Thursday, 26 February 2015

Cuti2 CNY di Kelantan Day1 : Perjalanan, Famiha Homestay n Family Angkat

Assalamualaikum...
 
Akhirnya ada masa nak mencoret di sini...cerita ttg latest story dulu la..yg terperap biar dia terperap lama cket..hehe..
 
Cuti CNY hari tu kami sekeluarga (my side) bercuti ke Kelantan..bukan la bercuti mana pun, tp ke sana sbb ada wedding anak saudara belah my mak..
 
Kami gerak hari Selasa jam 11 malam dari Segamat. Encik Abah dah siap2 beli stok nescafe untuk elakkan mengantuk, walaupun beliau bukan penggemar nescafe. Kami masuk LPT dari Tol Gambang...hiway sangat2 lengang,tiba di RnR Ajil jam 4.30 pagi..Encik Abah masih tak mengantuk,tp me as co pilot dah tak tahan...paksa jugak berhenti tidur skjp..jam 5lbih sambung pjalanan..berhenti Subuh di Permaisuri.
 
Dari Permaisuri kami terus ke Machang,my adik sedang praktikal di sana.Sarapan pagi di Machang, terkejut cket...sbb org Kelantan sarapan pagi nasi putih berlauk..huhu..ayah angkat my adik belanja. Selepas sarapan call homestay di Tanah Merah. Minta masuk awal, nasib baik owner kata boleh, terus gerak ke Tanah Merah, check in. Kami tidur sampai tgh hari..homestay sangat2 selesa..RM150/malam...3 bilik..lengkap, toto extra yg sgt byk, selimut n tuala pun byk,sabun mandi,ubat gg, gula, teh, air mineral semua disediakan, serba lengkap...kalau nak stay sampai 20org pun ok. Me rasa ni the best homestay yg me pernah jumpa. Memang recommended...direction untuk ke sana pun jelas sbb tuan rumah siap wassap direction bergambar..x kan sesat. Sesiapa yang berminat boleh booking kat link di bawah, siap promote lagi, hehe..tak dapat komisyen pun.
 

Dah puas tido, bangun cari makan. Me try Maggie Ketam yang katanya famous di Kelantan. RM15 sepinggan..tp tak kena pada my selera plak...n ketam tak fresh...xtau la kalau mmg Maggie ketam rasanya mcm tu,atau kedai makan tu yg masak tak sedap...huhu
 

Lepas makan jenguk persiapan rumah kenduri. Selepas Maghrib kami ke Machang semula, sbb family angkat my adik ajak makan malam dirumahnya. Diorg sangat peramah,rancak berborak.Kami dijamu nasi lemak ayam. Sambil makan diorg cerita pengalaman menghadapi banjir. Yang me cerita adik me tak dpt dihubungi tu, di rumah family ni la. Rumah diorg air naik hampir mencecah bumbung,masih nampak lg kesan paras air di dinding rumah. Perabot, kereta semua rosak. Family ni pun ada anak OKU, akibat demam panas..x boleh berjalan n bercakap, mmg mencabar masa nak pindah ke kawasan tinggi masa tu. Sepanjang berbual tu me bukak telinga luas2 sbb nak fahamkan dialek Kelate tu...hehe..ade jugak yg tak faham,tp diorg ok je.

Lepas makan, balik Homestay n tido...

Bersambung...
 

1 comment:

  1. Assalam sis,
    laaaaaaaaaaa
    nengok dari gambor macam sedap he3

    ReplyDelete