Tuesday, 22 July 2014

Aidilfitri yang hambar

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah, kita telah melalui 23hari Ramadhan, hanya lagi 6 atau 7 hari saja lg Ramadhan akan meninggalkan kita..insyaAllah Aidilfitri pula menjelang..
 
Baju raya untuk me n baju melayu untuk Encik Abah kami dah tempah awal-awal..cuma tudung/shawl, t-shirt Encik Abah n kasut je belum berbeli..ntah,takde perasaan nak membeli pun tahun ni,mgkin pakai saja mana yang dah ada..beraya ala kadar je...
 
Hati mmg rasa hambar sejak awal Ramadhan hari tu..mcm mana nak rasa meriahnya menyambut Aidilfitri sedangkan setiap hari dalam Newsfeed FB kita dihidangkan dgn cerita-cerita kekejaman Israel terhadap saudara kita di Palestin...setiap kali buka mata terus teringat keadaan mereka di sana..kini keadaan semakin teruk katanya, seluruh Gaza sedang diserang..melihat ibu bapa kehilangan anak, melihat isteri kehilangan suami..kehilangan ahli keluarga,bukan seorang dua..tp berpuluh2 hingga beratus2 orang..kuasa dunia menutup mata,seolah2 tak nampak apa yang berlaku..Ya Allah...dimanakan sifat kemanusiaan mereka..
 
Kalau Ramadan sebelum ni, doa zuriat adalah doa utama, yg dititipkan setiap kali solat, tapi skrg nak berdoa untuk mendapat zuriat sndr pun rasa mcm pentingkan diri..betapa kecilnya ujian untuk aku,sdgkan ujian untuk mereka lebih hebat..doa pada kemenangan tentera Islam lebih utama skrg..doa hancurkan tentera Israel lebih utama..dan paling utama,mohon keampunan dari Allah sebab aku tak mampu berbuat apa2.... T_T
 
Dalam kesedihan mengenangkan saudara kita di Gaza, sekali lagi dunia dikejutkan dgn nahas MH17..luka MH370 masih belum sembuh, tp sekali lg hati kita ditoreh, dengan lebih dalam.."all dead"..kata-kata dari pemberita yg cukup untuk menghancurkan hati kita semua..apatah lagi hati ahli keluarga dan teman rapat mangsa nahas..
 
Ramadhan kali ni..Ramadhan yg penuh ujian..bukan untuk mangsa yang terlibat sahaja, tetapi untuk kita semua..ujian untuk melihat samada kita peduli atau tidak..

Sunday, 20 July 2014

Sedih!!

Assalamualaikum..

Mangsa perang di Gaza...

Mangsa nahas pesawat MH17 di Ukraine...

Mereka manusia tak berdosa

Menjadi mangsa keadaan kepada manusia 'binatang' yang pentingkan kuasa dunia

Manusia 'binatang' yang jahil tak tahu bahawa kuasa dunia tak kemana..

Lupa mereka juga akan mati, jahil tak tahu ada kuasa lain atas segala kuasa di dunia..

Jahil, tak tahu Allah itu ada..

Sungguh, mereka itu BINATANG!!

#prayforgaza
#prayforMH17

Al-fatihah...

Wednesday, 9 July 2014

Umrah 2014 : Umrah Wajib

Assalamualaikum..
 
Lama tergendala entri umrah ni...sedikit sibuk,sorry..

(**sepanjang entri umrah,me hanya akan menggunakan imej dari google shj kerana me tak membawa camera sepanjang berada di sana**) 

Semakin menghampiri Kota Mekah,hati me semakin berdebar-debar..tak tahu la kenapa..mata mengantuk mcm nak lelap,tp tak boleh..akhirnya kami sampai di hotel..Hotel Saraya Iman,lebih kurang 200m dari dataran Masjidil Haram..sampai hotel,makan malam dan bersiap...
 
Oh..me terlupa dlm entri lepas..kami berniat ihram di Bir Ali..jemaah lelaki semua dah lengkap berpakaian ihram..mmg dugaan sbb keadaan bas yg panas, Encik Abah kata habis lencun kain ihram dgn peluh..
 
Lepas bersiap,kami berkumpul di lobi hotel..jam lebih kurang pukul 11 malam waktu tempatan..tapi kota Mekah mmg tak pernah sunyi..sentiasa ramai manusia..kami bergerak menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah..perjalanan ke masjid agak mencabar berbanding semasa di Madihah, sebab melalui jalan raya yg sibuk dan keadaan jalan yg berbukit..
 
Sampai di masjid,kami masuk melalui pintu nombor 1..ustaz bawa ke satu sudut, sama2 kami sujud syukur..sebab menjadi insan terpilih, terpilih untuk menjadi tetamu Allah..sedar diri,walaupun masih terlalu byk dosa..tp Allah tetap pilih...masa ni Kaabah dah nampak,tp tak sepenuhnya..kemudian kami bergerak ke depan lagi..barulah nampak Kaabah di depan mata...Subhanallah.. (rindunya nak berada depan Kaabah T_T )
 
Kemudian kami memulakan tawaf..Allah..sayu hati..sampai pusingan ke tujuh,mmg me khaskan doa untuk zuriat..mmg me minta sgt2 pada Allah..selesai tawaf, solat Sunat di belakang makam Nabi Ibrahim, kemudian minum air zam-zam dan berkumpul di satu tempat untuk menunaikan sa'ei..
 
Masa sa'ei MIL dah tak larat nak jalan..jadi kami terpaksa sewa wheelchair..50riyal..Encik Abah yang menolak..bagi me sa'ei mmg menduga..terasa jauhnya antara Safar dan Marwah..dua kali rehat n me sempat terlelap masa rehat..dalam keadaan sejuk dan selesa pun terasa penatnya..tak terbayang keadaan Siti Hajar berlari-lari..dgn keadaan panas..Alhamdulillah sa'ei kami habis sebelum jam 4 pagi..selesai sa'ei kami bertahalul dan menunggu waktu Subuh..Alhamdulillah selesai umrah wajib kami,kemudian pulang ke hotel,sarapan dan tidur.. (kepenatan sbb melalui hari yang panjang)
 
bersambung..