Monday 30 June 2014

Jom berpesta!!

Assalamualaikum..
 
Jom berpesta!! Pesta apa? Pesta ibadat la..bulan ni org berpusu-pusu ke masjid,mcm ada pesta kat masjid..hehe
 
Alhamdulillah..sampai kita di bulan Ramadhan ni..
 
Tahun ni excited lain mcm bila nak sambut Ramadhan..mgkin penangan balik umrah..rasa tak sabar sangat nak pergi Solat Terawih beramai-ramai.. :)
 
Actually semalam me tak pose!! Hahaha..kantoi di situ..
 
Cik P muncul seminggu yang lepas..sehari sebelum puasa cd7..drpd tgh hari sampai petang mcm dah suci..me pun mandi la dgn tersenyum2..sbb tak sabar nak g terawih ni.. selamat g terawih balik umah tgk aiishhhh...ada lg la plak...kecewa sungguh tak dapat sambut 1st Ramadhan..tp takpelah..nak buat mcm mana..sampai esoknya masih ada lagi..Pagi tadi baru mandi..Alhamdulillah tak keluar lg..
 
Dikesempatan ni me nak ucap Selamat Berpuasa kpd semua kwn2 TTC alam maya ni..minta ampun dan maaf kalau ada salah silap dalam membuat entri mahupun meng'komen' entri u all..semoga kalian semua dapat menjalani ibadat puasa dan ibadat2 lain dalam bulan Ramadhan ni dgn mudah..insyaAllah..
 
 

Tuesday 24 June 2014

Balik Umrah : Jangkitan Paru-paru

Assalamualaikum..
 
Dah 2 minggu lebih selepas kembali dari Tanah Suci... dua hari sebelum balik hari tu dah start selsema dan sakit tekak, tapi bila sampai Malaysia Alhamdulillah sembuh..tapi tiga hari lepas tu sampai hari ni me diserang batuk tak henti-henti..dah makan ubat pun masih belum sembuh...batuk yang kadang-kadang berkahak,kadang-kadang tak..malam mmg tak dpt tido..bila start terlelap je,terus tersedak batuk balik...
 
Malam tadi,me tak tahan..kebetulan my fren Juru Xray oncall malam tu dan ada kes..jadi me dtg hospital dan minta xray dada..hasil xray...
 
ada putih2 bersarang dalam peparu

Kawan me kata putih2 tu sepatutnya takde..tu menunjukkan ada something dlm paru2..dia risau pneumonia.. dinasihatkan pergi ke kecemasan..tapi kat kecemasan ramai sgt pesakit..byk kes emergency..me balik dulu..

Pagi tadi, lepas setlekan kerja me terus ke kecemasan...kena amik darah..

sakittt....
Alhamdulillah result darah takde apa-apa yg membahayakan..check BP ok, suhu takde demam..oksigen dalam badan pun ok..doktor kata mungkin jangkitan paru-paru biasa..jadi,doktor bg antibiotic, ubat demam, ubat cairkan kahak, dan multivitamin..kalau tak sembuh dalam masa 4 hari,datang jumpa doktor semula...
 
Harap-harap takde apa-apa lah..

Monday 23 June 2014

Sujud syukur ku di pagi hari

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
 
Sujud syukur me pagi ni..
 
Pagi2 lagi dah dapat panggilan dari Bos dari JB..
 
"E***, akak rasa doa awak masa umrah hari tu dah dimakbulkan..akak nak pindahkan awak ke HSA,JB lagi 2 3 minggu.."
 
"Ya Allah kak..betul ke ni?? terima kasih kak" (dah start mengalir air mata)
 
"Betul..patutnya giliran awak yg ke tiga, tapi yg dari Muar tolak,sbb husband dia yg pndah masuk Muar..yg dari Kluang pun tolak,sbb nak tunggu post kosong kat Masai.."
 
"Syukur sangat2 kak..terima kasih" (masa ni mmg dah menangis laaa...)
 
Bos sambung dalam wassap 
 
"semua ni kerja Allah,akak hanya perantara shj"
 
Subhanallah...Alhamdulillah..impian me sejak 3 tahun lepas bakal termakbul tak lama lagi..menangis2 telefon Encik Abah..bukan main gembira dia..syukur sangat Ya Allah..kemudian buat sujud syukur..Allah mendengar doa me..
 
InsyaAllah me akan berpindah tempat kerja ke Hospital Sultanah Aminah,JB dalam masa 2 3 minggu lagi..no more PJJ..tapi di HSA nanti pasti busy dgn pesakit..masih ada masa lagikah untuk menulis di sini.....
 
