Tuesday, 31 December 2013

Minggu terakhir 2013

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari terakhir 2013..esok insyaAllah akan masuk 2014..

Hujung minggu hari tu kami sibuk ke sana ke mari nak uruskan ttg renovation Viscaria..hari Sabtu pagi jumpa kontraktor kitchen cabinet, petang ke kedai lampu dan kedai peralatan elektrik, malam ke Jusco..hari Ahad pula pagi appointment dgn kontraktor plaster ceiling, petang kontraktor grill..semua kontraktor nak confirmation cepat..n kami pun mmg nak cepat2 confirm n deal harga dgn mereka..sebab apa? sebab tahun 2014 nanti semua harga barang akan naik!! confirmed!!

Kontraktor kitchen cabinet,plaster ceiling n grill bagi tahu mmg tahun depan dia akan bagi harga lain..lagi tinggi..jadi kami kena confirm awal utk dptkan harga tahun 2013,walaupun projek mula 2014..pergi kedai lampu n kedai elektrik pun sama..staff kedai elektrik kata,ada supplier brg elektrik dah bg quotation harga untuk 2014, ada yang naik 10%..jadi kami pun beli semua brg keperluan..collect tahun depan bila rumah siap...

Nak masuk rumah sendiri ni mcm2 kena buat..ada yg suggest kami ambil satu kontraktor saje utk buat semua..KC,plaster ceiling,grill,jimat katanya...tp kami x jumpa kontraktor yang sesuai utk buat semua..ada yg ok bab renovation,tp KC yg dia offer x menarik..ada yg specialist bab grill,tp harga renovation x masuk akal..jadi kami ambil kontraktor yang berbeza utk buat perkara yang berbeza..beza harga total pun dalam 1-2k je..

Kerja-kerja renovation belum boleh mula lagi..sebab skrg masih dlm proses check defect n suruh developer repair mana yang tak ok..utk masuk rumah baru ni mmg kena check betul2..sebab kalo renovation dah start,takut nt developer xnak btanggungjawab pulak...

Byk kerja sebenarnya nak masuk rumah sendiri ni..tapi perasaan tu sgt seronok..bila kita sama-sama pilih KC, pilih barang2 elektrik,pilih grill..tu belum bab basuh rumah n pindah barang..confirm penat,tp seronok..hihi..syukur atas anugerah Allah yang satu ni..Alhamdulillah..

Semoga tahun 2014 akan dipenuhi dgn kebaikan..
Kepada rakan-rakan TTC sekalian, Selamat Tahun Baru.. semoga kehidupan kita akn menjadi lebih baik, n kita semakin positif dalam menghadapi dugaan mendatang :)


Tuesday, 24 December 2013

penutup 2013

Assalamualaikum...

Hari ni CD4..agak terlewat Cik P menjengah kali ni, cycle lepas until CD35..tp masih boleh dikatakan behave lg..hihi..

Cik P kali ni adalah Cik P terakhir utk 2013..bermaksud juga Allah belum izinkan me utk pregnant di tahun ini..xpe, me semakin redha n semakin berlapang dada..kita punya impian yang hebat, tapi Allah punya perancangan jauh lebih hebat..

Just utk review usaha TTC tahun ini..

Januari 
-HSG kat HSA,JB- no problem
-cycle 60 hari

Februari 
-check kat private clinic,diagnosed PCOS, start Metformin until now 
-cycle 28hari

Mac-Mei 
-on contraceptive pills to regulate period cycle
-cycle 29,31,32 hari

Jun-Julai 
-metformin + duphaston
-TVS cd12
-cycle 35,26 hari

Aug-Sept 
-clomid 100mg + injection cd12 + duphaston
-TVS cd 12
-cycle 26,26 hari

Oct-Dis 
-metformin shj
-not review by doc
-cycle 25,29,35 hari

Usaha cara tradisional plak berurut 2 kali dgn makcik UTM..

Nampaknya tahun 2013 mmg dipenuhi dgn usaha TTC.. period cycle pun Alhamdulillah teratur kecuali yg Januari tu sebab belum jumpa doc lagi masa tu..

Usaha utk 2014 masih belum nampak jalan lagi..sama ada nak teruskan dengan Doc Isa,atau cari klinik lain..hurmm..LPPKN mungkin?? masih dalam kira-kira lagi..atau balik pada hospital gov? 1hb Jan nanti baru fikir la..ahaha..skrg enjoy hari2 terakhir 2013..



Wednesday, 18 December 2013

cerita mimpi lagi

Assalamualaikum..

(Ini cerita mimpi,harap2 takkan jadi kenyataan)

Malam tadi me bermimpi,Encik Abah kahwin lagi! huhu!

