Monday, 31 December 2012

2012 dalam kenangan

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2012 kan..ye,masa semakin cepat berlalu..rasa mcm baru je sambut tahun baru 2012..tapi diam tak diam jugak dah banyak yang Umi n Encik Abah lalui sepanjang 2012 ni...

Sekadar untuk coretan peribadi Umi...

Anugerah nikmat:
  • Januari- Encik Abah dapat posting cikgu sementara di Johor, Alhamdulillah.. masa ni mmg isu hangat ttg graduan pendidikan lambat posting. Tapi rezeki Encik Abah dapat cepat.
  • Februari - cuti-cuti dengan family in law kat Cameron Highland..ni 1st time Umi pergi sana..hehe..
  • Mei - Konvo Encik Abah di UPSI
  • Mei - Encik Abah dapat permanent posting di Johor, sekolah yang sama. Alhamdulillah.
  • Julai - Dapat transfer balik Johor, Alhamdulillah.
  • Ogos - mula menyewa rumah..dapat beli perabot asas untuk rumah sewa..tu pun dah spend almost 10K walaupun beli barang basic jek.. sebelum ni stay kat Borneo sewa rumah yang fully furnished. Balik Johor sewa rumah kosong..mmg terpaksa beli perabot bagai..tapi ok la..sekurang-kurangnya barang2 basic like washing machine, ice box, set bilik tidur semua dah ada..nanti pindah rumah baru xdelah spend byk sgt..
  • Ogos - Alhamdulillah, dapat beli our 2nd car..untuk senangkan pergerakan kami since kami kerja di dua daerah yang berbeza. Sebelum ni masa duduk Borneo pakai satu kereta jek, sebab keje tempat dekat2. Keluar sama-sama, balik pun sama-sama. Sekarang sorg di JB, sorg di Kluang..mmg tak dapat nak g sama-sama dah..
  • November - dapat beli rumah sendiri yang diidamkan oleh Umi n Encik Abah..yang ni paling tak disangka..sebab kami jangka kami dapat beli rumah dalam 2 3 tahun lagi..tapi hari tu masa jalan2 tgk rumah, terus berkenan n terus book. Alhamdulillah, prosesnya Allah mudahkan..

Anugerah ujian
  • Januari - walaupun Abah dapat posting kat Johor tu satu nikmat, tapi ia adalah ujian juga buat kami sebab kami terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh). Memang berat ujian ni, terutamanya sebab Umi terpaksa tinggal bersendirian di Borneo sana..bayangkan..seorang perempuan,sorang2 kat sana tanpa ahli keluarga or saudara mara..mmg sunyi sangat dan kadang-kadang stress. Untuk Encik Abah mungkin tak rasa sangat sebab beliau stay dengan his family..so tak sunyi sgt kan..hampir 7 bulan jugak la PJJ ni..tapi PJJ ni lah yang mengajar Umi untuk lebih menghargai kehadiran Encik Abah. Sebab bila beliau takde,baru terasa kehilangan..kalau dulu, sebelum beliau posting kat Johor, asyik gaduh jek..hehe..bila PJJ setiap bulan jumpa, naik flight dah macam naik bas. Tiket flight 3 4 ratus dah mcm 3 4 puluh ringgit jek..pejam mata je beli tiket..
  • Ogos - our 1st car accident..tak la teruk. Tapi wang yang dikeluarkan untuk membaikinya tu satu ujian..hehe..
  • September - our 1st car tayar pancit dan pecah..pun satu ujian jugak nak spend untuk beli tayar baru T_T ..kalau perasan kronologinya our 1st car ni buat hal bila 2nd car dah ada..merajuk kot..
  • Disember - kematian Adik..sangat sedih ok!

hurm..kalau di tgk pada point tu, Anugerah nikmat lagi banyak daripada anugerah Ujian..Alhamdulillah..semoga lebih banyak anugerah nikmat untuk 2013..amin..

Friday, 28 December 2012

entri menunjukkan kejakunan

Assalamulaikum..