Dan.....insyaAllah,me akan sambung treatment di HSA..senang,dah dekat..tak perlu ambil cuti dah..minta pelepasan keluar sekejap je..
 
Alhamdulillah...perancangan Allah sangat cantik..

Sunday 22 June 2014

Umrah 2014 : Ziarah dan Shopping di Madinah

Assalamualaikum..

 
(**sepanjang entri umrah,me hanya akan menggunakan imej dari google shj kerana me tak membawa camera sepanjang berada di sana**) 
 
Sekiranya anda berniat nak menunaikan umrah, dan nak shopping,me nasihatkan shopping di Madinah..harga barang lebih murah,n lebih byk pilihan..nanti bila tiba Mekah, fokus pd ibadat umrah sahaja..
 
Me tak shopping byk pun..jubah2 me beli dgn peniaga2 di tepi2 pintu keluar Masjid Nabawi..harga murah,cuma SR30 je sepasang,tp kena pandai pilih yg elok n berkualiti,sbb dia jual lambak je..n nak beli kena cepat2..sebab nanti kalau polis dtg,diorg bertempiaran lari..kita plak kene kejar diorg..kebanyakan hotel di sekitar masjid pun ada kedai2 jual jubah..3 tingkat basement bwh hotel pun ada kedai2..tp me tak sempat nak pergi..kurma me beli di pasar kurma..ada byk kedai2 jual kurma,kacang2 n coklat..kena pandai tawar-menawar..kurma Ajwa paling murah me dapat dgn harga SR45/kg..
 
Hari kedua di Madinah,kami ada ziarah luar..pergi ke Bukit Uhud (byk pasar lambak di sini,ada jual tasbih,buah zuriat, habbatus sauda,serbuk debunga kurma), Masjid Quba (pahala solat sunat dalam masjid ni sama dgn pahala menunaikan sekali umrah),ladang kurma (dapat makan kurma percuma, tapi tak dinasihatkan beli kurma di sini sbb harga agak mahal berbanding pasar kurma), masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat, tak masuk pun,tgk dari luar je)
 
Kami sempat merasa solat Jumaat di masjid Nabawi..mmg sgt ramai org..pukul 11 pagi g masjid pun tak dapat solat di dalam..tpaksa solat di bawah payung...
 
Lepas Zuhur hari ke 3 kami bergerak ke Mekah, lepas ziarah Wada', kami memulakan perjalanan..sedih rasa,mcm tak puas berada Madinah..perjalanan kami diuji, sbb bas yg kami naiki takde aircond..dgn keadaan panas dan bahang kami terpaksa duduk dlm bas tu lebih kurg 6 jam..dalam perjalanan terpaksa berhadapan dgn jam pula,sbb ada kereta terbakar kat tepi jalan..tp jemaah semua bagus, takde merungut pun..kami singgah solat jamak Maghrib n Isyak di RnR..tapi RnR kali ni tak berapa selesa..bilik air kecik.tandas takde air, dan solat pun terpaksa solat di luar,atas karpet..tapi kami anggap je semua tu ujian buat kami..
 
Bila hampir tiba di Mekah, dari jauh dah kelihatan menara jam..hati jadi berdebar2..dah menghampiri kota Mekah..menghampiri Kaabah..masa tu mcm2 perasaan ada,ustaz pun byk pesan pd kami supaya jaga percakapan n perbuatan..
 
bersambung.. 

Wednesday 18 June 2014

Umrah 2014 : Masjid Nabawi yang dirindui

Assalamualaikum..

 
(**sepanjang entri umrah,me hanya akan menggunakan imej dari google shj kerana me tak membawa camera sepanjang berada di sana**) 

 
Lepas dapat kunci bilik,angkat beg,masuk bilik..mandi2 (perjalanan lebih 24jam tak mandi..huhu) dan berkumpul di lobi hotel..
Begini la rupa bilik kami..ada 4 katil,tp tingkap takde view sbb menghadap dinding bangunan lain, TV mmg sntiasa menyiarkan keadaan di Masjidil Haram secara live 24jam
Lepas semua jemaah berkumpul, ustaz bawa kami ke Masjid Nabawi..ziarah luar..ustaz tunjuk mana entrance perempuan, entrance lelaki, pintu masuk Raudah untuk perempuan, tandas...semua ustaz tunjuk dari luar masjid sahaja (dari bawah payung)..kemudian ustaz tunjukkan kami Kubah Hijau..dibawah Kubah Hijau la terletaknya makan Nabi Muhammad S.A.W..disebelah kiri ada Perkuburan Baqi,perempuan tak boleh masuk..lelaki shj..Encik Abah dpt kesempatan melihat upacara pengebumian jenazah di Baqi'..ustaz kata,sesiapa yg dikebumikan di Baqi',xkan dihisab amalannya,terus masuk syurga..tp hanya insan yang terpilih shj akan di ambil nyawanya di Madinah...

