Thursday 31 October 2013

Kebaikan kulit kayu manis

Assalamualaikum..

Masa mula2 doc bgtau yg me menghidapi PCOS, me mmg stress sgt2..me selalu google sana sini nak tau mcm mana nak rawat PCOS ni,n kebanyakan yg me jumpa adalah melalui diet je..kena amalkan diet yang sihat..n byk juga yg suggest try cinnamon powder atau serbuk kulit kayu manis..


Bila dah tau kebaikan kulit kayu manis ni,mula la berangan nak beli..tp berangan saja la..berangan nak beli,pastu automatik jadi sihat,gitu? Angan-angan tinggal angan2 je,hinggalah beberapa minggu lepas..me terjumpa cinnamon powder ni kat pasaraya..me beli brand McCormick,harga RM7.90 kalo x silap utk 32g..bila dah beli terus berangan jadi sihat padahal tak guna pun lagi..berangan lagi? tinggal la cinnamon powder tu dalam beg,hinggalah minggu lepas me kuatkan semangat nak try..huhu..biasalah 1st step mmg susah kan..

Kita tgk dulu apa kebaikan benda ni..

-boleh kawal kandungan gula dalam darah

-mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) utk elakkan sakit jantung

-mengurangkan keradangan akibat arthritis,sebab ada kesan anti-inflammatory (anti-radang)

-mengelakkan kanser daripada merebak dgn cepat

-mengurangkan sakit senggugut

-rawatan kesuburan - cinnamon mengandungi cinnamaldehyde yang boleh mengawal hormon dengan cara meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan hormon testosterone dalam badan wanita 

-brain booster - meningkatkan konsentrasi


Macam mana nak guna cinnamon powder ni?

-Tambahkan dalam kopi atau teh.
-sprinkel kat atas roti bakar,atau campurkan dalam cereal atau oat.
-tabur atas apa2 jenis makanan seperti kek dan pie.
-tambah dalam jus.
-tambah dalam yogurt.

Me dah cuba part yang tambah dlm yogurt n cereal tu,tapi me takleh letak byk2 la..sbb cinnamon ni rasa dia kuat,kalo letak byk jadi x sedap plak..huhu..lepas ni nak try letak dalam teh..lagipun mmg xleh letak byk pun, sebab kalo letak byk boleh menyebabkan masalah penghadaman, meningkatkan kadar denyutan jantung dan perpeluhan..dalam sehari tu hanya setengah sudu teh je pun dah cukup..

Sumber : sana, sini dan sinun 


Wednesday 30 October 2013

Tuesday 29 October 2013

cerita pagi tadi..

Assalamualaikum..

Sekarang ni kan..ada beberapa TTCian yg post kat group TTC kat FB tu,psl urine test guna clorox..me tak fhm sgt mcm mana nak buat test tu? campurkan urine dlm clorox pastu kalo berbuih maksudnya pregnant eh? xtau la...

So pagi tadi bila bangun dr tido,me tetiba terfikir nak buat test tu..so masuk toilet n tuang clorox dlm mangkuk..masa nak tuang clorox tu,tetiba ternampak satu UPT yg x digunakan lagi..me fikir,drpd confuse2 guna clorox baik guna UPT ni je kan...

So me pun pee la on that stick..sekali naik double line!!

Betul ke ni?? Mcm x percaya jek..betul ke?? tapi kan...

Hari ni baru CD 12..xkan double line pregnant? mustahil..mustahil..

Hmm mungkin double line tu maksudnya hari subur kot? tapi ye ke?ade ke teori tu?

Pening2 fikir kenapa mcm tu??

Fikir-fikir..

Fikir-fikir lagi...

Pastu tetiba handphone berbunyi...sapa lah plak call ni...

Rupanya...


Alarm!! 7.00am..
Snooze/Quit


Hikhik..mimpi la..dah lambat bangun ni..

Hehe..sekali mimpi rupanya..adoihai...

Sorry ye,buang masa u all baca entry merepek ni..hihi

Tapi best kan mimpi dpt double line..mesti u all pun pernah mimpi mcm tu kan?




Monday 28 October 2013

Viscaria : Hampir Siap...