Haha..entry ni memalukan,nak cerita pengalaman pertama tgk bola kat stadium..sebelum ni tgk kat tv jek, tapi hari Rabu lepas Encik Abah ajak tgk bola kat stadium.. Encik Abah ni pun dulunya takdelah minat sgt tgk bola ni, tapi sejak2 Harimau Malaya mengaum ni barulah dia start minat..faktor2 rakan sebaya pun ye jugak rasanya sebab kawan2 kat sekolah ramai yang tgk bola. Tapi tgk yang Malaysia je la..yang kelab2 tu tak berapa sangat..tak amik tau pun..

So Rabu hari tu, kawan Encik Abah ajak kami g tgk bola kat Stadium Larkin.. Pasukan Johor Darul Takzim lawan Woodland Wellington..Kami gerak dari Skudai dalam pukul 8.00 malam. Match pukul 8.45 malam..

Rupa-rupanya jalan sangat jammed..kami tak sangka pulak ramai betul org nak tgk Match malam tu..padahal bukan liga apa sgt pun..mungkin sebab ramai yang datang nak tgk Safee Sali, Mat Yo..yelah, diorg kan dah masuk 'pasukan mahal' Johor ni..

Dalam pukul 9 mcm tu kami masih stuck dalam jammed lagi..Umi relaks je dalam kereta..apa la sgt kan..tiket kan dah beli..sampai2 dalam kul 9 lebih, parking jauh gila, kena menapak lagi.. punyalah ramai manusia..masuk2 je ikut Encik Abah n kawan beliau..diri je tepi2 tu sama-sama dengan orang lain..mcm pelik..tanyalah Encik Abah..

"mana seat kita?"

Encik Abah jawab
"seat apa?"

Umi tanya lagi
"yelah, kita kan dah beli tiket awal..sepatutnya kita duduk ikut seat kita la kan..mcm tgk wayang tu..."

Tetiba Encik Abah n kawan beliau gelak
"hahaha..ni stadium la yang oi..bukannya wayang..yang dah sediakan seat ikut tiket..tiket tu untuk masuk stadium jek"

T-T

Mcm tu rupanya..patutlah orang yang fanatik bola sanggup masuk dari petang semata-mata nak dapat tempat duduk yang strategik..

Maklum laa..jakunan siket sebab tak pernah tgk bola kat stadium.
Hurm..tapi x best la tgk kat stadium, bukan nampak pun pemain tu..sapa yang tendang bola pun Umi tak nampak..kalau tgk dalam TV nampak jelas n nyata..hehe..tapi tgk kat stadium rasa lebih semangat la..

oh,lepas ni taubat tanak g stadium lagi

Wednesday, 26 December 2012

wordless wednesday : surah asy-Syuura

Assalamualaikum...



Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya-anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya : mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa
(Surah Asy-Syuura, 42:50)


segala yang terjadi ketentuanNya


Monday, 24 December 2012

mendung

Assalamualaikum..

Mendung..
Mood pun mendung..
Semendung cuaca pagi ni..

Hari ni CD32..'makcik' belum datang lagi..
mungkin sebab cycle kali ni tak amik Clomid,
maka 'makcik' tanak dtg on time..

Haish..menambah punca kemendungan saja!

Friday, 21 December 2012

Kisah rakan TTC : staff nurse at Borneo

Assalamualaikum..

Sepanjang mengenali dunia TTC ni, Umi adalah jugak jumpa dengan TTCian lain in a real life (yang lain semua maya thru blog). Masa belum kawen dulu pun ada jugak jumpa TTCian,tapi masa tu belum faham lagi 'perasaan' sebenar sebagai seorang TTCian,dengar angin lalu jek..tapi tak pulak Umi bagi  pressure kat diorg dengan tanya soalan2 'maut' tu.

