Tuesday 23 June 2015

Sekakap, Mersing

Assalamualaikum..
 
Awan di Pantai Sekakap, cantik kan?
Kami,masih berdua..

Tuesday 2 June 2015

Perit

Assalamualaikum..
 
Belum pun sempat me memulakan perkongsian tentang anak angkat kami, me terpaksa tamatkan cerita.
 
Perit.Pedih.Terkilan.Sakit rasa kehilangan.
 
Walaupun sempat jadi anak angkat kami dalam masa 2 bulan je, tapi terlalu banyak kenangan manis masa bersama.
 
Dia datang tiba-tiba,dia pergi pun tiba-tiba. Terkilan sebab pengakhirannya menyakitkan. Berlaku sedikit konflik antara pihak kami,dan ibu kandungnya sndr. Anak jadi mangsa keadaan. Tidak tahu di mana silap, secara tiba-tiba anak itu langsung berubah,langsung tidak mahu jadi anak kami lagi, atau sebenarnya tidak dibenarkan jadi anak kami lagi..me tak pasti..disuruhnya kami lupakan dia begitu shj, tanpa penjelasan..me n Encik Abah tau, ada sesuatu yang disembunyikan dan dipendam dr hati anak itu..
 
Entah la,walaupun sekadar ibu angkat..walaupun marah dan berkecil hati dgn tindakannya tu, dalam hati me sangat rindu masa kami bersama..dan sentiasa doakan kejayaan dunia akhirat untuk anak itu..akan cuba melupakan,walaupun kenangan tu akan kekal sampai bila-bila.