Assalamualaikum..

Dah lama tak update pasal our Viscaria..last update psl pengeluaran Akaun 2 KWSP utk byr deposit..dah hampir setahun yang lepas..

Sekarang Viscaria dah hampir siap pun..lebih kurang 2 minggu lepas kitorg jalan2 masuk area perumahan tu, saja nak tgk perkembangan..(padahal setiap minggu pun lalu,sbb dekat ngan rumah MIL..hehe..)



jalan dah di tar..


pokok-pokok dah di tanam..

aanndd..dah ada nombor rumah :)

InsyaAllah..hujung Nov atau awal Dec boleh dpt kunci..tapi rasanya lambat lagi kami masuk rumah ni,byk nak dibuat..

*grill
*cornice
*tinted cermin
pecah dapur
kitchen cabinet
*langsir
autogate
alarm
cat

Tu semua perlu modal yg besarrr..uhu..simpanan pun x berapa nak ada ni..mungkin buat sikit2 n basic je dlu.. dulukan yang ada * tu.. 
-grill mmg wajib ada-utk keselamatan
-cornice lagi baik buat dlu sblum pindah masuk brg2,kalo x susah contractor nak wat keje nanti.. 
-tinted cermin tu kena buat sebelum pasang grill,actually kalo x buat pun xpe..tp orang kata kalo x tinted rumah jadi panas n langsir cepat pudar..
-pecah dapur n KC tu hold dlu kot..tp dapur kalo x pecah jadi sempit sbb ada dinding yg pisahkan wet n dry kitchen..
-autogate,alarm pun sama..kalo ada duit terpijak baru leh buat
-cat - biar la cat asal pudar dlu..hoho..

Pening kepala gak nak masuk rumah ni kan..
Semoga urusan kami dipermudahkan..n rezeki kami nak masuk rumah baru ni.. :)

Friday 25 October 2013

jumaat : Syirik

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian untuk rakan-rakan seperjuangan..

Syirik.Menyekutukan Allah..daripada kita sekolah dulu kita dah di ajar mengenai syirik..bila sebut je syirik,semua mesti terbayang menyembah berhala,menyembah benda-benda lain selain Allah..atau dalam makna sebenar  syirik adalah 

perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada dengan perkataan, pegangan, perbuatan dan iktikad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu Allah

Syirik terbahagi pada dua iaitu

Syirik Jali (terang dan nyata) : boleh jadi melalui i'tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah, melalui perbuatan seperti menyembah berhala, dan melalui lidah seperti mengaku keluar dari Islam..

Syirik Khafi (sembunyi) : riak dalam beramal ibadat..boleh menyebabkan luputnya pahala..

Apa yang me nak kongsikan adalah kita sebagai TTC yang selalu jumpa doktor dan makan ubat ni selalu sgt terdedah dgn syirik,jika kita tak berhati2..contoh:

"kau cuba pergi klinik Dr.Si Polan, aku dengar Si Minah tu berjaya pregnant lepas jumpa doktor tu"

atau

"aku kena makan ubat yg doktor bagi ni,kalau tak aku tak boleh pregnant"

nampak tak?

kdg2 kalo kita tak berhati2 terlalu percaya pada kuasa seseorang doktor,atau sesuatu ubat tu..kita boleh jatuh syirik..sebab kita menafikan kuasa Allah yang sebenarnya yg beri kita rezeki pregnant tu..sedangkan doktor atau ubat tu hanyalah ikhtiar kita,sebagai perantara atau asbab yg menyebabkan kita pregnant..Allah lah yang berkuasa menentukan..

Jadi,jgn lupa sebut InsyaAllah.. 
InsyaAllah dgn usaha berjumpa doktor n makan ubat ni Allah bagi rezeki..

Wallahu a'lam..
Maaf jika ada yang tersalah...
Bacaan asal : sini dan sini


Thursday 24 October 2013

mcm baru kahwin :)

Assalamualaikum..

Nak bgtahu,semalam petang hujan..x g joging lagi..tapi g mkn roti canai n teh ais! sedap..haha..