Salah seorang Umi jumpa masa Umi posting kat Borneo dulu. Dia seorang staff nurse kat Klinik Umi bertugas. Masa borak-borak kosong dalam pantry dia cakap :

"lain tau hidup suami isteri sebelum ada anak & selepas ada anak. Akak dulu 6 tahun kawen takde anak, duduk berdua dengan suami je, ke mana-mana pun berdua"

Umi pun terkejut la, sebab dengar dia dah 6 tahun kawen baru dikurniakan zuriat. Dalam 6 tahun tu, dia n suami dah cek dengan doktor, tapi doktor kata semua ok, xde masalah. 

Dia cerita jugak, mmg stress bila org sekeliling cakap2 pasal dia n suami. Sampaikan ada yang kata 'anu' suami dia x cukup tajam..tapi dia nak kata apa, mulut orang kan..

Bila dah bertahun-tahun kawen tu, dia pun rasa stress,selalu bergaduh dengan suami sebab anak. Masuk tahun ke enam, doktor suggest dia utk pergi kaunseling. 

Masa sesi kaunseling tu, kaunselor bgtahu dia, jgn terlalu fikirkan ttg anak. Hidup macam biasa, anak akan datang dengan sendiri. So dia pun cakap dengan suami dia:

"Abang, dah 6 tahun kita kahwin, kalau dalam tahun ni pun kita tak dapat anak, memang bukan rezeki kita lah"

Lepas tu, dia beli rumah. Dia langsung tak fikir ttg nak dapatkan zuriat. Dia sibukkan diri dengan hias rumah cantik2..pastu......

Alhamdulillah, 2 bulan lepas duduk rumah baru tu, dia disahkan pregnant. Tapi dia x bgtau sape2 pun. Bila kandungan dah masuk 5 bulan, dia tukar uniform nurse utk yang pregnant. Barulah dia announce pasal pregnancy dia. Kwn2 dia yang dulu mengata dia, diam je tak cakap apa.

Sekarang, anak dia dah dua, dah besar-besar pun. Dia dapat anak sepasang. Masa Umi dengar cerita dia, rasa mcm nak menangis pun ada. Sebab Umi sedang mengalaminya skrg ni..

Masa datang melawat Borneo 2 3 bulan lepas, Umi pergi melawat Klinik tempat bertugas dulu. Ramai la yang mengajukan soalan-soalan 'maut' tu.. Umi cuma mampu cakap 'belum lagi' je..

Tapi masa salam dengan akak dalam cerita ni, dia bisik pada Umi 

"Sabar ye, insyaAllah ada...."

Semoga cerita dia dpt jadi motivasi pada TTCian yang lain jugak..



Thursday, 20 December 2012

sangat tidak sopan

Assalamualaikum..

Umi sangatlah tak faham dengan mereka-mereka ni.. nak kata kawan rapat pun tak, saudara mara lagi lah bukan..lebih kepada kawan lama..n memang jarang berborak apatah lagi calling2..

Tiba-tiba msg kat FB "Salam,dah anak lom?" or "Salam, bini dah ada isi ke?"

Seriously tak paham! not happen to me, but to Encik Abah.. Umi baca msg2 kat FB beliau, and ada a few his old frens yang tanya that kind of question.. its okay if they start with 'hi,ape kabar..lama x borak..keje mana skrg, how ur life  etc' and baru start tanya 'dah ada anak ke?'

Ni tak, tetiba terjah tanya soalan mcm tu..Obviously ko tanya sebab ko nak tunjuk ko dah ada anak kan?? Actually, his frens yang ni kawen mmg lagi lambat daripada kami..n rezeki mereka lebih awal..tapi perlu ke terjah Encik Abah dengan soalan mcm tu? Masa kami dah kawen hr tu, xde pulak la Encik Abah nak tanya kat diorg 'eh,ko bila nak kawen?' takde pulak, even Umi pun mmg takde tanya2 soalan mcm tu kat kwn2 Umi..sebab Umi tau, ni semua kerja Allah..

Allah beri kami rezeki lain, kereta, rumah etc..tapi kami takde pulak tanya2 kat mereka2 yang belum ade rezeki ni..takde pulak tanya2 'eh,ko bila nak beli rumah' or 'eh,ko bila nak beli kereta baru?' just because kami ade benda2 tu..tu sume rezeki Allah bagi pinjam, bukan utk dibuat riak dengan org lain..

huh!
tak paham!

sorry,entry luahan perasaan..walaupun soalan tu bukan utk Umi,tapi untuk Encik Abah, Umi tetap terasa..

