Assalamualaikum...
Hari ni kita lupakan yang kita ni TTC, tapi hari ni kita verangan-verangan yang kita dah ada bayi..bayi yang comel n gebu..mana tau, angan-angan jadi kenyataan kan..insyaAllah..
Hari ni Umi nak citer cket kat bakal-bakal ibu sekalian..hehe..dah mcm nak promote barang la pulak..Mcm ni..kebetulan hari ni Umi tengah siapkan pamplet berkenaan penglihatan bayi..so dah alang-alang cari info untuk pamplet tu, Umi selitkan je lah untuk info bakal ibu-ibu sekalian kan..berguna juga satu hr nanti..
So sekarang bayangkan yang u all baru balik dr hospital sebab baru deliver baby..hehe..bestkan? mesti sekarang tengah duk tenung n renung je wajah baby kesayangan tu... tapi u all tau x sebenarnya baby yang baru lahir ni tak dapat tgk wajah kita pun?
Sama mcm berjalan n bercakap, baby sebenarnya belajar untuk melihat..masa baru2 lahir diorg mmg x nampak apa2 pun,cuma nampak mcm bayang - bayang je. Bila dah cecah umur sebulan, barulah dia boleh nampak dengan jelas sikit..tu pun pada jarak 8 hingga 10 inci jek..so kalau tengah menyusukan baby tu,baby tu dah boleh nampak la wajah mak dia..ha..sekarang berangan lak tengah susukan baby..senyum2 dengan baby tu..main cak2..hehe..Banyak yang u all boleh lakukan untuk merangsang perkembangan penglihatan pada usia ni. Contohnya mcm pasang lampu malap dalam bilik tidur baby, selalu ubah kedudukan katil bayi, tunjukkan mainan pada jarak fokus bayi,iaitu 8 - 10 inci dan susukan bayi anda bergilir-gilir kiri dan kanan.
Masa baby u all berusia 5 hingga 8 bulan, diorg boleh nampak dengan lebih jelas. Diorang dah boleh menganggar jarak samada objek tu dekat ke jauh ngan diorg. Masa ni baby dah boleh merangkak. Jangan sibuk2 nak paksa baby u all belajar berjalan..sebab masa merangkak ni la baby ni nak merangsang eye-hand coordination. So, dengan merangkak baby dpt latih mata dan tangan dia serentak. Masa ni dah sesuai dah kalo u all gantung-gantung mainan kat atas katil baby. Baby dah pandai nak sentuh, tarik n tendang objek2 ni..ini akan membantu perkembangan penglihatan diorg..so tak bazir kalo suh para suami beli katil yang ada gantung2 ni...untuk anak dia jugak kan..hehe..verangan2..ha lagi satu, biarkan je baby u all ni merangkak meneroka kawasan rumah, jangan halang..tapi u all kena jaga la..make sure semua selamat..
Bila dah berusia 9 hingga 12 bulan pulak, baby dah mula belajar berjalan. so diorg dah boleh menganggar jarak dengan lebih tepat. Eye-hand-foot coordination pun dah well developed. U all boleh main ba-ba-cak dengan diorg untuk merangsang memori penglihatan diorg..hurm..dulu2 pun org tua dah main benda ni kan..skrg dah terbukti dr segi sains permainan ni membantu perkembangan penglihatan bayi..so apa yang org dulu2 duk buat sebenarnya mmg bagus untuk kita ikut..
ok..tu saje untuk kali ni..teruskan verangan-verangan ni ye..hehe..
kalau tak faham sangat ape yang Umi tulis kat atas tu, leh tgk kat pic ni ha..ni la gambaran apa yang baby u all nampak bergantung pada umur diorg..
No comments:
Post a Comment