Thursday, 31 January 2013

kereta mayat

Assalamualaikum =)

Terbaca satu quote dr FB Hamka (kereta mayat)

"Janganlah kamu fikir suami isteri yang tiada zuriat itu banyak wang, kerana rawatan kesuburan lebih mahal harganya "

so true..

Tapi sbg TTC wang bukan perkara utama, takkan berkira demi mu anak..

Tuesday, 29 January 2013

PJJ : perkahwinan jarak jauh

Assalamualaikum semua =)

Selamat kembali bekerja..ramai yang update kisah cuti-cuti ye..Umi cuti balik kg jek..hehe...

Minggu lepas Umi dapat tau yang Umi 'dipaksa' bertugas di Hospital Mersing,Johor..mmg post kat sana,cuma dipinjamkan ke Hospital Kluang ni.. sekarang equipment kat Mersing dah lengkap, kenalah memulakan tugas di sana..kalau tak KKM kata 'wasted'!!

Bila mula bertugas tu tak tau..tunggu surat cinta dari JKN Johor jek.. dah nama pun 'saya yang menurut perintah' maka terpaksa la turutkan..walau hati berat berpuluh-puluh tan!

So lepas ni bermulalah semula kisah PJJ Umi n Encik Abah..bezanya PJJ kali ni dekat jek, Mersing-JB, boleh balik setiap minggu..tak mcm tahun lepas, Kuching-JB, sebulan sekali je balik..

Bila fikir-fikir balik, mungkin ada hikmahnya kami belum ada zuriat..hikmahnya  ni lah..kalau ada anak mungkin susah utk PJJ, mungkin Umi pun tak sanggup hadapi ujian PJJ kalau dah ada anak..Allah lebih mengetahui..Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak mampu hadapi..perancangan Allah yang paling baik! 

Alhamdulillah....

Walau mcm manapun Umi tetap mengharap..hari ni CD30...tunggu dan lihat...


Wednesday, 23 January 2013

petua org dulu2 vs rasional

Assalamualaikum =)

Weekend lepas my SIL1 yg pregnant tu n husband dia balik umah MIL..kebetulan mmg Umi n Encik Abah stay kat umah MIL buat sementara waktu ni..masa diorg sampai Umi dalam bilik baru lepas solat..pastu turun la salam semua..n duduk je kat ruang tamu tu..tetibe my biras (husband SIL1) kata:

"Umi..g la pijak kaki si Kak ** tu.."

--> petua org dulu kalau nak pregnant,sila pijak ibu jari kaki org yg tgh pregnant.

Petua ni dah lama Umi dgr,mmg sebelum my SIL1 pregnant lagi dia ada bgtau pasal ni..tp Umi setakat dengar je la...bila my biras pulak yg suruh tetibe jek, hati ni terus tersentap..Umi pun jawab:

"Nak buat apa pijak,kang patah pulak kaki dia"

Bila dah jawab mcm tu, my biras diam jek,tp Umi still x puas hati..xkan ku benarkan maruahku dicabar!!hehe..Umi pun kata:

"Abg K****, kalau lah sesenang mcm tu je nak dapat anak, dah lama semua hospital tutup, doktor2 pun tak payah datang keje!"

Dia jawab:

"Hospital tu utk org yang tanak dgr ckp org tua..."

Umi like  "err..what der??"

Malas nak layan..belajor tinggi2 tp takleh fikir rasional..

Ape rasionalnya pijak kaki org pregnant,then kita pun pregnant? boleh fikir tak?? takde kaitan langsung!!

Lainlah kalau dia suggest, cuba la makan ni ke makan tu ke, or cuba g berurut kat situ ke sini ke...nampak la jugak rasionalnya..n Umi boleh la terima..

Tapi pijak kaki org pregnant??

Kdg2 petua org tua ni mmg ada kebaikannya..tp kita generasi skrg kena fikir dulu la sebelum ikut secara melulu...Umi bukan nak merendah-rendahkan petua, sebab ada gak petua yg Umi amalkan..tp yg boleh nampak rasionalnya la..contoh mcm minum susu kambing n kurma, atau letak bantal kat punggung ms bersama..itu di kira petua sebab doktor takde suruh kita buat mcm tu..

Entah la..mungkin sbb Umi berada dalam bidang kesihatan..so kalau tak nampak logik dr segi kesihatan tu..mmg susah cket nak percaya la..

