Wednesday, 31 July 2013

Dia..rakanku..

Assalamualaikum..

Dia..
Dia rakanku..
Kampung kami sama, sekolah kami sama..
Zaman matrikulasi kami juga sama..
Kami terpisah ketika di universiti..
Dia di Terengganu,dan aku di Kuala Lumpur
Kerjaya kami juga tidak sama..
Dia di Johor Bahru, dan aku di Shah Alam..

Dia..
Dia rakanku..
Pertunangan kami serentak, tanggal 3 Syawal 2010,
Pernikahan kami juga sama,13 Mac 2011,
Oleh imam yang sama, cuma waktu yang berbeza..

Dia..
Dia rakanku..
Hamilnya dia selepas 3 bulan pernikahan kami..
Aku tumpang bahagia..
Ketika puteri sulungnya lahir,aku juga menitiskan air mata gembira..

Dia..
Dia rakanku..
Setelah setahun lebih..kini dia hamil lagi,untuk kali kedua..
Aku masih tumpang gembira..
dan terus menanti dalam redha..

Insyaallah,ada rezeki utk ku jua..


1 comment:

  1. Insyaallah.noga allah kurniakan kpd kita zuriat yg senpurna yea.

    nak tnye..awk punye period regular tak after berat dah turun ni?

    ReplyDelete