Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Wednesday, 9 September 2015

Kelapa ditebuk tupai

Assalamualaikum..

Seumur hidup me, 1st time tgk kelapa ditebuk tupai..




Ini la ghupenyer..

Saturday, 8 August 2015

Masih syawal kan?

Assalamualaikum..
 
Masih dalam Syawal,jadi rasanya belum terlambat untuk me mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin kpd kwn2 blog semua...masih mood raya kan? Open house masih di sana sini sampai kembung2 perut sumbat makanan...haha..
 
Raya kali ni,raya kali ke 5 sebagai suami isteri..Alhamdulillah soalan maut boleh dikatakan hampir zero..good! Mood raya sepanjang masa tanpa ada mulut2 kepochi yang mengguris hati,err tp sbenarnya dah aim, mmg elakkan jumpa makcik2 mulut kepochi tu..bahaha..lebih baik elak terus dr buat dosa kering lepas salam kosong2 kan?
 
ok,jumpa lagi (bila taktau...bzzzz...)

Tuesday, 19 May 2015

Kembali

Assalamualaikum..
 
Lama me tak bersiaran >_< hampir terlupa bagaimana mahu bercerita di sini..
 
Alhamdulillah, me n Encik Abah selamat menunaikan umrah dan selamat kembali ke tanah air pada errr...jap tgk kalendar....................9 April 2015..ok sebulan lebih yang lepas..maknanya sebulan lebih dah tak bersiaran, sedih bila tgk trafik merudum jatuh..huhu
 
Selain bz dgn urusan kerja, wifi di rumah juga bermasalah..hampir 3 minggu selepas report baru TM dtg bg modem baru,itupun setelah dijerkah berjam2 oleh Encik Abah..
 
Banyak yg ingin dikongsi,mmg sebelum umrah pun byk cerita yang pending,inikan pula selepas pulang.. Alhamdulillah,umrah kali ni berjalan lancar, n rasa lebih bermakna berbanding umrah yang lepas..
 
Ingat lagi tentang anak angkat me? Dia masih bersama kami, walapun sebelum ni me susah nak terima dia,tapi Alhamdulillah selepas dua tiga minggu pulang dr umrah,me dah boleh terima dgn hati terbuka,itupun selepas banyak episod air mata, episod merajuk n bertengkar dengan Encik Abah..dan mcm2 lagi...skrg me gembira dgn title baru me sebagai "ibu" pd anak bujang usia 15tahun :)

Thursday, 8 January 2015

Bila Suami Nampak Sweet

Assalamualaikum..
 
Pernah tak rasa mcm "alahaaaiiii...sweetnya suami aku ni..."
Buat hati kita rasa berbunga-bunga...terharu...jatuh sayang n jatuh cinta lebih lagi kat suami...
 
Bila?
Bukan bila suami bagi bunga besar...bukan bila suami buat surprise bagi hadiah mahal..bukan bila suami belanja makan hotel mewah...bukan...
 
Tapi,suami akan nampak sweeeettttt sangat bila suami buat perkara-perkara yang sangat simple..
 
Me akan rasa Encik Abah sweet sangat bila
 
Encik Abah tolong kemas cadar waktu pagi
Encik Abah tolong buangkan sampah
Encik Abah tolong kemaskan n lap meja lepas makan
Encik Abah tolong kupaskan buah bila me nak makan buah
Encik Abah tolong susunkan baju yang dah dilipat dalam almari
Encik Abah tolong refill botol air dalam bilik
Encik Abah tolong bukakkan penutup botol yang ketat tanpa merungut
Encik Abah tolong charge kan handphone setiap kali bateri kong..
Encik Abah tolong cuci tandas setiap minggu
 
Benda-benda yang terlalu simple...tapi hanya lelaki yang "gentleman" je yang buat mcm tu...cukup,tak perlu hadiah mahal-mahal.
 
