Friday, 23 January 2015

Ayat Lazim CD1

Assalamualaikum..
 
Hari ni CD1,cycle lepas 34days..
 
Walaupun dah cuba jadi sepositif mungkin,tp masih tak dpt sembunyikan kesedihan bila Cik P muncul..ni Cik P ke lima since kami duduk serumah..means 5 cycle failed..and..dah 5 kali jugak la me sebut perkara yang sama pd Encik Abah..
 
Pagi pas bangun tdo,sambil bermalas-malas atas katil..me panggil Encik Abah
 
"Abang..."
 
Encik Abah pun terus jawab
 
"Nak ajak pergi buat treatment kan..."
 
Me senyum je..nampaknya dia pun dah faham ayat lazim me masa CD1..tapi niat tu hilang bila Cik P habis, dengan harapan dapat conceive naturally without treatment..muncul balik bila CD1 muncul...gitu la...
 
Sebenarnya me sedih, Encik Abah mcm tak bersungguh nak mulakan treatment semula..bila me ajak jom, dia kata jom la..tapi bila me senyap,dia pun tak bertanya...tak kisah ke dia...xtau laa..

1 comment:

  1. Sama lah kita. Macam DL pula, my DH nak ajak BD pun susah, jangankan treatment. Kadang-kadang tu terfikir kalau lah kita boleh buat anak sorang-sorang hehe.

    Kak Umi nak sedih, nak nangis, nangis je. DL pun nangis je semahunya setiap kali CD1 sampai huhu. Tapi lepas tu kena cari balik apa sumber kekuatan kita selama ni. InshaaAllah we will get through this.

    ReplyDelete