Dalam mimpi tu, Encik Abah bgtau me yang dia dah berkahwin lagi satu..me apa lagi..menangis lah semahu2nya..sampai sempat ckp dlm hati 

"harap2 ini mimpi"

tp yg peliknya me tak marah pun kat Encik Abah,me cuma sedih sendiri je..lepas menangis tu me ckp kat Encik Abah

"saya nak jumpa madu saya,isteri kedua abang"

Encik Abah pun setuju..dan ajak me ke sebuah kedai makan.. kat sana kami makan berdua dulu..tiba-tiba datang sorg wanita berumur,lingkungan 50-an...free hair, pakai baju mcm  baju singlet,kulit hitam n gemuk..mmg tak cantik pun ..Encik Abah pun kata

"inilah isteri kedua abang, dia ni cikgu pencen"

Me salam wanita tu,siap cium tangan! bermanis muka bagai..

Dalam hati kata

"hmm hodohnya, cantik lagi aku..hahaha..ko takkan boleh lawan aku la!!"

Tiba-tiba terbangun...masa terbangun tu terus rasa lega sangat2 sebab ni semua hanyalah mimpi...Nauzubillah jadi mcm tu...

Me msg Encik Abah

"org mimpi abg kawen lagi satu"

Encik Abah jawab

"merepek jek!"

Huhuhu..me pun xtau kenapa mcm ni..kalo mimpi pasal Encik Abah je,mesti yang tak elok..mimpi gaduh,mimpi kena marah, mimpi kena tinggal..pernah sekali mimpi MIL suruh Encik Abah kwen dgn sepupu dia..tak pernahnya mimpi Encik Abah bg hadiah ke,bwk g jalan2 ke..tapi lepas semua mimpi buruk tu,me lebih menghargai Encik Abah..Alhamdulillah dia tak mcm yang dalam mimpi tu..mungkin Allah dtgkan mimpi tu supaya me lebih menghargai kehadiran Encik Abah dlm hidup me..

Monday, 16 December 2013

cerita minggu lepas

Assalamualaikum..

Minggu lepas takde entry,sebab diri perasan busy! hehe..blogwalking pun tak sempat..nampak tak perasan busy nya me ni..padahal x busy mana pun..hihi...

Update 1:
Alhamdulillah,2 minggu lepas,kami dah dapat kunci untuk our Viscaria..officially kami dah ada rumah sendiri..syukur sangat..cuma belum boleh pindah masuk sebab air n elektrik belum ada,dalam 2 bulan lagi baru ada katanya..tp xpelah..

Bila dah dapat kunci, memang hari2 lah g melawat rumah..sampai pak guard tu dah kenal muka kami..pengalaman masuk rumah baru ni..mungkin me nak abadikan dalam 1 entry lain nanti,insyaAllah..pastu sibuk la g showroom utk kitchen cabinet, contact org nak buat grill n cornice..hujung minggu mmg dihabiskan dgn benda2 ni je, memang mengujakan dan penuh impian..haha...

Update 2:
Minggu lepas,me masuk office 1 hari je,iaitu Selasa.. Isnin mmg public holiday bagi Johor,sempena hari Hol Almarhum Sultan Johor (hari memperingati kemangkatan beliau)..hari Selasa masuk office,ptg tu dapat panggilan kursus last minute,kena ganti orang..Kursus Asas Adobe Photoshop di JKNJ, JB..kursus selama 2 hari,memang berbaloi2 kursus ni..sebelum ni me belaja PS ni secara tak formal je..ni dpt belajar secara formal mmg puas hati..kat bwh ni beberapa esemen yang diberi

esemen masukkan pic dalam frame

esemen wat banner


esemen wat poster pesta buku

esemen wat backdrop majlis

esemen wat poster filem
pic : anak2 buah side Encik Abah



Update 3
Sejak 3 minggu lepas my SIL1 ada kat rumah MIL dgn anak2nya sekali..beliau tgh cuti sem n husbandnya plak kursus di Bangkok..anaknya yang bongsu baru berumur 4 bulan..sangat comel,bambam! Senang dijaga, peramah n senang ketawa n tersengih bila di agah..x banyak ragam n x selalu menangis..me selalu tolong jaga n main2 dgn baby ni..kadang2 me culik dia bwk masuk dalam bilik..hehe.. minggu depan diorg nak balik KL dah..me rasa mcm kehilangan..dah takde baby nak main2 lagi..tetiba rasa sedih..sampaikan me ckp kat Encik Abah "kita beli je la A**** tu...." huhu...rasa mcm x sabar sgt nak ada baby sendiri.. Ya Allah....

itu sahaja cerita minggu lepas..sekian!


Friday, 6 December 2013

Rutin 2014

Assalamualaikum..

Tahun 2014, kakitangan awam di negeri Johor akan bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, sama mcm kat Kelantan,Terengganu n Kedah..

Apa yg me suka pasal ni adalah...



Hari Khamis balik awal!! :)

Untuk PJJ macam kami ni,ini adalah satu berita baik.. balik kerja awal dan terus gerak balik JB..sampai JB awal.. dan dapat jumpa yang tersayang awal :)

Thursday, 5 December 2013

PCOS dan keguguran rambut

Assalamualaikum..


PCOS adalah punca keguguran rambut!!

