Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Tuesday, 2 June 2015

Perit

Assalamualaikum..
 
Belum pun sempat me memulakan perkongsian tentang anak angkat kami, me terpaksa tamatkan cerita.
 
Perit.Pedih.Terkilan.Sakit rasa kehilangan.
 
Walaupun sempat jadi anak angkat kami dalam masa 2 bulan je, tapi terlalu banyak kenangan manis masa bersama.
 
Dia datang tiba-tiba,dia pergi pun tiba-tiba. Terkilan sebab pengakhirannya menyakitkan. Berlaku sedikit konflik antara pihak kami,dan ibu kandungnya sndr. Anak jadi mangsa keadaan. Tidak tahu di mana silap, secara tiba-tiba anak itu langsung berubah,langsung tidak mahu jadi anak kami lagi, atau sebenarnya tidak dibenarkan jadi anak kami lagi..me tak pasti..disuruhnya kami lupakan dia begitu shj, tanpa penjelasan..me n Encik Abah tau, ada sesuatu yang disembunyikan dan dipendam dr hati anak itu..
 
Entah la,walaupun sekadar ibu angkat..walaupun marah dan berkecil hati dgn tindakannya tu, dalam hati me sangat rindu masa kami bersama..dan sentiasa doakan kejayaan dunia akhirat untuk anak itu..akan cuba melupakan,walaupun kenangan tu akan kekal sampai bila-bila.

Thursday, 19 March 2015

Update Kisah Anak Angkat

Assalamualaikum..
 
Entri luahan hati..
 
Actually anak angkat kami tu dah duduk di rumah kami sejak Jumaat lepas,kira2 dah 6 hari..tapi semalam dah hantar balik semula ke rumahnya sendiri,Ahad nanti ambil semula
 
2 hari pertama dia kat rumah,everything was okay..masuk hari ke 3,me tak tahulah perasaan jahat apa yang menghasut me ni,me rasa cemburu,cemburu yang teramat sangat sebab perhatian Encik Abah dah terbahagi dua..skrg cuti sekolah,me kerja, so Encik Abah menghabiskan masa berdua je dgn anak angkat tu..samada di rumah, ke sekolah atau ke UTM..berdua je..me jadi cemburu..walaupun anak tu lelaki..tp me cemburu mcm anak tu bini baru Encik Abah..
 
Me jadi cemburu bila setiap malam Encik Abah akan ke biliknya untuk ajar homeworknya, me cemburu bila tgk mereka bergurau senda ketawa sama2, me jadi cemburu bila masa makan dgn selamba anak tu berkongsi makanan dgn Encik Abah, me cemburu bila mereka selfie sama2..me cemburu sbb me kena berkongsi... 
 
Ntah la ye, mungkin sebab sebelum ni hanya kami berdua, secara tiba-tiba muncul lagi seorang antara kami, yang ambil space n perhatian Encik Abah untuk me...yes, me tau, perasaan itu salah,tapi me tetap rasa mcm tu..n me xleh anggap dia mcm anak angkat pun,sbb dia dah besar,15tahun, lelaki...dah sama tinggi Encik Abah,mcm mana nak anggap dia anak?
 
Byk kali juga me luahkan perasaan protes tu, tapi Encik Abah kata buat apa cemburu, me tetap isteri dia, n anak itu anak/adik angkat je..cuma nak menumpang kasih sayang,sambil2 pembimbing masa belajar..Encik Abah pun kdg2 pening sbb rasa mcm ada 2org bini...n of course bini pertama ni asik nak mengamuk je...huhuhu...n Encik Abah kata kami masih belum sesuai nak ambil anak angkat sebenar kalau me ada perasaan cemburu mcm ni..
 
T_T
 
Me tak suka perasaan ni...sangat2 tak suka..
 
Mungkin perlu masa untuk adaptasi dengan ini semua...

Wednesday, 11 March 2015

Anak Angkat Kami

Assalamulaikum..
 
Kami dah ada anak angkat :)
 
Atau lebih sesuai me panggil adik angkat
 
Lelaki,umur 15tahun,dah besar kan? Namanya Din.

Actually Din ni student Encik Abah sejak dia Form 1,now dah Form 3..anak yatim sejak usia 7 tahun, maknya kerja Cleaner kat Hospital Swasta, ada akak sorg (lain ayah sama mak). 
 
Pada pandangan Encik Abah, Din ni budak baik, tapi ada sikit malas..jenis yg boleh maju lg kalau diberi perhatian penuh,sbb tu Encik Abah decide nak bela dia je, sesekali Encik Abah nak bwk dia balik rumah, senang nak ajak belajar sama. Faktor tambahan, Din ni jenis jaga solat. Tu yg buat Encik Abah rasa senang dgn dia.Masa Encik Abah bg cadangan tu, me mcm berbelah bagi jugak, tp me kata ikut la mana yg baik.

