Friday 27 February 2015

Cuti2 CNY di Kelantan Day3 : Ziarah Kubur Arwah TGNA, Pasar Siti Khadijah, Hospital K.Krai dan balik

Assalamualaikum..
 
 
Hari ke tiga kami keluar menuju ke Pulau Melaka, teringin nak menziarahi kubur arwah TGNA. Walaupun dah hampir seminggu,tapi masih ramai yang datang menziarah
 
Orang ramai berpusu-pusu nak melawat kubur
Orang ramai yang melawat, kubur arwah dalam kawasan tali kuning
Kemudian kami ke Pasar Besar Siti Khatijah..di sini me n Encik Abah berpecah sbb Encik Abah nak jumpa kawan lamanya masa di UPSI,bg can la dia jalan sndr..me masuk tp x beli ape2 pun,terus ke KB Trade Centre yg ada kat depan pasar tu.tgk2 tudung n baju :) Encik Abah n kawan naik tingkat atas pasar, borong keropok cap pinggan yg sedap itu, n kuali, kuali leper, periuk, pembakar kuih cara n mcm2 lagi hasil kiriman family in laws..kemudian jumpa balik kat bahagian buah..borong buah mangga pulak..

Tgh hari hantar my adik balik rumah family angkat di Machang,tapi anaknya yg OKU tu admit ICU di Hospital K.Krai pulak..jadi kami terus ke K.Krai. Dapat la tgk kesan banjir yang mmg dahsyat. Sekolah depan hospital air naik smpai tingkat 2..hospital atas bukit, jadi mcm pulau. Kedai2 semua ada kesan banjir. Dapat melawat anaknya sekejap je. ICU tak boleh tgk lama-lama,n tak mahu mengganggu saudara mara yg lain nak melawat.

Jam 6 kami bergerak pulang..waze jalan ke Besut. Singgah Besut borong keropok lagi. Perjalanan balik ni co pilot tak membantu sangat sbb co pilot pun da pengsan awal..haha..sian Encik Abah drive sorg2..Alhamdulillah selamat sampai di Segamat jam 3 pagi..

Balik JB timbang berat naik 3kg,hasil makan banyak di Kelantan..sekian :P

Tamat trip kali ni..

Cuti2 CNY di Kelantan Day2 : Sarapan Nasi Kerabu, Kenduri,Homestay di KB dan Wakaf Che Yeh

Assalamualaikum..

Sambungan...
Cuti2 CNY di Kelantan Day1 

Hari kedua pagi2 lagi kami dah keluar cari Nasi Kerabu untuk sarapan. Pusing-pusing jumpa gerai makcik tepi jalan jual nasi kerabu n ayam bakar. Nasi putih n nasi dagang pun ada. Tapi terlupa nak snap pic, tak tahulah kenapa sepanjang trip ni x berminat plak nak snap pic bnyk2..byk selfie n wefie je..huhu...yg tu takyah tampal kat sini ye..

Sedap nasi kerabu makcik ni,makan dgn ayam bakar..tapi takde solok lada n terur masin. Harga sangat murah. Sifir makcik tu senang je 

"ambik lauk sekaro,2riyal..ambik lauk 2karo,3riyal" 

Senang die nak kira kot..hehe

Tengah hari kami check out (terpaksa check out sbb dah ade org booking awal untuk mlm kedua tu) n terus gerak g kenduri..makan kenduri kat sini takde nasi minyak, ada nasi putih n lauk pauk yang sangat sedap. Siap ada desert aiskrim pulut lagi.mmg makan tak hingat la..sambil2 tu ade persembahan silat. Kami plan lepas kenduri nak g Rantau Panjang,tapi pengantin bersanding lambat pulak..nak dekat jam 4 baru sanding sbb pengantin lelaki tersekat dalam jem teruk..huhu..kesian..jadi tak sempat la nak ke Rantau Panjang..kami terus ke Kota Bharu.

Minta tolong kawan Encik Abah carikan homestay, byk yg dah full book..jumpa satu di Pengkalan Chepa, RM150/malam..komen ttg homestay ni so so je la..condition rumah ok je,rumah taman..tapi kemudahan kurang, kalo Famiha me bg 5 bintang,yang ni me bg 1 bintang je..tapi Encik Abah kata syukurla ade tmpat stay..as usual,always positive words..
 