Me mmg ada masalah keguguran rambut,seingat me sejak lepas SPM masalah ni start..pastu stop jap..sejak kebelakangan ni masalah ni kembali menghantui hidup n fikiran me! huhu.. Puas fikir apalah punca masalah ni, n mcm2 produk rambut me cuba,terbaru Loreal yang hitam pink tu..tapi masih gugur lagi terutama masa shampoo n masa rambut basah,mmg senang sgt rambut tu gugur..sedih je rasa...rambut pun dah makin nipis, n paling stress bila rambut bersepah2 kat lantai...grrrr!!

Rupa-rupanya rambut gugur sebab PCOS..hmm patut lahhh...

Memang kebanyakan wanita yang ada PCOS akan ada masalah ni,korang termasuk ke?? Bila kita menghidapi PCOS, hormon kita mmg tak balance, hormon androgen dan testosterone tinggi..hormon testosterone ni patutnya hormon lelaki,wanita ada gak,tapi level yang rendah la...bila hormon ni tinggi dalam badan wanita yang PCOS, dia akan beri kesan pada folikel rambut..akan menyebabkan keguguran rambut dan akan menghentikan proses pertumbuhan rambut baru,jadi rambut makin susah nak tumbuh...bila rambut gugur,pastu susah nak tumbuh balik,maka makin nipis laaa rambut tu..keadaan ni dipanggil androgenic alopecia...

Cara mengatasi? Sama je mcm cara nak atasi simptom PCOS yang lain..proper diet,proper exercise, rehat yang cukup dan kawal stress anda! hehe..

Utk diet yang betul, makan banyak sayuran hijau ( I am allergic to that,makan je kembang tekak,mcm mana??), pengambilan lemak yang sihat, dan pengambilan protein dan karbohidrat yang seimbang... 

Exercise pulak adalah utk mengurangkan paras testosterone dalam badan, bila testosterone kurang, simptom PCOS pun kurang,termasuklah masalah keguguran rambut...

Kawal stress anda, hormon stress iaitu cortisol yang tinggi hanya akan menambah simptom PCOS..tarikkk nafasss...hembussss...tarikkkkk..hembussss...fuh!

Makan dan tidur yang cukup. Tidur dipengaruhi oleh dua hormon iaitu melatonin dan serotonin...jika hormon2 ni terganggu disebabkan kurang tido,hormon2 lain pun akan terganggu sama..makan plak,makan secara regular..untuk mengelakkan tahap insulin turun naik..

Dari segi penjagaan rambut, elakkan dari mengikat rambut terlalu kuat atau tinggi. Elakkan dari produk2 rambut yang terlalu banyak bahan kimia yang akan merosakkan minyak semulajadi pada kulit kepala..boleh cuba minyak jojoba utk menggalakkan pertumbuhan rambut..

Jika kita berdisiplin utk mengawal PCOS, insyaAllah rambut yang lebat dan sihat akan kembali...

sumber : sini

Wednesday, 4 December 2013

pengalaman mangsa banjir

Assalamualaikum..

I am mangsa banjir! huhu..

Dalam Johor,Mersing daerah paling teruk banjir kali ni..n Alhamdulillah, me dapat pengalaman menjadi mangsa banjir..ni kira pengalaman kedua la,pengalaman pertama masa di rumah my mak di Segamat,tahun 2009 kalo x silap..

Actually hujan lebat dari hari Isnin lagi..pagi Isnin tu siap ada puting beliung melanda hospital, banyak bumbung yang tertanggal n bangunan dimasuki air..Isnin malam pukul 11 malam air dah mula naik memenuhi kawasan jalan depan rumah..hujan dah berhenti,tapi air laut dah start air pasang..sebab tu air sungai melimpah..esok pagi air makin naik..kul 10 pagi kitorg keluar dari rumah naik Hilux jiran depan..kereta tinggal sebab mmg takleh redah air, mujur air banjir tak masuk area dlm rumah n area letak kereta..pergi daftar nama kat pusat penempatan banjir..Ya Allah ramainya orang..jadi kami decide taknak tinggal di pusat,kami pergi ke hospital n minta tumpang asrama jururawat (nasib baik semua housemate staf hospital).. petang tu kami patah balik ke rumah,sebab tgk air dah surut cket..nak bawak keluar kereta takut air makin tinggi..tawakal je redah banjir dgn kereta..

kawasan depan rumah

Malam tadi keluar beli barang keperluan, balik lalu tepi pantai..tgk paras air dah nak sampai jalan raya, ombak kuat..bergulung2..seram tgk..malam tadi katanya air pasang besar..risau je kalau kawasan hospital pun tenggelam..sebab hospital mmg betul2 tepi pantai..huhu..

Pagi ni Alhamdulillah hujan mcm dah reda,tapi langit masih mendung..tak tahu lah kawasan rumah mcm mana..takde berita lg..walaupun mangsa banjir,tp tetap kena pergi kerja..walau cuma pakai t-shirt n track suit..huhu..dah nama pun mangsa banjir kan..

p/s : tak baik merungut, nanti ada orang benci!