Semalam lepas habis kerja, kami bawak Din g Popular, belikan buku2 ulangkaji, n bawak g makan-makan.Kemudian kami hantar dia balik rumah. Malam tu akak Din wassap dgn Encik Abah, katanya Din gembira sgt bercerita dgnnya n mamanya sbb cikgu belikan dia buku2 ulangkaji. Menurut akak Din, Din ni kurang kasih sayang,sebab mamanya sibuk cari rezeki,akaknya pun sama,jadi dia mcm rasa tak disayangi. Bila Encik Abah layan dia baik,dia rasa bersemangat cket nak belajar..terharu pulak me dgr.

Pastu me ckp dgn Encik Abah, jom cari anak angkat yang masih kecik pulak, yang boleh me pegang n peluk2..yg ni dah besar sgt,lelaki pulak tu. Encik Abah senyum je..

Mungkinkah dah tiba masa untuk kami pertimbangkan persoalan itu secara serius?

Thursday, 6 November 2014

Takde anak itu ujian, ada anak pun ujian

Assalamualaikum..
Sabtu lepas me dan Encik Abah pergi ke satu seminar iaitu Seminar Transformasi Keluarga, Jalan Menuju Jannah yg diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru..mmg rezeki me dpt pergi atas tiket free, sebab ada kwn tak dapat pergi..Encik Abah je perlu beli tiket sendiri..tak mahal pun RM80 je include lunch..ceramah2 mantap daripada ustaz n ustazah hebat..termasuk Ustazah Noor Laila, Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Ebit Lew...

Semua ceramah yg disampaikan memberikan byk info baru n byk nasihat-nasihat yang menyentuh hati kami..tapi ceramah daripada Ustaz Zul Ramli mmg betul-betul memberikan kesan yg dalam pd me sbg seorang TTC..me tak pndai nak susun kata mcm mana isi kandungan ceramah tu..tp setiap kata dari Ustaz menyebabkan me semakin redha atas ujian ini..

Ceramah yang bertajuk "Duhai Ibu Ayah, Pimpin Kami ke Jannah" .. kata ustaz, ANAK BUKAN MILIK IBU BAPA, ANAK MILIK ALLAH!! kita hanya ada satu hubungan tali halus dengan anak..anak cuma dipinjamkan kpd kita agar kita merasa gembira dan tenang dgn kehadiran mereka..anak itu amanah, yang dipertanggungjawabkan kpd kita,yang mana setiap dosa anak itu akan kita tanggung dan akan kita jawab di akhirat kelak..ada satu kisah, dimana seorang lelaki sudah pasti masuk syurga kerana amal solehnya,semua pintu syurga telah terbuka untuknya,bidadari syurga telah menantikan kehadirannya,tetapi sedang dia meniti titian Siratulmustaqim, terdengar satu suara dari jurang api neraka 

"Tahan dia Ya Allah!! Bagaimana Kau boleh biarkan dia masuk syurga seorang diri, sedangkan aku anaknya terhumban ke dalam neraka ini"

Maka lelaki tadi terus dicampakkan ke dalam neraka, hanya kerana dia tak berjaya mendidik anaknya dengan betul semasa di dunia..amal soleh yang dilakukan hanya untuk dirinya sendiri,sedangkan dia tidak mempedulikan amalan anaknya...

Subhanallah!!

Terus me tersedar..anak itu berat amanahnya!! Ye, skrg kita TTC sedang melalui satu ujian, ujian takde anak..sdgkan sebenarnya mempunyai anak itu jauh lebih hebat ujiannya..dari segi sainsnya kita belum ade anak sbb ovum tak matang, rahim terbalik, saluran tersumbat..tapi itu dr segi sainsnya shj..pernah ke terfikir kenapa ALLAH takdirkan ovum kita tak matang, rahim kita terbalik, saluran kita tersumbat?? Ada sebab semua tu, ALLAH tahu,kita tak tahu..

Selama ni me fikir nak ada baby, nak rasa mengandung, nak rasa mendukung baby sendiri,tapi me lupa bahawa baby yg me impikan itu akan membesar menjadi seorang insan yang mana semua dosanya akan dipertanggungjawabkan kepada me! Bersediakan me?? Allah...

Bukan nak menjatuhkan semangat TTC, tapi me rasa me perlu lebih bersyukur menjadi TTC..sekurang-kurangnya sambil berusaha me boleh memperbaiki diri me terlebih dahulu, menyiapkan diri sebelum benar2 bersedia menggalas amanah dari ALLAH itu..insyaAllah..