Mlm td seperti biasa,bergayut dgn Encik Abah,maklumlaa org PJJ kan..Encik Abah kata rindu..hehe..sabar ye..Encik Abah kata "kita dah 2 tahun lebih kahwin,tp rasa mcm baru je kahwin kan"..huhu..me iyekan aje..sbb me pun rasa mcm tu..dah 2 tahun 7 bulan usia perkahwinan,tp still rasa mcm pengantin baru..huhu..mana taknya..jumpa seminggu sekali je..kalo dikira hari kami bersama berdua x sampai 2 tahun pun..pastu g mana2 berdua je,g jalan,g taman,g shopping..g rumah saudara mara....sampai ada sekali tu,SIL tegur, "korg ni berkepit je berdua kan..." haha..jeles lettew! 

Me bahagia bila berdua dgn Encik Abah,walaupun duduk jauh,tp selalu telefon n msg..mmg rasa mcm org bercinta..hehe..tp bila gaduh rs geram je,tp Encik Abah x pandai gaduh lama2..biasa dia akan mengalah n x pndang serius pun gaduh tu..biasa la kan..Alhamdulillah sangat dgn kebahagiaan ini.. me percaya,ramai kwn2 TTC pun sama mcm me..kita dianugerahkan dgn suami yang paling baik utk kita kan..

Tapi semalam me ada terbaca kat paper, rujuk sini..si suami ni belasah si isteri sebab disuruh buat ujian SFA..hmm sampai kena belasah si isteri tu,kasihan kan..tapi dlm paper tu bgtau yg si isteri ni pun tuduh si suami mandul,sbb tu kena belasah..agaknya suami dia rasa tercabar la bila dituduh mcm tu..n suami tu pun buat laporan polis sbb isteri tendang kereta dia sampai kemek..pendapat me la..kalo dua2 sama2 bertoleransi xkan jadi mcm ni..bincang elok2 kan boleh..n kalo rasa cinta n syg sesama sndr tu masih ada,perkara mcm ni xkan berlaku..Nauzubillah! Semoga kita xkan alami perkara mcm ni...

*Al-Fatihah pada mangsa rompakan bank semalam..


Wednesday 23 October 2013

musim Tengku Jo

Assalamualaikum..

Sekarang ni musim hujan,petang je hujan,petang je hujan..lebat pulak tu..jadinya,plan nak joging selalu je cancel..huhu..bila dah semangat nak start joging ada je halangan..hehe.. (padahal bila hujan suka gila,ada alasan tamau g joging,hihi)

Bila dah hujan tu,biasanya plan balik rumah nak wat poco-poco ke,tarian zumba mcm Yani share tu ke..tapi kan...tapi kan...erm...erm...bila dah sampai rumah kan..x jadi lah! Baring2 lepak2 lagi best..haha..tarian Zumba tu belum berkesempatan nak tgk lagi...kalo poco2 dlu me selalu gak wat kat rumah,tp dah lama tak buat..ntah ingat step ke tak..belajar poco2 pun masa g induksi..dah masuk hari ke 3 baru dpt tangkap step dia..

Hmm..petang ni xtau la jadi ke tak joging,cuaca pagi ni mcm mendung jek..tp mmg dah standby baju n kasut joging dlm kereta..hospital tmpat me keje ni tepi pantai je..kalo nak g joging balik keje salin baju terus g joging..kat Mersing ni best, boleh pilih nak joging tepi pantai ke nak joging naik tangga ke,atau nak joging kawasan berbukit..semua dekat2 dgn hospital..pilih je..yang penting semangat!

Monday 21 October 2013

Bercinta hingga Hujung Benua

Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas me n Encik Abah pergi bercinta di hujung benua...huhu..ayat tak menahan kan...benua mana? Benua Asia la...



Ha..tu dia...kami pergi ke Tanjung Piai dekat Pontian sana..me mmg dah lama nak ajak Encik Abah g sini, sebab dah dekat kan..mcm rugi je tak pergi..kalo Borneo Tip kat Sabah tu sibuk sgt nak g..ni penghujung Benua Asia yg dah dekat ni mmg wajib la g...kebetulan ada jemputan kenduri kat Pontian,alang-alang tu kami terus la ke Tanjung Piai ni..

