Wednesday, 20 January 2016

IUI, tak semudah yang di sangka

Assalamualaikum...
 
Last entry berkenaan TTC berdoktor..bulan Oktober...Ya Allah sekejapnya masa berlalu..
 
Me dah mulakan TTC berdoktor awal Disember tahun lepas. Pada mulanya sekitar awal November,kami membuat temujanji dengan Hospital Columbia Asia,Nusajaya. Tapi semasa tarikh temujanji tu me demam pulak, x jadi pergi..dan terus bertangguh2 untuk set tarikh semula..
 
Sehinggalah bulan Disember, kami decide untuk teruskan rawatan di hospital kerajaan shj. Alhamdulillah,urusan untuk dapatkan app dipermudahkan..dapat app awal bulan..salah satu faktor kami pilih hospital kerajaan adalah sbb me kerja di sini, senang untuk dtg follow up, dan Encik Abah pun dah mintak maaf awal2 sbb dia xkan boleh dpt teman setiap kali ada app..cikgu bukan senang nak dpt cuti kan...jadi me pun kena faham keadaan beliau..dtg app sorg2 dari tempat keje, ape ada hal kan...hehe
 
Hari pertama datang,me jumpa dgn doktor houseman,doktor baru kan..jadi nmpak lah dia mcm blur2 jek..sekejap2 keluar bincang dengan pakar..tapi takpelah,nak wat mcm mana..disebabkan me dah pernah ada rekod pada 2012,me terus ckp ngan doktor tu saya nak buat IUI,dan dia terus setuju..disebabkan period me tak regular,dia bekalkan me dgn Duphaston untuk diambil selama 21 hari..dan dtg semula CD2 period..
 
Lepas habis duphaston hari ke 21, esoknya terus period..cd2 dtg jumpa doktor,kali ni me mintak MO terus, xnak jumpa HO dah..tanye gitu gini, doktor bg clomid pulak..makan  50mg (1biji) cd2-cd6.. dtg scan balik cd10,untuk TVS. TVS ni scan dari bawah, doktor masukkan rod tu kat vagina,untuk scan folikel telur..cd10 dtg, xde dominan folikel,doktor minta repeat cd12..n cd12 pun xde jugak dominan folikel...maka dgn sedihnya doktor kata x boleh proceed IUI cycle ni..sambung makan Duphaston lagi..kemudia period amik clomid pulak,kali ni hi dose cket..100mg (2biji)..
 
Sedikit kecewa la sbb tak boleh proceed IUI..hmm bukan senang rupanya..kena ada telur yang cantik n matang baru boleh proceed..tapi xpe..keep positive!! Next cycle kita cuba lagi....bye!

9 comments:

  1. keep positive. Fikirkan yg mudah2 saja.
    Cuba makan supplemen COq10 utk cantikkan telur.
    Suami isteri boleh makan.
    Yang ni akk amalkan masa buat treatment dgn Dr Natasha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida Puanstoberi masih jumpa Dr T ya..

      Delete
    2. tq kak ida..insyaallah try cari nanti..

      Delete
  2. Salam perkenalan umi sufi..Plan nak buat IUI dkt HSI ke HSA..

    ReplyDelete
  3. me, smg Allah permudahkan...keep on positive thought ya...

    ReplyDelete
  4. umi.. semoga dipermudahkan usaha umi..

    ReplyDelete
  5. umi...iza pun pernah melalui proses ni :)
    so harap bersabar ye....

    ReplyDelete