Ok, to all TTC..SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL..

N selamat bercuti..mungkin ada yang sambung cuti terus..like me! =)

Friday, 18 January 2013

rezeki dariNya

Assalamualaikum..salam jumaat =)


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya"

(A-Li'Imraan : 3:27)

sumber : tafsir al-Quran


Wednesday, 16 January 2013

listen! listen! listen! let me speak!

Listen!

Listen!

Listen!

Let me speak!

Let me speak!

oh..no

Read!

Let me type!

haha..meletop sungguh Miss Listen tu kan..
Tapi Umi bukan nak cerita pasal Miss Listen tu..
sebab ni bukan blog politik pun

But, Listen here

Encik Abah dapat offer letter utk sambung master @ UTM!!!

Alhamdulillah..
Permulaan 2013 yang baik untuk beliau
Satu lagi rezeki Allah bg untuk kami
Goodluck for Encik Abah

Taktau rutin lepas ni mcm mana..
sebab kelas Encik Abah ptg,kul 4-7 
mungkin sedikit huru-hara pada mulanya..
mungkin beberapa masalah akan timbul pada peringkat awal
tapi takpelah
animal also got problem kan
hehe
ok bai!


Tuesday, 15 January 2013

perjalanan berat badan

Assalamualaikum =)


Umi perasan 2 3 minggu ni Umi kerap terlanggar benda sekeliling..terutama kat bahagian pinggang n punggung..contohnya mcm nak berjalan antara dinding n kerusi..rasa mcm muat2 n konfiden je lalu,tapi mesti pinggang ni tersenggol kerusi..tu tanda-tanda badan dah mengembang la tu..adoi...

Bila cerita dgn Encik Abah, pasal asyik terlanggar2 ni..tetibe MIL menyampuk..

Umi dah berisi la tu..mak perasan b****t dah makin lebar 

 (T_T)
  SADIS!

Kalau nak diikutkan dulu Umi mmg susah sangat nak naikkan berat badan.. Masa zaman belajar kat U dulu berat dalam 47-49kg jek..puas makan byk2 nak naikkan berat sebab kalau boleh nak berat ideal dalam 52-54kg mcm tu..

Bila dah kerja, berat naik sikit..dalam 50-52kg..mungkin masa kerja relaks sikit drpd waktu belajar..kerja duduk jek..belajar dulu ade lah jugak jalan sana jalan sini..nak g makan pun jalan jauh..time keje semua dalam satu bangunan jek..

Tapi bila dah kawen, Umi mula x endah ttg berat badan..sebab rs mcm xde perubahan pun..lepas setahun kawen cuba timbang berat 55kg..kira ok la tu..x risau sgt..so relaks je lagi..

Tapi baru - baru ni, perasan paha dah mcm membesar..kalau tgh duduk tu tgk paha sendiri terfikir..betul ke paha aku ni? huhu...sekali timbang 60kg!!!! 

Kesimpulannya, naik dalam 12kg dalam masa 3 tahun!! wahhh...pencapaian yang membanggakan! haha..tapi Umi rasa berat naik mendadak ni sebab hari tu Umi amik Clomid 3 cycle..betullah org kata,ubat hormon ni leh naikkan berat badan..

Walaupun dengan berat 60kg tu masih dalam normal BMI, tapi Umi tetap rs x sedap hati..kena diet ni..kalau boleh nak turun balik sampai 55kg! 

*Baru skrg tau betapa susahnya nak diet (-_-')

Monday, 14 January 2013

TTC : government vs private hospital

Assalamualaikum =)

Hospital government or hospital private? Tepuk poket, tanya duit..hehe...

OK, Umi tahu kebanyakan para TTC sekalian mmg buat rawatan di hospital swasta..bermula sampai A-Z semua di hospital swasta..kalau tak pun mungkin di LPPKN (maaf, Umi x berapa jelas ttg LPPKN ni sebab tak pernah dapatkan rawatan di sana)..Umi x nafikan Hospital Swasta mmg bagus, pemeriksaan lengkap, doktor pakar, layanan baik, suasana tenang dan mcm2 lagi..tapi itu semua untuk mereka yang mampu atau mempunyai panel..