Pengalaman masuk Raudhah
Selepas melawat makam Nabi (lihat dari luar je) kami bergerak bebas,jemaah wanita bergerak masuk ke Raudhah, jemaah lelaki me tak pasti,mungkin masuk Baqi'.. masa tu dah pukul 9.30 pagi, kami try je masuk Raudhah..Raudhah hanya dibuka 3 kali sehari je untuk jemaah wanita, pagi (7.00 pg hingga 11.00 pg), selepas solat Zuhur dan selepas solat Isyak..

Nak masuk Raudah kena menunggu,diorg ada sediakan ruang menunggu..sampai je tempat menunggu,polis Arab tu tanya "Melayu?? Duduk..duduk" die arahkan kami duduk di kumpulan orang Melayu..kat situ sume org serumpun ngan kita,Melayu n Indonesia..masa menunggu tu buat la solat sunat..Tahiyatul Masjid,Dhuha,Taubat dan Hajat..minta supaya Allah mudahkan urusan masuk Raudhah..Alhamdulillah lepas sejam lebih kami menunggu, polis tu panggil kumpulan kami..kami pun masuk dan terus bergerak ke depan..mmg bersesak2 la..tp Alhamdulillah,me dpt solat sunat..n masa doa tu, menangis2 minta apa yg me nak..tips nak solat dalam Raudah,doa masa dlm sujud akhir..tp me dapat doa dgn lama lepas salam..mungkin me terlindung di sebalik minah2 arab..polis x nmpak..

Pengalaman kedua masuk Raudah di hari terakhir di Madinah..kami terus Solat Subuh di pintu masuk nombor 25..habis solat,terus cari tempat menunggu untuk org Melayu,mmg dia asingkan ikut bangsa..yg lain me tak perasan bangsa apa..mgkin ada Arab n mcm bangsa kulit hitam..mereka dilepaskan terlebih dahulu,mungkin sbb kita orang Melayu ni kecik2 polis x bg berebut dgn mereka..bila dibuka je pintu Raudhah..mmg meluru la diorg masuk,bergemuruh bunyi larian diorg..ada makcik2 nak follow diorg,tp di tahan oleh sorg akak ni..dia kata "jangan kak, kita tak terlawan dgn diorg nanti..diorg badan besar2..kita kena pijak nanti".. kami pun menunggu dgn sabar..tak sampai satu jam dipanggil masuk,kemudian menunggu lagi di ruang menunggu..bila tiba giliran mmg betul2 padat dalam Raudhah tu,tak mcm masa mula2 me masuk..tp dapat jugak la solat sunat 2 rakaat,tp asyik berinjak ke blkg je,sbb tmpat sujud dah ada orang lain solat..lepas je beri salam polis panggil "Hajah,keluar,keluar!!" huhu..tp Alhamdulillah,dpt masuk Raudah 2 kali...

Raudhah terletak di antara makam Rasulullah (bekas rumah Rasulullah) dan masjid Nabawi yg asal..ditanda oleh karpet hijau,kawasan lain karpet merah.. Raudhah adalah taman-taman syurga, dulu, Baginda mengajar para Sahabat di kawasan Raudhah ini..

Kawasan Raudhah, bila tiba waktu wanita,kawasan ni akan dikepung untuk orang wanita solat

Mengantuk yang amat
Waktu paling mengantuk masa di Madinah adalah waktu Maghrib dan Isyak..sbb Maghrib di sana bersamaan tengah malam waktu Malaysia..waktu untuk kita tidur..serius mmg kami semua mengantuk sangat2..kalau diperhati jemaah dari Malaysia n Indonesia mmg sume mata terpisat2 je...hehe..mmg terasa rugi sgt2..sbb kdg2 me mmg lelap terus antara maghrib n isyak..smpat solat sunat taubat, zikir sikit,n baca Quran sikit,pastu lelap..haishh..bila difikirkan balik mmg terasa ruginya!

bersambung..
  


Tuesday 17 June 2014

Umrah 2014 : Perjalanan ke Madinah

Assalamualaikum

Umrah 2014 : Perjalanan Pergi Spore-Jeddah

 

(**sepanjang entri umrah,me hanya akan menggunakan imej dari google shj kerana me tak membawa camera sepanjang berada di sana**) 

Perjalanan ke Madinah bermula sekitar jam 12malam waktu tempatan..sebelum bergerak me sempat call my mak..waktu di Malaysia lebih kurang jam 5 pagi..terpisat2 my mak jwb call..hehe..at least my mak tau yg kami dah sampai..call 1 minit je..kredit habis lebih kurang 7riyal...huhu..

