Wednesday, 18 June 2014

Umrah 2014 : Masjid Nabawi yang dirindui

Assalamualaikum..

 
(**sepanjang entri umrah,me hanya akan menggunakan imej dari google shj kerana me tak membawa camera sepanjang berada di sana**) 

 
Lepas dapat kunci bilik,angkat beg,masuk bilik..mandi2 (perjalanan lebih 24jam tak mandi..huhu) dan berkumpul di lobi hotel..
Begini la rupa bilik kami..ada 4 katil,tp tingkap takde view sbb menghadap dinding bangunan lain, TV mmg sntiasa menyiarkan keadaan di Masjidil Haram secara live 24jam
Lepas semua jemaah berkumpul, ustaz bawa kami ke Masjid Nabawi..ziarah luar..ustaz tunjuk mana entrance perempuan, entrance lelaki, pintu masuk Raudah untuk perempuan, tandas...semua ustaz tunjuk dari luar masjid sahaja (dari bawah payung)..kemudian ustaz tunjukkan kami Kubah Hijau..dibawah Kubah Hijau la terletaknya makan Nabi Muhammad S.A.W..disebelah kiri ada Perkuburan Baqi,perempuan tak boleh masuk..lelaki shj..Encik Abah dpt kesempatan melihat upacara pengebumian jenazah di Baqi'..ustaz kata,sesiapa yg dikebumikan di Baqi',xkan dihisab amalannya,terus masuk syurga..tp hanya insan yang terpilih shj akan di ambil nyawanya di Madinah...

Pengalaman masuk Raudhah
Selepas melawat makam Nabi (lihat dari luar je) kami bergerak bebas,jemaah wanita bergerak masuk ke Raudhah, jemaah lelaki me tak pasti,mungkin masuk Baqi'.. masa tu dah pukul 9.30 pagi, kami try je masuk Raudhah..Raudhah hanya dibuka 3 kali sehari je untuk jemaah wanita, pagi (7.00 pg hingga 11.00 pg), selepas solat Zuhur dan selepas solat Isyak..

Nak masuk Raudah kena menunggu,diorg ada sediakan ruang menunggu..sampai je tempat menunggu,polis Arab tu tanya "Melayu?? Duduk..duduk" die arahkan kami duduk di kumpulan orang Melayu..kat situ sume org serumpun ngan kita,Melayu n Indonesia..masa menunggu tu buat la solat sunat..Tahiyatul Masjid,Dhuha,Taubat dan Hajat..minta supaya Allah mudahkan urusan masuk Raudhah..Alhamdulillah lepas sejam lebih kami menunggu, polis tu panggil kumpulan kami..kami pun masuk dan terus bergerak ke depan..mmg bersesak2 la..tp Alhamdulillah,me dpt solat sunat..n masa doa tu, menangis2 minta apa yg me nak..tips nak solat dalam Raudah,doa masa dlm sujud akhir..tp me dapat doa dgn lama lepas salam..mungkin me terlindung di sebalik minah2 arab..polis x nmpak..

Pengalaman kedua masuk Raudah di hari terakhir di Madinah..kami terus Solat Subuh di pintu masuk nombor 25..habis solat,terus cari tempat menunggu untuk org Melayu,mmg dia asingkan ikut bangsa..yg lain me tak perasan bangsa apa..mgkin ada Arab n mcm bangsa kulit hitam..mereka dilepaskan terlebih dahulu,mungkin sbb kita orang Melayu ni kecik2 polis x bg berebut dgn mereka..bila dibuka je pintu Raudhah..mmg meluru la diorg masuk,bergemuruh bunyi larian diorg..ada makcik2 nak follow diorg,tp di tahan oleh sorg akak ni..dia kata "jangan kak, kita tak terlawan dgn diorg nanti..diorg badan besar2..kita kena pijak nanti".. kami pun menunggu dgn sabar..tak sampai satu jam dipanggil masuk,kemudian menunggu lagi di ruang menunggu..bila tiba giliran mmg betul2 padat dalam Raudhah tu,tak mcm masa mula2 me masuk..tp dapat jugak la solat sunat 2 rakaat,tp asyik berinjak ke blkg je,sbb tmpat sujud dah ada orang lain solat..lepas je beri salam polis panggil "Hajah,keluar,keluar!!" huhu..tp Alhamdulillah,dpt masuk Raudah 2 kali...

Raudhah terletak di antara makam Rasulullah (bekas rumah Rasulullah) dan masjid Nabawi yg asal..ditanda oleh karpet hijau,kawasan lain karpet merah.. Raudhah adalah taman-taman syurga, dulu, Baginda mengajar para Sahabat di kawasan Raudhah ini..

Kawasan Raudhah, bila tiba waktu wanita,kawasan ni akan dikepung untuk orang wanita solat

Mengantuk yang amat
Waktu paling mengantuk masa di Madinah adalah waktu Maghrib dan Isyak..sbb Maghrib di sana bersamaan tengah malam waktu Malaysia..waktu untuk kita tidur..serius mmg kami semua mengantuk sangat2..kalau diperhati jemaah dari Malaysia n Indonesia mmg sume mata terpisat2 je...hehe..mmg terasa rugi sgt2..sbb kdg2 me mmg lelap terus antara maghrib n isyak..smpat solat sunat taubat, zikir sikit,n baca Quran sikit,pastu lelap..haishh..bila difikirkan balik mmg terasa ruginya!

bersambung..
  


No comments:

Post a Comment