Thursday 19 March 2015

Update Kisah Anak Angkat

Assalamualaikum..
 
Entri luahan hati..
 
Actually anak angkat kami tu dah duduk di rumah kami sejak Jumaat lepas,kira2 dah 6 hari..tapi semalam dah hantar balik semula ke rumahnya sendiri,Ahad nanti ambil semula
 
2 hari pertama dia kat rumah,everything was okay..masuk hari ke 3,me tak tahulah perasaan jahat apa yang menghasut me ni,me rasa cemburu,cemburu yang teramat sangat sebab perhatian Encik Abah dah terbahagi dua..skrg cuti sekolah,me kerja, so Encik Abah menghabiskan masa berdua je dgn anak angkat tu..samada di rumah, ke sekolah atau ke UTM..berdua je..me jadi cemburu..walaupun anak tu lelaki..tp me cemburu mcm anak tu bini baru Encik Abah..
 
Me jadi cemburu bila setiap malam Encik Abah akan ke biliknya untuk ajar homeworknya, me cemburu bila tgk mereka bergurau senda ketawa sama2, me jadi cemburu bila masa makan dgn selamba anak tu berkongsi makanan dgn Encik Abah, me cemburu bila mereka selfie sama2..me cemburu sbb me kena berkongsi... 
 
Ntah la ye, mungkin sebab sebelum ni hanya kami berdua, secara tiba-tiba muncul lagi seorang antara kami, yang ambil space n perhatian Encik Abah untuk me...yes, me tau, perasaan itu salah,tapi me tetap rasa mcm tu..n me xleh anggap dia mcm anak angkat pun,sbb dia dah besar,15tahun, lelaki...dah sama tinggi Encik Abah,mcm mana nak anggap dia anak?
 
Byk kali juga me luahkan perasaan protes tu, tapi Encik Abah kata buat apa cemburu, me tetap isteri dia, n anak itu anak/adik angkat je..cuma nak menumpang kasih sayang,sambil2 pembimbing masa belajar..Encik Abah pun kdg2 pening sbb rasa mcm ada 2org bini...n of course bini pertama ni asik nak mengamuk je...huhuhu...n Encik Abah kata kami masih belum sesuai nak ambil anak angkat sebenar kalau me ada perasaan cemburu mcm ni..
 
T_T
 
Me tak suka perasaan ni...sangat2 tak suka..
 
Mungkin perlu masa untuk adaptasi dengan ini semua...

1 comment:

  1. me, i guess that is why Allah jadikan 'mengandung' as a process in having a baby. i mean, bila kita mengandung, dalam masa 9 bulan tu, kita bersedia mental fizikal dgn kehadiran org baru. And bila baby lahir, dia helpless, and dia perlukan kita. In ur case, perhaps sebab mcm yg me kata, anak tu dah besar. so, bonding time tu tak de.

    Why not me join them in their activity. include urself. bonding with him, in ways that is allowed by syarak. give urself some time... mengandung pun 9 bulan me... so, take ur time :-)

    ReplyDelete