Tuesday, 29 January 2013

PJJ : perkahwinan jarak jauh

Assalamualaikum semua =)

Selamat kembali bekerja..ramai yang update kisah cuti-cuti ye..Umi cuti balik kg jek..hehe...

Minggu lepas Umi dapat tau yang Umi 'dipaksa' bertugas di Hospital Mersing,Johor..mmg post kat sana,cuma dipinjamkan ke Hospital Kluang ni.. sekarang equipment kat Mersing dah lengkap, kenalah memulakan tugas di sana..kalau tak KKM kata 'wasted'!!

Bila mula bertugas tu tak tau..tunggu surat cinta dari JKN Johor jek.. dah nama pun 'saya yang menurut perintah' maka terpaksa la turutkan..walau hati berat berpuluh-puluh tan!

So lepas ni bermulalah semula kisah PJJ Umi n Encik Abah..bezanya PJJ kali ni dekat jek, Mersing-JB, boleh balik setiap minggu..tak mcm tahun lepas, Kuching-JB, sebulan sekali je balik..

Bila fikir-fikir balik, mungkin ada hikmahnya kami belum ada zuriat..hikmahnya  ni lah..kalau ada anak mungkin susah utk PJJ, mungkin Umi pun tak sanggup hadapi ujian PJJ kalau dah ada anak..Allah lebih mengetahui..Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak mampu hadapi..perancangan Allah yang paling baik! 

Alhamdulillah....

Walau mcm manapun Umi tetap mengharap..hari ni CD30...tunggu dan lihat...


1 comment:

  1. Betul Umi Sufi, Allah is the Greatest Planner :-)

    ReplyDelete