Assalamualaikum..
Lama tergendala entri umrah ni...sedikit sibuk,sorry..
(**sepanjang
entri umrah,me hanya akan menggunakan imej dari google shj kerana me
tak membawa camera sepanjang berada di sana**)
Semakin menghampiri Kota Mekah,hati me semakin berdebar-debar..tak tahu la kenapa..mata mengantuk mcm nak lelap,tp tak boleh..akhirnya kami sampai di hotel..Hotel Saraya Iman,lebih kurang 200m dari dataran Masjidil Haram..sampai hotel,makan malam dan bersiap...
Oh..me terlupa dlm entri lepas..kami berniat ihram di Bir Ali..jemaah lelaki semua dah lengkap berpakaian ihram..mmg dugaan sbb keadaan bas yg panas, Encik Abah kata habis lencun kain ihram dgn peluh..
Lepas bersiap,kami berkumpul di lobi hotel..jam lebih kurang pukul 11 malam waktu tempatan..tapi kota Mekah mmg tak pernah sunyi..sentiasa ramai manusia..kami bergerak menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah..perjalanan ke masjid agak mencabar berbanding semasa di Madihah, sebab melalui jalan raya yg sibuk dan keadaan jalan yg berbukit..
Sampai di masjid,kami masuk melalui pintu nombor 1..ustaz bawa ke satu sudut, sama2 kami sujud syukur..sebab menjadi insan terpilih, terpilih untuk menjadi tetamu Allah..sedar diri,walaupun masih terlalu byk dosa..tp Allah tetap pilih...masa ni Kaabah dah nampak,tp tak sepenuhnya..kemudian kami bergerak ke depan lagi..barulah nampak Kaabah di depan mata...Subhanallah.. (rindunya nak berada depan Kaabah T_T )
Kemudian kami memulakan tawaf..Allah..sayu hati..sampai pusingan ke tujuh,mmg me khaskan doa untuk zuriat..mmg me minta sgt2 pada Allah..selesai tawaf, solat Sunat di belakang makam Nabi Ibrahim, kemudian minum air zam-zam dan berkumpul di satu tempat untuk menunaikan sa'ei..
Masa sa'ei MIL dah tak larat nak jalan..jadi kami terpaksa sewa wheelchair..50riyal..Encik Abah yang menolak..bagi me sa'ei mmg menduga..terasa jauhnya antara Safar dan Marwah..dua kali rehat n me sempat terlelap masa rehat..dalam keadaan sejuk dan selesa pun terasa penatnya..tak terbayang keadaan Siti Hajar berlari-lari..dgn keadaan panas..Alhamdulillah sa'ei kami habis sebelum jam 4 pagi..selesai sa'ei kami bertahalul dan menunggu waktu Subuh..Alhamdulillah selesai umrah wajib kami,kemudian pulang ke hotel,sarapan dan tidur.. (kepenatan sbb melalui hari yang panjang)
bersambung..
seronok baca pengalaman me kat sana...rasa2 macam i yg menjalaninya.. sungguh, rindu kat mekah!
ReplyDelete