Assalamualaikum..
Masa admit demam hari tu doc tgk my Hb level rendah.. less then 10..doc suggest untuk wat talasemia test.me setuju je..
Lepas seminggu dtg follow up...keputusannya
Me disahkan Beta-Thalassemia (minor)
Actually me mmg dr dlu lagi Hb low..masa sekolah dulu doc diagnos anemia jek..me pernah jugak makan iron tablet tp xde kesan..kawan2 pun selalu tegur muka me selalu pucat..
Sebelum ni me baca Thalasemia ada 2 jenis, pembawa dan penghidap..tapi bila me tanye doc, doc kata pendapat tu salah..semua pesakit yang ada thalasemia adalah penghidap, bezanya minor atau major shj..bg penghidap minor penyakit tak menunjukkan dirinya,penghidap cuma mengalami anemia shj..tapi bagi penghidap major,penyakit mmg terus menunjukkan diri drpd bayi lagi..pesakit perlu sentiasa menjalani transfusi darah kerana pesakit mmg sangat2 kurang darah merah.
Thalasemia minor tidak ada rawatan..seumur hidup pesakit akan mengalami Hb yang rendah,tapi badan pesakit dah biasa dengan keadaan tu,dan itu adalah normal bg pesakit thalasemia minor. Doc x galakkan ambil iron tablet kerana punca utama kurang Hb bukanlah kekurangan zat besi,tetapi kilang darah merah sendiri yang tak mampu menghasilkan Hb yang tinggi. Jika ambil iron tablet,pun tidak memberi kesan, kerana iron akan dikumuhkan terus dan tidak digunakan,malah akan menyebabkan badan berlebihan zat besi..jadi doc suggest natural diet shj..makan banyak sayuran hijau dan susu..daripada pembacaan me B complex juga boleh membantu untuk tenaga, dan Vit E sebagai antioksidan yang melindungi sel darah merah drpd cepat rosak.
Thalasemia minor boleh mewariskan penyakit pada anak, dan jika suami pun ada Thalasemia minor, peratus anak untuk menghidap thalasemia major adalah lebih tinggi..jadi doc suggest untuk suami juga menjalani ujian darah untuk mengesan thalasemia...
Me juga tanya pada doc, adakah thalasemia ni punca me sukar untuk conceive, doc kata tak ada kaitan langsung..lega sikit dgr jawapan doc tu..bila me cerita pd kawan ofis me, dia ni ex TTC 4 tahun..dia kata dia pun ada thalasemia minor, doc detect masa dia pregnant sbb Hb sangat rendah..dia kata takyah risau..xde ape2 pun..cuma mungkin masa pregnant nt cepat letih..
So skrg dah ada 2 diagnosis dalam badan me...PCOS dan Thalasemia minor..alhamdulillah ujian yang boleh me hadapi lagi...