Bayaran RM5 utk seorang dewasa, RM3 utk kanak-kanak.. Sebelum kaunter tiket tu kita boleh amik gmbr kat batu besar ni..yg ni xyah ada tiket...


Pastu kalo nak masuk ke penghujung benua tu kena bayar la..ada tiket je boleh masuk,me n Encik Abah masuk 2 org je, MIL tanak,x larat nak jalan katanya..sebab nak g kat penghujung tu kena jalan kaki lebih kurang 600meter..


ni kaunter tiket..pic byk silau pulak..MIL tunggu kat sini je la..melayan budak2 kaunter tu borak..utk sampai ke penghujung benua perlu jalan kaki ikut jalan kayu mcm ni...

credit : sini (jalan cepat2 sebab dgr bunyi guruh dah,x sempat nak snap pic,pinjam pic org jek..hehe)

Sambil jalan boleh tgk pokok2 bakau..disebabkan ke sini lepas kenduri,me pakai blouse,skirt n kasut wedges..mcm tak sesuai je..keletak keletuk la bunyi papan tu..huhu..lagi best kalo pakai sport shoes kan..

Dlm 15min berjalan sampailah kami ke penghujung benua tu..layan pic je la ye...






ha..tu..kan dah kata Penghujung Selatan Tanah Besar Asia..


Last but not least,for the 1st time tuan rumah tepek pic beliau bersama Encik Abah yg paling comel..hehe..pic kecik dah la yek..besar2 mcm poyo jek? ade sesapa kenal me ke? Encik Abah dgn uniform sekolah g bercinta..huhu..balik dari sekolah katakan...

Friday 18 October 2013

tak sesat lagi,bagus!

Assalamualaikum..

Tadi tgh2 nak siap2 nak solat Zuhur,g toilet tgk Cik P dah sampai..behave sgt plak dia kali ni..CD26 dah dtg,cycle2 lepas dgn Cik Clomid CD27 baru dtg,kali ni dgn Mr Metformin je awal pulak..bagus! shabbbasss!

Tak sempat nak berangan fefeeling pregnant kalo period lewat..hoho..tapi syukur Alhamdulillah,dia dtg on time..takde la mak dia ni risau..tgh perah otak fikir ape sbb dia dtg awal ek..

sebab me selalu makan salad kah?
sebab me consistent makan folic acid kah?
sebab me start makan Vit C kah?
sebab me start jogging kah?
sebab me tak stress dgn usaha TTC kah?

kalo sebab2 yg disebutkan di atas,me nak teruskan jek semua tu..bukan ape, risau betul kalo Cik P tu lewat, ni dah ok bagus la..cuma nak maintain kan tu yg kena usaha cket la..

Cik P please behave lagi utk cycle seterusnya ye..


Jumaat : Terima Kasih Allah

Assalamualaikum..

Entri di hari Jumaat,tapi cerita berlaku hari Selasa (AidilAdha)

Hari Rabu lepas raya tu me tak cuti,jadi Selasa mlm me terpaksa balik ke Mersing semula,seperti biasa me balik naik bas pukul 7 ptg dan sampai Mersing sekitar jam 9 mlm..

Biasanya bila sampai perhentian bas Mersing, my makcik akan ambil,kalau tak pun my fren..tapi hari tu kan hari raya, me msg makcik,dia kata dia xde, belum balik Mersing lagi, me msg kwn2..xde jugak,masing2 balik kampung n pergi beraya di luar kawasan, telefon Uncle Teksi India yg biasa me ambik pun takde,ade meeting katanya..nak redah je ambik teksi di perhentian me mmg tak berani, raya2 ni mana ada teksi..so me decide utk turun di tepi jalan besar n jalan kaki masuk taman perumahan..tak jauh,dlm 10min berjalan je...tapi mlm, sorg2 n tak pernah jalan kaki kat situ..jadinya takut la..

Bila turun bas tu,me cepat2 lintas jalan,pastu jalan laju2 tak tgk kiri kanan pun..huhu..dlm hati ni asyik berdoa smg takde ape2 berlaku..tiba-tiba terlintas dalam hati me..