true! credit

Saturday, 27 December 2014

Banjir2014 : Doakan adik saya

Assaalamualaikum..
Banjir di Pantai Timur kali ni mmg betul-betul dahsyat...news feed kat fb sentiasa menunjukkan gambaran di sana...sangat2 sedih n sangat2 risau..
Adik me yang bongsu skrg tgh praktikal kat salah sebuah ladang di Daerah Machang..last dpt contact adik sy dua hari lepas (25hb Dec).. katanya dah tiga kali pindah sbb rumah yg mereka pindah tu pun turut dilanda banjir..n rumah ketiga yang mereka tumpang tu pun air dah memenuhi laman rumah..lepas tu terus x dapat hubungi..risaunya hati me...
Kawan-kawan,tlg doakan adik me dan rakan-rakan selamat... n sama-sama kita doakan banjir di Pantai Timur cepat surut...

Update :

Alhamdulillah adik sy dah hubung saya mlm tadi (27hb Dec), itu pun menggunakan wassap (Wifi tuan rumah yang ditumpang) sbb line telefon masih tak boleh digunakan..

Dr pengalaman dia,4 kali pindah..rumah pertama banjir mencecah ke lampu jalan, pindah rumah jiran atas bukit, juga masih banjir..pindah rumah banglo 2 tingkat, pun dinaiki air...akhirnya pindah kampung sebelah, masih juga banjir,tapi setakat dihalaman rumah shj...pindah menaiki bot bomba, melalui celah2 kabel elektrik..dah mcm laut katanya...

Rumah nenek rakannya hanyut, melanggar rumah lain, menyebabkan rumah tu pun runtuh..kesian..motosikal yang ditinggalkan pun xtau ape cerita...

Bila tanya ada makanan tak..dia kata makan setakat apa yang ada..telur, maggi n sardin...itupun sudah syukur...

Thursday, 11 December 2014

Air mata ibu

Assalamualaikum..
 
Hari ni me jumpa seorang pesakit..auntie India umur dalam 70an..dua-dua mata dah tak berapa nampak..me panggil dia masuk bilik,nampak dia seorang sahaja...dgn mata x berapa nampak,bjalan perlahan-lahan..
 
Me : Auntie,sorang saja ke?
 
Auntie : Iyalah..sorang saja..anak-anak semua tak guna! (dgn suara sebak)
 
Me : Anak-anak mana? Auntie tinggal sama anak ke?
 
Auntie : Anak semua kerja,x mahu ambil cuti.. (terus menangis....)
 
Me : (Speechless jap) sudah la Auntie,xmau nangis lagi..
 
sambil terus sambung periksa Auntie tu..
 
Sebak me dengar..anak ada ramai pun x semua bole bantu bila mak ayah dah tua..kesian Auntie,dah x kuat jalan..dah x berapa nampak..pergi hospital sorg2..
 
Sebenarnya ramai je pesakit yg mcm ni me jumpa..org tua dibiarkan sorang, x faham ape2 pun psl penyakitnya..apa salahnya anak temankan, boleh bincang dgn doktor ttg penyakit mak n ayah..baru dpt buat management dgn baik, n outcome pun baik..
 
Pernah sekali ada Auntie Cina, bila tanya kenapa anak x datang..beliau jawab "itu menantu xde suka sama saya, dia suruh sy pergi C (mati)" terkejut saya dengar...
 
Nauzubillah,minta dijauhkan dr jd mcm anak-anak mcm ni...
 
google image
 

Sunday, 3 August 2014

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..
 
Salam Aidilfitri utk semua,Maaf zahir dan batin.. baru berkesempatan,hehe..
 
Cerita raya kali ni,biasa2 je..raya pertama hingga raya ke 3 beraya di rumah my family, di Segamat..malam raya ke 3 hingga raya ke 6 beraya di rumah sndiri bersama family in law,di JB..dan hari ni raya ke 7,start masuk ofis di Mersing :)
Raya di JB mmg meriah,anak buah Encik Abah 8 org semuanya ada..3 org masih baby..dah mcm taska rasanya,haha..pinjam2 baby org,buat bergambar raya..harap2 tahun dpan bergambar dgn baby sndr..amin..
 
