Thursday, 7 August 2014

Pengganti diri

Assalamualaikum..
 
Dua hari lepas, pegawai pengganti dah lapor diri kat sini..maknanya InsyaAllah dalam seminggu dua ni me akan dpt surat pertukaran ke Johor Bahru..
 
Alhamdulillah..bakal menamatkan zaman PJJ yang dah hampir 3 tahun..setahun di Kuching,6 bulan di Kluang dan 1tahun 6 bulan di Mersing..syg sebenarnya nak meninggalkan kawan2 di Mersing ni..kat sini kawan2 semua perantau2..org luar dr Mersing n most of them are TTCian!! Pasti akan merindui mereka..
 
Di JB plak nanti,insyaAllah bertugas di HSA..mmg dapat dibayangkan kesibukan di sana..pesakit yg ramai sgt2..n tak tau la..masih ada masakah untuk mencoret di sini...masih ada masakah untuk berjalan2 di blog kwn2 semua..mungkin ada..singgah tanpa meninggalkan jejak :)
 
InsyaAllah juga,akan bermula TTC secara serius..belum survey lagi klinik mana..tp akan diusahakan..
 
Tak sabar nak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sepanjang hari ^.^

Sunday, 3 August 2014

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..
 
Salam Aidilfitri utk semua,Maaf zahir dan batin.. baru berkesempatan,hehe..
 
Cerita raya kali ni,biasa2 je..raya pertama hingga raya ke 3 beraya di rumah my family, di Segamat..malam raya ke 3 hingga raya ke 6 beraya di rumah sndiri bersama family in law,di JB..dan hari ni raya ke 7,start masuk ofis di Mersing :)
Raya di JB mmg meriah,anak buah Encik Abah 8 org semuanya ada..3 org masih baby..dah mcm taska rasanya,haha..pinjam2 baby org,buat bergambar raya..harap2 tahun dpan bergambar dgn baby sndr..amin..
 
Cerita puasa lepas pula,Alhamdulillah..buang satu hari je iaitu pd hari pertama puasa,cd8..di minggu akhir puasa mula cramping,dan akhirnya cik P dtg pd 1 Syawal,itupun dah malam..cycle 35hari..without any ubat..
 
Cerita TTC, takde progress..n raya kali ni Alhamdulillah langsung tak ditembak dgn soalan bocor di hari raya..langsung tak ada sorg pun tanya,ntah,diorg dah penat agaknya..baguslah..ada kwn Encik Abah dtg beraya, belum setahun berkahwin..dgr cerita kami baru pulang dr umrah,terus bertanya buah zuriat..ada lagi 5 6 biji,kami beri dia 3..serbuk debungan kurma pun ada lagi sebotol..terus beri pd dia..me tanya Encik Abah,takde tinggal kita punya ke? Encik Abah kata,xyah la..bukan kita makan pun,hihi..
 
itu sahaja cerita raya saya :p
 
Salam 7 Syawal
 
ikhlas,
Umisufi