"terima kasih Allah, sebab aku belum mengandung, dan belum ada anak"

Rasanya itulah pertama kali me betul2 bersyukur sebab belum mengandung..kalau mengandung mcm mana nak jalan sorg2 n cepat2 di malam hari? kalau ada anak,mcm mana nak mengendong anak lagi?  Sejak tu mmg me rasa Allah ada perancangan yg sangat baik utk me,n Dia tau apa yang terbaik utk me...

Few days ago,ada mmber share kat group TTC kat FB, ttg bayi perempuan 6 bulan yang ditinggalkan ibunya,dan JKM sdg mencari sesiapa yg berminat nak jadikan bayi itu anak angkat..kejadian di JB..dekat sangat dgn me..dah terfikir nak bertanya,tapi lepas tu terfikir balik..

"mcm mana nak jaga baby tu nanti? dah la duduk jauh dgn husband, travel setiap minggu naik bas JB-Mersing, duduk rumah sewa yang mmg brg keperluan tak lengkap,nak hantar kat sapa bila g keje,rumah sendiri belum siap,masih menumpang di rumah MIL,brg2 dlm bilik pun dah penuh nak letak barang baby lg..mcm2 lagi...."

Barulah me sedar yang keadaan me skrg ni mmg sgt2 tak sesuai utk memelihara seorg baby..sgt kasihan dgn baby tu nanti...tak cukup keperluan..bukan taknak,tp nt tak sanggup nak tgk baby tu bersama2 mengharungi masalah yang me hadapi skrg ni...

So kesimpulannya.. Terima Kasih Allah,sebab perancanganMu sangat cantik...

Thursday 17 October 2013

simple tips for happier life

Assalamualaikum..

Sometimes kita rasa annoyed dgn people on facebook kan..especially newly wed, mommy-to-be, newly mommy yg asyik up status atau minah poyo yg amik gmbr selfie pastu keluarkan ayat2 berunsurkan keagamaan untuk memikat lelaki2 ala2 ustaz fb..huh! Yang asyik dok post pic n status yg...hmm.. "who cares??"

Being TTCian,lagi lah..its ok kalo people nak announce that "I am pregnant"  or "I am a mother now" on fb, tp kalo asyik post about ur pregnancy or ur baby,org akan meluat ok..mcm kau sorg pregnant n mcm kau sorg ada baby..

Bila diorg post mcm tu,mula lah hati kita ni nak bersangka buruk, nak rasa menyampah n mcm2 negatif feeling kan..sdgkan kita je yg rasa down mcm tu,dia rs seronok n bahagia je..

Kita takleh stop org utk post benda2 mcm tu, itu kebahagiaan mereka, diorg nak share..itu hak mereka..so apa yg kita boleh buat?

Deactivate FB?
Jangan!!! Jangan sesekali deactivate account anda..anda akan nampak sangat loser! Org akan bertambah pndang rendah pd anda, dan anggap hidup anda sgt tertekan..



Unfriend rkn anda tu?
Salah satu pilihan yg popular..
"nyampah aku tgk post ko ni,unfriend la.."
its ok kalo org yg post tu bukan teman rapat kita,mgkin kwn lama yg dah lama tak contact..dia xkan perasan pun kita unfriend dia,n kalo perasan pun dia tak peduli..
tapi kalo org yg post tu kwn2 rapat,satu office,satu kolej yg sntiasa keep in touch, sepupu atau jiran...msti diorg perasan yg u all dah unfriend dia kan..so tindakan ni pun x bagus...

Hide status dia?
Ye, ini yg me lakukan selama ni..hehe..
Kalau ade je my kwn2 yg asyik update status poyo mereka, me akan hide mereka..maksudnya setiap post mereka takkan keluar kat news feed kita..sgt aman dan tenteram..diorg pun tak perasan kita hide dia tu..huhu..kita boleh berhubung dgn dia mcm biasa, n kalau nak tau perkembangan dia,just g kat timeline dia je la..hehe..

dah beberapa org friend yg me hide, antaranya yg perasan cantik n asyik post pic menggoda walaupun bertudung, yg asyik post pasal husband n anak, yg asyik post pic anak dgn background rumah yg bersepah (sgt meluat!), yg asyik update pasal her pregnancy,her morning sickness n food craving..dgn cara ni me boleh elakkan aura2 negatif masuk dlm diri..