Cerita puasa lepas pula,Alhamdulillah..buang satu hari je iaitu pd hari pertama puasa,cd8..di minggu akhir puasa mula cramping,dan akhirnya cik P dtg pd 1 Syawal,itupun dah malam..cycle 35hari..without any ubat..
 
Cerita TTC, takde progress..n raya kali ni Alhamdulillah langsung tak ditembak dgn soalan bocor di hari raya..langsung tak ada sorg pun tanya,ntah,diorg dah penat agaknya..baguslah..ada kwn Encik Abah dtg beraya, belum setahun berkahwin..dgr cerita kami baru pulang dr umrah,terus bertanya buah zuriat..ada lagi 5 6 biji,kami beri dia 3..serbuk debungan kurma pun ada lagi sebotol..terus beri pd dia..me tanya Encik Abah,takde tinggal kita punya ke? Encik Abah kata,xyah la..bukan kita makan pun,hihi..
 
itu sahaja cerita raya saya :p
 
Salam 7 Syawal
 
ikhlas,
Umisufi 
 
 

Tuesday, 22 July 2014

Aidilfitri yang hambar

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah, kita telah melalui 23hari Ramadhan, hanya lagi 6 atau 7 hari saja lg Ramadhan akan meninggalkan kita..insyaAllah Aidilfitri pula menjelang..
 
Baju raya untuk me n baju melayu untuk Encik Abah kami dah tempah awal-awal..cuma tudung/shawl, t-shirt Encik Abah n kasut je belum berbeli..ntah,takde perasaan nak membeli pun tahun ni,mgkin pakai saja mana yang dah ada..beraya ala kadar je...
 
Hati mmg rasa hambar sejak awal Ramadhan hari tu..mcm mana nak rasa meriahnya menyambut Aidilfitri sedangkan setiap hari dalam Newsfeed FB kita dihidangkan dgn cerita-cerita kekejaman Israel terhadap saudara kita di Palestin...setiap kali buka mata terus teringat keadaan mereka di sana..kini keadaan semakin teruk katanya, seluruh Gaza sedang diserang..melihat ibu bapa kehilangan anak, melihat isteri kehilangan suami..kehilangan ahli keluarga,bukan seorang dua..tp berpuluh2 hingga beratus2 orang..kuasa dunia menutup mata,seolah2 tak nampak apa yang berlaku..Ya Allah...dimanakan sifat kemanusiaan mereka..
 
Kalau Ramadan sebelum ni, doa zuriat adalah doa utama, yg dititipkan setiap kali solat, tapi skrg nak berdoa untuk mendapat zuriat sndr pun rasa mcm pentingkan diri..betapa kecilnya ujian untuk aku,sdgkan ujian untuk mereka lebih hebat..doa pada kemenangan tentera Islam lebih utama skrg..doa hancurkan tentera Israel lebih utama..dan paling utama,mohon keampunan dari Allah sebab aku tak mampu berbuat apa2.... T_T
 
Dalam kesedihan mengenangkan saudara kita di Gaza, sekali lagi dunia dikejutkan dgn nahas MH17..luka MH370 masih belum sembuh, tp sekali lg hati kita ditoreh, dengan lebih dalam.."all dead"..kata-kata dari pemberita yg cukup untuk menghancurkan hati kita semua..apatah lagi hati ahli keluarga dan teman rapat mangsa nahas..
 
Ramadhan kali ni..Ramadhan yg penuh ujian..bukan untuk mangsa yang terlibat sahaja, tetapi untuk kita semua..ujian untuk melihat samada kita peduli atau tidak..

Sunday, 20 July 2014

Sedih!!

Assalamualaikum..

Mangsa perang di Gaza...

Mangsa nahas pesawat MH17 di Ukraine...

Mereka manusia tak berdosa

Menjadi mangsa keadaan kepada manusia 'binatang' yang pentingkan kuasa dunia

Manusia 'binatang' yang jahil tak tahu bahawa kuasa dunia tak kemana..

