Monday, 5 May 2014

Pengalaman Denggi : Tanda-tanda awal dan tips

Assalamualaikum..

(Entri yang sangat lama dalam draft, tapi sempat tulis tajuk je :p )

Pengalaman kena demam denggi ni pengalaman Encik Abah,dan pengalaman bagi me juga menjaga orang yang demam denggi ni..Encik Abah diserang demam denggi pertengahan tahun lepas.. (skrg ni baru nak share..uhuhu)..tapi apa yg me share ni adalah apa yg kami lalui la..org lain mungkin berbeza...

Tanda-tanda demam denggi

Demam panas yg mendadak..
Encik diserang demam secara tiba-tiba dan takde tanda2 nak demam pun..Encik Abah biasa kalo demam mula dgn sakit tekak, batuk, selsema atau badan rasa seram sejuk..itu demam normal..tp kalo demam denggi ni,tiba2 je badan jadi panas..dalam masa satu jam,mmg terus jadi panas betul..

Demam kuat tahap merengek2..
Biasa Encik Abah demam,masih boleh bergurau2 lg..tp bila kena demam denggi ni..mmg kesian tgk..merengek2..badan sakit2..pening kepala..mmg lain dari yg lain..langsung takde selera makan..muntah2..nak bangun pun tak larat..

Berlarutan selama 3 hari..
Masa hari pertama demam,bg makan ubat demam biasa..kebah sekejap..pastu panas balik...esoknya pun sama..makan ubat,hilang jap panasnya pastu panas balik..sampailah hari ke 3..g klinik,check darah mmg doc kata suspek denggi,sbb platelet 150..ptg g hospital check balik dah jadi 70..confirm denggi!

Semasa demam denggi
Encik Abah admit selama 5 hari..sepanjang dalam wad tu,mmg beliau tido saje..tp bila malam tak dpt tido pulak..selera makan mmg langsung takde..lagi2 lauk hospital..tp bila kwn2 dtg bwk mcm2 makanan pun takde selera jugak,..yg boleh telan cuma buah-buah je sikit..

Nurse dtg check suhu n BP 3-4 kali sehari..kul 3 pagi pun datang check..tu yg Encik Abah tak dpt tido..hantar ubat pulak 3 kali..awal pagi, petang dan malam..kalo suhu tinggi,dia bg ubat demam, kalo bgtau rasa nak muntah dan loya,dia bg charcoal..denggi mmg takde ubat..doc cuma bg ubat utk kurangkan simptom je..dan masuk air..ntah berapa botol air dah masuk sepanjang 5 hari tu..tp yang Encik Abah perasan, air kencing orang yg denggi ni kuning,n berbau kuat, walaupun dah minum air banyak.

Pagi kakitangan makmal akan datang amik darah, bawa g makmal..review result masa doc round ward petang..doc round 2kali..pagi n petang..4 hari berturut2 result platelet menurun..drpd 70 sampai 20 pd hari ke 4..hari ke 5 baru naik balik jadi 40..baru doc bg discharge..

Tips yang Encik Abah amalkan

Minum air yang banyak
Seeloknya minum air masak je..tp mana ada selera..minum air masak je nak muntah..jadi doc suggest minum 100plus..satu hari sampai 3 4 botol habis..

Sup ketam
MIL bawakkan sup ketam..memula bwk yg tumis..tp tgk Encik Abah makan sikit je..takut dia takde selera sbb berminyak..esoknya bawak yg rebus je..pun sama jugak,takde selera gak..

Air Pink Guava
Air jambu batu merah..rasanya yg ini byk membantu..sbb Encik Abah dapat air ni masa hari ke 4 kot..esoknya Alhamdulillah result darah naik..tp air ni susah nak jumpa..SIL2 yg belikan..

google image

Selepas keluar wad

Walaupun doc dah benarkan keluar wad,tp doc masih sambung beri MC selama seminggu..sbb walaupun dah keluar wad, Encik Abah masih belum sembuh sepenuhnya.. demam dah takde..tp selera makan masih kurang. 