Selamat mencuba!


tiba-tiba

Assalamualaikum..

Cycle kali ni takde buat ape2 usaha TTC, xde amik clomid,xde duphaston, xde TVS n xde cucuk2...

Tiba-tiba..
Eh? Hari ni dah CD25? cepatnyaaa.. x perasan pun masa berlalu..patut lah perut dah rasa mencucuk2 n b**b pun rasa sakit2..

Huhu..tak terasa masa berlalu kalo kita tak mengira hari kan...kalo tak nak kena tgu cd12 la, nak tunggu 2ww la...sentiasa berdebar2 je..kali ni mmg relaks habis..haha..

Menunggu Cik P muncul..harap2 dia x sesat la kali ni sbb Cik Clomid n Cik Duphaston xde teman..harapkan Mr. Metformin je la...

Wednesday 16 October 2013

Aidil Adha & Menu Unik

Assalamualaikum..

Salam Aidil Adha buat semua..
Aidil Adha kali ni me balik ke rumah my mak kat Segamat.. hari Jumaat petang lepas balik keje terus gerak dari Mersing ke Segamat..seronok rasa dpt duduk rumah my mak lama-lama,rasa relaks je..dari Jumaat sampai Selasa..mcm tanak balik..hehe

Menu kat rumah my mak utk raya kali ni ialah Lemang Periuk Kera, rendang daging n ayam masak merah.. Lemang Periuk Kera tu special request by Encik Abah..hmm u all pernah tau tak periuk kera ni? Encik Abah bila kwen dgn me baru kenal apa itu periuk kera...hehe..mungkin hanya ada di Segamat, Pahang n some ckp ada gak kat Sabah Sarawak...tapi kalo kat Johor,org Segamat je yg tau ni..tu pun x semua tau..huhu...


Haaa..inilah dia periuk kera..dapat kat dalam hutan je..my mak tempah dgn kwn dia..50 biji RM12.50..yg dlm pic ni periuk kera yang dah dibersihkan..

Untuk masak lemang periuk kera ni, my mak rendam dulu pulut dalam 4 5 jam,pastu rendam sekejap dgn santan kelapa..utk 50biji ni my mak guna 2kg pulut..


Lepas dah rendam pulut, tiba masa untuk masukkan pulut dlm periuk kera ni..isi pulut smpai 3/4 daripada saiz periuk kera....


pastu tuang santan sampai penuh periuk kera tu..kena susun berdiri la ye..kalau tak tumpah pulak nanti..pastu kukus dalam 1 jam..

hasilnyaaaa...


lemang periuk kera yang dah siap di masak...makan dgn rendang....sedaaaappp!!!

Selamat mencuba!hehe..

*tetiba transform jadi blog resipi plak..hmm buat masa ni takde cerita TTC la..tahun depan baru smbung TTC..mungkin lepas ni entri merepek2 je..hehe...

Friday 11 October 2013

Jumaat : Redha

Assalamualaikum..

credit : facebook

Jangan risau..insyaAllah Rasulullah akan tunggu di pintu syurga..yang penting REDHA..

Ya,redha itu susah..tp bila kita dah redha dengan ketentuan Allah, hati kita akan jadi lebih tenang..
Actually ni bukan utk ujian TTC je, byk lagi ujian Allah di muka bumi ni..semua ujian ni akan jadi ringan bila kita REDHA..

Me dulu mmg tak berapa nak redha ni..selalu mempersoalkan balik kenapa mesti dpt dugaan TTC ni?kenapa aku tak dpt anak lg?kenapa?kenapa?....tapi semua tu hanya membuatkan me rasa lagi sakit,lagi tertekan.. bila dah lama2,fikir2 balik..ini semua datang dari Allah, ni jalan yang dia tentukan..ini takdirNya,sbg hamba milikNya me mesti redha..mesti ada hikmah disebalik..