Lupa mereka juga akan mati, jahil tak tahu ada kuasa lain atas segala kuasa di dunia..

Jahil, tak tahu Allah itu ada..

Sungguh, mereka itu BINATANG!!

#prayforgaza
#prayforMH17

Al-fatihah...

Monday, 30 June 2014

Jom berpesta!!

Assalamualaikum..
 
Jom berpesta!! Pesta apa? Pesta ibadat la..bulan ni org berpusu-pusu ke masjid,mcm ada pesta kat masjid..hehe
 
Alhamdulillah..sampai kita di bulan Ramadhan ni..
 
Tahun ni excited lain mcm bila nak sambut Ramadhan..mgkin penangan balik umrah..rasa tak sabar sangat nak pergi Solat Terawih beramai-ramai.. :)
 
Actually semalam me tak pose!! Hahaha..kantoi di situ..
 
Cik P muncul seminggu yang lepas..sehari sebelum puasa cd7..drpd tgh hari sampai petang mcm dah suci..me pun mandi la dgn tersenyum2..sbb tak sabar nak g terawih ni.. selamat g terawih balik umah tgk aiishhhh...ada lg la plak...kecewa sungguh tak dapat sambut 1st Ramadhan..tp takpelah..nak buat mcm mana..sampai esoknya masih ada lagi..Pagi tadi baru mandi..Alhamdulillah tak keluar lg..
 
Dikesempatan ni me nak ucap Selamat Berpuasa kpd semua kwn2 TTC alam maya ni..minta ampun dan maaf kalau ada salah silap dalam membuat entri mahupun meng'komen' entri u all..semoga kalian semua dapat menjalani ibadat puasa dan ibadat2 lain dalam bulan Ramadhan ni dgn mudah..insyaAllah..
 
 

Thursday, 24 October 2013

mcm baru kahwin :)

Assalamualaikum..

Nak bgtahu,semalam petang hujan..x g joging lagi..tapi g mkn roti canai n teh ais! sedap..haha..

Mlm td seperti biasa,bergayut dgn Encik Abah,maklumlaa org PJJ kan..Encik Abah kata rindu..hehe..sabar ye..Encik Abah kata "kita dah 2 tahun lebih kahwin,tp rasa mcm baru je kahwin kan"..huhu..me iyekan aje..sbb me pun rasa mcm tu..dah 2 tahun 7 bulan usia perkahwinan,tp still rasa mcm pengantin baru..huhu..mana taknya..jumpa seminggu sekali je..kalo dikira hari kami bersama berdua x sampai 2 tahun pun..pastu g mana2 berdua je,g jalan,g taman,g shopping..g rumah saudara mara....sampai ada sekali tu,SIL tegur, "korg ni berkepit je berdua kan..." haha..jeles lettew! 

Me bahagia bila berdua dgn Encik Abah,walaupun duduk jauh,tp selalu telefon n msg..mmg rasa mcm org bercinta..hehe..tp bila gaduh rs geram je,tp Encik Abah x pandai gaduh lama2..biasa dia akan mengalah n x pndang serius pun gaduh tu..biasa la kan..Alhamdulillah sangat dgn kebahagiaan ini.. me percaya,ramai kwn2 TTC pun sama mcm me..kita dianugerahkan dgn suami yang paling baik utk kita kan..

Tapi semalam me ada terbaca kat paper, rujuk sini..si suami ni belasah si isteri sebab disuruh buat ujian SFA..hmm sampai kena belasah si isteri tu,kasihan kan..tapi dlm paper tu bgtau yg si isteri ni pun tuduh si suami mandul,sbb tu kena belasah..agaknya suami dia rasa tercabar la bila dituduh mcm tu..n suami tu pun buat laporan polis sbb isteri tendang kereta dia sampai kemek..pendapat me la..kalo dua2 sama2 bertoleransi xkan jadi mcm ni..bincang elok2 kan boleh..n kalo rasa cinta n syg sesama sndr tu masih ada,perkara mcm ni xkan berlaku..Nauzubillah! Semoga kita xkan alami perkara mcm ni...

