Thursday, 5 December 2013

PCOS dan keguguran rambut

Assalamualaikum..


PCOS adalah punca keguguran rambut!!

Me mmg ada masalah keguguran rambut,seingat me sejak lepas SPM masalah ni start..pastu stop jap..sejak kebelakangan ni masalah ni kembali menghantui hidup n fikiran me! huhu.. Puas fikir apalah punca masalah ni, n mcm2 produk rambut me cuba,terbaru Loreal yang hitam pink tu..tapi masih gugur lagi terutama masa shampoo n masa rambut basah,mmg senang sgt rambut tu gugur..sedih je rasa...rambut pun dah makin nipis, n paling stress bila rambut bersepah2 kat lantai...grrrr!!

Rupa-rupanya rambut gugur sebab PCOS..hmm patut lahhh...

Memang kebanyakan wanita yang ada PCOS akan ada masalah ni,korang termasuk ke?? Bila kita menghidapi PCOS, hormon kita mmg tak balance, hormon androgen dan testosterone tinggi..hormon testosterone ni patutnya hormon lelaki,wanita ada gak,tapi level yang rendah la...bila hormon ni tinggi dalam badan wanita yang PCOS, dia akan beri kesan pada folikel rambut..akan menyebabkan keguguran rambut dan akan menghentikan proses pertumbuhan rambut baru,jadi rambut makin susah nak tumbuh...bila rambut gugur,pastu susah nak tumbuh balik,maka makin nipis laaa rambut tu..keadaan ni dipanggil androgenic alopecia...

Cara mengatasi? Sama je mcm cara nak atasi simptom PCOS yang lain..proper diet,proper exercise, rehat yang cukup dan kawal stress anda! hehe..

Utk diet yang betul, makan banyak sayuran hijau ( I am allergic to that,makan je kembang tekak,mcm mana??), pengambilan lemak yang sihat, dan pengambilan protein dan karbohidrat yang seimbang... 

Exercise pulak adalah utk mengurangkan paras testosterone dalam badan, bila testosterone kurang, simptom PCOS pun kurang,termasuklah masalah keguguran rambut...

Kawal stress anda, hormon stress iaitu cortisol yang tinggi hanya akan menambah simptom PCOS..tarikkk nafasss...hembussss...tarikkkkk..hembussss...fuh!

Makan dan tidur yang cukup. Tidur dipengaruhi oleh dua hormon iaitu melatonin dan serotonin...jika hormon2 ni terganggu disebabkan kurang tido,hormon2 lain pun akan terganggu sama..makan plak,makan secara regular..untuk mengelakkan tahap insulin turun naik..

Dari segi penjagaan rambut, elakkan dari mengikat rambut terlalu kuat atau tinggi. Elakkan dari produk2 rambut yang terlalu banyak bahan kimia yang akan merosakkan minyak semulajadi pada kulit kepala..boleh cuba minyak jojoba utk menggalakkan pertumbuhan rambut..

Jika kita berdisiplin utk mengawal PCOS, insyaAllah rambut yang lebat dan sihat akan kembali...

sumber : sini

7 comments:

  1. ummi omega 3 bloeh rawat pcos

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. pcos jugak..tp xde mslh rambut gugur..dr kecik lebat dah mcm singa dah..haha..result hormon semua balance..

    ReplyDelete
  4. oooooo.mcm 2....
    nie wat anim rasa takot nie
    rambut anim panjang dan selalu gugur..huhu

    ReplyDelete
  5. oh my...betollah. rambut jee pon byk gugur. tak tau plak psl pcos. hishhhh.tq for the info dear!

    ReplyDelete