Bagaimana dengan TTC yang kurang mampu,n takde panel? Takkan nak duduk diam je takde usaha nak buat pemeriksaan,dengan alasan kewangan tak mengizinkan?

Tak boleh mcm tu..sebagai TTC kita kena kenal diri kita, kena tau apa punca kita jadi TTCian. Walau dengan apa cara sekalipun, kita mmg kena usahakan untuk buat pemeriksaan infertility tu. Bila dah tahu ape masalah, barulah kita boleh usaha untuk memperbetulkan masalah tu...bg mereka yang kurang mampu, apa salahnya dapatkan rawatan di hospital kerajaan?takde salahnya..

Pertama, sebab hospital kerajaan adalah sangat murah atau FREE bg kakitangan kerajaan. Cuma perlu bayar harga pendaftaran sahaja, kalau tak silap Umi RM5.00 untuk pendaftaran klinik pakar..takde alasan masalah kewangan lagi...

Kedua, hospital kerajaan juga ada pakar2 yang hebat, peralatan yang canggih..semua lengkap! Apa yang ada di hospital swasta, hospital kerajaan juga ada..terutama di hospital besar negeri. Check darah, HSG, TVS, IUI N IVF..semua ada...so jgn pandang rendah pada hospital kerajaan..

Tapi..Umi tau ramai yang taknak dtg hospital kerajaan sebab lambat..ni mmg betul..contoh mcm Umi buat test HSG, kalau kat swasta dapat result on the spot..tapi kalau gov kena tunggu 3 minggu untuk review result HSG..tapi lebih baik mcm ni daripada langsung tak buat test,betul x? Service kat hospital kerajaan lambat bukan sebab apa, tapi sebab pesakit yang ramai..so kena la tunggu giliran..

Lagi satu, ada yang taknak g hospital kerajaan sebab layanan yang diberi tak memuaskan..kat sini kita kena faham, kakitangan kerajaan ada etika dalam berhadapan dengan pesakit..diorg juga sepatutnya dilatih untuk memberi layanan yang sama mcm layanan mesra di hospital swasta..tapi,kakitangan kerajaan pun manusia biasa..kalau dah pesakit terlalu ramai, mereka takde masa nak beramah mesra dgn kita sgt..kita dtg hospital pun bukan utk dilayan mesra, tapi nak dapatkan pemeriksaan n rawatan..kalau tak puas hati sgt dgn servis yang diberi, isi je la borang aduan yang ada tu!

So, pilihan sendiri lah..nak duduk diam atau nak bertindak...


Kementerian Kesihatan Malaysia Penyayang, Profesional, Kerja Berpasukan




Friday, 11 January 2013

pengalaman HSG - pengalaman berharga!

Assalamualaikum =)

Mcm yang diwar-warkan sebelum ni, hari Rabu lepas Umi pergi buat HSG test di HSA,JB..sebenarnya dari awal2 start TTC tahun lepas doktor dah suruh buat test ni,tp masa tu Umi n Encik Abah PJJ,so Encik Abah kata biarlah dulu..so skrg ni baru nak buat test ni..

Bagi Umi buat HSG test ni mcm 1 'big' experience..Umi ckp 'big' experience sebab lepas buat HSG ni, sepanjang hari sampai la nak tido malam Umi asyik terbayang-bayang je prosedur HSG ni..mcm tu sekali dia menghantui kehidupanku..huhu..

Pagi tu kebetulan Encik Abah pun tak berapa sihat, batuk n selsema..so Encik Abah amik MC n dapatla temankan Umi pg wat HSG test ni..kami sampai HSA lebih kurang pukul 9 pagi..amik nombor n tunggu kat depan bilik fluoroskopi.. hampir 1jam setengah jugak la tunggu..dalam kul 10.15 pagi tu ada sorg staf lelaki panggil..tanya nama, period last bila,period dah habis ke n ada bersama suami tak..memula ingat staf tu yang akan perform HSG ni,hati dah mula risau dah...tapi bila tanya staf tu kata ada doktor perempuan yang akan perform..fuh...lega..

Dalam kul 10.45 pagi staf lelaki tadi panggil lagi..dia suh tukar baju..sume baju kena bukak kecuali baju dalam..segan kot lelaki bg arahan mcm tu..tapi xpelah..so masuk dalam bilik persalinan tu, n kena pakai mcm baju gown tali ikat belakang n kain sarung warna hijau..hijau mcm baju kat wad tu..