*Al-Fatihah pada mangsa rompakan bank semalam..


Wednesday, 23 October 2013

musim Tengku Jo

Assalamualaikum..

Sekarang ni musim hujan,petang je hujan,petang je hujan..lebat pulak tu..jadinya,plan nak joging selalu je cancel..huhu..bila dah semangat nak start joging ada je halangan..hehe.. (padahal bila hujan suka gila,ada alasan tamau g joging,hihi)

Bila dah hujan tu,biasanya plan balik rumah nak wat poco-poco ke,tarian zumba mcm Yani share tu ke..tapi kan...tapi kan...erm...erm...bila dah sampai rumah kan..x jadi lah! Baring2 lepak2 lagi best..haha..tarian Zumba tu belum berkesempatan nak tgk lagi...kalo poco2 dlu me selalu gak wat kat rumah,tp dah lama tak buat..ntah ingat step ke tak..belajar poco2 pun masa g induksi..dah masuk hari ke 3 baru dpt tangkap step dia..

Hmm..petang ni xtau la jadi ke tak joging,cuaca pagi ni mcm mendung jek..tp mmg dah standby baju n kasut joging dlm kereta..hospital tmpat me keje ni tepi pantai je..kalo nak g joging balik keje salin baju terus g joging..kat Mersing ni best, boleh pilih nak joging tepi pantai ke nak joging naik tangga ke,atau nak joging kawasan berbukit..semua dekat2 dgn hospital..pilih je..yang penting semangat!

Thursday, 17 October 2013

simple tips for happier life

Assalamualaikum..

Sometimes kita rasa annoyed dgn people on facebook kan..especially newly wed, mommy-to-be, newly mommy yg asyik up status atau minah poyo yg amik gmbr selfie pastu keluarkan ayat2 berunsurkan keagamaan untuk memikat lelaki2 ala2 ustaz fb..huh! Yang asyik dok post pic n status yg...hmm.. "who cares??"

Being TTCian,lagi lah..its ok kalo people nak announce that "I am pregnant"  or "I am a mother now" on fb, tp kalo asyik post about ur pregnancy or ur baby,org akan meluat ok..mcm kau sorg pregnant n mcm kau sorg ada baby..

Bila diorg post mcm tu,mula lah hati kita ni nak bersangka buruk, nak rasa menyampah n mcm2 negatif feeling kan..sdgkan kita je yg rasa down mcm tu,dia rs seronok n bahagia je..

Kita takleh stop org utk post benda2 mcm tu, itu kebahagiaan mereka, diorg nak share..itu hak mereka..so apa yg kita boleh buat?

Deactivate FB?
Jangan!!! Jangan sesekali deactivate account anda..anda akan nampak sangat loser! Org akan bertambah pndang rendah pd anda, dan anggap hidup anda sgt tertekan..



Unfriend rkn anda tu?
Salah satu pilihan yg popular..
"nyampah aku tgk post ko ni,unfriend la.."
its ok kalo org yg post tu bukan teman rapat kita,mgkin kwn lama yg dah lama tak contact..dia xkan perasan pun kita unfriend dia,n kalo perasan pun dia tak peduli..
tapi kalo org yg post tu kwn2 rapat,satu office,satu kolej yg sntiasa keep in touch, sepupu atau jiran...msti diorg perasan yg u all dah unfriend dia kan..so tindakan ni pun x bagus...

Hide status dia?
Ye, ini yg me lakukan selama ni..hehe..
Kalau ade je my kwn2 yg asyik update status poyo mereka, me akan hide mereka..maksudnya setiap post mereka takkan keluar kat news feed kita..sgt aman dan tenteram..diorg pun tak perasan kita hide dia tu..huhu..kita boleh berhubung dgn dia mcm biasa, n kalau nak tau perkembangan dia,just g kat timeline dia je la..hehe..

dah beberapa org friend yg me hide, antaranya yg perasan cantik n asyik post pic menggoda walaupun bertudung, yg asyik post pasal husband n anak, yg asyik post pic anak dgn background rumah yg bersepah (sgt meluat!), yg asyik update pasal her pregnancy,her morning sickness n food craving..dgn cara ni me boleh elakkan aura2 negatif masuk dlm diri..

