Assalamualaikum..
(**sepanjang
entri umrah,me hanya akan menggunakan imej dari google shj kerana me
tak membawa camera sepanjang berada di sana**)
Sekiranya anda berniat nak menunaikan umrah, dan nak shopping,me nasihatkan shopping di Madinah..harga barang lebih murah,n lebih byk pilihan..nanti bila tiba Mekah, fokus pd ibadat umrah sahaja..
Me tak shopping byk pun..jubah2 me beli dgn peniaga2 di tepi2 pintu keluar Masjid Nabawi..harga murah,cuma SR30 je sepasang,tp kena pandai pilih yg elok n berkualiti,sbb dia jual lambak je..n nak beli kena cepat2..sebab nanti kalau polis dtg,diorg bertempiaran lari..kita plak kene kejar diorg..kebanyakan hotel di sekitar masjid pun ada kedai2 jual jubah..3 tingkat basement bwh hotel pun ada kedai2..tp me tak sempat nak pergi..kurma me beli di pasar kurma..ada byk kedai2 jual kurma,kacang2 n coklat..kena pandai tawar-menawar..kurma Ajwa paling murah me dapat dgn harga SR45/kg..
Hari kedua di Madinah,kami ada ziarah luar..pergi ke Bukit Uhud (byk pasar lambak di sini,ada jual tasbih,buah zuriat, habbatus sauda,serbuk debunga kurma), Masjid Quba (pahala solat sunat dalam masjid ni sama dgn pahala menunaikan sekali umrah),ladang kurma (dapat makan kurma percuma, tapi tak dinasihatkan beli kurma di sini sbb harga agak mahal berbanding pasar kurma), masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat, tak masuk pun,tgk dari luar je)
Kami sempat merasa solat Jumaat di masjid Nabawi..mmg sgt ramai org..pukul 11 pagi g masjid pun tak dapat solat di dalam..tpaksa solat di bawah payung...
Lepas Zuhur hari ke 3 kami bergerak ke Mekah, lepas ziarah Wada', kami memulakan perjalanan..sedih rasa,mcm tak puas berada Madinah..perjalanan kami diuji, sbb bas yg kami naiki takde aircond..dgn keadaan panas dan bahang kami terpaksa duduk dlm bas tu lebih kurg 6 jam..dalam perjalanan terpaksa berhadapan dgn jam pula,sbb ada kereta terbakar kat tepi jalan..tp jemaah semua bagus, takde merungut pun..kami singgah solat jamak Maghrib n Isyak di RnR..tapi RnR kali ni tak berapa selesa..bilik air kecik.tandas takde air, dan solat pun terpaksa solat di luar,atas karpet..tapi kami anggap je semua tu ujian buat kami..
Bila hampir tiba di Mekah, dari jauh dah kelihatan menara jam..hati jadi berdebar2..dah menghampiri kota Mekah..menghampiri Kaabah..masa tu mcm2 perasaan ada,ustaz pun byk pesan pd kami supaya jaga percakapan n perbuatan..
bersambung..
No comments:
Post a Comment