Monday, 2 December 2013

Birthday Encik Abah

Assalamualaikum..

Semalam,1hb adalah birthday Encik Abah yang ke 27, (ye,me adalah lebih berusia lebih 18 hari berbanding beliau,walaupun me nampak jauh lebih muda drpd beliau..hehehe)

Takde apa2 celebration pun..memasing bermalas-malasan kat rumah je..dr pg bawa ke ptg asyik bertangguh nak keluar..last2 kul 3 ptg baru gerak..takde hadiah pun utk beliau, cuma semalam me bawa ke tailor fav beliau,me tempahkan sepasang baju coat utknya..sebab hari tu,masa sesi ambil gambar guru2 beliau meluahkan perasaan pd me, beliau jeles tgk rakan2nya nampak smart dgn coat masing2, sdgkan beliau hanya pakai jaket biasa je..so apa lah salahnya me keluarkan sedikit bajet utk menggembirakan hati orang yang paling me sayang (dpt bonus baru bayar..hihihi) sekarang takde bajet mekkk...pastu kami g makan,n beliau pun menghantar me ke Terminal Larkin utk me balik ke Mersing...

Encik Abah kata,pagi2 mak dia dah wish birthday..dengan ucapan semoga tahun depan dapat anak.... Amin...semoga doa maknya tu dimakbulkan..

Minggu lepas me ke HSA,JB ada COE (mcm CME laa..utk org2 yang kerja hospital tau la ni)..bincang mengenai pergerakan staf..sekarang ni,ada dalam waiting list 3 orang U41 nak masuk ke JB,n me orang ke 3..sepatutnya ada sorg staf U41 kat JB dpt naik U44,kalo dia accept maksudnya akan ada satu kekosongan la U41 tu, n orang 1st dalam waiting list tu akan masuk,menjadikan waiting list tinggal 2..tapi yang dpt U44 tu tak accept,sebab post tu kat Ipoh..makanya,takde la pergerakan staf..n me yang giliran ke 3 ni makin gelaplah harapan nak cepat transfer..hmmm :(

Kdg2 me ckp kat Encik Abah,supaya beliau yang minta transfer ke Mersing lepas habis master nanti..tapi kami dah beli rumah di JB,syg pulak nak dibiarkan mcm tu je..haishhh...dilema betul...sampai bila lah nak duduk asing2 mcm ni...kdg2 rasa mcm nak resign je, n cari keje lain kat JB...tapi syg plak keje gov ni...hmm..


Wednesday, 27 November 2013

wordless wednesday : 4 tahun

Assalamualaikum..


Semalam,ulang tahun kami ke 4..
Alhamdulillah..sepanjang 4 tahun,dia berkhidmat dgn me.
Dari Shah Alam, ke Kuching, kembali ke Johor..
Tak byk masalah, tak byk kerenah..
Sayang,walau bukan kereta mahal..
Tapi hasil titik peluh sendiri..aset pertama lepas 3 bulan bekerja..

Pic : umur setahun,lokasi Tg. Karang,Selangor, color masih cantik..skrg dah pudar....

Tuesday, 26 November 2013

mengigau

Assalamualaikum..

Pagi tadi lepas siap2 nak g keje,tetiba my roomate tegur

"**** sedih ke? mlm tadi mimpi apa?"

me jawab "sedih kenapa?mimpi apa?"

my roomate kata mlm tadi dia terbangun kul 2 pagi sebab nak g toilet..pastu terdengar me menangis,merintih2 siap dgn tersedu2 n sedut hingus! huhu...

me fikir balik,tak ingat pulak mimpi apa mlm tadi..tapi sebelum tido tu mmg me sedih..siap update status kat fb "tetiba rasa sedih"

Punca sedih adalah bila Encik Abah bgtau sekarang ni guru tgh wat pertukaran besar-besaran..ramai cikgu2 dpt transfer..mana yg duk Sabah Sarawak tu dpt transfer balik semenanjung..kwnnya di KK yg baru lepas bersalin dpt transfer balik Johor dekat dgn suami..bagus lah..rezeki mereka,kesian jugak bila ada anak duduk jauh2 mcm tu..pastu bukak FB tgk my fren yg juga cikgu n PJJ semua dpt transfer ikut suami..ada yg baru kwen 3 bulan pun dah dpt duduk dekat suami..tetiba me rasa sedih,mengenangkan diri sendiri..yg dah hampir 3 tahun berkahwin pun masih berjauhan..sampai kul 12 lebih pun masih lom dpt tido memikirkan dugaan ni..mungkin me terlelap masa dalam kesedihan..sebab tu la sampai terbawa2 dlm tido...

cepatlah kesedihan ni berlalu...

Monday, 25 November 2013

Joyyah,call me Joy

Assalamualaikum..


hi..my name is Joyyah, u can call me Joy
i am cute, and i know it

huhu..entri merepek lagi sebab takde cerita TTC..