Selamat mencuba!


Monday, 16 September 2013

Curve Collection

Assalamualaikum :)

Rakan-rakan sekalian dijemput untuk untuk like my new page


Terdapat pelbagai koleksi blouse, peplum, tshirt, tudung dan inner utk dipilih

Harga berpatutan, dan ada yang lebih rendah daripada harga yang dicadangkan oleh pengedar

Untuk rakan-rakan TTC juga terdapat diskaun khas :)

Jom like beramai-ramai

Thursday, 12 September 2013

selalulah sebut2..

Assalamualaikum..

Hari ni keluar cket dari topik TTC..kita sembang2 rambang je yek..kononnya hari ni plan nak start menulis utk my research,tp bila bukak pubmed,cr2 jurnal..haishh..pening kepala den membaca..so kita rehat jap..

Orang kata, selalulah sebut2 perkara yang baik..sbb apa yg kita sebut tu adalah doa jugak kan..kalo kita asyik sebut perkara baik, perkara baiklah yg berlaku..dan sebaliknya..

Dulu me x berapa percaya jugak..tp it happen to me!

Contoh terbesar our future rumah,InsyaAllah..kitorg beli rumah kat area rumah MIL..so hari2 la lalu kat tapak construction tu..masa tu baru siap fasa 1,fasa 2 dlm construction lagi..kalo lalu je selalu tgk2 rumah tu n berangan2 nak beli kat situ..rumah Cluster,cantik..tp kitorg rasa rumah tu mahal harganya..mcm tak mampu je..tp selalu berangan.. Encik Abah pun selalu sebut kalo lalu situ..ayat selalu dia ckp

"nanti kalau ada org tanya rumah En N kat mana? kita ckp la masuk Taman Pulai Indah,lepas post guard belok kanan, akan jumpa rumah cluster..rumah sy yg dalam tu lah..."

Me pun gelak2 je..n me pun sambung lagi..

"ha ah,nanti kalo org tanya rumah Pn S kat mana, kita ckp la rumah cluster kat Pulai Indah tu"

n kitorg sama2 gelak n berangan..hehe..mmg tak jangka yg kitorg berjaya beli rumah cluster tu..tapi Alhamdulillah..hujung tahun lepas jalan2 kat Angsana, developer tu bukak booth kat situ..so kitorg tgk2 n survey harga..mmg mahal..400k..rs mcm x lepas je nak buat loan ni..tp try jugak..n Alhamdulillah,loan approved..kami beli fasa 3..mmg rezeki kami,sbb tinggal sebijik je rumah yg belum dijual..

Rumah yang kami beli ni ada 6 bilik..bila teringat balik,dulu sebelum kahwin,me pernah sebut me nak rumah yg ada 6 bilik..ms tu sebut2 je..rupa-rupanya Allah dengar..dan makbulkan sebut2 me tu...Alhamdulillah..maka sebut2 lah apa yg kita nak..

Contoh kedua..ms zaman single dulu..me pernah sebut2 dgn my fren, yg me kalo boleh nak cr lelaki yang betul2 tinggi, badan besar n muka matured..sebab me ni tinggi n muka nampak matured cket..so me nak lelaki mcm tu supaya me sentiasa nampak kecik n muda...hehe..ms tu x kenal Encik Abah pun lagi...n Alhamdulillah Allah dengar me sebut2 tu..Encik Abah lagi tinggi dari me,badan besar n muka matured..so skrg me akan sntiasa nampak kecik n muda bila disebelah Encik Abah...hehe..maka sebut2 lah apa yang kita nak..

Skrg ni pun me n Encik Abah selalu sebut2 n berangan2..byk yg Encik Abah sebut2..contoh..

"nanti tahun depan orang tanya mana En N n isteri pg lama tak nmpak..kita jawab kita g umrah"

"nanti tahun depan anak kita dah lahir,kena mcm ni.... kena mcm tu...."

