Tuesday, 31 December 2013

Minggu terakhir 2013

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari terakhir 2013..esok insyaAllah akan masuk 2014..

Hujung minggu hari tu kami sibuk ke sana ke mari nak uruskan ttg renovation Viscaria..hari Sabtu pagi jumpa kontraktor kitchen cabinet, petang ke kedai lampu dan kedai peralatan elektrik, malam ke Jusco..hari Ahad pula pagi appointment dgn kontraktor plaster ceiling, petang kontraktor grill..semua kontraktor nak confirmation cepat..n kami pun mmg nak cepat2 confirm n deal harga dgn mereka..sebab apa? sebab tahun 2014 nanti semua harga barang akan naik!! confirmed!!

Kontraktor kitchen cabinet,plaster ceiling n grill bagi tahu mmg tahun depan dia akan bagi harga lain..lagi tinggi..jadi kami kena confirm awal utk dptkan harga tahun 2013,walaupun projek mula 2014..pergi kedai lampu n kedai elektrik pun sama..staff kedai elektrik kata,ada supplier brg elektrik dah bg quotation harga untuk 2014, ada yang naik 10%..jadi kami pun beli semua brg keperluan..collect tahun depan bila rumah siap...

Nak masuk rumah sendiri ni mcm2 kena buat..ada yg suggest kami ambil satu kontraktor saje utk buat semua..KC,plaster ceiling,grill,jimat katanya...tp kami x jumpa kontraktor yang sesuai utk buat semua..ada yg ok bab renovation,tp KC yg dia offer x menarik..ada yg specialist bab grill,tp harga renovation x masuk akal..jadi kami ambil kontraktor yang berbeza utk buat perkara yang berbeza..beza harga total pun dalam 1-2k je..

Kerja-kerja renovation belum boleh mula lagi..sebab skrg masih dlm proses check defect n suruh developer repair mana yang tak ok..utk masuk rumah baru ni mmg kena check betul2..sebab kalo renovation dah start,takut nt developer xnak btanggungjawab pulak...

Byk kerja sebenarnya nak masuk rumah sendiri ni..tapi perasaan tu sgt seronok..bila kita sama-sama pilih KC, pilih barang2 elektrik,pilih grill..tu belum bab basuh rumah n pindah barang..confirm penat,tp seronok..hihi..syukur atas anugerah Allah yang satu ni..Alhamdulillah..

Semoga tahun 2014 akan dipenuhi dgn kebaikan..
Kepada rakan-rakan TTC sekalian, Selamat Tahun Baru.. semoga kehidupan kita akn menjadi lebih baik, n kita semakin positif dalam menghadapi dugaan mendatang :)


Tuesday, 24 December 2013

penutup 2013

Assalamualaikum...

Hari ni CD4..agak terlewat Cik P menjengah kali ni, cycle lepas until CD35..tp masih boleh dikatakan behave lg..hihi..

Cik P kali ni adalah Cik P terakhir utk 2013..bermaksud juga Allah belum izinkan me utk pregnant di tahun ini..xpe, me semakin redha n semakin berlapang dada..kita punya impian yang hebat, tapi Allah punya perancangan jauh lebih hebat..

Just utk review usaha TTC tahun ini..

Januari 
-HSG kat HSA,JB- no problem
-cycle 60 hari

Februari 
-check kat private clinic,diagnosed PCOS, start Metformin until now 
-cycle 28hari

Mac-Mei 
-on contraceptive pills to regulate period cycle
-cycle 29,31,32 hari

Jun-Julai 
-metformin + duphaston
-TVS cd12
-cycle 35,26 hari

Aug-Sept 
-clomid 100mg + injection cd12 + duphaston
-TVS cd 12
-cycle 26,26 hari

Oct-Dis 
-metformin shj
-not review by doc
-cycle 25,29,35 hari

Usaha cara tradisional plak berurut 2 kali dgn makcik UTM..

Nampaknya tahun 2013 mmg dipenuhi dgn usaha TTC.. period cycle pun Alhamdulillah teratur kecuali yg Januari tu sebab belum jumpa doc lagi masa tu..

Usaha utk 2014 masih belum nampak jalan lagi..sama ada nak teruskan dengan Doc Isa,atau cari klinik lain..hurmm..LPPKN mungkin?? masih dalam kira-kira lagi..atau balik pada hospital gov? 1hb Jan nanti baru fikir la..ahaha..skrg enjoy hari2 terakhir 2013..