Bila dah siap salin, dia suh baring kat atas katil..doktor pun datang,doktor perempuan..dia perkenalkan diri n explain serba sikit pasal test ni.. pastu die suh baring kat hujung katil,mcm punggung tu betul2 kat edge of the katil tu..so kena mengengsot ke bawah la..kaki kena naikkan..huhu..masa ni rs mcm seram jek..nervous..bayangkan rs nak beranak nt..hehe..

Pastu doktor suh selak kain,hmm masa ni takde rs malu kot..agaknya sebab dah set dalam mind nak supresskan rs malu tu..so selak je la kain tu..pastu doktor cuci part V tu..sejuk je rasa..dah la bilik tu mmg sejuk gila!

Pas cuci tu, doktor kata nak masukkan satu alat utk bukak jalan..Umi xtau ape nama alat tu, tp alat tu panjang n transparent..n besar! haha..pikir jap,boleh ke benda ni masuk dalam V tu..sekali doktor masukkan...hah! xtau nak citer rasa dia mcm mana,tapi yang pasti bukan sakit..dia lebih kpd rasa x selesa, x tertahan mcm nak terkucil pun ada..sampai rs mcm nak ckp kat doktor suh doktor kuarkan balik benda tu..huhu..tapi takdelah ckp kan..

Tapi rasa tu masa tu je la..pastu xtau la doktor amik ape alat lagi ntah..masukkan dalam tu..doktor kata kalau rasa sakit bgtau..memula x sakit,tapi tetibe rs mcm ngilu kat dalam..so ckp kat doktor sakit..n doktor tukar alat lain pulak..pastu doktor kuarkan alat pertama tadi..bila dah kuarkan alat besar tu,dah tak rasa ape dah..

Pas tu doktor suh kepit kaki n mengengsot ke atas pulak, sebab mesin xray tu ada kat tengah2 katil..hmm susah gak nak mengengsot masa ni sebab alat tu masih ada dalam V kan..n doktor lak tengah pegang bahagian kat luar tu.. bila perut dah ada kat bwh mesin xray tu baru la doktor start inject dye tu..so kita boleh nampak dari skrin yg dye tu masuk dalam uterus kita..

Dalam beberapa minit je pastu, Umi boleh nampak dye tu masuk kat bahagian tube..so mcm lega la bila dah nampak tube tu..tapi yang peliknya, Umi nampak uterus Umi mcm terbalik la pulak..uterus kan sepatutnya segitiga base kat atas kan..tapi Umi punya mcm base dia kat bawah..n senget ke kanan..bila tanya doktor,terbalik ke? doktor kata ye..retroverted ke? doktor kata lebih kurang..pastu doktor suh bangun..ingatkan bila dah bangun nak tanya mcm2 la kat doktor tu..tapi dia blah mcm tu je..tinggal assistant dia jek..so tak sempat la nak tanya..kena tunggu app bulan 2 nanti utk review result ngan doktor kat OnG..

Tak dapat snap pic skrin masa tu..tapi apa yang Umi ingat lebih kurang mcm ni la..(pic versi paint..haha)
Yang hijau tu Uterus, tube n end of tube..yang hitam tu doktor punya alat nak masukkan dye..hmm..uterus tu mcm tu la Umi nampak..retroverted ke ek? end of tube tu lak x perasan mcm mana rupanya masa tu..

Bila dah habis tu, rasa sakit perut mcm cramping..lama jugak la..tapi tak la sakit sgt..rs mcm nak period mcm tu..still boleh jalan lagi mcm biasa..n mmg ada bleeding sikit..balik rumah, solat n terus tido..pengsan! haha..bangun ptg tu badan rasa lesu, lemah, n panas mcm nak demam..cramp pun ade lagi sesikit..bila nak tido malam pun mcm terbayang-bayang lagi prosedur tu..mcm mimpi..

Tapi bila Umi google nak tgk result yang normal..dia kata sepatutnya tube filled n kat hujung tu dye akan spill kuar..tp yang Umi punya Umi x perasan lak dia spill kuar ke tak..Umi cuma concern sal tube n retroverted tu jek..so dup dap dup dap la nak tunggu bulan 2 ni..kwn2 doakan takde ape2 abnormality k..