Pada mereka yang selalu tanya soalan mcm tu, berhentilah daripada riak dengan apa yang anda ada..semua pinjaman je..

Wednesday, 19 December 2012

wordless wednesday : teh tarik

Assalamualaikum...


sumber : Encik Gugel

My favorite!
Orang kata tak elok utk TTCian
Tapi makin di elak, makin memanggil-manggil pulak
Pernah cuba untuk berpantang
tahan seminggu je
hasilnya 
minggu kedua hari-hari order benda ni
pagi teh tarik
tengah hari teh ais
malam teh O
memang hantu teh!


Tuesday, 18 December 2012

adik dah takde =(

Assalamualaikum..

Semalam ptg Encik Abah telefon Umi nangis2 bgtau Adik dah mati..masa tu Umi dalam surau baru pas solat asar. Terkedu gak dengar berita tu, tp takde rs nak menangis pun. Rasa mcm blur jek.. masa jalan balik dari surau ke ofis pun mcm xde rasa apa..cuma dalam hati kata...adik dah mati..repeat perkataan tu je..

Tapi lepas habis ofis hour, masuk dalam keta nak balik..mmg nangis teresak2 la..lepaskan masa tu jugak..sedih sangat sebab Adik dah takde..sampai rumah tgk Encik Abah dah sampai dulu..mata beliau pun merah baru lepas nangis..

Adik kucing kami masa kat Borneo..kami sama-sama ambik dia dr masjid, Encik Abah yang jumpa..masa tu dia kecik lagi. Sebab masih menyusu, kami ambik sekali dengan mak dia. Adik kucing yang comel, nakal n dungu! Kami syg sgt kat Adik,sebab dia lain daripada yang lain..selalu ketawakan kedunguan Adik..

Lepas Encik Abah dapat transfer ke Semenanjung, Umi tinggal dengan Adik n mak dia jek.. Adik la teman masa tu. Main-main dengan dia, cakap2 dengan dia, makan pun kadang2 dengan dia..hehe..kira Adik teman pengubat sunyi masa tu. Bela Adik pun senang, x banyak kerenah n x buat hal..sgt behave.. Adik membesar depan mata Umi. Dari kecik tapak tangan, sampailah besar saiz bayi..

Tapi lepas Umi dapat transfer Semenanjung, Umi terpaksa tinggalkan Adik dengan jiran sebelah..sangat sedih masa tu. Masa nak serahkan Adik kat pakcik tu, Adik meronta-ronta taknak..dia lari masuk bilik,mengiau2 dalam bilik. Umi nak ambik dia, dia tenung jek mata Umi..mcm tanya kat Umi, kenapa nak tinggalkan dia..Umi terpaksa masukkan Adik dalam cage. Masa nak tinggalkan rumah tu Umi masih dpt dengar Adik mengiau2 kat rumah jiran sebelah..xdpt bygkan sedihnya mcm mana masa tu..

Kami plan kalau ada rezeki lebih, kami nak bwk Adik balik Semenanjung awal tahun depan. Encik Abah dah tanya2 kat bahagian veterinar..n dah mintak tolong kat kwn beliau di Borneo untuk uruskan vaksin Adik...tapi x kesampaian..Adik dah pergi dulu... =(

Pakcik tu kata, 2 3 hari lepas Adik bergaduh dengan kucing lain. Lepas gaduh tu terus Adik xde selera makan.. Kucing yang gaduh dgn Adik tu dah mati dulu sebelum Adik mati..hmm kalau Umi yang jaga Adik, mesti Umi dah paksa Adik makan, bg wet food suapkan kat mulut Adik,bg Adik susu ke..kesian Adik..dulu tapak kaki Adik darah sikit jek cepat2 Umi sapukan ubat..padahal Adik xde ape2 pun..tapi risau sgt Adik sakit..tp skrg Umi xdpt jaga Adik, sorry sayang.. 

