Friday 6 September 2013

yeay!!

Assalamualaikum..

Yeay!! Office dah ada internet..hehehe...
Lepas 6 bulan duduk di tempat baru ni,hari barulah dpt online dari PC dalam office ni..kalo tak guna Ipad jek,x puas nak wat entry...3G dlm bilik kat office ni pun slow..ssh nak blogwalking...tp kini tidak lagi..haha..awal2 lagi hari tu dah mintak internet kat bahagian pengurusan, tp diorg kata x cukup tapak..ape ntah..so xleh dpt internet..tp hari tu masuk meeting ketua-ketua unit,try mintak internet dgn pengarah..Alhamdulillah hari ni org IT dtg sambungkan internet..

Sempena dah ada internet ni..kita bolehlaa attach gambar ye dak..haha..Nak tunjuk satu gmbar ni...

taraaaa..


Cantik tak kak ton?? haha...
Semalam ada jamuan hari raya hospital..setiap unit kena ada gerai masing2 beserta juadah yang telah ditetapkan..so my unit gabung dgn 3 unit..menu yg kami sediakan Nasi Impit, Ketupat Palas, Kuah Kacang n Rendang..pastu ada sorg staf ni sponsor Nasi Beriyani.. dah kena masak2 tu, ada pulak pertandingan gerai tercantik..me n sorg lagi kwn baik dari unit lain bertungkus lumus siapkan hiasan deco2 ni..nama gerai Warung Warisan Ibunda..dari pagi smpai ke petang duduk melipat2 kertas A4 tu nak jadikan bunga kipas2..tak cukup kertas keluar lagi g beli..hehe..seronok jugak buat hiasan deco2 ni..puas hati bila tgk dah siap jadi cantik mcm ni (choiii..puji diri sendiri..haha) 

Dah siap deco2 ni ptg tu kitorg tolak la benda ni ke gerai..memasing tgk je..ramai yg nak amik gambar..sampaikan ada sorg staf tu kata 'aku bg ko duit,ko simpan balik benda ni..supaya tak menang' haha..malam ramai tetamu dtg,pun sibuk nak amik gmbar gerai kitorg..hehe.. bila dah start jamuan je,tak smpai 15minit habis licin semua lauk..tinggal Nasi Impit je siket..huhu..laku betul..dah nak habis majlis tu, diumumkan pemenang gerai terhebat..Alhamdulillah gerai kitorg menang!! yeay lagi!! puas hati rasanya..penat lelah sume..huhu..bangga jap sbb ni my idea (padahal tiru idea org lain kat FB..haha)

So lepas ni kalau u all nak buat deco2 bolehla curi idea ni yek! hihi..

1 comment:

  1. Umi Sufi...terima kasih atas nasihat yang diberi dalam entri Yani tempohari..syukran!

    ReplyDelete