Pernah ada seorg kwn me ni,umur dah 38 tahun dan masih belum bertemu jodoh,tp dia seorang yg sgt positif..dia kata akak happy dengan hidup akak skrg,mungkin kalau akak kahwin,akak tak happy mcm ni..satu nasihat dia yang me ingat sampai skrg

"awak jgn doa mintak cepatkan zuriat,tapi mintaklah Allah tentukan apa yang terbaik utk awk, minta Allah beri bila awk betul2 bersedia,Allah je tahu bila awk betul bersedia..bila mintak cepatkan zuriat,kita tak tahu benda tu baik atau tak pada kita"

Ada betul apa yang akak tu kata, kalau Allah bg zuriat skrg, mungkin kita sebenarnya belum bersedia lagi..jadi minta la ditentukan apa yang terbaik utk diri kita...insyaAllah masanya akan tiba...

Salam Jumaat :)


Thursday 10 October 2013

mood!

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua! Selamat mula bekerja...

Mood pagi2 ni taktau la kenapa tiba2 je jadi berangin...serba tak kena..nak marah je..hoho...Astaghfirullah..nasib baik keje sorg2..xde la yg kena tempiasnya...huhu..

Kdg2 kita tak tau apa sbb sbenarnya mood kita jadi hangin kan..moody sana moody sini..pastu fikir balik,apa yg menyebabkan aku moody ni ek? keadaan jadi lagi moody bila kita tak tau ape sebab kita moody..kalo tau sebab boleh la kita fix the problem kan... 

i am moody because i dont know what is the cause of my moody today! 

Bila rasa moody ni dtg,benda sekeliling pun boleh mendatangkan rasa annoying..me ingat lagi dlu waktu belajar,dua tiga hari moody tak tau sebab..bila tgk semua benda rs nak marah je,smpaikan bila jalan nak g kelas,selisih dgn org pakai payung merah..dlm hati rasa mcm nak sepak org tu,apesal ko pakai payung warna merah lalu sebelah aku hah?!!! nampak tak betapa tak bagusnya moody nih...huhu..

Nak kata PMS hari ni baru CD18..xkan awal sangat PMS tu dtg...me rasa ni semua salah budak2 hormon dlm my body ni la..tunggang terbalik sampai jadi mood swing mcm ni...

u all...what is ur mood today?

credit : google

Apa pun mood u all hari ni, jgn lupa ucap Alhamdullillah kerana masih diberi nafas di bumi Allah ni.. Astaghfirullah atas segala kesalahan dan dosa..insyaAllah hati akan jadi tenang...

*tenang sikit lepas menulis di sini :)

Tuesday 8 October 2013

Dua hari

Assalamualaikum...

Dua hari...apa yg 2 hari??

My annual leave lah...tinggal 2 hari rupanya..me ingatkan tinggal 4 hari..nasib baik telefon PT dlu tanya sbelum apply utk raya haji next week..hmm jawabnya amik cuti sehari je la Isnin tu nanti..ptg raya dah kena naik bas balik Mersing :(

Ni semua gara-gara PJJ dekat sangat..dua jam perjalanan je..sikit2 extend weekend,sikit2 extend weekend (amik cuti jumaat atau isnin)..kalau dlu masa kat Sarawak jarang balik, cuti boleh bajet2 sampai hujung tahun...ni baru bulan Oktober,baki cuti tinggal sehari je!

My fren cuti ada baki lagi berpuluh2 hari..kalau cuti tu boleh dibeli dah lama me beli cuti dia..dia xtau nak cuti bila n nak g mana..last2 carry forward..me sepanjang hampir 3 tahun keje gomen ni tak pernah carry forward..mmg akan habis,tp tahun ni paling teruk..huhu..mungkin sbb tahun ni serius TTC dgn gynae..every month ade app kan..

hohoi...tak sabar nak 2014...dapat set cuti baru...

Thursday 3 October 2013

SFA result - the story behind

Assalamualaikum..

Seperti yang ditunjukkan semalam --> SFA result

Selasa lepas, Encik Abah habis taklimat PMR awal, so dia terus gerak ke Taman U sementara nak tunggu kelas UTM start at 4..dia pun g Klinik Dr. Isa tu sorg2..