Wednesday, 18 December 2013

cerita mimpi lagi

Assalamualaikum..

(Ini cerita mimpi,harap2 takkan jadi kenyataan)

Malam tadi me bermimpi,Encik Abah kahwin lagi! huhu!

Dalam mimpi tu, Encik Abah bgtau me yang dia dah berkahwin lagi satu..me apa lagi..menangis lah semahu2nya..sampai sempat ckp dlm hati 

"harap2 ini mimpi"

tp yg peliknya me tak marah pun kat Encik Abah,me cuma sedih sendiri je..lepas menangis tu me ckp kat Encik Abah

"saya nak jumpa madu saya,isteri kedua abang"

Encik Abah pun setuju..dan ajak me ke sebuah kedai makan.. kat sana kami makan berdua dulu..tiba-tiba datang sorg wanita berumur,lingkungan 50-an...free hair, pakai baju mcm  baju singlet,kulit hitam n gemuk..mmg tak cantik pun ..Encik Abah pun kata

"inilah isteri kedua abang, dia ni cikgu pencen"

Me salam wanita tu,siap cium tangan! bermanis muka bagai..

Dalam hati kata

"hmm hodohnya, cantik lagi aku..hahaha..ko takkan boleh lawan aku la!!"

Tiba-tiba terbangun...masa terbangun tu terus rasa lega sangat2 sebab ni semua hanyalah mimpi...Nauzubillah jadi mcm tu...

Me msg Encik Abah

"org mimpi abg kawen lagi satu"

Encik Abah jawab

"merepek jek!"

Huhuhu..me pun xtau kenapa mcm ni..kalo mimpi pasal Encik Abah je,mesti yang tak elok..mimpi gaduh,mimpi kena marah, mimpi kena tinggal..pernah sekali mimpi MIL suruh Encik Abah kwen dgn sepupu dia..tak pernahnya mimpi Encik Abah bg hadiah ke,bwk g jalan2 ke..tapi lepas semua mimpi buruk tu,me lebih menghargai Encik Abah..Alhamdulillah dia tak mcm yang dalam mimpi tu..mungkin Allah dtgkan mimpi tu supaya me lebih menghargai kehadiran Encik Abah dlm hidup me..

Monday, 16 December 2013

cerita minggu lepas

Assalamualaikum..

Minggu lepas takde entry,sebab diri perasan busy! hehe..blogwalking pun tak sempat..nampak tak perasan busy nya me ni..padahal x busy mana pun..hihi...

Update 1:
Alhamdulillah,2 minggu lepas,kami dah dapat kunci untuk our Viscaria..officially kami dah ada rumah sendiri..syukur sangat..cuma belum boleh pindah masuk sebab air n elektrik belum ada,dalam 2 bulan lagi baru ada katanya..tp xpelah..

Bila dah dapat kunci, memang hari2 lah g melawat rumah..sampai pak guard tu dah kenal muka kami..pengalaman masuk rumah baru ni..mungkin me nak abadikan dalam 1 entry lain nanti,insyaAllah..pastu sibuk la g showroom utk kitchen cabinet, contact org nak buat grill n cornice..hujung minggu mmg dihabiskan dgn benda2 ni je, memang mengujakan dan penuh impian..haha...

Update 2:
Minggu lepas,me masuk office 1 hari je,iaitu Selasa.. Isnin mmg public holiday bagi Johor,sempena hari Hol Almarhum Sultan Johor (hari memperingati kemangkatan beliau)..hari Selasa masuk office,ptg tu dapat panggilan kursus last minute,kena ganti orang..Kursus Asas Adobe Photoshop di JKNJ, JB..kursus selama 2 hari,memang berbaloi2 kursus ni..sebelum ni me belaja PS ni secara tak formal je..ni dpt belajar secara formal mmg puas hati..kat bwh ni beberapa esemen yang diberi

esemen masukkan pic dalam frame

esemen wat banner


esemen wat poster pesta buku

esemen wat backdrop majlis

esemen wat poster filem
pic : anak2 buah side Encik Abah



Update 3
Sejak 3 minggu lepas my SIL1 ada kat rumah MIL dgn anak2nya sekali..beliau tgh cuti sem n husbandnya plak kursus di Bangkok..anaknya yang bongsu baru berumur 4 bulan..sangat comel,bambam! Senang dijaga, peramah n senang ketawa n tersengih bila di agah..x banyak ragam n x selalu menangis..me selalu tolong jaga n main2 dgn baby ni..kadang2 me culik dia bwk masuk dalam bilik..hehe.. minggu depan diorg nak balik KL dah..me rasa mcm kehilangan..dah takde baby nak main2 lagi..tetiba rasa sedih..sampaikan me ckp kat Encik Abah "kita beli je la A**** tu...." huhu...rasa mcm x sabar sgt nak ada baby sendiri.. Ya Allah....

itu sahaja cerita minggu lepas..sekian!