Oh ye, hari ni (Jumaat) ade sorg kawan TTC Umi akan menjalani IUI, kawan2 tolong doakan IUI dia berjaya k..

Mcm panjang pulak citernya ek..dah nama pun 'big' experience kan..haha

ok,jumpa lagi...

Tuesday, 8 January 2013

permulaan 2013

Assalamualaikum =)

8hb Januari 2013..dah masuk hari ke lapan di tahun 2013..tapi masih tersasul tulis tarikh 2012 lagi..hehe..diam tak diam kan,masa berlalu tak tunggu sesiapa..

Hari tu pun kononnya nak tulis entry tahun baru,tapi baru hari ni jadi rajin bukak blog n buat entry baru..so rasanya kalau buat entry selamat tahun baru tak sesuai la pulak kan..

CD1 on 1 Januari 2013, mmg cantik sgt waktu dia dtg kan..lewat seminggu,  ingatkan dah tanak dtg..rupa-rupanya 'makcik' datang nak sambut tahun baru..syabbas inspector sahab!! agak kecewa sedikit sebenarnya bila 'makcik' datang kali ni (setiap kali pun kecewa!), mungkin sebab dia lambat datang n membuahkan harapan di hati kami yang akhirnya dia juga menghancurkan hati kami..tapi takpe, kecewa 2 3 jam jek,pas tu enjoy balik! haha..redha..takde bulan ni, bulan depan insyaAllah..

So on CD1 tu Umi n Encik Abah g amik app untuk HSG,app pada 9hb Januari (esok)..usaha TTC pertama untuk 2013, start with HSG,hopefully everything ok, mintak2 dijauhkan daripada sebarang abnormality..tapi nak tanya la kat kawan2 TTC ni..ape rasa buat HSG tu ek? pastu betul ke kalau buat HSG bulan tu,kita takleh pregnant dalam bulan tu jugak, i mean takleh langsung?? Encik Abah yang bgtau, tp Umi tak pernah dgr pulak..n doc pun tak pernah bgtau mcm tu...

Lepas amik app kat HSA, kami g Klinik Homeopathy kat Taman Dahlia,JB.. sebelum ni mmg Umi dah makan ubat homeopathy ni, tp masa tu Umi tak dtg cek, Encik Abah jek datang amikkan ubat. So kali ni, Umi datang sendiri jumpa doktor tu..dia tanya history sume..Umi citer la dah kawen 1 tahun 9 bulan, period tak tentu n mood pun x tentu,asyik marah2..doktor bg makan ubat 1000 ape ntah..pas makan ubat tu,jgn makan n minum 1 jam..pastu jgn makan ubat homeopathy 4 hari..Alhamdulillah pas makan ubat tu Umi rs tenang jek,mood pun ok..takde la moody berangin..hehe..insyaAllah harapnya sampai bila-bila la Umi positif mcm ni..

Tapi ade beza bila kita g jumpa doc hosp n doc homeopathy ni.. sebab bila doc hosp tanya dah kawen berapa lama,Umi ckp 1tahun 9bulan, doc hosp kata "baru lagi tu"..tapi kalau jumpa doc homeopathy ni dia kata "lama jugak 1 tahun 9 bulan dah tu"

On CD2 pulak, Umi n Encik Abah g berurut dgn atok kat Kg.Sg.Melayu tu..sebab dia mmg pesan, kalau period, dtg balik pada hari kedua untuk berurut lagi..so kami pun datang berurut 3hari berturut-turut. Kali ni atok urut Umi jek, utk Encik Abah dia tekan2 perut cket jek..dia kata semua ok, insyaAllah ada..cuma tak tau bila..

N satu lagi cerita terbaru,my SIL2 pulak pregnant,lepas 2 3 minggu my SIL1 pregnant..so my MIL akan dapat 2 cucu serentak dalam tahun ni..baru berangan dua cucu serentak tu dari Umi n my SIL1,tp rupanya my SIL2..my SIL2 ni anak dia yang 1st baru 1tahun 6 bulan..rezeki kan..so Umi kenalah bersabar byk2 lepas ni sebab pasti akan ada mulut2 org yang bercakap2 pasal Umi..bila lagi..bila lagi..rezeki Allah, kita tak tahu bila..harap Umi tabah menghadapi hari2 mendatang..

Ok, tu saja cerita kali ni..esok HSG..will update soon,InsyaAllah..