Assalamualaikum..
(**sepanjang entri umrah,me hanya akan menggunakan imej dari google shj kerana me tak membawa camera sepanjang berada di sana**)
Alhamdulillah,dah seminggu kepulangan kami..skrg ni masih batuk2 lagi..n kerinduan terhadap kedua-dua Tanah Haram makin menebal,terutama pada Tanah Haram Madinah..rindu pada ketenangan semasa berada di sana, rindu pada semangat untuk beribadat, rindu pada kemanisan melakukan solat sunat dan zikir di sana..rindu juga pada Tanah Haram Mekah,zikir2 memuji Allah di dalam setiap tawaf dan saie..sungguh,rindu sgt!! Dah 2 malam me mimpi bersiap2 untuk melakukan tawaf...tapi syg,hanya mimpi..
Nak menceritakan pengalaman di sana..rasanya mmg tak cukup dgn satu entri shj..mungkin me akan buat beberapa entri..bukan untuk menunjuk,bukan untuk riak..tp sekadar nak berkongsi pengalaman,berkongsi rasa, mencatat kenangan,untuk di baca semula bila rindu, untuk menaikkan semangat usaha untuk ke sana lagi..insyaAllah..
Eh..tetiba rasa mcm skema plak kan..huhu
Perjalanan kami bermula pada pagi 28hb Mei (birthday my mak)..sehari sebelum tu semua adik beradik dah berkumpul di rumah me..pagi2 kami bangun,mandi sunat musafir..solat subuh..bila masuk waktu dhuha,kami solat sunat dhuha dan solat sunat musafir..jam 8.30 semua berkumpul di depan rumah, perjalanan dimulakan dgn laungan azan oleh abang ipar..terasa sayu sgt waktu tu..Ya Allah,aku menuju ke rumahMu..izinkan aku sampai ke sana...kemudian kami bergerak beramai2 untuk berkumpul di Pejabat Tiram Travel..sampai sana,kami sarapan dulu,Encik Abah uruskan pasport dan name tag serta tag bag..kumpulan kami paling ramai..9 orang..jumlah jemaah 38orang..
Kemudian kami bergerak menuju ke Changi Airport menggunakan 2 buah bas, melalui 2nd link..melepasi kedua2 check point Malaysia dan Singapore tanpa masalah..bila tiba di Airport Mutawwif arahkan kami berkumpul di satu tempat,asingkan beg untuk kargo dan beg untuk handluggage..kami check in beg secara individu, jadi seorang demi seorang perlu ke kaunter dgn beg masing-masing (kdg2 boleh check in beg secara group, tak perlu semua ke kaunter)
Selesai urusan check in jam 3.00 ptg,kami solat jamak zuhur n asar di airport..sambil tunggu boarding,seperti biasa, acara bergambar..me n Encik Abah hanya tumpang bergambar,sbb kami decide tanak bawak smartphone..malas nak terganggu ibadat di sana sbb nak jaga keselamatan smartphone,jadi kami hanya gunakan hp lama kami..nokia C3 untuk berhubung di sana nanti..
Jemaah kami kali ni menggunakan perkhidmatan Saudi Arabian Airlines..kelas ekonomi,keluasan seat lebih kurang mcm Air Asia..
Jam 5 ptg boarding..n fly jam 5.35 petang..perjalanan mengambil masa 10 jam untuk sampai ke Jeddah..tapi singgah di Riyadh untuk menurunkan penumpang..Riyadh ke Jeddah hanya ambil masa 1 jam..makanan dalam flight Alhamdulillah sedap, me suka mashed potato n ayam..sedap sgt,harap2 balik nanti dpt makan lg..haha..
Sampai di Jeddah jam 3.30 pagi waktu Malaysia..10.30 malam waktu tempatan..kaum wanita dan warga tua senang je nak melepasi imegresen Arab Saudi..tapi kaum lelaki muda sangat la lama..Encik Abah kata mcm2 yg diperiksa..semua cap jari disahkan..huhu..
Bila dah selesai semua urusan, kami dgn beberapa jemaah lain menunggu di satu bahagian,sambil tu kami ricky2 kedai jual simcard..tp semua pun system down..xleh register..lama kami menunggu..tapi mutawwif dan jemaah lain x muncul2 jugak..lebih kurang satu jam menunggu..rupa-rupanya kami menuggu di ruang departure..mutawwif n jemaah lain dah lama tunggu kami di ruang arrival..tapi tersorok ke belakang sikit..tmpat bas,patut la cari2 tak jmpe..Mutawwif kata itu sebahagian drpd ujian kami..
Sampai di tempat letak bas, ada seorang lelaki jual simcard..RM30 dgn nilai kredit RM25..syarikat telekomunikasi Mobily..kami pun malas fikir pnjng..try masukkan dlm tel..ok..beli je..lebih kurang jam 12 malam kami memulakan perjalanan ke Madinah...
Bersambung...