Thursday, 25 October 2012

TTC update

Assalamualaikum Sufi..
Hari ni Umi nak cerita ttg apa usaha yang Umi dah buat untuk dapatkan Sufi..

Ok, Umi nikah pada 13hb Mac 2011. Masa mula-mula tu mcm x kisah sangat tentang zuriat ni..orang kata mcm relaks la dulu kan,kalau ada rezeki adalah..masa tu mmg redha jek..lagipun masa tu Umi & Abah menetap di Borneo. So Umi fikir kalau anak Umi lahir kat Borneo,dapat IC Borneo..xbest..Umi nak anak Umi nanti IC Johor..sebab Umi & Abah mmg pure Johor *Proud to be Johorian ek..ek...ek..*

Tapi lepas 3 bulan nikah tu (Jun),kawan Umi yang nikah pd tarikh yang sama dah disahkan pregnant..masa tu Umi relaks lagi..yelah baru 3 bulan kan..masih awal kot..tp dalam ms yang sama Umi dah mula rasa teringin nak ada zuriat sendiri..

3 bulan..4 bulan..5 bulan sampailah bulan ke 10 (Jan 2012) pernikahan kami, masih belum ada tanda-tanda yang kami bakal dapat zuriat..lebih2 lagi Abah dapat posting kat Johor pada bulan ke 10..Umi jadi stress..dah la period cycle pun jadi panjang..asyik lewat 2 3 minggu je..

So bila dah genap setahun kami bernikah, Umi nekad nak g cek dengan pakar..disebabkan Umi kerja dengan Hospital Kerajaan,maka Umi cek dekat tempat kerja je lah..masa nak mintak surat refer dari Medical Officer kat Staff Clinic tu punyalah susah..diorg kata awal lagi, baru setahun, pakar memang xkan layan,lagipun suami duduk jauh..tapi Umi insist nak cek jugak,kalau tak, takkan nak tunggu sampai bertahun-tahun baru nak cek..

Umi cakap kat diorg, period cycle sy tak betul..sy nak cek kenapa,apa masalah, apa yang tak normal..

Akhirnya diorg bagi gak surat refer kat OnG..ambik appointment April 2012 baru dapat..

April tu Umi dtg la klinik OnG tu, jumpa Medical Officer biasa je dulu..tanya mcm2,pastu dia suruh amik darah dan buat HSG. Umi amik darah je. HSG tak buat lagi sebab Abah kata xyah buat dulu. Tunggu result darah 2 minggu. Lepas dapat result darah tu..Doktor Pakar kata hormon Umi tak balance..so mungkin x ovulate..masa dengar tu Umi xtau la apa perasaan Umi..tapi Umi yakin masalah ni boleh selesai..doktor bagi makan Clomid..dan suruh dtg balik pd hari ke 12 period,sebab nak tgk ada ovulate ke tak..kalau ovulate doktor suruh bersama suami (Timed SI)..HAAA...yg ni masalah sebab Abah duduk kat Johor..nak jumpa hari ke 12 yang Abah ada dengan Umi tu mmg susah la kan..tp Umi amik jugak Clomid tu..apa yang Umi ingat doktor tu kata 'sy tgk awak ni xde masalah la, mungkin boleh berjaya dengan Clomid je'. Umi pun senang la dia cakap mcm tu..

Dalam bulan Mei 2012, ada kawan Umi TTC gak, dia cerita die jumpa doktor n doktor kata dia ada ovarian cyst..besar dalam 6cm and need operation to remove the cyst... Umi dengar Umi jadi takut pulak..sebab masa jumpa doktor hari tu, xde buat apa2 scan..so tak tau ada cyst ke tak..

Umi ajak Abah g klinik swasta..minta doktor tu buat scan semata-mata nak tgk ada cyst ke tak..tapi bila jumpa doktor tu, dia bagus..dia tanya mcm2 gak, kaunseling sikit2, and lepas tu baru buat TVS..scan melalui vagina..so keputusannya ada dermoid cyst kat ovari Umi, tapi kecik je..dalam 2cm..and doktor kata benda tu takde kaitan dengan infertility..so doktor suh continue je amik Clomid.

Bulan Julai 2012, Umi transfer Johor..minta surat refer dari hospital lama nak sambung treatment kat Hospital Johor pulak..mintak appointment kat Johor bulan Disember 2012 baru ada..punyalah lama nak tunggu...

Sekarang ni Umi try makan Clomid je la..dah 2 cycle..1st bulan Ogos, failed.. 2nd bulan September pun failed..bila failed bulan Ogos tu Umi ok lagi sebab baru start treatment kan..tapi bila September pun failed..mmg Umi frust sgt2..sapa2 yang TTC tu je tau mcm mana rasa frust bila period dtg..

Oktober ni tak tau la nak amik Clomid lagi ke tak..esok 3rd day..kalau nak amik, kena start amik esok la...rs mcm nak stop Clomid jap..tp mcm nak amik gak..ntah la..kwn2 TTC lain syor mcm mana??

Sufi cepat datang ye sayang, we love you...

No comments:

Post a Comment