Friday, 21 December 2012

Kisah rakan TTC : staff nurse at Borneo

Assalamualaikum..

Sepanjang mengenali dunia TTC ni, Umi adalah jugak jumpa dengan TTCian lain in a real life (yang lain semua maya thru blog). Masa belum kawen dulu pun ada jugak jumpa TTCian,tapi masa tu belum faham lagi 'perasaan' sebenar sebagai seorang TTCian,dengar angin lalu jek..tapi tak pulak Umi bagi  pressure kat diorg dengan tanya soalan2 'maut' tu.

Salah seorang Umi jumpa masa Umi posting kat Borneo dulu. Dia seorang staff nurse kat Klinik Umi bertugas. Masa borak-borak kosong dalam pantry dia cakap :

"lain tau hidup suami isteri sebelum ada anak & selepas ada anak. Akak dulu 6 tahun kawen takde anak, duduk berdua dengan suami je, ke mana-mana pun berdua"

Umi pun terkejut la, sebab dengar dia dah 6 tahun kawen baru dikurniakan zuriat. Dalam 6 tahun tu, dia n suami dah cek dengan doktor, tapi doktor kata semua ok, xde masalah. 

Dia cerita jugak, mmg stress bila org sekeliling cakap2 pasal dia n suami. Sampaikan ada yang kata 'anu' suami dia x cukup tajam..tapi dia nak kata apa, mulut orang kan..

Bila dah bertahun-tahun kawen tu, dia pun rasa stress,selalu bergaduh dengan suami sebab anak. Masuk tahun ke enam, doktor suggest dia utk pergi kaunseling. 

Masa sesi kaunseling tu, kaunselor bgtahu dia, jgn terlalu fikirkan ttg anak. Hidup macam biasa, anak akan datang dengan sendiri. So dia pun cakap dengan suami dia:

"Abang, dah 6 tahun kita kahwin, kalau dalam tahun ni pun kita tak dapat anak, memang bukan rezeki kita lah"

Lepas tu, dia beli rumah. Dia langsung tak fikir ttg nak dapatkan zuriat. Dia sibukkan diri dengan hias rumah cantik2..pastu......

Alhamdulillah, 2 bulan lepas duduk rumah baru tu, dia disahkan pregnant. Tapi dia x bgtau sape2 pun. Bila kandungan dah masuk 5 bulan, dia tukar uniform nurse utk yang pregnant. Barulah dia announce pasal pregnancy dia. Kwn2 dia yang dulu mengata dia, diam je tak cakap apa.

Sekarang, anak dia dah dua, dah besar-besar pun. Dia dapat anak sepasang. Masa Umi dengar cerita dia, rasa mcm nak menangis pun ada. Sebab Umi sedang mengalaminya skrg ni..

Masa datang melawat Borneo 2 3 bulan lepas, Umi pergi melawat Klinik tempat bertugas dulu. Ramai la yang mengajukan soalan-soalan 'maut' tu.. Umi cuma mampu cakap 'belum lagi' je..

Tapi masa salam dengan akak dalam cerita ni, dia bisik pada Umi 

"Sabar ye, insyaAllah ada...."

Semoga cerita dia dpt jadi motivasi pada TTCian yang lain jugak..



No comments:

Post a Comment