Friday, 17 June 2016

PENGALAMAN IUI PERTAMA


Assalamualaikum..lama tak bersiaran kan...

Me dah selesai menjalani proses IUI...IUI....perkataan yang berlegar2 dlm kepala sejak dua tiga tahun lepas...tapi bila dah selesai menjalani proses tu,rasa mcm mimpi pulakkk...tak sangka sampai ke tahap ini proses TTC kami...

Me mulakan dgn clomid 1 biji sejak 3 cycle lepas..cycle pertama TVS on CD12 tak ada telur..cycle kedua, 2 biji clomid, telur ada 3 biji tapi x cukup besar,1.2cm je and doc xnak teruskan IUI..cycle ke tiga 3 biji clomid, TVS CD12 ada 3 biji telur tapi size masih tak cukup. Nasib baik cycle ke tiga jumpa pakar terus, jadi dia suruh datang lagi CD21 (sbb my cycle panjang kan,mgkin ovulate lambat). Jadi CD21 me dtg balik telur tinggal sebiji je,tapi size dah ngam untuk IUI. Dua telur lagi doc kata mgkin dah pecah secara semulajadi..doc kata kita cuba IUI..wah terus bersinar2 mata tgk doc...dlm hati kata inilah yang aku tunggu-tunggu selama ni..haha... doc bekalkan dgn ovidrel.kena inject jam 8 malam. Malam tu bawa ovidrel g klinik swasta, mintak doc cucukkan..hehe..x berani cucuk sndr. Encik Abah lagi tak berani..

CD23 pagi2 lagi kami dah gerak ke hospital..sampai hospital serahkan sperm..sperm akan dicuci terlebih dahulu, hanya yang betul2 berkualiti shj akan diambil. Proses mencuci sperm mengambil masa 2 jam..jadi sementara tu me hantar Encik Abah ke sekolah dlu (beliau xnak amik cuti). Lepas hantar Encik Abah, me patah balik ke hospital. Masa tu sperm dah ready. Yang assist doc masa prosedur tu adalah MA(medical assistant) perempuan. Doc yang jalankan prosedur tu pun doc perempuan.  

Mula2 doc explain la ttg proses IUI ni..sbb dah banyak kali google sana sini,jadi mudah la utk me faham apa yang doc explain tu. Lepas explain,doc cuci part tu..then masukkan speculum (yang kalo kita google tu diorg sebut muncung itik). Masa masukkan speculum ni rasa sakit sikit je..me rasa masa buat HSG dulu lagi sakit kot...kemudian doc inject sperm yang dah dicuci tadi...keluarkan speculum dan SIAP!! Sekejap sangat rasanya...tetiba,eh aku dah jalani IUI..mcm mimpi jek..haha... Lepas siap prosedur tu doc suh baring 30minit..rehat..masa ni doa je la..tawakal pada Allah...lepas 30minit MA bagi kad app..dtg 2nd day period atau kalo tak period g klinik buat buku merah...

Malam sebelum buat IUI tu me buat solat hajat, bukan kena mintak berjaya je prosedur ni..tp lebih baik kita mintak apa pun keputusan yang Allah dah tetapkan nanti,mohon la kita dikurniakan keredhaan yang sangat tinggi..me terus terang mmg harapan sangat tinggi dgn IUI pertama ni, tapi me sedar..Allah Maha Mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya..sebelum kita buat prosedur ni lagi Allah dah tahu keputusannya,jadi mohon la keredhaan hati..tu lebih selamat..supaya kita tak hilang pedoman bila gagal..

Sepanjang dua minggu menunggu ni, mmg me tak buat kerja berat,jalan pun slow2 jek (keje kat klinik mmg kene jalan laju weiiii..kadang2 lupa). Encik Abah byk tolong buat kerja rumah...dlm hati mmg terasa alangkah indahnya kalau betul2 pregnant nanti...berdoa dan berdoa...

Seminggu lepas IUI dah mula rasa cramping..mmg tanda2 nak period la tu..dan akhirnya period menjengah pada hari ke 14 selepas IUI,jam 2 pagi, tanda IUI pertamaku gagal! Hati sebak, tapi berjaya tahan diri dari menangis..tapi kalah bila bgtahu pd Encik Abah subuh tu, dia wat cool...insyaAllah ada rezeki lain kali...tu ayat biasa beliau..masa tu mmg xleh tahan dah..menangis lah jugak..ptg tu pun menangis lagi...yup, mmg sedikit sedih, tapi me xkan putus asa..akan cuba utk kali ke dua..

App dgn doc masa Day2 period, doc tanya nak teruskan 2nd IUI ke? Me terus jawab nak,tapi after Hari Raya..doc bgtau boleh buat berapa banyak kali pun IUI yang kita nak...

Itu shj lah pengalaman pertama IUI ni...at least dah berusaha kan..Allah yang menetapkan..takde satu perkara pun yang jadi dengan sia2,pasti ada hikmah..insyaAllah..

Selamat berpuasa uollss!!

5 comments:

  1. InshaAllah. Keep going and dont give up! Moga Allah redha dengan usaha kita.

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa me... InsyaAllah, teruskn doa dan usaha...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah...semoga ada rezeki kita semua di bulan Ramadhan dan seterusnya ini..Yani pun tak berjaya 1st IUI bulan Mei lepas, dan 1 cycle abandoned tak proceed IUI...Allah lebih tahu apa yang terbaik dalam hidup kita....

    ReplyDelete
  4. Hi..boleh tanya.. buat IUI dekat mana.. saya pun baru nak plan nak buat iui ni.. huhu..kita dah kawin 10 thn dah.. belum dapat2 lagi.. harap berjaya dgn iui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply ye...sy buat di HSA..semoga berjaya ye

      Delete