"nanti lagi 3 4 tahun, abg dah naik pangkat keje kat jabatan..."

"sebelum umur 40tahun, abg kena ada PhD...."

"abis tu nanti,abg nak g belajar kat oversea ayg kena la amik cuti ikut suami kan..."

"kena la beli kereta besar nanti,abis anak je dah ramai..."

n mcm2 lagi..

semoga apa yg kami sebut2 ni Allah dgr..

n kwn2 juga, selalulah sebut2 apa yg kita nak..kerana Allah Maha Mendengar..

Friday, 6 September 2013

yeay!!

Assalamualaikum..

Yeay!! Office dah ada internet..hehehe...
Lepas 6 bulan duduk di tempat baru ni,hari barulah dpt online dari PC dalam office ni..kalo tak guna Ipad jek,x puas nak wat entry...3G dlm bilik kat office ni pun slow..ssh nak blogwalking...tp kini tidak lagi..haha..awal2 lagi hari tu dah mintak internet kat bahagian pengurusan, tp diorg kata x cukup tapak..ape ntah..so xleh dpt internet..tp hari tu masuk meeting ketua-ketua unit,try mintak internet dgn pengarah..Alhamdulillah hari ni org IT dtg sambungkan internet..

Sempena dah ada internet ni..kita bolehlaa attach gambar ye dak..haha..Nak tunjuk satu gmbar ni...

taraaaa..


Cantik tak kak ton?? haha...
Semalam ada jamuan hari raya hospital..setiap unit kena ada gerai masing2 beserta juadah yang telah ditetapkan..so my unit gabung dgn 3 unit..menu yg kami sediakan Nasi Impit, Ketupat Palas, Kuah Kacang n Rendang..pastu ada sorg staf ni sponsor Nasi Beriyani.. dah kena masak2 tu, ada pulak pertandingan gerai tercantik..me n sorg lagi kwn baik dari unit lain bertungkus lumus siapkan hiasan deco2 ni..nama gerai Warung Warisan Ibunda..dari pagi smpai ke petang duduk melipat2 kertas A4 tu nak jadikan bunga kipas2..tak cukup kertas keluar lagi g beli..hehe..seronok jugak buat hiasan deco2 ni..puas hati bila tgk dah siap jadi cantik mcm ni (choiii..puji diri sendiri..haha) 

Dah siap deco2 ni ptg tu kitorg tolak la benda ni ke gerai..memasing tgk je..ramai yg nak amik gambar..sampaikan ada sorg staf tu kata 'aku bg ko duit,ko simpan balik benda ni..supaya tak menang' haha..malam ramai tetamu dtg,pun sibuk nak amik gmbar gerai kitorg..hehe.. bila dah start jamuan je,tak smpai 15minit habis licin semua lauk..tinggal Nasi Impit je siket..huhu..laku betul..dah nak habis majlis tu, diumumkan pemenang gerai terhebat..Alhamdulillah gerai kitorg menang!! yeay lagi!! puas hati rasanya..penat lelah sume..huhu..bangga jap sbb ni my idea (padahal tiru idea org lain kat FB..haha)

So lepas ni kalau u all nak buat deco2 bolehla curi idea ni yek! hihi..

Monday, 26 August 2013

selamat hari isnin!

Assalamualaikum...

Ujian Allah bagi lain-lain,
Rezeki Allah bagi juga lain-lain,
Jangan terlalu sedih dengan ujian,
Jangan terlalu riak dengan rezeki,
Sebab semuanya dtg dari Allah,
pemilik kita semua...

Selamat hari Isnin!

Monday, 29 July 2013

perubahan kuantiti makanan

Assalamualaikum..

Sejak ambik metformin ni me susah sgt nak habiskan makanan..nasi sesenduk belum tentu habis..makan dua tiga suap dah kenyang..mmg x larat nak suap   dlm mulut lagi,tekak dah tak boleh terima..