Sejurus bas bergerak Mutawwif amik peranan bg sedikit taklimat perjalanan..perjalanan akan amik masa lebih kurang 6jam..waktu Subuh 4.05 pagi,jadi kami tak sempat solat Subuh di Madinah, terpaksa berhenti solat di RnR bak kata mutawwif..RnR di sini pulak ikut nasib,kalau dapat yg ok,bersih,bagus..kira ok la..tp mgkin gak dpt yg tandas sempit,surau sempit,air takde..masa kami Alhamdulillah..tandas besar,masjid luas..pas solat makan..makanan 1st kami di sana..memula risau gak,mulut ni takut terlepas ckp makanan tak sedap ke ape..tp Alhamdulillah,makanan ok,nasi lemak, ayam kari, sambal n timun...timun kat sana sangat sedap,boleh dikatakan setiap kali makan ada timun tu..

Pas Subuh,mutawwif sambung taklimat dalam bas..antara pesanan ustaz yg me ingat (bole dijadikan tips untuk bakal jemaah lain):
  • awal-awal sampai jgn kerap mandi, seeloknya mandi sebelum atau selepas subuh,sbb beri badan masa untuk adapt dgn cuaca
  • banyakkan minum air,setiap kali g solat fardu kat masjid minum 2-3 gelas air zam-zam..kalau kekurangan air,boleh jadi hidung berdarah..
  • banyakkan makan buah-buahan atau minum jus buah,supaya tak sembelit,n dapat membuang hari-hari..kat sana mudah kena sembelit..kalau tak membuang lebih dari 2 hari badan kita mudah kena demam sebab toksin berkumpul dalam badan
  • rajin-rajin pakai lip balm dan heel balm..jgn bila bibir n tumit mula pecah baru nak start pakai..nanti susah nak sembuh
  • jaga percakapan
  • kalau beli jubah,jgn simpan..tapi pakai terus, walaupun untuk diberi kpd org lain..supaya debu2 Tanah Haram dapat melekat pada baju yg kita beli..berkat.

Bila dah nak sampai sempadan Tanah Haram Madinah,ustaz bgtau..sama-sama baca doa masuk Madinah..non-muslim tak boleh masuk Madinah..Tanah Madinah berkat..Dajal tak boleh masuk..dijaga oleh beribu2 tentera2 malaikat..yg kita tak nampak..

Di Madinah kami menginap di Hotel Mawaddah Al-Safwa..50meter je dari pintu pagar Masjid Nabawi..masa mula-mula sampai,benda pertama yg me recognise dr dalam bas adalah payung Masjid Nabawi..sebak rasa masa nampak payung tu..biasa tgk dalam TV je..huhu..

rindu suasana bawah payung

Hotel kami..kat bawah tu ada kedai orang Pakistan jual Jubah..Encik Abah setiap kali balik masjid mesti singgah kedai tu,dah bole jadi kawan dgn Pakistan tu..siap makan sama-sama lg..sebelum balik ke Mekah,peluk sakan..haha..diorg faham Bahasa Melayu,jgn risau..

Sampai di Hotel,terus ke dewan makan..sarapan..pas sarapan ustaz bg kunci bilik...me bilik berempat dgn Encik Abah, MIL n FIL..ustaz bagi masa satu jam untuk bersihkan diri..kemudian buat ziarah Masjid Nabawi..

bersambung..

Monday 16 June 2014

Umrah 2014 : Perjalanan Pergi Spore-Jeddah

Assalamualaikum..
 
(**sepanjang entri umrah,me hanya akan menggunakan imej dari google shj kerana me tak membawa camera sepanjang berada di sana**)

Alhamdulillah,dah seminggu kepulangan kami..skrg ni masih batuk2 lagi..n kerinduan terhadap kedua-dua Tanah Haram makin menebal,terutama pada Tanah Haram Madinah..rindu pada ketenangan semasa berada di sana, rindu pada semangat untuk beribadat, rindu pada kemanisan melakukan solat sunat dan zikir di sana..rindu juga pada Tanah Haram Mekah,zikir2 memuji Allah di dalam setiap tawaf dan saie..sungguh,rindu sgt!! Dah 2 malam me mimpi bersiap2 untuk melakukan tawaf...tapi syg,hanya mimpi..
 
