Thursday, 11 December 2014

Air mata ibu

Assalamualaikum..
 
Hari ni me jumpa seorang pesakit..auntie India umur dalam 70an..dua-dua mata dah tak berapa nampak..me panggil dia masuk bilik,nampak dia seorang sahaja...dgn mata x berapa nampak,bjalan perlahan-lahan..
 
Me : Auntie,sorang saja ke?
 
Auntie : Iyalah..sorang saja..anak-anak semua tak guna! (dgn suara sebak)
 
Me : Anak-anak mana? Auntie tinggal sama anak ke?
 
Auntie : Anak semua kerja,x mahu ambil cuti.. (terus menangis....)
 
Me : (Speechless jap) sudah la Auntie,xmau nangis lagi..
 
sambil terus sambung periksa Auntie tu..
 
Sebak me dengar..anak ada ramai pun x semua bole bantu bila mak ayah dah tua..kesian Auntie,dah x kuat jalan..dah x berapa nampak..pergi hospital sorg2..
 
Sebenarnya ramai je pesakit yg mcm ni me jumpa..org tua dibiarkan sorang, x faham ape2 pun psl penyakitnya..apa salahnya anak temankan, boleh bincang dgn doktor ttg penyakit mak n ayah..baru dpt buat management dgn baik, n outcome pun baik..
 
Pernah sekali ada Auntie Cina, bila tanya kenapa anak x datang..beliau jawab "itu menantu xde suka sama saya, dia suruh sy pergi C (mati)" terkejut saya dengar...
 
Nauzubillah,minta dijauhkan dr jd mcm anak-anak mcm ni...
 
google image
 

No comments:

Post a Comment