Rindu sangat kat Adik..sorry sangat sebab lambat ambik Adik, lambat sampai x sempat =(

Monday, 17 December 2012

cerita 3 serangkai..

Assalamualaikum...

Cerita 3 serangkai..make it short,malas nak tulis pjg2..biar u all senang baca..

My SIL1 pregnant
Ok,berita yang diterima 2 hari lepas. My SIL1 (kakak kpd Encik Abah) is pregnant for her 3rd child..Alhamdulillah..si kakak dah masuk 4th years old n my SIL1 just finished her master program..so this is the best time for her to preggy kan..but,TTCians know the feeling right?..no need to elaborate pjg lebar..and i hope that i am pregnant this months also, so that our child can be sebaya, n imagine how meriah if Tokmak get 2 grandchildren at the same time..insyaAllah.. 

EPF approval
Alhamdulillah, EPF approved our application to withdraw our 'Akaun 2' to pay the balance of our Viscaria deposit..the balance is 11k n we need to topup some amount because our Akaun 2 is not enough to cover that balance.. nevermind,our sacrifice for our future offsprings!

Tomorrow is the day!!
The day that we wait since about 2 weeks ago..haha..because tomorrow is a PAYDAY!!!!!! Padan muka kami, sebab boros sgt berbelanja..disebabkan gaji bulan 11 masuk awal..duit berkepok dalam bank,maka lupa daratan..beli tu, beli ni..last2 melopong..haha..ok, esok nak shopping!!!! degil!

ok, thats all..

Wednesday, 12 December 2012

kari Encik Abah

Assalamualaikum..

Dah lama tak makan masakan Encik Abah..

Hari ni balik lunch tadi tgk Encik Abah da siap masak..

Lauk kegemaran beliau, kari ayam..mmg sedap! Siap ada papadom lagi..

Encik Abah ni mmg pandai masak, tp disebabkan ada penyakit 'M' kdg2 jek la beliau masak..tapi sekali dia masak, mmg kalah Umi..malu jek!

Mungkin sebab Encik Abah cikgu KH,so dia pandai masak?sebab kat uni dulu kan cikgu KH mmg ade belajar masak..atau mungkin beliau mewarisi bakat memasak dari ibu beliau, MIL? xtau la..

Kan bagus kalau setiap hari beliau masakkan untuk Umi..mimpi je la kan..hehe

thank you Encik Abah!

Atok di Kg. Sg. Melayu

Assalamualaikum...

Hari tu,lepas balik dari check perut kat HSAJB, Umi n Encik Abah g Kg.Sg. Melayu kat area Nusajaya utk berurut dgn sorg atok ni..Encik Abah dapat tau ttg atok ni dari cikgu perempuan satu sekolah ngan beliau..Cikgu ni dah 4 tahun kawin, dah jumpa mcm2 gynae, dah makan mcm2 ubat n mcm2 lagi lah, tp lepas berurut dengan atok ni, Alhamdulillah melekat..tp tu semua kuasa Allah kan. Kita hanya mampu usaha, lepas usaha tawakal..insyaAllah..

Balik pada cerita Atok ni, Atok ni dulu bidan kat HSAJB, so dah ramai la bayi yang dia sambut, ikut kata dia Sultan Johor punya anak pun dia yang sambut dulu. Umur atok ni dah 117 tahun, tapi ikut kata cucu dia, mungkin kurang sebab orang dulu punya IC bukan leh percaya sgt kan. Fizikal Atok ni kecik jek, rendah n kurus. Tapi masih kuat jalan lagi, mata nampak terang, cuma dia ni dah tak berapa dgr..kena ckp kuat2 sikit..even fizikal dia kecik, kurus, tapi sekali dia urut...nak menangis rasa!huhu..kuat ok tenaga dia..