Apa yang Encik Abah rasa selepas demam denggi :

Tak dapat tido malam : kalo terlelap pun mimpi pelik2..ada pegawai xray dtg nak xray la, ada doc dtg nak operate la..sbb tu dia takut nak tido..takut orang hospital dtg kacau..huhu

Badan rasa gatal2 : Seluruh badan terutama kat kaki..asyik bergaru je,tp kat bahagian kulit takde tanda gatal pun..gatal tu mcm gatal dari dalam kulit..

Terawang-awang : Encik Abah kata beliau rasa mcm blur2 je..kelakuan pun berubah,drpd seorang yang ceria kepada pendiam..dia kata diam sbb dia x dpt berfikir sgt..masa minggu2 1st start keje pun mcm tu,tak dpt fokus..lama gak, dalam sebulan lebih..

Sebulan lepas Encik Abah demam denggi, ayah dia pulak kena..pun sama simptom2 tu..Encik Abah kata,dia mmg tak sanggup nak merasa kena demam denggi lagi..mmg seksa badan..tp Alhamdulillah..lepas 2 bulan Encik Abah sembuh mcm biasa..

Untuk ahli keluarga,kena byk2 sabar untuk jaga pesakit denggi ni..walaupun selepas denggi,pesakit perlu amik masa lama untuk kembali ke keadaan asal,sokongan ahli keluarga terdekat mmg sgt2 diperlukan..

10 comments:

  1. denggi mmg bahaya betol. masa suami saya kena dulu, kita isteri mmg seram sejuk. pagi petang siang malam tak boley tidor fikir macam2. dah lah denggi ni mmg takde ubat pun. nasib baik lah dia makan vitamin yg boleh cepatkan recovery. sempat masuk wad semalam je, lepas tu keluar terus sbb platlet dah naik blk.

    ReplyDelete
  2. Demam denggi antara penyumbang besar kes kematian di Malaysia. Sebelum merawat, better mencegah. Kenal pasti setiap tempat yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, dan hapuskannya!

    ReplyDelete
  3. GERAM betul saya dgn nyamuk aedes ni..sama2lah kita jaga anak2 kita sbb kalau denggi kena pada kanak2 lebih bahaya..kes denggi berdarah kanak2 paling tinggi..

    moga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye.

    ReplyDelete
  4. Assalam , masalah demam denggi ini sekiranya tidak dipandang berat ,pasti akan mendatangkan masalah dalam hidup kita.Masalah demam denggi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan ya kawan kawan .Sebenarnya ada Cara Untuk Mengatasi Masalah Demam Denggi yang Berbahaya.
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete
  5. Dahsyatnya kesan demam denggi. Tapi saya setuju dengan admin tentang tips yang di amalkan. Minum air banyak untuk elak dehradasi yang lebih teruk dan makan sup ketam. Apa-apa pun mencegah lebih baik dari merawat. Boleh juga cuba kaedah ini Cara Alternatif Merawat Denggi

    ReplyDelete
  6. Tips terbaru adalah jus betik..
    Skrg banyak ada di kedai mamak sebotol rm10 x silap. InsyaAllah sembuh dgn izin-Nya..

    ReplyDelete
  7. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete
  8. sya penah kena kot tahun rasa demam sama macam di atas.sejuk giler rasa talboleh nafas nak muntah 7hari makan ubat tak lega2.minum 100plus.memamg tak larat gile nak tido pon tak boleh.pening gile.sya pegi kilink check darah.tambah air dalam badan.lepas tambah air 1jam sy rasa lega sikit tak panas sejuk.lepas tu sya kencing dengan bnyak keluar air kencing warna kuning. lepas tu balik rumah minum air kelapa banyak.sya rasa ok sikit.doctor bagi ubat vitamin sebab darah jadi rendah.dan sya dah berhenti rokok.lepas habis ubat doctor bagi bru sya sihat spenuhnya.sy 22thn.

    ReplyDelete