Assalamualaikum..
Entri di hari Jumaat,tapi cerita berlaku hari Selasa (AidilAdha)
Hari Rabu lepas raya tu me tak cuti,jadi Selasa mlm me terpaksa balik ke Mersing semula,seperti biasa me balik naik bas pukul 7 ptg dan sampai Mersing sekitar jam 9 mlm..
Biasanya bila sampai perhentian bas Mersing, my makcik akan ambil,kalau tak pun my fren..tapi hari tu kan hari raya, me msg makcik,dia kata dia xde, belum balik Mersing lagi, me msg kwn2..xde jugak,masing2 balik kampung n pergi beraya di luar kawasan, telefon Uncle Teksi India yg biasa me ambik pun takde,ade meeting katanya..nak redah je ambik teksi di perhentian me mmg tak berani, raya2 ni mana ada teksi..so me decide utk turun di tepi jalan besar n jalan kaki masuk taman perumahan..tak jauh,dlm 10min berjalan je...tapi mlm, sorg2 n tak pernah jalan kaki kat situ..jadinya takut la..
Bila turun bas tu,me cepat2 lintas jalan,pastu jalan laju2 tak tgk kiri kanan pun..huhu..dlm hati ni asyik berdoa smg takde ape2 berlaku..tiba-tiba terlintas dalam hati me..
"terima kasih Allah, sebab aku belum mengandung, dan belum ada anak"
Rasanya itulah pertama kali me betul2 bersyukur sebab belum mengandung..kalau mengandung mcm mana nak jalan sorg2 n cepat2 di malam hari? kalau ada anak,mcm mana nak mengendong anak lagi? Sejak tu mmg me rasa Allah ada perancangan yg sangat baik utk me,n Dia tau apa yang terbaik utk me...
Few days ago,ada mmber share kat group TTC kat FB, ttg bayi perempuan 6 bulan yang ditinggalkan ibunya,dan JKM sdg mencari sesiapa yg berminat nak jadikan bayi itu anak angkat..kejadian di JB..dekat sangat dgn me..dah terfikir nak bertanya,tapi lepas tu terfikir balik..
"mcm mana nak jaga baby tu nanti? dah la duduk jauh dgn husband, travel setiap minggu naik bas JB-Mersing, duduk rumah sewa yang mmg brg keperluan tak lengkap,nak hantar kat sapa bila g keje,rumah sendiri belum siap,masih menumpang di rumah MIL,brg2 dlm bilik pun dah penuh nak letak barang baby lg..mcm2 lagi...."
Barulah me sedar yang keadaan me skrg ni mmg sgt2 tak sesuai utk memelihara seorg baby..sgt kasihan dgn baby tu nanti...tak cukup keperluan..bukan taknak,tp nt tak sanggup nak tgk baby tu bersama2 mengharungi masalah yang me hadapi skrg ni...
So kesimpulannya.. Terima Kasih Allah,sebab perancanganMu sangat cantik...
perancangan Allah tetap yg terbaik kan..insyallah bila masa yg paling sesuai Dia bg jg dkt kita nnt..cpt o lambat je..insyallah =)
ReplyDeletePerancangan Allah adalah yg paling hebat.. hanya Dia yg tahu masa yg terbaik buat kita..
ReplyDeleteBetul tu Umi....Allah tahu apa yang terbaik untuk kita sekarang.
ReplyDeleteBetul tu me, kita akan jumpa hikmah ketentuannya bila kita cari. InshaAllah, bila masanya tiba, Allah akan permudahkan dan tiada lagi ragu2 di hati.
ReplyDelete