Umi n  Encik Abah g rumah dia dalam pukul 12 tgh hr..oh ye, nak dtg rumah dia kena bwk bendi utk 3hari masak, limau kasturi 3 biji n sebotol air 500ml.. sampai2 rumah dia, Alhamdulillah takde org lain,Umi n Encik Abah jek..

Memula urut Umi dulu..dia urut perut,pinggang,punggung,kaki depan blkg..masa urut perut tu Umi ok lagi, tp bila urut tapak kaki mmg sakit, sampai mengerang jadinya..tapi tahan je la kan..pastu urut Encik Abah pulak. Untuk lelaki dia urut perut,pinggang n punggung jek. Tapi masa urut Encik Abah terjungkit-jungkit jugak la Encik Abah menahan sakit..hehe

Lepas urut, dia bacakan doa kat air, bendi n limau kasturi tadi. Bendi tu kena buat makan suami isteri, jgn goreng, masak rebus jek. Air n limau kasturi tu pulak untuk Umi mandi. Pas tu dia bg minum secawan air. Air tu mcm payau2 sikit...rupanya air hujan hari jumaat, dia dah solat hajatkan air tu..

Berurut dgn Atok ni kena buat 3hari berturut-turut. Paling bagus datang masa hari kedua period. Tapi Umi datang hari tu, masa hari ke 9 kot..x ingat pulak.. dia kata kalau xlekat jugak, datang lagi berurut masa hari ke dua period.

InsyaAllah..usaha dan tawakal..

Friday, 7 December 2012

OMG!!!

Assalamualaikum...

Baru perasan..last entry Umi tulis berat Umi 160kg!!!

Mesti u all yg baca kata "obes sungguh perempuan ini...."

Sebenarnya berat Umi hanyalah 60kg..hihi..selalu kompius ngan tinggi...tinggi barulah 160cm..

*x dpt bayangkan kalau berat cecah 160kg tu*

Thursday, 6 December 2012

LAPORAN PEMERIKSAAN DI KLINIK O&G,HSAJB

Assalamualaikum..

LAPORAN PEMERIKSAAN DI KLINIK O&G,HSAJB

Tarikh kejadian : 4hb Disember 2012
Masa kejadian  : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat kejadian : Klinik O&G,HSAJB.

8.45 pagi : Umi n Encik Abah bertolak dari rumah MIL di Skudai..konon-konon         
                nak gerak awal kul 8.00,tp disebabkan masing-masing ada sifat     
                malas n melengah2kan waktu..maka lewatlah kami bergerak...

9.00 pagi : Sampai di perkarangan HSAJB..parking sgtlah penuh..double park, 
                triple park..sume ade..pusing2  3-4 kali baru jumpa parking,tu pun 
                bukan dalam petak..n block kereta org..letak nombor telefon...

9.15 pagi : Sampai di Klinik O&G, giliran no 11 (sebab makcik sedara tolong
                   amikkan no giliran-sgt tak adil pada yang lain kan??)

9.30 pagi : Duduk kat nurse station..staff nurse baca surat refer, tanya cket2 
                n suh timbang berat sendiri...160kg!! tak pernah cecah berat mcm
                ni pun sebelum ni...staff nurse tu ckp:

                     "puan ni dah kawen setahun lebih,tp baru duduk bersama 4  
                      bulan..sepatutnya kena tunggu setahun dulu baru boleh cek  
                      ni.."

                takde jawapan..

9.45 pagi : Masuk bilik doc..jumpa doc pakar terus, tanya sikit2 pasal 
                period, hubungan suami isteri, clomid, cyst...pastu doc suh baring,
                wat ultrasound..doc kata cyst tu x nampak sgt mungkin sebab scan
                ultrasound jek, kalo TVS mungkin nampak..doc suh pilih nak buat 
                HSG ke nak wat laparoscopy..kalau buat HSG,buat kat bilik x-ray,  
                tapi kalau nak buat laparoscopy, kena masuk ward, kena buat 
                dalam OT, n kena MC 2 minggu! So sy pilih wat HSG dulu, 
                kalau indicated baru buat laparoscopy..doc kata kalo HSG normal, 
                terus proceed IUI, sebab dah failed Clomid 3 cycle..hurmm..bagus 
                jugak kalo proceed IUI terus..