Ni kucing kat rumah MIL..si Joy ni my FIL bwk balik..asalnya kucing kwn dia,tp kwnnya tu dah tamau bela..so my FIL mengenangkan yg anaknya (Encik Abah) n menantunya ni suka sgt kat kucing,so FIL pun amik bwk balik..dan terus menyerahkan tanggungjawab menjaga si Joy ni pada kitorg..Encik Abah bengang! haha..sebab dia pun wat masa ni tamau ada komitmen pada kucing..sbb bz ngan sekolah n kelas master,lagi pun belum ada rumah sendiri n MIL mmg tak suka kucing...tapi disebabkan tanak jadi anak derhaka, kami menurut sahaja..

Maka,kamilah yg bertanggungjwb menjaga si Joy ni..tapi sebab me kerja jauh, Encik Abah je la yg uruskan Joy..kesian jugak kat Joy ni,kena kurung dlm sangkar jek kat luar rumah..sesekali baru keluarkan..tu pun x lama sebab takut dia jalan jauh n tak tau balik or kena culik..actually me kalo ada kucing me suka kucing tu bebas dlm rumah je..barulah kucing tu jadi manja dgn kita,tp sebabkan rumah MIL ada baby,mmg takde harapanlah Joy ni nak masuk rumah..jadinya takde bonding antara kami n Joy..siannnnn Joy..syg kucing secomel ni dibiar dlm sangkar je..

Bulan lepas,ada sepupu Encik Abah dtg rumah..dia tgk Joy n berkenan..kitorg decide nak bg je kat sepupu Encik Abah tu,sayang mmg sayang,tp x sanggup dah nak tgk dia terkurung je mcm tu..rasa berdosa jugak walaupun makan minum semua kami sediakan..xpelah,demi kebahagiaanmu Joy...huhu

Semalam terbaca cerita sedih, pasal Hero,si kucing kudung.. dah selamat 'kembali ke sana' akibat leukimia..sedih sebenarnya bila baca jalan cerita Hero ni..lagi sedih bila tgk video dia..rasanya satu Malaysia kenal kot kucing ni..me masa mula2 tgk video dia menangis,kenapa kejam sgt manusia yg potong kaki dia tu...n menangis bila pandang mata dia,betapa tabahnya dia menjalani hidup tanpa kaki depan..nasib baik lah dipertemukan dgn Papa Hero..Alhamdulillah,berkat menyelamatkan Hero..Papa Hero sekarang dah buka Cat Village..semoga urusan Papa Hero dalam menyelamatkan kucing2 terbiar dipermudahkan...


R.I.P Hero..

Wednesday, 20 November 2013

wordless wednesday : cross stitch

Assalamualaikum...


akhirnya jumpa juga org yg jual kit cross stitch..
me beli online di fb..kit termasuk kain aida, benang, jarum n kertas contoh..
tapi kain tu petak kecik2 la..mcm x best lak nak jahit..me fikir nak beli kain lain la..yg biasa tu..
hihi..yg ni tak tau la bila siap...

Tuesday, 19 November 2013

kosong....

Assalamualaikum..

Today CD4...Alhamdulillah Cik P mai on CD30 hari tu..menjadikan cycle lepas 29 hari je..bagus,tahniah..

Di kala me tgh malas nak wat apa2 usaha, di kala me melanggar semua pantang larang sebagai TTC, x jaga diet, x bersenam...Cik P mai elok je...kalau dulu bukan main lagi..jaga makan, exercise.. Cik P tingtong gak..huhu..xpaham la dgn Cik P ni...tapi xpe la..bagus la da dtg..

Hmm..xtau nak update apa ye...blogwalking TTCian lain semua bukan main semangat berusaha..dgn diet..exercise..suplement..mcm2 lagi la...tetiba rasa rendah diri pulak..sebab me ni sejak x jumpa doc ni...mood nak TTC ni ke laut pulak..exercise dah makin malas..diet apatah lagi..weekend lepas balik rumah my mak..semua yg diidamkan dpt..pisang tanduk goreng,ayam masak lemak cili api,kari daging, sambal sardin, mee soto...semua belasah jek! teh tarik n teh ais mmg hari2 la bila kat rumah mak..sebab my mak mmg dah faham sgt my fav drink tu...pulak tu,balik ada musim durian...apa lagi...berulas2 la durian masuk perut...hmmmm..

hmmm...hhmmm...dan hmmm...

xtau la..kenapa rs kosong jeeeee...

k la...

bye!




Wednesday, 13 November 2013

Tuesday, 12 November 2013

27th

Assalamualaikum..



Alhamdulillah..hari ni genap me berusia 27 tahun..sepuluh tahun melepasi sweet 17..masih lagi sweet..hehe..syukur atas semua pinjamanNya semenjak 27 tahun me hidup di dunia ini..semakin menghampiri hari bertemuNya..

Pagi-pagi bukak homepage google,nampak word Google tu jadi mcm ni...