Result SFA tu doc kata volume tak cukup, kepekatan sperma pun rendah, n tahap kematian sperma tinggi..

Spermatozoa : 6, doc kata sepatutnya kena naikkan paling min 10, tp kalau nak ikut range normal kat result tu patutnya kena 19 (more than 3x)

volume : 1.0ml, doc kata sikit sgt...

motility :57% non-motile,sepatutnya tak boleh lebih 50%

All parameters are not good..mengimbau balik kejadian hari collection tu, sini.. kami habis jumpa doc Isa pukul 4.30 ptg n terus rushing ke lab,sbb lab tutup pukul 5..lagi 10min nak pukul 5 kami smpai..termengah2..n staff kat lab terus suruh buat sample collection. Encik Abah kata mmg ssh nak keluarkan masa tu, sbb penat + tergesa-gesa..yg keluar pun sikit je..biasanya byk..so berkemungkinan itu punca volume rendah tu... n 2 bulan lepas pun Encik Abah kena demam denggi, rujuk sini..lepas 3 minggu baru full recover..n bila bgtau Dr Isa, beliau kata mungkin ada effect juga demam denggi ni menyebabkan sperm count jadi low.. 

Lama Encik Abah jumpa Dr Isa tu,discuss nak dekat setengah jam, biasanya Dr Isa tak suka lama2..tapi kali ni panjang pulak ceritanya..dia suruh Encik Abah bykkan exercise, n bagi Tribestan n Vitamin C..Tribestan makan 2kali sehari, Vitamin C makan sekali sehari..untuk 3 bulan.. tp me sangat2 salute kat Encik Abah, bygkan seorang lelaki masuk klinik Pakar Wanita sorg2 tanpa isteri,mesti orang pandang pelik kan? tapi Encik Abah did it! Thanks Abang...

Utk me pulak, sebab me nak stop treatment sementara waktu ni, Dr Isa bekalkan dengan Duphaston, kena makan start hari ke 10..doc kata utk elakkan endo makin besar.. so skrg on metformin, folic acid n duphaston je la..tp duphaston start next cycle sbb cycle kali ni dah terlepas Day 10 tu..

Semalam terbaca juga status Dr. Hamid Arshad..pasal teh Mas Cotek..ada pesakit beliau, ada endo n cyst kat ovary, amalkan teh tu n madu asli selama 3 bulan, Alhamdulillah berjaya pregnant n endo n cyst tu hilang..hmm..mcm nak try jugak...usaha2!

Tuesday 1 October 2013

Encik Abah, ILY

Assalamualaikum..

Tujuan me menulis di sini bukan lah utk menjatuhkan maruah Encik Abah, tapi sekadar nak mencatatkan detik2 dan ujian perjalanan TTC kami..

Disebabkan me dah tak pergi jumpa Dr. Isa, me suh Encik Abah call je klinik utk dptkan result SFA hr tu..so smlm Encik Abah call klinik, and doc kata result tak ok,suruh Encik Abah dtg klinik baru dia explain apa problem..tapi smlm Encik Abah kata mcm malas nak g jumpa doc tu, me tak boleh nak teman sbb me kat Mersing skrg ni..weekend ni pulak nak balik Segamat..mgkin lagi 2 minggu baru boleh teman Encik Abah g jumpa doc,dia mcm tanak g jumpa sorg2..

Me taktau la apa perasaan Encik Abah bila tau result tak ok tu, tp smlm dia mcm down cket..n me pun xnak bincang sgt pasal ni..actually me x kisah langsung pasal ni..sebabnya tak jumpa doc pun lagi,doc cuma kata tak ok, tapi x tau la x ok tu serius ke tak kan..kalau serius pun mesti ada jalan penyelesaian..huhu..me ckp sng ek,dlu ms memula diagnosed PCOS pun me down gila2...huhuhu..

To Encik Abah, walau apa pun masalah yg dtg,kita tetap bersama..susah senang kita harungi bersama.. i still loving you,till jannah :)  (tulis jugak,walaupun tau Encik Abah takkan baca)