Friday, 6 December 2013

Rutin 2014

Assalamualaikum..

Tahun 2014, kakitangan awam di negeri Johor akan bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, sama mcm kat Kelantan,Terengganu n Kedah..

Apa yg me suka pasal ni adalah...



Hari Khamis balik awal!! :)

Untuk PJJ macam kami ni,ini adalah satu berita baik.. balik kerja awal dan terus gerak balik JB..sampai JB awal.. dan dapat jumpa yang tersayang awal :)

Thursday, 5 December 2013

PCOS dan keguguran rambut

Assalamualaikum..


PCOS adalah punca keguguran rambut!!

Me mmg ada masalah keguguran rambut,seingat me sejak lepas SPM masalah ni start..pastu stop jap..sejak kebelakangan ni masalah ni kembali menghantui hidup n fikiran me! huhu.. Puas fikir apalah punca masalah ni, n mcm2 produk rambut me cuba,terbaru Loreal yang hitam pink tu..tapi masih gugur lagi terutama masa shampoo n masa rambut basah,mmg senang sgt rambut tu gugur..sedih je rasa...rambut pun dah makin nipis, n paling stress bila rambut bersepah2 kat lantai...grrrr!!

Rupa-rupanya rambut gugur sebab PCOS..hmm patut lahhh...

Memang kebanyakan wanita yang ada PCOS akan ada masalah ni,korang termasuk ke?? Bila kita menghidapi PCOS, hormon kita mmg tak balance, hormon androgen dan testosterone tinggi..hormon testosterone ni patutnya hormon lelaki,wanita ada gak,tapi level yang rendah la...bila hormon ni tinggi dalam badan wanita yang PCOS, dia akan beri kesan pada folikel rambut..akan menyebabkan keguguran rambut dan akan menghentikan proses pertumbuhan rambut baru,jadi rambut makin susah nak tumbuh...bila rambut gugur,pastu susah nak tumbuh balik,maka makin nipis laaa rambut tu..keadaan ni dipanggil androgenic alopecia...

Cara mengatasi? Sama je mcm cara nak atasi simptom PCOS yang lain..proper diet,proper exercise, rehat yang cukup dan kawal stress anda! hehe..

Utk diet yang betul, makan banyak sayuran hijau ( I am allergic to that,makan je kembang tekak,mcm mana??), pengambilan lemak yang sihat, dan pengambilan protein dan karbohidrat yang seimbang... 

Exercise pulak adalah utk mengurangkan paras testosterone dalam badan, bila testosterone kurang, simptom PCOS pun kurang,termasuklah masalah keguguran rambut...

Kawal stress anda, hormon stress iaitu cortisol yang tinggi hanya akan menambah simptom PCOS..tarikkk nafasss...hembussss...tarikkkkk..hembussss...fuh!

Makan dan tidur yang cukup. Tidur dipengaruhi oleh dua hormon iaitu melatonin dan serotonin...jika hormon2 ni terganggu disebabkan kurang tido,hormon2 lain pun akan terganggu sama..makan plak,makan secara regular..untuk mengelakkan tahap insulin turun naik..

Dari segi penjagaan rambut, elakkan dari mengikat rambut terlalu kuat atau tinggi. Elakkan dari produk2 rambut yang terlalu banyak bahan kimia yang akan merosakkan minyak semulajadi pada kulit kepala..boleh cuba minyak jojoba utk menggalakkan pertumbuhan rambut..

Jika kita berdisiplin utk mengawal PCOS, insyaAllah rambut yang lebat dan sihat akan kembali...

sumber : sini

Wednesday, 4 December 2013

pengalaman mangsa banjir

Assalamualaikum..

I am mangsa banjir! huhu..

