Monday, 14 January 2013

TTC : government vs private hospital

Assalamualaikum =)

Hospital government or hospital private? Tepuk poket, tanya duit..hehe...

OK, Umi tahu kebanyakan para TTC sekalian mmg buat rawatan di hospital swasta..bermula sampai A-Z semua di hospital swasta..kalau tak pun mungkin di LPPKN (maaf, Umi x berapa jelas ttg LPPKN ni sebab tak pernah dapatkan rawatan di sana)..Umi x nafikan Hospital Swasta mmg bagus, pemeriksaan lengkap, doktor pakar, layanan baik, suasana tenang dan mcm2 lagi..tapi itu semua untuk mereka yang mampu atau mempunyai panel..

Bagaimana dengan TTC yang kurang mampu,n takde panel? Takkan nak duduk diam je takde usaha nak buat pemeriksaan,dengan alasan kewangan tak mengizinkan?

Tak boleh mcm tu..sebagai TTC kita kena kenal diri kita, kena tau apa punca kita jadi TTCian. Walau dengan apa cara sekalipun, kita mmg kena usahakan untuk buat pemeriksaan infertility tu. Bila dah tahu ape masalah, barulah kita boleh usaha untuk memperbetulkan masalah tu...bg mereka yang kurang mampu, apa salahnya dapatkan rawatan di hospital kerajaan?takde salahnya..

Pertama, sebab hospital kerajaan adalah sangat murah atau FREE bg kakitangan kerajaan. Cuma perlu bayar harga pendaftaran sahaja, kalau tak silap Umi RM5.00 untuk pendaftaran klinik pakar..takde alasan masalah kewangan lagi...

Kedua, hospital kerajaan juga ada pakar2 yang hebat, peralatan yang canggih..semua lengkap! Apa yang ada di hospital swasta, hospital kerajaan juga ada..terutama di hospital besar negeri. Check darah, HSG, TVS, IUI N IVF..semua ada...so jgn pandang rendah pada hospital kerajaan..

Tapi..Umi tau ramai yang taknak dtg hospital kerajaan sebab lambat..ni mmg betul..contoh mcm Umi buat test HSG, kalau kat swasta dapat result on the spot..tapi kalau gov kena tunggu 3 minggu untuk review result HSG..tapi lebih baik mcm ni daripada langsung tak buat test,betul x? Service kat hospital kerajaan lambat bukan sebab apa, tapi sebab pesakit yang ramai..so kena la tunggu giliran..

Lagi satu, ada yang taknak g hospital kerajaan sebab layanan yang diberi tak memuaskan..kat sini kita kena faham, kakitangan kerajaan ada etika dalam berhadapan dengan pesakit..diorg juga sepatutnya dilatih untuk memberi layanan yang sama mcm layanan mesra di hospital swasta..tapi,kakitangan kerajaan pun manusia biasa..kalau dah pesakit terlalu ramai, mereka takde masa nak beramah mesra dgn kita sgt..kita dtg hospital pun bukan utk dilayan mesra, tapi nak dapatkan pemeriksaan n rawatan..kalau tak puas hati sgt dgn servis yang diberi, isi je la borang aduan yang ada tu!

So, pilihan sendiri lah..nak duduk diam atau nak bertindak...


Kementerian Kesihatan Malaysia Penyayang, Profesional, Kerja Berpasukan




4 comments:

  1. Umi sufi, bagi i bezanya hanya satu... cepat dan lambat. Itu saja. Dari segi yg lain, sama saja. Kalau nak ikut kepakaran, service etc, sama je swasta ke gomen. Tapi x kisah la... gomen ke swasta, sekurang-kurangnya TTCian ada juga usaha pi berubat... itu yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..yg pnting bertindak..sbb smlm sy ada terbaca sorg TTCian ni tak g buat rawatan sbb masalah kewangan..pd sy kewangan bukan alasan utk x dapatkan rawatan..

      Delete
  2. saya choose gov!! erkk.. heheh
    sbb time sakit dlu dh start dgn gov, so alang2 kesuburan pun dgn gov, sbb dioarng dah tau history saya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la sue..x salah pun cek dgn gov ni..kita ok je kan cek ngan gov..jimat baaannnyyyyaakkk..leh g melancong! hehe..

      Delete