Sunday 24 January 2016

Pengalaman istihadhah..

Assalamualaikum..
 
Nak kongsi masalah istihadhah yg me tgh alami skrg ni. Ini kali pertama me berhadapan masalah istihadhah, sblm ni mmg tak pernah.
 
Cycle lepas kan my period turun sbb induced by duphaston, tapi period tu keluar mcm segan2 jek..x mcm selalu..habis pun awal,cd5 dah kering betul. Jadi me pun rs mcm x puas period tu mcm x keluar habis..masa cd2 me ada bgtau doc,tp doc x komen ape2 pun..
 
Masa TVS cd10 tu doc ade ckp dlm rahim mcm ada fluid, mcm x abis keluar,tp doc xde bg action ape2,dia cuma concern psl xde dominan folikel..jadi me pun ingt ok la..
 
tup2 cd 17 keluar spotting..berlarutan sampai cd20,tp keluar sangat sikit..sehari sekali jek..bila me tanya kwn2 dorg kata mgkin implantation bleeding,tp me mcm x yakin..ovum xde mcm mana nak implantation.n lg 1 kalo ikut kiraan mcm terlalu awal untuk IB.
 
cd20 pulak terus bleeding mcm period..me rasa..ni rasa jek la ye..ni mgkin period me yang x abis keluar lagi masa induced by duphaston tu..sampai hari ni cd23 masih lg bleeding mcm period yg normal..jadi me consider ni adalah my period,tapi disebabkan dah lepas 15hari.wajib solat sbb lepas 15hari dah dikira istihadhah...yg ni pun me tanya byk org,kwn2 tmpt kerja,kwn lama n termasuklah ustazah sekolah Encik Abah..semua jwb wajib solat..
 
Tapi mmg la sgt sukar untuk solat masa istihadhah ni..kena cuci setiap kali sblum solat,tukar pad,tukar panties..mmg cuti 3hari ni me tak ke mana-mana la..susah nak solat kat luar..huhu..
 
Lagi 1 kemusykilan, me kan dah dibekalkan clomid untuk diambil pada cd2-cd6..tapi sbb me mcm yakin x yakin jek period ni..me x ambil dulu...tgu next cycle baru amik..takut makin pening hormon dlm bdn ni...huhu..nak tanye doc,hosp tutup...pandai2 sndr jek la...boleh mcm tu? haha...
 
apa kata kwn2? bole bg pndangan tak..mmg pening dah me fikir psl period ni..

Wednesday 20 January 2016

IUI, tak semudah yang di sangka

Assalamualaikum...
 
Last entry berkenaan TTC berdoktor..bulan Oktober...Ya Allah sekejapnya masa berlalu..
 
Me dah mulakan TTC berdoktor awal Disember tahun lepas. Pada mulanya sekitar awal November,kami membuat temujanji dengan Hospital Columbia Asia,Nusajaya. Tapi semasa tarikh temujanji tu me demam pulak, x jadi pergi..dan terus bertangguh2 untuk set tarikh semula..
 
Sehinggalah bulan Disember, kami decide untuk teruskan rawatan di hospital kerajaan shj. Alhamdulillah,urusan untuk dapatkan app dipermudahkan..dapat app awal bulan..salah satu faktor kami pilih hospital kerajaan adalah sbb me kerja di sini, senang untuk dtg follow up, dan Encik Abah pun dah mintak maaf awal2 sbb dia xkan boleh dpt teman setiap kali ada app..cikgu bukan senang nak dpt cuti kan...jadi me pun kena faham keadaan beliau..dtg app sorg2 dari tempat keje, ape ada hal kan...hehe
 
Hari pertama datang,me jumpa dgn doktor houseman,doktor baru kan..jadi nmpak lah dia mcm blur2 jek..sekejap2 keluar bincang dengan pakar..tapi takpelah,nak wat mcm mana..disebabkan me dah pernah ada rekod pada 2012,me terus ckp ngan doktor tu saya nak buat IUI,dan dia terus setuju..disebabkan period me tak regular,dia bekalkan me dgn Duphaston untuk diambil selama 21 hari..dan dtg semula CD2 period..
 
Lepas habis duphaston hari ke 21, esoknya terus period..cd2 dtg jumpa doktor,kali ni me mintak MO terus, xnak jumpa HO dah..tanye gitu gini, doktor bg clomid pulak..makan  50mg (1biji) cd2-cd6.. dtg scan balik cd10,untuk TVS. TVS ni scan dari bawah, doktor masukkan rod tu kat vagina,untuk scan folikel telur..cd10 dtg, xde dominan folikel,doktor minta repeat cd12..n cd12 pun xde jugak dominan folikel...maka dgn sedihnya doktor kata x boleh proceed IUI cycle ni..sambung makan Duphaston lagi..kemudia period amik clomid pulak,kali ni hi dose cket..100mg (2biji)..
 
Sedikit kecewa la sbb tak boleh proceed IUI..hmm bukan senang rupanya..kena ada telur yang cantik n matang baru boleh proceed..tapi xpe..keep positive!! Next cycle kita cuba lagi....bye!