Tuesday, 30 December 2014

Summary 2014 : Tahun rezeki buat kami

Assalamualaikum..
Beberapa hari lagi dah nak habis Tahun 2014 ni...sayang nak meninggalkan tahun yang penuh rezeki buat me...Alhamdulillah..apa yang berlaku tahun 2014 semua perkara yang baik-baik saja..

 Februari 2014
Kami mulakan tahun 2014 dengan bercuti bersama-sama my family di Gambang Resort 

April 2014
Kami berpindah masuk ke rumah kami sendiri

Jun 2014
Kami sekeluarga bersama family side Encik Abah selamat menunaikan ibadat Umrah

September 2014
Berakhirnya episod PJJ kami, me dapat transfer ke Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru

Walaupun nampak tak banyak, tapi rezeki-rezeki ini betul-betul memberikan kesan yang besar pd hidup me..mmg semua perkara di atas adalah perkara impian me sekian lama..n tak sangka,semua Allah izinkan berlaku dalam 2014 ni..syukur Alhamdulillah...semoga tahun 2015 memberikan rezeki yang lebih lagi...

Saturday, 27 December 2014

Banjir2014 : Doakan adik saya

Assaalamualaikum..
Banjir di Pantai Timur kali ni mmg betul-betul dahsyat...news feed kat fb sentiasa menunjukkan gambaran di sana...sangat2 sedih n sangat2 risau..
Adik me yang bongsu skrg tgh praktikal kat salah sebuah ladang di Daerah Machang..last dpt contact adik sy dua hari lepas (25hb Dec).. katanya dah tiga kali pindah sbb rumah yg mereka pindah tu pun turut dilanda banjir..n rumah ketiga yang mereka tumpang tu pun air dah memenuhi laman rumah..lepas tu terus x dapat hubungi..risaunya hati me...
Kawan-kawan,tlg doakan adik me dan rakan-rakan selamat... n sama-sama kita doakan banjir di Pantai Timur cepat surut...

Update :

Alhamdulillah adik sy dah hubung saya mlm tadi (27hb Dec), itu pun menggunakan wassap (Wifi tuan rumah yang ditumpang) sbb line telefon masih tak boleh digunakan..

Dr pengalaman dia,4 kali pindah..rumah pertama banjir mencecah ke lampu jalan, pindah rumah jiran atas bukit, juga masih banjir..pindah rumah banglo 2 tingkat, pun dinaiki air...akhirnya pindah kampung sebelah, masih juga banjir,tapi setakat dihalaman rumah shj...pindah menaiki bot bomba, melalui celah2 kabel elektrik..dah mcm laut katanya...

Rumah nenek rakannya hanyut, melanggar rumah lain, menyebabkan rumah tu pun runtuh..kesian..motosikal yang ditinggalkan pun xtau ape cerita...

Bila tanya ada makanan tak..dia kata makan setakat apa yang ada..telur, maggi n sardin...itupun sudah syukur...

Wednesday, 24 December 2014

Pengalaman Pertama Cuci Gigi

Assalamualaikum..
 
Umur dah 28tahun, baru nak pengalaman pertama cuci gigi? Hehe..itulah..me ni sebenarnya penakut sgt nak jumpa doc gigi..x pernah la menyerah diri...melainkan zaman-zaman sekolah dlu..pas abis sekolah terus tak check gigi...nasib baik gigi ok,xde masalah..
 
Mulanya temankan Encik Abah check gigi minggu lepas..kami pergi ke Klinik Gigi Rakyat kat area Uda..jumpa Dr Prema,baik n lembut je orangya..Encik Abah cuci n tampal gigi..pastu me pun teringin nak check jugak..n doc tu check for free je..hehe...masa check tu dia ckp
 
"Ur gigi is very good la dik..."
 
Bangga la sekejap..tapi lepas tu dia sambung..
 
"Tapi kat belakang gigi bawah ni u tgk dik...ada karang gigi la..ini pun perlu cuci..sudah keras mcm batu"
 
Dia pun hulurkan cermin,bg me tgk...rupenya kat blkg gigi bawah mmg ada karang gigi...doc kata sbb lidah kita selalu rest kat situ,jd sisa makanan senang melekat n lama-lama jadi karang gigi...makin lama makin keras n susah tanggal..jd me set another app untuk cuci gigi..which is Sabtu lepas.
 
Karang gigi bawah (credit)
Jadi,sekali lagi kami ke klinik gigi yang sama..n request doc yang sama..masuk je bilik,baring n bukak mulut..tetiba rasa menyesal plak serah diri kat doc gigi ni...doc pun keluarkan la senjata-senjata beliau..sepanjang proses tu mmg me pejamkan mata je la...x sanggup nak tgk senjata tu masuk dalam mulut..huhu
 
Memule doc cuci gigi geraham bawah kanan..pastu suh kumur..ada darah cket..kemudian die mula cuci karang kat blkg gigi tu,pastu die suh kumur lg..n me rasa mcm ada serpihan-serpihan keras..me ingatkan gigi yang tertanggal,bila tanya doc, rupanya karang gigi tu yang tertanggal..mmg keras..sepanjang proses tu mmg penat cket bukak mulut, n bila doc bersihkan celah-celah gigi rasa ngilu sgt..just tahan je la..nasib baik x sakit..bila dah selesai,me tgk cermin, mmg dah tertanggal la karang tu...rs mcm bawah gigi tu rompong cket (bekas karang gigi yang dah tanggal) n lidah penat sbb asyik nak main tmpat rompong tu je...hehe..
 
Caj masa tu RM100 je..dpt free Sensodyne n Listerine..Encik Abah tak puas hati sebab masa dia cuci kena caj RM200..nurse tu gelak je sambil cakap
 
 "Gigi wife Encik bersih cket,x banyak nak kena cuci"
 
hehehe...
 

