Tuesday 22 July 2014

Aidilfitri yang hambar

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah, kita telah melalui 23hari Ramadhan, hanya lagi 6 atau 7 hari saja lg Ramadhan akan meninggalkan kita..insyaAllah Aidilfitri pula menjelang..
 
Baju raya untuk me n baju melayu untuk Encik Abah kami dah tempah awal-awal..cuma tudung/shawl, t-shirt Encik Abah n kasut je belum berbeli..ntah,takde perasaan nak membeli pun tahun ni,mgkin pakai saja mana yang dah ada..beraya ala kadar je...
 
Hati mmg rasa hambar sejak awal Ramadhan hari tu..mcm mana nak rasa meriahnya menyambut Aidilfitri sedangkan setiap hari dalam Newsfeed FB kita dihidangkan dgn cerita-cerita kekejaman Israel terhadap saudara kita di Palestin...setiap kali buka mata terus teringat keadaan mereka di sana..kini keadaan semakin teruk katanya, seluruh Gaza sedang diserang..melihat ibu bapa kehilangan anak, melihat isteri kehilangan suami..kehilangan ahli keluarga,bukan seorang dua..tp berpuluh2 hingga beratus2 orang..kuasa dunia menutup mata,seolah2 tak nampak apa yang berlaku..Ya Allah...dimanakan sifat kemanusiaan mereka..
 
Kalau Ramadan sebelum ni, doa zuriat adalah doa utama, yg dititipkan setiap kali solat, tapi skrg nak berdoa untuk mendapat zuriat sndr pun rasa mcm pentingkan diri..betapa kecilnya ujian untuk aku,sdgkan ujian untuk mereka lebih hebat..doa pada kemenangan tentera Islam lebih utama skrg..doa hancurkan tentera Israel lebih utama..dan paling utama,mohon keampunan dari Allah sebab aku tak mampu berbuat apa2.... T_T
 
Dalam kesedihan mengenangkan saudara kita di Gaza, sekali lagi dunia dikejutkan dgn nahas MH17..luka MH370 masih belum sembuh, tp sekali lg hati kita ditoreh, dengan lebih dalam.."all dead"..kata-kata dari pemberita yg cukup untuk menghancurkan hati kita semua..apatah lagi hati ahli keluarga dan teman rapat mangsa nahas..
 
Ramadhan kali ni..Ramadhan yg penuh ujian..bukan untuk mangsa yang terlibat sahaja, tetapi untuk kita semua..ujian untuk melihat samada kita peduli atau tidak..

2 comments:

  1. Salam. Betul umi. akak setuju. rasa malu nk gelak pun. rasa mcm xpeduli bila ada rase nak bergembira. Dlm doa/ solat/ sujud mmg malu juga nk doa utk diri sndiri. mmg dahulukan doa utk mereka di gaza tp sbb dh terbiasa mcm tu. tp cuma doa zuriat je utk diri sndiri & hsband. yg lain akak mintak utk KAMI. Tiap kali mkn pun tringat mereka2. tiap kali rasa letih/ lapar bpuasa cpt2 minda mengingatkan bhw itu shj dugaannya sdgkan dorg sudahlah bpuasa hidup dlm ketakutan n menunggu masa je -_-

    ReplyDelete
  2. doa senjata org mukmin..InshaAllah, kita teruskan berdoa...

    ReplyDelete