Thursday, 31 October 2013

Kebaikan kulit kayu manis

Assalamualaikum..

Masa mula2 doc bgtau yg me menghidapi PCOS, me mmg stress sgt2..me selalu google sana sini nak tau mcm mana nak rawat PCOS ni,n kebanyakan yg me jumpa adalah melalui diet je..kena amalkan diet yang sihat..n byk juga yg suggest try cinnamon powder atau serbuk kulit kayu manis..


Bila dah tau kebaikan kulit kayu manis ni,mula la berangan nak beli..tp berangan saja la..berangan nak beli,pastu automatik jadi sihat,gitu? Angan-angan tinggal angan2 je,hinggalah beberapa minggu lepas..me terjumpa cinnamon powder ni kat pasaraya..me beli brand McCormick,harga RM7.90 kalo x silap utk 32g..bila dah beli terus berangan jadi sihat padahal tak guna pun lagi..berangan lagi? tinggal la cinnamon powder tu dalam beg,hinggalah minggu lepas me kuatkan semangat nak try..huhu..biasalah 1st step mmg susah kan..

Kita tgk dulu apa kebaikan benda ni..

-boleh kawal kandungan gula dalam darah

-mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) utk elakkan sakit jantung

-mengurangkan keradangan akibat arthritis,sebab ada kesan anti-inflammatory (anti-radang)

-mengelakkan kanser daripada merebak dgn cepat

-mengurangkan sakit senggugut

-rawatan kesuburan - cinnamon mengandungi cinnamaldehyde yang boleh mengawal hormon dengan cara meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan hormon testosterone dalam badan wanita 

-brain booster - meningkatkan konsentrasi


Macam mana nak guna cinnamon powder ni?

-Tambahkan dalam kopi atau teh.
-sprinkel kat atas roti bakar,atau campurkan dalam cereal atau oat.
-tabur atas apa2 jenis makanan seperti kek dan pie.
-tambah dalam jus.
-tambah dalam yogurt.

Me dah cuba part yang tambah dlm yogurt n cereal tu,tapi me takleh letak byk2 la..sbb cinnamon ni rasa dia kuat,kalo letak byk jadi x sedap plak..huhu..lepas ni nak try letak dalam teh..lagipun mmg xleh letak byk pun, sebab kalo letak byk boleh menyebabkan masalah penghadaman, meningkatkan kadar denyutan jantung dan perpeluhan..dalam sehari tu hanya setengah sudu teh je pun dah cukup..

Sumber : sana, sini dan sinun 


7 comments:

  1. Thanks for sharing Umi...yani pun pcos, mungkin boleh cuba letak dlm teh teamix herbalife lepas ni...mana tahu boleh rawat dan kurangkan simptom pcos yani

    ReplyDelete
  2. wahhh.cmne laaa rasenye ek.leh cube nnt niii.tq share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome :)
      try dulu bru tau rasanya mcm mana..hihi..

      Delete
  3. me...mesti pelik rasanya kn kalau campur dgn yogurt / jus tu..tp kalau roti tu boleh tahan lg la..sedap tu roti cinnamon bakar tu..hehe..nyum2.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. umie,mmg pelik pun..tp telan kan jugak..huhu

      Delete
  4. Uih.... Tetiba teringst cinnamon roll....yummeh! Hehehe....

    ReplyDelete