Malam tu, google tempat makan best, jumpa PK Corner. Special kat sini chicken chop n tomyam, takde pic..again,malas nk snap. Kat PK corner ni ramai sgt org, sampai menunggu2 kat luar kedai. Kami oder nasi putih,tomyam, sotong tepung..tp tgk kebanyakan pelanggan oder chicken chop,jd kami pun oder 1..makan share 6 org..haha..menjamah je katanya.

Pas makan,waze Wakaf Che Yeh. Boleh tahan jugak jem jalan,tapi senang je nak cr parking sbb area situ mmg byk tanah lapang yg dibuat tmpat parking, cuma jalan jauh cket la. Pendapat me Wakaf Che Yeh ni keadaan n barang jualannya lebih kurang kat Bazar Karat JB jugak. Tak beli ape2 pun..tgk2 je..sekadar nak merasa n melihat suasana kat sana.

Sambung.. 

Thursday 26 February 2015

Cuti2 CNY di Kelantan Day1 : Perjalanan, Famiha Homestay n Family Angkat

Assalamualaikum...
 
Akhirnya ada masa nak mencoret di sini...cerita ttg latest story dulu la..yg terperap biar dia terperap lama cket..hehe..
 
Cuti CNY hari tu kami sekeluarga (my side) bercuti ke Kelantan..bukan la bercuti mana pun, tp ke sana sbb ada wedding anak saudara belah my mak..
 
Kami gerak hari Selasa jam 11 malam dari Segamat. Encik Abah dah siap2 beli stok nescafe untuk elakkan mengantuk, walaupun beliau bukan penggemar nescafe. Kami masuk LPT dari Tol Gambang...hiway sangat2 lengang,tiba di RnR Ajil jam 4.30 pagi..Encik Abah masih tak mengantuk,tp me as co pilot dah tak tahan...paksa jugak berhenti tidur skjp..jam 5lbih sambung pjalanan..berhenti Subuh di Permaisuri.
 
Dari Permaisuri kami terus ke Machang,my adik sedang praktikal di sana.Sarapan pagi di Machang, terkejut cket...sbb org Kelantan sarapan pagi nasi putih berlauk..huhu..ayah angkat my adik belanja. Selepas sarapan call homestay di Tanah Merah. Minta masuk awal, nasib baik owner kata boleh, terus gerak ke Tanah Merah, check in. Kami tidur sampai tgh hari..homestay sangat2 selesa..RM150/malam...3 bilik..lengkap, toto extra yg sgt byk, selimut n tuala pun byk,sabun mandi,ubat gg, gula, teh, air mineral semua disediakan, serba lengkap...kalau nak stay sampai 20org pun ok. Me rasa ni the best homestay yg me pernah jumpa. Memang recommended...direction untuk ke sana pun jelas sbb tuan rumah siap wassap direction bergambar..x kan sesat. Sesiapa yang berminat boleh booking kat link di bawah, siap promote lagi, hehe..tak dapat komisyen pun.
 

Dah puas tido, bangun cari makan. Me try Maggie Ketam yang katanya famous di Kelantan. RM15 sepinggan..tp tak kena pada my selera plak...n ketam tak fresh...xtau la kalau mmg Maggie ketam rasanya mcm tu,atau kedai makan tu yg masak tak sedap...huhu
 

Lepas makan jenguk persiapan rumah kenduri. Selepas Maghrib kami ke Machang semula, sbb family angkat my adik ajak makan malam dirumahnya. Diorg sangat peramah,rancak berborak.Kami dijamu nasi lemak ayam. Sambil makan diorg cerita pengalaman menghadapi banjir. Yang me cerita adik me tak dpt dihubungi tu, di rumah family ni la. Rumah diorg air naik hampir mencecah bumbung,masih nampak lg kesan paras air di dinding rumah. Perabot, kereta semua rosak. Family ni pun ada anak OKU, akibat demam panas..x boleh berjalan n bercakap, mmg mencabar masa nak pindah ke kawasan tinggi masa tu. Sepanjang berbual tu me bukak telinga luas2 sbb nak fahamkan dialek Kelate tu...hehe..ade jugak yg tak faham,tp diorg ok je.

Lepas makan, balik Homestay n tido...

Bersambung...
 

Saturday 21 February 2015

Februari yang kosong

Assalamualaikum..

Baru perasan, bulan Februari ni masih kosong dari sebarang entri..kosong sebab terlalu penuh dgn xtvt..huhu..kerja banyak cket skrg ni..tak sempat nak mencoret di sini..

Teaser #1

weekend getaway seminggu sebelum CNY..teaser je dlu..

Teaser #2

Hmm..landscape pun belum buat full entri..dah tmbah teaser lain..