Thursday 5 March 2015

Kisah Rakan : Hodgkin Lymphoma

Assalamualaikum..
 
Seorang sahabat semasa me di Mersing, asal Kelantan, seorang Juru Xray,umur 30tahun..ujian untuknya terlalu hebat,tapi me tau dia seorang yang sangat tabah..dulu, masa di Mersing kami selalu berkongsi rasa, berkongsi masalah..dia lah tempat me meluahkan perasaan bila kecewa, bila diuji berkaitan hal TTC...tapi kini me rasa malu dan tak sampai hati nak meluahkan masalah TTC pd dia, sbb dia baru shj didiagnos mempunyai Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 2.. T_T
 
Ujian buatnya mmg hebat..masa anak 1st dia TTC 3 tahun, skrg anaknya tu dah 5 tahun lebih,dan dia masih TTC untuk anak kedua. Beberapa tahun lepas, suaminya dibuang kerja kerana difitnah orang atasan dan masih belum mendapat pekerjaan hingga kini,hanya dia seorang yang menyara keluarga. Dalam pada menghadapi kesusahan tu, dia ambil seorang anak angkat perempuan dan dipelihara mcm anak kandung sndr. Anak angkat tu skrg dah 2 tahun.Tahun lepas dia pregnant, tapi diuji lagi bila kandungannya tak tahan,keguguran di usia kandungan sekitar 5 hingga 6 minggu.. Kemudian diuji pula dengan masalah di tempat kerja (sikap rakan sepejabat) yang sentiasa menjadikan dia mangsa keadaan. Dan sekarang, ujian paling hebat untuknya bila dia disahkan kanser..
 
Sedih bila mengenangkan kisah hidupnya. Sekarang dia dah balik Kelantan. Di Mersing tak ada sesiapa boleh tgk2kan anak2nya dan suami semasa dia menjalani rawatan kemo. Jadi kami dan keluarganya mencadangkan mereka sekeluarga balik ke Kelantan je,buat rawatan kat HUSM..at least kat sana ada mak ayah dia boleh tgk2kan anak..Ahd ni 1st kemo dia..smg dia diberi kekuatan menghadapi saat2 sukar ni..

3 comments:

  1. Assalam sis,
    besar ujian kawan sis
    moga segalanya dipermudahkan AMIN

    ReplyDelete
  2. Allah beri ujian sebgai peluang untuk kumpul pahala...semoga kawan me terus sabar dan redha, dan semoga Allah kurniakan ganjaran yg besar buat dia dan keluarganya...Permudahkanlah ya Allah...amin...

    ReplyDelete
  3. Tak boleh bayang kesulitan yang beliau hadapi..Tapi Allah Maha Mengetahui...Allah sangat sayangkan beliau..Moga beliau tabah.

    Allah intends for you ease and does not intend for you hardship (2:185)

    ReplyDelete