Friday 12 December 2014

Skrin Angkasa di JB

Assalamualaikum..
 
Musim cuti sekolah ni, dua org anak buah Encik Abah ada datang dari Semenyih (anak SIL1)..untuk mengelakkan mereka bosan duduk dirumah, kami bawa mereka keluar jalan malam..destinasi Skrin Angkasa kat depan pejabat MPJB..baru je beroperasi..serentak dgn Majlis Perkahwinan TMJ hari tu kalo tak silap..
 
Mula-mula bawa mereka makan steamboat kat Stulang..pastu baru gerak ke bandar..Meriah dah depan pejabat MPJB skrg ni..da mcm mini ICT..sesuai untuk bawa anak-anak bersantai di waktu malam..lgpun ramai family yg lepak sini..couple2 kurang..meriah la..Skrin Angkasa ni betul2 atas jalan utama nak ke Pusat Bandar JB..mula-mula me datang dulu,jalan tak ditutup lagi..sekarang bila malam jalan dah ditutup, so orang ramai boleh lepak-lepak n bergambar bawah Skrin Angkasa ni..tapi jalan mmg jem sangat le..
 
mini ICT

Air pancut dan jata negeri


Ramai betul orang bergambar n melepak kat bawah Skrin Angkasa ni..skrin memaparkan pelbagai gambar...bunga api, bunga-bunga, bendera Johor..dan lain-lain..
 
Bunga Api
Bunga
Bendera Johor
badut
Ada jugak beberapa orang badut kat sini...memula me ingat bagi belon free je kat bebudak..rupanya bayar RM1 untuk satu belon...pandai diorg ni bisnes kan..rsnya mereka ni wat part time kat sini...cr duit lebih..untung mudah..sbb ramai bebudak berminat nak beli belon2 tu..rezeki mereka..
 
Bila dah puas biar anak-anak buah berlari n berjoget sakan..kami pun balik..dalam kereta tetiba anak buah yg 1st tu (umur 8tahun) ckp mcm ni
 
"Adam rasa hari ni hari yang paling menggembirakan untuk Adam..dpt jalan-jalan tgk lampu, dpt main pasir, dapat tgk badut,dapat pedang..apa Adam nak semua dapat"
 
Terharu pulak dgr anak buah ckp mcm tu..benda simple je yg me n Encik Abah buat untuk mereka, tp begitu besar makna pd mereka..hujung minggu ni mungkin plan nak bawa mereka masuk zoo pulak...

No comments:

Post a Comment