Dalam hati kata "Aik? Ada kek? Mcm tau2 je my birthday hari ni?" bila lalukan cursor kat google tu kuar perkataan "Happy Birthday Nurul ******* " oh..rupanya kalo kita tak logout gmail mmg dia akan detect birthday kita..jakun sikit..hihi..ke mmg dah lama Google wat mcm ni..me je yg 1st time tau nih!!

Pagi2 tadi my mak dah call ucap selamat hari lahir..pastu Encik Abah msg plak..Encik Abah smlm lg dah wish sebelum tidur..xde celebrate pun,nasib PJJ kan..huhu..tp xpelah..ingatan dari jauh tu lagi bermakna..

Weekend hari tu g Jusco,plan nak g makan2..dr rumah plan nak makan Kenny Rogers..tp bila dah tiba Jusco tu rs mcm kenyang plak..tgk Kenny Rogers rasa muak,tgk KFC,McD,pizza semua rasa mcm xleh masuk..kembang tekak plak..Encik Abah pun sama,padahal dia yg beriya nak g Jusco..last2 g makan nasi lemak kat kedai makan kwnnya..huhu..lagi puas..haha...

Di umur 27 tahun ni,me harap semoga semua urusan me dipermudahkan,zuriat,me tak minta dicepatkan..cuma me harap Allah tentukan apa yang terbaik utk me,Encik Abah n my family..tawakal dan berserah sahaja..usaha mmg ada,tp semuanya berbalik pada ketentuanNya..insyaAllah..

Friday, 8 November 2013

jangan tiru mcm saya

Assalamualaikum..

Semalam,setelah sekian lamanya tak menimbang berat badan sendiri,since me decide utk stop treatment sementara waktu..sekali timbang naik 3kg..huhuhu..nanges!!

Honestly,mmg me x jaga makan sgt sejak stop treatment hari tu..nasi mmg kurang la,tp me byk ambik makanan sampingan..mcm kek,aiskrim,roti canai,roti bakar..mcm3 lagi la..kebetulan skrg ni kwn kat ofis rajin ajak g lunch kat luar,mmg dgn riang dan gembiranya lah saya follow...masa makan tu rasa bersalah gak,tp belasah jek..mindset kata

 "bukan g jumpa doc pun,makan je la"

T_T

nampak sangat sebelum ni diet sebab takut kena marah dgn doktor..

U all,jgn tiru mcm sy ye..hoho..

Thursday, 7 November 2013

Kisah rakan : buatan orang?

Assalamualaikum..

Dua hari lepas me temankan my kawan satu ofis pergi berubat dgn seorang ustaz.. biarlah me namakan my kwn ni Cik M..Cik M ni umur lebih tua setahun dari me (28 thn), baru lepas putus tunang seminggu yang lepas..

Me n sorg lg kwn ikut la Cik M ni..kitorg gerak lepas Maghrib,sampai dalam kul 8.30mlm..xde sape pun masa tu..kitorg je..bila masuk tu me tgk ada sorg lelaki mcm ustaz duduk kat tgh ruang tamu, pakai kopiah, baju n seluar putih (mcm baju pakistan tu), n berjanggut panjang..kat ruang tamu rumah tu ada banner tulis rawatan metafizik..me duduk tepi je la..Cik M ni duduk depan ustaz tu n cerita apa masalah dia..actually ni kali ke tiga Cik M ni jumpa dgn ustaz ni..

Ustaz ni suruh Cik M duduk berlunjur..kemudian ustaz mula baca ayat2 al-Quran,mmg dia tgk al-Quran la masa tu,bacaannya pun lantang..kita boleh dgr..tetiba Cik M ni sendawa byk kali..n mcm nak termuntah..ustaz ni bagi mangkuk besar..n Cik M terus muntah..ustaz sambung lg bacaan Quran,sambil ckp "ada lagi tu,keluarkan terus...ada lagi..kalo kau tak keluarkan terus,kau akan meletup kat dlm badan dia..buka semua sendi2 dia..keluarkan habis" lama jugak..sampai la Cik M habis keluarkan muntah semua..kemudian ustaz bagi air n garam..utk minum n mandi..

Lepas Cik M habis berubat me rasa mcm teringin jugak nak scan bdn ni,kot2 ada gangguan ke apa..tp teringat plak kat pesan Encik Abah "teman je,jgn terlibat sama" terus x jadi..nanti lah,lain kali mungkin nak g ngan Encik Abah pulak..

Masa otw balik Cik M cerita,ustaz tu kata mmg ada org hantar 'sengkak', mcm pengahalang jodoh..masa mula2 Cik M g kat ustaz ni dia sekadar teman kan kwn dia je..tapi masa sesi berubat kwn dia tu,dia yg rasa lain mcm..n ustaz tu pun pndang dia semacam..ustaz tu berubat kan dia..keluar muntah darah! Masa tu dia ada berkawan dgn sorg lelaki,tp asyik bergaduh je..ustaz kata sebab 'sengkak' tu..last2 putus gak hubungan diorg..kali kedua dia pergi saje je nak scan,masa tu dia takde kwn dgn mana-mana lelaki,ustaz tu scan kata takde ape2..clear..tp bila Cik M ni bertunang,lepas seminggu bertunang Cik M jadi berubah, jadi panas baran n asyik nak gaduh dgn tunang je..sampailah minggu lepas,tunangnya tak tahan n ckp nak putuskan pertunangan..barulah Cik M rasa 'sengkak' tu dtg balik..n bila jumpa uztaz mmg betul benda tu ada..maksudnya benda tu ada bila Cik M ni berkwan dgn lelaki je..bila single benda tu hilang..

