Wednesday 17 July 2013

siapa pun kita,jgnlah kita berlagak...

Assalamualaikum :)

out of ttc topic cket..

me kerja kat hospital..so dalam hospital tu mcm2 jawatan ada..daripada U1 hinggalah U54...daripada cleaner, PPK (attandance), jururawat, kerani, pegawai2 dan orang atasan sehinggalah pengarah..memasing kenal sesama sndr..sbb hospital kecik jek..

me U41, boleh dikatakan golongan pertengahan la..me bergaul dengan org yang pangkat lebih tinggi n pangkat lebih rendah..sebagai org pertengahan ni kdg2 me perasan ada org yg memandang kedudukan..

contoh pegawai perubatan UD41, bila bercakap dengan operator telefon N17, ckp mcm operator tu takde perasaan..dimarah2 sesuka hati..padahal operator tu bukan org bawahan dia pun..mmg la kerja doc bz memanjang dengan pesakit, tp tu tak bermakna dia boleh mrh org lain sesuka hati dia..kalo dia bz dgn pesakit,operator pun bz dgn panggilan telefon jugak..memasing ada kerja n peranan memasing,tolong la jgn pndang rendah pada org yg pangkat lebih rendah..ckp elok2 tak boleh ke?

n lagi satu..kat hospital ni biasanya kalau PPK,even dia gred U6 pun..tp diorg ni otai..org lama kat hospital..ni pun mslh jugak..kalo ckp dgn org lain yg lebih muda,ckp mrh2..tengking2..xde sikap professional langsung...hanya disebabkan org lain tu org baru kat situ..walaupun gred lagi tinggi..pun tak pandai hormat org jugakkk...

kita ni walau apa pun kedudukan kita,hormat la sesama sendiri..org atasan kalau nak dihormati,hormat la dgn org bawahan..n org bawahan pulak,kalo nak dihormati,jgn la suka melawan org atasan..kita bekerja dalam satu organisasi, masing2 ada peranan n kepentingan masing2..

mcm badan kita jugak, x semestinya kaki duduk di bawah kaki tak penting..n x semestinya kepala kat atas, boleh buat ikut suka kepala je..

sedih dgn org yg memandang kedudukan ni..

3 comments:

  1. Salam Pn..
    sgt setuju ngan entry pn....
    saya & husbnd pernah terdengar seorg doctor 'baru' mengatakan seorg MA 'stupid' just because MA tu tnya soalan yg x penting. For me kalau ya pn geram janganlah cakap perkataan tu di hadapan pesakit / org lain....semua org ada perasaan..sedih & kesian tgk org2 yg memandang pangkat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam jumria..
      sy paling tak suka org mcm tu..kedudukan tu sume anugerah Allah..x semestinya kalo kedudukan lagi tinggi org tu lebih pandai...

      Delete
  2. betul, kalau mahu dihormati, belajar la menghormati org. Ramai yg lupa tu bila dah capai kedudukan tinggi. Nauzubillah...

    ReplyDelete