dengan air benih cendawan?

Sufi cepat datang ye sayang, we love you..

Wednesday 31 October 2012

Life is not about TTC only..

Assalamualaikum Sufi..

Semalam Umi muhasabah diri..insaf bila fikirkan betapa banyak nikmat yang Allah dah beri pada Umi, selain daripada zuriat...

Allah ciptakan Umi tanpa ada cacat cela,sempurna sifat, tangan,kaki,wajah semua ada,yang sepatutnya Umi guna untuk menghambakan diri padaNya, ada manusia lain yang Allah cipta tak ada tangan, tak ada kaki, buta atau tuli...

Allah lahirkan Umi dalam keluarga yang stabil, ada mak, ada abah, ada adik beradik..mak dan abah ada rumah yang sempurna...ada manusia lain yang dilahirkan tanpa mak, tanpa ayah, atau mak ayah bercerai berai..atau hidup melarat di pondok usang...

Allah jadikan Umi ada akal fikiran dan kepandaian..Allah takdirkan Umi pandai belajar sampai peringkat Ijazah..semua ni bukan kehebatan Umi..tapi semua ni anugerah dari Allah..ada manusia lain yang Allah jadikan otaknya lembab, sekolah tak berapa pandai, atau kemiskinan yang menyebabkan diorg terpaksa berhenti belajar..

Allah beri Umi sumber rezeki yang halal, gaji yang stabil dan cukup untuk keperluan..pekerjaan yang tak susah, tak penat sangat, duduk dalam ofis yang sejuk n nyaman..ada manusia lain yang masih tercari-cari peluang pekerjaan, ada yang terpaksa bekerja susah payah, dalam panas dan hujan..siang dan malam...

Allah beri Umi seorang suami yang sangat penyabar dan sempurna, yang ada pekerjaan  tetap dan dapat menyara kehidupan keluarga..ada manusia lain yang Allah jodohkan dengan lelaki yang panas baran, curang, atau malas bekerja...

Subhanallah..betapa banyaknya nikmat dan kurnia yang Allah bagi sepanjang 26tahun kehidupan Umi ni..

Tapi kenapa dengan satu ujian ni je Umi dah nak memberontak, nak mempersoalkan takdir??

Umi patut bersyukur atas segala macam nikmat dan kurnia dari Allah..Allah bagi dah banyak dah..satu je Allah belum bagi..zuriat..

Kalau Allah boleh bagi mcm2 kat Umi & Abah, kenapa tak zuriat? InsyaAllah, Allah akan bagi..tapi Umi kena sabar..Allah bukan taknak bagi, cuma masanya belum sampai..

Lahirnya zuriat bermakna bermulalah kehidupan seorang manusia baru yang Allah dah takdirkan hidupnya bila, rezekinya banyak mana, jodohnya siapa dan ajalnya bila..zuriat Umi Allah belum takdirkan lagi hidupnya bermula bila..

Tapi, Umi sentiasa doa supaya Allah beri zuriat pada kami..dan kalau zuriat tu lelaki,Umi bagi nama Sufi..kalau perempuan Sufiyyah..

Sufi cepat datang ye sayang, we love you...