Nak menceritakan  pengalaman di sana..rasanya mmg tak cukup dgn satu entri shj..mungkin me akan buat beberapa entri..bukan untuk menunjuk,bukan untuk riak..tp sekadar nak berkongsi pengalaman,berkongsi rasa, mencatat kenangan,untuk di baca semula bila rindu, untuk menaikkan semangat usaha untuk ke sana lagi..insyaAllah..
 
Eh..tetiba rasa mcm skema plak kan..huhu
 
Perjalanan kami bermula pada pagi 28hb Mei (birthday my mak)..sehari sebelum tu semua adik beradik dah berkumpul di rumah me..pagi2 kami bangun,mandi sunat musafir..solat subuh..bila masuk waktu dhuha,kami solat sunat dhuha dan solat sunat musafir..jam 8.30 semua berkumpul di depan rumah, perjalanan dimulakan dgn laungan azan oleh abang ipar..terasa sayu sgt waktu tu..Ya Allah,aku menuju ke rumahMu..izinkan aku sampai ke sana...kemudian kami bergerak beramai2 untuk berkumpul di Pejabat Tiram Travel..sampai sana,kami sarapan dulu,Encik Abah uruskan pasport dan name tag serta tag bag..kumpulan kami paling ramai..9 orang..jumlah jemaah 38orang..
 
Kemudian kami bergerak menuju ke Changi Airport menggunakan 2 buah bas, melalui 2nd link..melepasi kedua2 check point Malaysia dan Singapore tanpa masalah..bila tiba di Airport Mutawwif arahkan kami berkumpul di satu tempat,asingkan beg untuk kargo dan beg untuk handluggage..kami check in beg secara individu, jadi seorang demi seorang perlu ke kaunter dgn beg masing-masing (kdg2 boleh check in beg secara group, tak perlu semua ke kaunter)
 
Selesai urusan check in jam 3.00 ptg,kami solat jamak zuhur n asar di airport..sambil tunggu boarding,seperti biasa, acara bergambar..me n Encik Abah hanya tumpang bergambar,sbb kami decide tanak bawak smartphone..malas nak terganggu ibadat di sana sbb nak jaga keselamatan smartphone,jadi kami hanya gunakan hp lama kami..nokia C3 untuk berhubung di sana nanti..
 
Jemaah kami kali ni menggunakan perkhidmatan Saudi Arabian Airlines..kelas ekonomi,keluasan seat lebih kurang mcm Air Asia..
 
 
Jam 5 ptg boarding..n fly jam 5.35 petang..perjalanan mengambil masa 10 jam untuk sampai ke Jeddah..tapi singgah di Riyadh untuk menurunkan penumpang..Riyadh ke Jeddah hanya ambil masa 1 jam..makanan dalam flight Alhamdulillah sedap, me suka mashed potato n ayam..sedap sgt,harap2 balik nanti dpt makan lg..haha..
 
Sampai di Jeddah jam 3.30 pagi waktu Malaysia..10.30 malam waktu tempatan..kaum wanita dan warga tua senang je nak melepasi imegresen Arab Saudi..tapi kaum lelaki muda sangat la lama..Encik Abah kata mcm2 yg diperiksa..semua cap jari disahkan..huhu..
 
Bila dah selesai semua urusan, kami dgn beberapa jemaah lain menunggu di satu bahagian,sambil tu kami ricky2 kedai jual simcard..tp semua pun system down..xleh register..lama kami menunggu..tapi mutawwif dan jemaah lain x muncul2 jugak..lebih kurang satu jam menunggu..rupa-rupanya kami menuggu di ruang departure..mutawwif n jemaah lain dah lama tunggu kami di ruang arrival..tapi tersorok ke belakang sikit..tmpat bas,patut la cari2 tak jmpe..Mutawwif kata itu sebahagian drpd ujian kami..
 
Sampai di tempat letak bas, ada seorang lelaki jual simcard..RM30 dgn nilai  kredit RM25..syarikat telekomunikasi Mobily..kami pun malas fikir pnjng..try masukkan dlm tel..ok..beli je..lebih kurang jam 12 malam kami memulakan perjalanan ke Madinah...
 
Bersambung...

Tuesday 10 June 2014

Selamat Kembali

Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah,kami sekeluarga selamat kembali ke Malaysia dua hari lepas..semua sihat,cuma ada batuk n selsema ringan je..
 
Pengalaman pertama umrah ni,Alhamduillah semua dipermudahkan..nanti ada masa InsyaAllah me cerita ttg pengalaman ni..hari ni baru start keje,tp kepala masih mamai2 lg..mengantukkk...huhu