Monday, 22 December 2014

Buah Delima dari Mekah

Assalamualaikum..
Semalam me sekeluarga melawat saudara yang baru pulang dari menunaikan Umrah..sepupu Encik Abah belikan me buah delima dari Mekah,sebiji je,besar..sepupu Encik Abah ni pun TTC jugak..kebetulan masa diorg bertolak hari tu, me tgk kat Mekah n Madinah tgh musim delima..jd me kata kalau terjumpa n tak menyusahkan nak kirim sebiji delima..Alhamdulillah ada rezeki me..sepupu Encik Abah tu pun beli 2 biji je, satu untuk dia n satu untuk me..

Delima dari sana besar-besar..n isi mmg betul2 merah delima la..nyum2..berkat Tanah Suci kan..kat cni susah nak jmpe delima mcm tu..kalau ada pun kecik2..n x merah sgt..delima yg sepupu beri tu masih elok,walaupun ada pecah cket (mgkin terperap lama dlm pjalanan) n rasa dah x berapa fresh la..masa me g umrah dulu, bukan musim delima,jadi x jumpe..tp buah-buah lain banyak...pun besar2 jugak..

Delima ni buah dari syurga..mmg dalam al-Quran ada ayat yang mengatakan buah ni dr syurga..

 
Ertinya :Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima (Surah Ar-Rahman ayat 68)

Dulu masa projek Biologi Tanaman Herba kat sekolah menengah,me ada tanam pokok delima ni..2 tahun lepas habis sekolah me datang tgk balik, pokoknya dah tinggi..tapi belum berbuah..sekarang ni taktau la apa cerita pokok tu..kalau berbuah Alhamdulillah..ada jugak org yg makan hasil tanaman me...hehe...

Wednesday, 17 December 2014

WW. : new header

Assalamualaikum..
 
Orang takde seni, x pandai edit2 bagai..tp sibuk nak buat new header..hasilnya header tampal-tampal je la labuu...hehe..
 
 

Free header from blogdesignbydani

Tuesday, 16 December 2014

Dua berita gembira

Assalamualaikum..
 
Hari Khamis lepas me dpt dua berita gembira...dua org kawan me telah selamat melahirkan bayi mereka..sorang pd pukul 12 tgh hari..n sorg lagi 2petang...Alhamdulillah
 
Kawan yg 1st ni my officemate, Kak S..umur 32 tahun,bekas TTC..dah kwen 3 tahun lebih..bila check doc, doc kata takde ape-ape masalah..n Alhamdulillah conceive naturally..baby pun selamat..baby girl..

Kawan yang kedua ni pulak kwn masa kitorg kat U..pernah me cerita kat sini .. tentang kerisauannya sebelum berkahwin, takut lmbat mengandung disebabkan senggugut teruk dan doc kata bila dah mengandung, tkut x bole bersalin normal sbb ada masalah tulang belakangnya..tapi Alhamdulillah, kuasa Allah dia bunting pelamin n selamat bersalin baby boy secara normal walaupun induce..
 
Kalau dlu, me mesti sedih2 bila dgr kwn2 pregnant or bsalin..tp sekarang dah ok, tak perlu sedih2 sbb itu rezeki mereka..yakin pd rezeki ALLAH..positif!!

Friday, 12 December 2014

Skrin Angkasa di JB

Assalamualaikum..
 
Musim cuti sekolah ni, dua org anak buah Encik Abah ada datang dari Semenyih (anak SIL1)..untuk mengelakkan mereka bosan duduk dirumah, kami bawa mereka keluar jalan malam..destinasi Skrin Angkasa kat depan pejabat MPJB..baru je beroperasi..serentak dgn Majlis Perkahwinan TMJ hari tu kalo tak silap..
 
Mula-mula bawa mereka makan steamboat kat Stulang..pastu baru gerak ke bandar..Meriah dah depan pejabat MPJB skrg ni..da mcm mini ICT..sesuai untuk bawa anak-anak bersantai di waktu malam..lgpun ramai family yg lepak sini..couple2 kurang..meriah la..Skrin Angkasa ni betul2 atas jalan utama nak ke Pusat Bandar JB..mula-mula me datang dulu,jalan tak ditutup lagi..sekarang bila malam jalan dah ditutup, so orang ramai boleh lepak-lepak n bergambar bawah Skrin Angkasa ni..tapi jalan mmg jem sangat le..
 
mini ICT

Air pancut dan jata negeri


Ramai betul orang bergambar n melepak kat bawah Skrin Angkasa ni..skrin memaparkan pelbagai gambar...bunga api, bunga-bunga, bendera Johor..dan lain-lain..
 
Bunga Api
Bunga
Bendera Johor
badut
Ada jugak beberapa orang badut kat sini...memula me ingat bagi belon free je kat bebudak..rupanya bayar RM1 untuk satu belon...pandai diorg ni bisnes kan..rsnya mereka ni wat part time kat sini...cr duit lebih..untung mudah..sbb ramai bebudak berminat nak beli belon2 tu..rezeki mereka..
 
Bila dah puas biar anak-anak buah berlari n berjoget sakan..kami pun balik..dalam kereta tetiba anak buah yg 1st tu (umur 8tahun) ckp mcm ni
 
"Adam rasa hari ni hari yang paling menggembirakan untuk Adam..dpt jalan-jalan tgk lampu, dpt main pasir, dapat tgk badut,dapat pedang..apa Adam nak semua dapat"
 
Terharu pulak dgr anak buah ckp mcm tu..benda simple je yg me n Encik Abah buat untuk mereka, tp begitu besar makna pd mereka..hujung minggu ni mungkin plan nak bawa mereka masuk zoo pulak...