Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2012 kan..ye,masa semakin cepat berlalu..rasa mcm baru je sambut tahun baru 2012..tapi diam tak diam jugak dah banyak yang Umi n Encik Abah lalui sepanjang 2012 ni...
Sekadar untuk coretan peribadi Umi...
Anugerah nikmat:
- Januari- Encik Abah dapat posting cikgu sementara di Johor, Alhamdulillah.. masa ni mmg isu hangat ttg graduan pendidikan lambat posting. Tapi rezeki Encik Abah dapat cepat.
- Februari - cuti-cuti dengan family in law kat Cameron Highland..ni 1st time Umi pergi sana..hehe..
- Mei - Konvo Encik Abah di UPSI
- Mei - Encik Abah dapat permanent posting di Johor, sekolah yang sama. Alhamdulillah.
- Julai - Dapat transfer balik Johor, Alhamdulillah.
- Ogos - mula menyewa rumah..dapat beli perabot asas untuk rumah sewa..tu pun dah spend almost 10K walaupun beli barang basic jek.. sebelum ni stay kat Borneo sewa rumah yang fully furnished. Balik Johor sewa rumah kosong..mmg terpaksa beli perabot bagai..tapi ok la..sekurang-kurangnya barang2 basic like washing machine, ice box, set bilik tidur semua dah ada..nanti pindah rumah baru xdelah spend byk sgt..
- Ogos - Alhamdulillah, dapat beli our 2nd car..untuk senangkan pergerakan kami since kami kerja di dua daerah yang berbeza. Sebelum ni masa duduk Borneo pakai satu kereta jek, sebab keje tempat dekat2. Keluar sama-sama, balik pun sama-sama. Sekarang sorg di JB, sorg di Kluang..mmg tak dapat nak g sama-sama dah..
- November - dapat beli rumah sendiri yang diidamkan oleh Umi n Encik Abah..yang ni paling tak disangka..sebab kami jangka kami dapat beli rumah dalam 2 3 tahun lagi..tapi hari tu masa jalan2 tgk rumah, terus berkenan n terus book. Alhamdulillah, prosesnya Allah mudahkan..
Anugerah ujian
- Januari - walaupun Abah dapat posting kat Johor tu satu nikmat, tapi ia adalah ujian juga buat kami sebab kami terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh). Memang berat ujian ni, terutamanya sebab Umi terpaksa tinggal bersendirian di Borneo sana..bayangkan..seorang perempuan,sorang2 kat sana tanpa ahli keluarga or saudara mara..mmg sunyi sangat dan kadang-kadang stress. Untuk Encik Abah mungkin tak rasa sangat sebab beliau stay dengan his family..so tak sunyi sgt kan..hampir 7 bulan jugak la PJJ ni..tapi PJJ ni lah yang mengajar Umi untuk lebih menghargai kehadiran Encik Abah. Sebab bila beliau takde,baru terasa kehilangan..kalau dulu, sebelum beliau posting kat Johor, asyik gaduh jek..hehe..bila PJJ setiap bulan jumpa, naik flight dah macam naik bas. Tiket flight 3 4 ratus dah mcm 3 4 puluh ringgit jek..pejam mata je beli tiket..
- Ogos - our 1st car accident..tak la teruk. Tapi wang yang dikeluarkan untuk membaikinya tu satu ujian..hehe..
- September - our 1st car tayar pancit dan pecah..pun satu ujian jugak nak spend untuk beli tayar baru T_T ..kalau perasan kronologinya our 1st car ni buat hal bila 2nd car dah ada..merajuk kot..
- Disember - kematian Adik..sangat sedih ok!
No comments:
Post a Comment