Sunday 21 July 2013

TTC, bukan satu perjalanan yang indah..

Assalamualaikum..

Saya jarang menulis ttg perasaan sebagai seorang TTCian..
Menjadi seorang TTCian? saya langsung tak pernah terfikir bahawa jalan ini yang akan saya lalui..
Dulu, saya fikir..dapat anak itu mudah, kahwin dan tak lama lepas tu mengandung..semudah itu...
Tapi lepas sebulan, dua bulan, empat bulan, enam bulan, setahun dan dua tahun...saya sedar jalan ini yang Allah takdirkan untuk saya...
Awal-awal dulu, setiap bulan air mata ni mengalir..saya jd marah, kecewa, dendam dan dengki..kenapa belum lagi?
Sekarang saya semakin pasrah..semakin ada jalan yang Allah tunjukkan..
Dulu, bila dengar ada mereka-mereka yang mengandung,air mata pantas mengalir..kenapa mereka dapat? aku tak dapat?
Sekarang,setelah mereka-mereka itu melahirkan anak yang comel, saya menjadi lebih matang..itu rezeki mereka..biarlah..

Kadang-kadang diri ini termenung, merenung perjalanan sukar ini..tapi hati cepat beristighfar..Allah lebih tahu..tp kadang-kadang diri ini tewas juga, terhamburlah air mata yang disimpan lama...
Sekejapan rasa diri ini jatuh terduduk, tapi sesaat kemudian, diri ini bangun penuh harapan,masih ada byk jalan yang belum dicuba..itu semua memberi harapan..

Setiap hari, membaca kisah mereka, yang kuga TTCian seperti aku..hati berkata  kasihan mereka, tapi bukankah aku juga seperti mereka? 
Aku menangis mendengar dan membaca kisah mereka..kerana apa yang ada dlm hati mereka,ada dlm hati aku...

Membaca cerita mereka yang telah berjaya melihat dua garisan yang diimpikan itu,aku juga tumpang terharu..berharap aku juga akan merasa apa itu perasaan melihat dua garisan..
Membaca cerita mereka yang telah berjaya melahirkan, seorang, dua orang malah kembar tiga orang..aku percaya, satu hari nanti aku juga akan merasa seperti mereka..
kerana mereka juga pernah menjadi seperti aku..

Ya, akan ada...cuma masanya belum tiba..

7 comments:

  1. Betul tu Umi Sufi....belum tiba masanya, inshaAllah Allah akan perkenankan rezeki kita yang satu tu bila kita benar-benar bersedia.....

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH satu hari nanti kita semua pasti dpt rasai nikmat yg 1 ni, amin

    ReplyDelete
  3. salam, membaca entry sis seolah2 menyatakan apa yang ada di dalam hati..mmg sy juga tak pernah sekali menyangka perjalanan ttc sy akan begitu sukar sekali..tapi,inilah takdir Allah untuk kite..maka tiada apa lagi yang boleh kite lakukan selain bersabar. Semoga Allah akan merahmati perjuangan kite..insyaallah, semoga kite juga akan berjaya hamil juga akhirnya nanti. Sesungguhnya Allaj lebih mengetahui. Amin!

    http://www.journeytottc.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Saya doakan smoga smuanya dipermudahkan olehNYA...insyaAllah akan ada rezeki anak tak lama lg...Aminnn

    http://sesukadansesukihatiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Salam.sy pun bru disahkan pcos..rasa nk mengalir air mata dpm doctor.tp ditahan2 jgk...smga harapan tetap ada utk golonfan ttcian...amennn

    ReplyDelete
  6. Salam.sy pun bru disahkan pcos..rasa nk mengalir air mata dpm doctor.tp ditahan2 jgk...smga harapan tetap ada utk golonfan ttcian...amennn

    ReplyDelete
  7. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,(0148004302)

    ReplyDelete