Hmm..me pun xtau nak komen benda2 mcm ni..tp sebab dah jadi depan mata kan..muntah2 semua tu..mungkin betul la..Wallahu a'lam..

*nama n latar belakang ustaz tu me rahsiakan sebab bukan me yang berubat,kalo me yang berubat nanti me akan cerita lagi..

Wednesday, 6 November 2013

First Anniversary

Assalamualaikum..

sumber : google

Me tak perasan 24 October hari tu genap setahun blog UmiSufi ni..belated anniversary la kiranya ni..huhu..

Me dlu masa belajar pernah ada blog jugak,tp bila dah kerja mcm takde masa nak update..nak update pun xtau nak cerita apa,sebab masa tu mmg rutin g keje balik keje je..lama2 me delete terus akaun blog tu..

Bila dah jadi TTC ni,memula dlu mmg stress sebab me rasa me sorg je yang dpt dugaan ni,me rasa sangat2 rendah diri..rasa tak sempurna..masa failed 1st cycle clomid tu me google la..kalau tak silap me masa tu  search keyword "dugaan menanti zuriat"...pastu me jumpa blog Irtiyah..me go thru dia punya cerita..and masa tu lah 1st time jumpa word TTC..ms tu xtau pun TTC tu maksudnya apa..pastu search plak TTC..n jumpa lah byk sgt blog TTC ni..n baru lah tau TTC tu maksudnya Trying To Conceive..bila dah baca byk blog TTC baru lah me tau yg sebenarnya bukan me sorg je ada masalah ni,n bukan me sorg je yg rasa tekanan demi tekanan menanti zuriat..me tau ramai lg yang berkongsi masalah dgn me ni...

Lama jugak me baca blog2 diorg ni..sampailah satu hari tu,xde kerja di ofis me try buat akaun blogspot..n 1st name yg ada dlm kepala masa tu adalah UMISUFI..hmm rasa mcm kelakar je bila baca balik 1st entry masa tu..biasalah buat dlm mood sedih kan..ayat sume sedih2 jek..masa tu konon2 nak buat entry mcm surat untuk Sufi (nama bakal anak,heheh) pastu bila dah tiba 2 3 entry rasa mcm susah je ..n terus buat entry biasa mcm diari jek..

Actually lepas baca blog rakan2 TTC lain,me jadi lebih positif..me tgk kwn2 TTC lain enjoy their life..cerita ttg career,aset,jalan-jalan n mkn2..n mcm2 lagi..me sedar hidup ni bukan kena fokus pada TTC je..byk lagi benda lain yg kita boleh buat n lakukan..jgn bazirkan masa kita dgn terlalu fokus pada TTC ni...

Pernah sekali me dalam dilema..actually UmiSufi bukan la nama me sebenar..UmiSufi tu wujud dlm blog je..me terfikir nak expose diri me sebenar..tapi bila fikir2 balik tak jadi plak..sebab bila expose diri kita sebenar,agak susah utk me luahkan perasaan dlm blog ni,sdgkan blog ni lah satu2nya tempat utk me luah kan perasaan..kdg2 me cerita pasal sakitnya hati dgn family, dgn family belah husband, dgn jiran2 or kwn2..sakit hati yg me takleh luahkan pada sesapa,yg takde sesapa fhm..so me luahkan kat sini je..tp kalo me expose diri me sbenar..me dah tak boleh bebas meluahkan rasa..takut2 mereka or kwn2 mereka terjumpa my cerita..n jadi lain pulak..so biarlah UmiSufi menjadi UmiSufi di sini je...

Terima kasih gak pd kwn2 yang byk komen n bg nasihat kat me n memeriahkan lagi blog ni..terutama pada Sue, iwannabeumie,sweet tooth,yani, iya, L..n lain2...

hihi..mcm nak bg ucapan dpt award plak..

mcm poyo je..mcm poyo je..hehehe..

Akhir sekali, tak terlewat rasanya nak ucap Salam Maal Hijrah..semoga tahun baru membawa sinar kebahagiaan pada kita semua..

Friday, 1 November 2013

cross stitch

Assalamualaikum..

Siapa tau cross stitch? Alaa..yg jahit pangkah2 tu..me skrg tgh mencari buku contoh utk buat cross stitch tu,dah lama dah cari..kat kedai buku Popular,MPH, n mcm2 lagi kedai buku me cari..tp tetap x jumpa..hmm dah ketinggalan zaman sangat ke cross stitch ni ye? 

