Saturday, 28 March 2015

Umrah 2015

Assalamualaikum..
 
InsyaAllah me n suami akan berangkat menunaikan ibadat Umrah pada 30hb Mac 2015,doakan kami selamat pergi dan pulang.

Thursday, 19 March 2015

Update Kisah Anak Angkat

Assalamualaikum..
 
Entri luahan hati..
 
Actually anak angkat kami tu dah duduk di rumah kami sejak Jumaat lepas,kira2 dah 6 hari..tapi semalam dah hantar balik semula ke rumahnya sendiri,Ahad nanti ambil semula
 
2 hari pertama dia kat rumah,everything was okay..masuk hari ke 3,me tak tahulah perasaan jahat apa yang menghasut me ni,me rasa cemburu,cemburu yang teramat sangat sebab perhatian Encik Abah dah terbahagi dua..skrg cuti sekolah,me kerja, so Encik Abah menghabiskan masa berdua je dgn anak angkat tu..samada di rumah, ke sekolah atau ke UTM..berdua je..me jadi cemburu..walaupun anak tu lelaki..tp me cemburu mcm anak tu bini baru Encik Abah..
 
Me jadi cemburu bila setiap malam Encik Abah akan ke biliknya untuk ajar homeworknya, me cemburu bila tgk mereka bergurau senda ketawa sama2, me jadi cemburu bila masa makan dgn selamba anak tu berkongsi makanan dgn Encik Abah, me cemburu bila mereka selfie sama2..me cemburu sbb me kena berkongsi... 
 
Ntah la ye, mungkin sebab sebelum ni hanya kami berdua, secara tiba-tiba muncul lagi seorang antara kami, yang ambil space n perhatian Encik Abah untuk me...yes, me tau, perasaan itu salah,tapi me tetap rasa mcm tu..n me xleh anggap dia mcm anak angkat pun,sbb dia dah besar,15tahun, lelaki...dah sama tinggi Encik Abah,mcm mana nak anggap dia anak?
 
Byk kali juga me luahkan perasaan protes tu, tapi Encik Abah kata buat apa cemburu, me tetap isteri dia, n anak itu anak/adik angkat je..cuma nak menumpang kasih sayang,sambil2 pembimbing masa belajar..Encik Abah pun kdg2 pening sbb rasa mcm ada 2org bini...n of course bini pertama ni asik nak mengamuk je...huhuhu...n Encik Abah kata kami masih belum sesuai nak ambil anak angkat sebenar kalau me ada perasaan cemburu mcm ni..
 
T_T
 
Me tak suka perasaan ni...sangat2 tak suka..
 
Mungkin perlu masa untuk adaptasi dengan ini semua...

Wednesday, 11 March 2015

Anak Angkat Kami

Assalamulaikum..
 
Kami dah ada anak angkat :)
 
Atau lebih sesuai me panggil adik angkat
 
Lelaki,umur 15tahun,dah besar kan? Namanya Din.

Actually Din ni student Encik Abah sejak dia Form 1,now dah Form 3..anak yatim sejak usia 7 tahun, maknya kerja Cleaner kat Hospital Swasta, ada akak sorg (lain ayah sama mak). 
 
Pada pandangan Encik Abah, Din ni budak baik, tapi ada sikit malas..jenis yg boleh maju lg kalau diberi perhatian penuh,sbb tu Encik Abah decide nak bela dia je, sesekali Encik Abah nak bwk dia balik rumah, senang nak ajak belajar sama. Faktor tambahan, Din ni jenis jaga solat. Tu yg buat Encik Abah rasa senang dgn dia.Masa Encik Abah bg cadangan tu, me mcm berbelah bagi jugak, tp me kata ikut la mana yg baik.

Semalam lepas habis kerja, kami bawak Din g Popular, belikan buku2 ulangkaji, n bawak g makan-makan.Kemudian kami hantar dia balik rumah. Malam tu akak Din wassap dgn Encik Abah, katanya Din gembira sgt bercerita dgnnya n mamanya sbb cikgu belikan dia buku2 ulangkaji. Menurut akak Din, Din ni kurang kasih sayang,sebab mamanya sibuk cari rezeki,akaknya pun sama,jadi dia mcm rasa tak disayangi. Bila Encik Abah layan dia baik,dia rasa bersemangat cket nak belajar..terharu pulak me dgr.

Pastu me ckp dgn Encik Abah, jom cari anak angkat yang masih kecik pulak, yang boleh me pegang n peluk2..yg ni dah besar sgt,lelaki pulak tu. Encik Abah senyum je..

Mungkinkah dah tiba masa untuk kami pertimbangkan persoalan itu secara serius?

Thursday, 5 March 2015

Kisah Rakan : Hodgkin Lymphoma

Assalamualaikum..
 
Seorang sahabat semasa me di Mersing, asal Kelantan, seorang Juru Xray,umur 30tahun..ujian untuknya terlalu hebat,tapi me tau dia seorang yang sangat tabah..dulu, masa di Mersing kami selalu berkongsi rasa, berkongsi masalah..dia lah tempat me meluahkan perasaan bila kecewa, bila diuji berkaitan hal TTC...tapi kini me rasa malu dan tak sampai hati nak meluahkan masalah TTC pd dia, sbb dia baru shj didiagnos mempunyai Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 2.. T_T
 
Ujian buatnya mmg hebat..masa anak 1st dia TTC 3 tahun, skrg anaknya tu dah 5 tahun lebih,dan dia masih TTC untuk anak kedua. Beberapa tahun lepas, suaminya dibuang kerja kerana difitnah orang atasan dan masih belum mendapat pekerjaan hingga kini,hanya dia seorang yang menyara keluarga. Dalam pada menghadapi kesusahan tu, dia ambil seorang anak angkat perempuan dan dipelihara mcm anak kandung sndr. Anak angkat tu skrg dah 2 tahun.Tahun lepas dia pregnant, tapi diuji lagi bila kandungannya tak tahan,keguguran di usia kandungan sekitar 5 hingga 6 minggu.. Kemudian diuji pula dengan masalah di tempat kerja (sikap rakan sepejabat) yang sentiasa menjadikan dia mangsa keadaan. Dan sekarang, ujian paling hebat untuknya bila dia disahkan kanser..
 
Sedih bila mengenangkan kisah hidupnya. Sekarang dia dah balik Kelantan. Di Mersing tak ada sesiapa boleh tgk2kan anak2nya dan suami semasa dia menjalani rawatan kemo. Jadi kami dan keluarganya mencadangkan mereka sekeluarga balik ke Kelantan je,buat rawatan kat HUSM..at least kat sana ada mak ayah dia boleh tgk2kan anak..Ahd ni 1st kemo dia..smg dia diberi kekuatan menghadapi saat2 sukar ni..