Wednesday 12 November 2014

28 tahun yang disyukuri

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah,12 November 2014..genap usia me 28tahun..
 
Terima kasih Allah,atas nikmat hidup yang telah dipinjamkan selama 28tahun ini..
 
Mata ini, masih mampu melihat kebesaranMu
Mulut ini, masih mampu bercakap tentangMu
Telinga ini, masih mampu mendengar alunan ayatMu
Hidung ini, masih mampu menyedut udaraMu
Tangan ini, masih mampu bekerja,mencari rezeki dariMu
Kaki ini, masih mampu berjalan di bumi milikMu
Jantung ini, masih berdetak dengan izinMu
Alhamdulillah..
 
Dua Wanita itu,masih dipinjamkan sebagai menjadi ibuku
Dua Lelaki itu,masih dipinjamkan sebagai ayahku
Jejaka itu,masih dipinjamkan sebagai suamiku
Mereka,masih adik beradik dan sahabatku
Rumah itu, masih menjadi tempat berlindungku 
Kereta itu, masih menjadi asbab pergerakanku..
Alhamdulillah..
 
Tiada sebab aku bersedih, tiada sebab aku merajuk..
Hanya kerana satu nikmat yang belum Kau berikan..
 
Terima Kasih Allah  
    
       

3 comments:

  1. happy bday me... smg Allah lanjutkan usia dalam keimanan, dan dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat...dan semoga Allah kurniakan kita zuriat2 yg soleh dan solehah...amin...

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday! Huhu~~ sorry lambat wish. Hari ni baru berblogwalking.
    Moga diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan gembira selalu hendaknya. Amin,.

    ReplyDelete