10.30 pagi : G amik appointment untuk HSG kat x-ray department..  
                  appointment pulak kena tunggu 1st day period baru leh tetapkan 
                  tarikh..nervous gak nak buat HSG ni..ade yang kata sakit..xtau 
                  la...tp demimu anak, Umi sanggup buat apa saja...

11.00 pagi : Balik...

Balik dr hospital pergi berurut pulak..kat Kg. Sg. Melayu..akan diceritakan next entry...

*Setiap kali dapat appointment klinik utk cek, Encik Abah mesti cakap:

"kalau pregnant tak payah datang la kan?"

see?? nampak tak walaupun dia kata takpe setiap kali Umi period, tapi sebenarnya setiap bulan dia amat mengharapkan yang Umi pregnant.. =( sedih betul bila beliau ckp mcm tu..setiap kali ok..setiap kali dapat appointment beliau akan ckp mcm tu..

luruh la jantung hati hambaaaa mengenangkan tuan..
            

Monday, 3 December 2012

birthday, demam & check up

Assalamualaikum...

Weekend lepas Birthday Encik Abah..

Happy birthday to Abang,
i love u very much!

Umi sayang Abah sgt2..sbg seorg isteri,rasanya suami adalah segala-galanya..rasanya tanpa suami,hidup Umi akan kosong..walaupun kita masih boleh bernafas tanpa suami, apa rasanya setiap hela nafas menanggung rindu..walaupun boleh makan n minum tanpa suami, apa rasanya jika tekak perit menyimpan sendu, walaupun boleh membina impian tanpa suami, apa ertinya jika impian itu hitam kelam tanpa bayang suami..nauzubillah.. Umi syg  Abah sgt2..minta maaf jika ada salah silap.. (bukan jika, tapi mmg ada...)

hikhik..emosi pulak kan Umi ni..hehe..so weekend lepas Abah bwk kami (Umi, FIL,MIL, n auntie in law?) hi tea kat sebuah hotel kat JB ni..Abah beli kat Groupon..murah..dlm RM50++ kalau tak silap..harga asal seratus lebih..makanan pun ok la..nak kata banyak sgt menu x jugak. sebab dah nama pun hi tea, bukannya lunch or dinner kan..tp tak puas hati cket sebab takde aiskrim..ade ais kacang jek..my MIL pulak, byk2 benda kat hotel tu, dia paling berkenan dengan hiasan batu lesung kat situ..besar katanya, senang aku nak tumbuk sambal..hari-hari buat sambal belacan pun aku sanggup..huhu..pastu suh Encik Abah belikan..mcm2...kelakar pun ada..

Hari esok lak (4hb Dec) ada check-up kat OnG HSAJB..ni 1st check lepas transfer dr Borneo hari tu..rasanya last check bulan Mei or Jun..x ingt sebab x amik kisah sgt..skrg baru nak serius TTC..so pas ni kena note setiap tarikh n setiap apa yang doc cakap..hmm ape khabar agaknya Puan Cyst yg tgh duk menumpang dalam tu ek?hr tu last cek size 2cm jek..harapnya tak membesar la ye..

Sekarang ni pulak badan tgh seram2 sejuk, tekak dah mula sakit2..dah lama tak demam..ni mcm dah ada tanda-tanda nak demam pulak..mungkin jangkit dengan Encik Abah..beliau mmg dah 3-4 hari selsema n batuk..semalam boleh pulak kongsi straw dengan beliau, maka kuman2 dah berjangkit dengan jayanya..tapi takpelah..sakit kan kafarah dosa..insyaAllah diampunkan dosa...amin..

oh ye, skrg ramai yang post pasal 'in shaa Allah'..tp pd Umi x perlu kot..tulis insyaAllah pun boleh..sebab kita tulis, kita tau maksudnya..n u all yang baca pun tau maksudnya..n x terfikir pun maksud lain selain maksud 'Jika diizinkan ALLAH'..wallahualam..