Me suka sangat buat cross stitch ni..leka kalo dpt buat,tp tu la..sygnya takde buku contoh dah..dlu masa kat Kuching me ada buat satu,buku contoh tu Encik Abah pinjam dekat library sekolah dia..tp sempat buat satu je la..bila pindah Johor pulang balik buku tu,tak terfikir pulak nak fotostat..mmg cantik2 gambar dlm buku tu..terbayang2 sampai skrg..huhu..


Ini la cross stitch pertama n terakhir me buat..amik masa lama jugak ni,lebih kurang 6 bulan kot..sebab byk kali terbengkalai..hehe..hasil ni pun tak frame kan lg..ada simpan je dalam laci..nanti pindah rumah sendiri nak frame kan la.. :)

Hari tu ada jumpa sorg akak ni,jual buku2 craft kat FB..tanya dia ada jual buku cross stitch x..dia tanya balik cross stitch tu apa?huhu..sedihhh...siapa tahu mana nak cari buku contoh mcm ni lagi?

Thursday, 31 October 2013

Kebaikan kulit kayu manis

Assalamualaikum..

Masa mula2 doc bgtau yg me menghidapi PCOS, me mmg stress sgt2..me selalu google sana sini nak tau mcm mana nak rawat PCOS ni,n kebanyakan yg me jumpa adalah melalui diet je..kena amalkan diet yang sihat..n byk juga yg suggest try cinnamon powder atau serbuk kulit kayu manis..


Bila dah tau kebaikan kulit kayu manis ni,mula la berangan nak beli..tp berangan saja la..berangan nak beli,pastu automatik jadi sihat,gitu? Angan-angan tinggal angan2 je,hinggalah beberapa minggu lepas..me terjumpa cinnamon powder ni kat pasaraya..me beli brand McCormick,harga RM7.90 kalo x silap utk 32g..bila dah beli terus berangan jadi sihat padahal tak guna pun lagi..berangan lagi? tinggal la cinnamon powder tu dalam beg,hinggalah minggu lepas me kuatkan semangat nak try..huhu..biasalah 1st step mmg susah kan..

Kita tgk dulu apa kebaikan benda ni..

-boleh kawal kandungan gula dalam darah

-mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) utk elakkan sakit jantung

-mengurangkan keradangan akibat arthritis,sebab ada kesan anti-inflammatory (anti-radang)

-mengelakkan kanser daripada merebak dgn cepat

-mengurangkan sakit senggugut

-rawatan kesuburan - cinnamon mengandungi cinnamaldehyde yang boleh mengawal hormon dengan cara meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan hormon testosterone dalam badan wanita 

-brain booster - meningkatkan konsentrasi


Macam mana nak guna cinnamon powder ni?

-Tambahkan dalam kopi atau teh.
-sprinkel kat atas roti bakar,atau campurkan dalam cereal atau oat.
-tabur atas apa2 jenis makanan seperti kek dan pie.
-tambah dalam jus.
-tambah dalam yogurt.

Me dah cuba part yang tambah dlm yogurt n cereal tu,tapi me takleh letak byk2 la..sbb cinnamon ni rasa dia kuat,kalo letak byk jadi x sedap plak..huhu..lepas ni nak try letak dalam teh..lagipun mmg xleh letak byk pun, sebab kalo letak byk boleh menyebabkan masalah penghadaman, meningkatkan kadar denyutan jantung dan perpeluhan..dalam sehari tu hanya setengah sudu teh je pun dah cukup..

Sumber : sana, sini dan sinun 


Wednesday, 30 October 2013

Tuesday, 29 October 2013

cerita pagi tadi..

Assalamualaikum..

Sekarang ni kan..ada beberapa TTCian yg post kat group TTC kat FB tu,psl urine test guna clorox..me tak fhm sgt mcm mana nak buat test tu? campurkan urine dlm clorox pastu kalo berbuih maksudnya pregnant eh? xtau la...

So pagi tadi bila bangun dr tido,me tetiba terfikir nak buat test tu..so masuk toilet n tuang clorox dlm mangkuk..masa nak tuang clorox tu,tetiba ternampak satu UPT yg x digunakan lagi..me fikir,drpd confuse2 guna clorox baik guna UPT ni je kan...

So me pun pee la on that stick..sekali naik double line!!

Betul ke ni?? Mcm x percaya jek..betul ke?? tapi kan...

Hari ni baru CD 12..xkan double line pregnant? mustahil..mustahil..

Hmm mungkin double line tu maksudnya hari subur kot? tapi ye ke?ade ke teori tu?

Pening2 fikir kenapa mcm tu??

Fikir-fikir..

Fikir-fikir lagi...

Pastu tetiba handphone berbunyi...sapa lah plak call ni...

Rupanya...


Alarm!! 7.00am..
Snooze/Quit


Hikhik..mimpi la..dah lambat bangun ni..

Hehe..sekali mimpi rupanya..adoihai...

Sorry ye,buang masa u all baca entry merepek ni..hihi

Tapi best kan mimpi dpt double line..mesti u all pun pernah mimpi mcm tu kan?