Dalam Johor,Mersing daerah paling teruk banjir kali ni..n Alhamdulillah, me dapat pengalaman menjadi mangsa banjir..ni kira pengalaman kedua la,pengalaman pertama masa di rumah my mak di Segamat,tahun 2009 kalo x silap..

Actually hujan lebat dari hari Isnin lagi..pagi Isnin tu siap ada puting beliung melanda hospital, banyak bumbung yang tertanggal n bangunan dimasuki air..Isnin malam pukul 11 malam air dah mula naik memenuhi kawasan jalan depan rumah..hujan dah berhenti,tapi air laut dah start air pasang..sebab tu air sungai melimpah..esok pagi air makin naik..kul 10 pagi kitorg keluar dari rumah naik Hilux jiran depan..kereta tinggal sebab mmg takleh redah air, mujur air banjir tak masuk area dlm rumah n area letak kereta..pergi daftar nama kat pusat penempatan banjir..Ya Allah ramainya orang..jadi kami decide taknak tinggal di pusat,kami pergi ke hospital n minta tumpang asrama jururawat (nasib baik semua housemate staf hospital).. petang tu kami patah balik ke rumah,sebab tgk air dah surut cket..nak bawak keluar kereta takut air makin tinggi..tawakal je redah banjir dgn kereta..

kawasan depan rumah

Malam tadi keluar beli barang keperluan, balik lalu tepi pantai..tgk paras air dah nak sampai jalan raya, ombak kuat..bergulung2..seram tgk..malam tadi katanya air pasang besar..risau je kalau kawasan hospital pun tenggelam..sebab hospital mmg betul2 tepi pantai..huhu..

Pagi ni Alhamdulillah hujan mcm dah reda,tapi langit masih mendung..tak tahu lah kawasan rumah mcm mana..takde berita lg..walaupun mangsa banjir,tp tetap kena pergi kerja..walau cuma pakai t-shirt n track suit..huhu..dah nama pun mangsa banjir kan..

p/s : tak baik merungut, nanti ada orang benci!

Monday, 2 December 2013

Birthday Encik Abah

Assalamualaikum..

Semalam,1hb adalah birthday Encik Abah yang ke 27, (ye,me adalah lebih berusia lebih 18 hari berbanding beliau,walaupun me nampak jauh lebih muda drpd beliau..hehehe)

Takde apa2 celebration pun..memasing bermalas-malasan kat rumah je..dr pg bawa ke ptg asyik bertangguh nak keluar..last2 kul 3 ptg baru gerak..takde hadiah pun utk beliau, cuma semalam me bawa ke tailor fav beliau,me tempahkan sepasang baju coat utknya..sebab hari tu,masa sesi ambil gambar guru2 beliau meluahkan perasaan pd me, beliau jeles tgk rakan2nya nampak smart dgn coat masing2, sdgkan beliau hanya pakai jaket biasa je..so apa lah salahnya me keluarkan sedikit bajet utk menggembirakan hati orang yang paling me sayang (dpt bonus baru bayar..hihihi) sekarang takde bajet mekkk...pastu kami g makan,n beliau pun menghantar me ke Terminal Larkin utk me balik ke Mersing...

Encik Abah kata,pagi2 mak dia dah wish birthday..dengan ucapan semoga tahun depan dapat anak.... Amin...semoga doa maknya tu dimakbulkan..

Minggu lepas me ke HSA,JB ada COE (mcm CME laa..utk org2 yang kerja hospital tau la ni)..bincang mengenai pergerakan staf..sekarang ni,ada dalam waiting list 3 orang U41 nak masuk ke JB,n me orang ke 3..sepatutnya ada sorg staf U41 kat JB dpt naik U44,kalo dia accept maksudnya akan ada satu kekosongan la U41 tu, n orang 1st dalam waiting list tu akan masuk,menjadikan waiting list tinggal 2..tapi yang dpt U44 tu tak accept,sebab post tu kat Ipoh..makanya,takde la pergerakan staf..n me yang giliran ke 3 ni makin gelaplah harapan nak cepat transfer..hmmm :(

Kdg2 me ckp kat Encik Abah,supaya beliau yang minta transfer ke Mersing lepas habis master nanti..tapi kami dah beli rumah di JB,syg pulak nak dibiarkan mcm tu je..haishhh...dilema betul...sampai bila lah nak duduk asing2 mcm ni...kdg2 rasa mcm nak resign je, n cari keje lain kat JB...tapi syg plak keje gov ni...hmm..