Assalamualaikum..
Me skrg sedang MC..penangan viralfever,1st time in my life me diserang viralfever ni..sampai kena admit dua malam di hospital..viralfever ni mmg tak sama mcm demam biasa..sakitnya luar biasa. Mengikut penerangan drpd doktor, secara mudahnya viralfever ni disebabkan jangkitan virus dalam badan. TAK ADA ubat..jika demam biasa,ia disebabkan jangkitan bakteria,boleh diubati dengan antibiotik,tapi virus ni dia kebal dgn antibiotik..jadi demam akan berpanjangan selama beberapa hari hingga minggu..menahan je la..
Kronologi me demam:
Jumaat, 26 June 2015:
Me bangun pagi mcm biasa, bermalas-malasan dulu atas katil..mmg rasa malas sangat pagi tu,tapi takde sakit kepala,sakit tekak or selsema..takde tanda-tanda demam pun.dalam kul 9pagi baru bangun dengan niat nak kemas bilik,ambik duster buang2 habuk sesikit dah rasa penat,badan rasa lesu n sakit2..me pun pelik kenapa malas sangat aku hari ni..rehat jap sambil termengah2..ambik termometer nak check suhu,terkejut tgk suhu 38.2..dalam hati kata mungkin demam urat sebab badan mmg sakit..Encik Abah suruh rehat, nak makan ubat sayangkan puasa..jadi rehat je la..
Malam tu gigihkan diri ikut Encik Abah buka puasa kat luar dengan bebudak pengakap. Lepas berbuka mmg dah tak tahan, badan sakit sangat..g hospital, check darah semua ok. Negative denggi. Doktor bg ubat demam. Malam tu pas makan ubat badan start bpeluh, ok sikit..sakit2 badan pun hilang.
Sabtu, 27 June 2015.
Bangun sahur mcm biasa,makan ubat.Pas Subuh tdo balik..bangun pagi dah rasa segar, sambung kemas rumah yang terbengkalai smlm..tapi pun tak sempat habis,kepala jadi pening balik,badan lemah.. makin tgh hari badan makin panas, tapi tetap cekalkan hati sambung puasa..zuhur tu da start solat duduk sbb badan sakit sgt takleh sujud..bibir kering sangat..petang suhu dah naik jadi 39.8..tinggi sangat kan? tuam2 badan dgn air sejuk bg suhu turun. Buka puasa takde selera makan, makan roti sandwich n bubur lambuk 2 sudu je.Makan ubat,solat n tido..masa tido tu mmg berpeluh2 badan sampai rambut,bantal n tilam basah..suhu pun turun. Tapi kul 2pagi suhu naik mendadak balik. Badan pun start sakit semula (badan hanya akan sakit bila suhu tinggi). Makan ubat ok.
Ahad, 28 June 2015
Wasap bos n kwn2 klinik,bgtau demam tak larat kerja. Tak dpt nak puasa. Rehat je kat dalam bilik. Yang peliknya sepanjang hari tu,lepas makan ubat demam hilang..tapi lepas 6jam makan ubat,badan start panas balik n sakit2 badan pun dtg balik..every 6hours me rasa mcm tu..me dah mula pelik dah. My MIL suh g hospital semula, takut denggi. Malam tu pas isyak g hospital semula..mmg dah x larat nak jalan,terpaksa pakai wheelchair..cerita ngan doktor masalah semua, doktor suh admit..test drh lagi sekali, negative denggi, jadi doktor punya diagnosis viralfever. 1st time in my life kena tido ward sbg pesakit..huhuhu
Isnin, 29 June 2015
Kul 5pagi lagi nurse dah dtg kejut nak ambik drh. Kul 8pagi plak kena wat chest xray. Doktor bgtau jangkitan virus start dr paru-paru sbb hasil xray nampak mcm ada jangkitan. Sepanjang hari terbaring je kat katil..makan ubat on time,tapi makan nasi mmg takde selera langsung, walaupun perut lapar.Makan tgh hari mampu telan 2 sudu nasi je, malam langsung tak berusik nasi. Makan ayam goreng uncle bob yang Encik Abah beli kat bazar je.tu je mampu telan.
|
hanya epal hijau tu je yang mampu ku telan |
Selasa,30 June 2015
Kul 5 nurse dtg lg ambik drh. Doktor dtg review bgtau everyting ok, ptg boleh discharge. Encik Abah dtg ambik pas balik sekolah, setlekan insuran..otw balik terasa lapar, singgah drivethru KFC beli Zinger,tapi separuh je mampu telan. Padahal sebelum ni mmg fav tu. Sampai rumah rehat je. Tapi Maghrib tu suhu badan naik balik sampai 39.3..stress rasa sebab demam x kebah2..last2 ckp ngan Encik Abah "lepas smyg Maghrib nanti tolong baca Yasin kat air mineral bg sy minum" (me dah start period) then me makan panadol ngan air yasin tu...tu la last me demam,Alhamdulillah.
Cuma skrg ni badan masih rasa lemah, kepala kdg2 pening..n selera makan mmg belum ada..mungkin ambik masa lagi beberapa hari nak pulih sepenuhnya..
Kesimpulannya me terkena viralfever ni start daripada jangkitan dalam paru2..mmg seminggu sebelum demam tu me dah start batuk2 tapi bukan batuk yang disebabkan sakit tekak,batuk dr dlm dada..tp me wat tak endah je..
Apa-apa pun ni ujian di bulan Ramadhan, menghapus dosa kan...cumanya banyakla nak kena ganti puasa nanti..cuti sebab demam sambung cuti sebab period..huhu
**Doktor kata Hb me rendah,doc suspek me ada talasemia..dah wat ujian talasemia,next week baru dpt tau result..hmm if positive, makin panjang la cerita TTC me kan? please,pray for me frens, thanks