Me ingat lagi dulu, ms zaman2 belajar kat kolej n kat universiti..me mmg makan nasi baaanyyyaakkkk sangat2..setiap hari wajib makan nasi 2 kali, tengah hari n ptg atau malam..biasa kalo akak kat cafe tu letak nasi,me mmg akan suh dia tambah lagi..sbb rasa mcm x cukup..sampai menimbun nasi dlm pinggan..kalo makan ptg or mlm pulak, nasi goreng satu polistren tu mmg boleh habis..mlm2 nt kang lapar lagi..makan roti ke biskut ke..maggie ke..huhu..sampaikan ada kawan me ckp "aku rs dlm badan ko ni ada jin la" sebabnya me makan byk tp badan keding jek..berat around 48kg..

Zaman dah kerja pun sama..pg2 makan ns lemak, tgh hr nasi putih n ptg pun wajib nasi jugak..Zaman kerja ni makan nasi bungkus je..mmg satu polistren penuh tu boleh habis..masa ni berat dah naik sikit..dalam 52kg..

Bila dah kahwin kurg cket la makan..mungkin sebab duduk srwk n makanan sana tak menepati cita rasa sgt..selalu masak je..bwk bekal n makan kat rumah..tp nasi tetap tak boleh tinggal..wajib gak 2 kali sehari..berat dalam 55kg..bila dah transfer johor duduk ngan MIL selera bertambah balik..berat naik jadi 60kg..

Start jumpa DR Isa kena mrh sbb berat badan bertambah..n diagnosed having PCOS.. dia suh diet n makan metformin..dia kata metformin ni boleh kurangkan selera makan..me start kurangkan pengambilan nasi..mula2 mmg susah..menggigil2 lapar..hehe..yelah,kita biasa makan nasi..tetiba takde nasi kan..tp me x terus stop nasi..me kurangkan dulu..sekali mkn dlm 2 sudu je ke..

Skrg ni dah hampir 6 bulan amik metformin..makan nasi mmg x lalu..kdg2 dlm sehari makan roti n kuih2 je..buah2..kalo makan nasi tu dlm seminggu ada la 3 4 kali je..dah PJJ ni duduk rumah bujang lagi la..makan apa yang ada je..kdg2 bila dah rs lemah sgt..try beli nasi goreng..penuh satu polistren dpt,tp dpt telan 2 3 sudu je..dah x mcm dulu lagi...kalo dlu..licinnn...huhu..

Kalo tgk gmbr mknn kat fb..or kwn2 post gmbr mkn2..rs mcm nak termuntah..sbb mmg takde selera lgsung..lagi satu kalo g kfc favorite dulu zinger burger..skrg ni kdg2 teringin beli jugak..tp separuh je habis..dah muak..xleh masuk...

agaknya my perut punya size dah kecik kot :p

oh ye,berat sekarang 54.5kg :)



Sunday, 21 July 2013

i love to read..but now..

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 12 kita berpuasa ye.. Alhamdulillah buat ms skrg ni my puasa masih penuh..currently cd24, kita tgk tahun ni puasa penuh ke tak...hehe..tahun lepas me dpt puasa penuh sbb period lewat 2 minggu..semua family ingat i am pregnant tahun lepas...but me, i know my body well..sbb ms tu my period mmg tintong habis..so kalo lewat 2 minggu tu biasalah..huhu..

bercerita pasal blogwalking...dulu ada a few blog yg me suka baca.. i just love to read their story, their experience, their tips or their merepek meraban..baca for santai2 je..but now..me tgk dah mcm trend pulak bg blogger2 yg me suka baca ni..every story yg diorg share, every tips or experience or just merepek meraban tu,mesti terselit satu poduk yg diorg nak promote..so me baca pun dah jd x best..sbb mcm..errr..u nak share ur story ke or u nak promote that product? ni experience betul ke or experience yg saja2 diadakan untuk mempromosikan produk tu..

contoh..ni contoh je la kan..xde kaitan ngan memana blogger pun.. 

contoh 1 : share about their experience pergi berkelah kat tepi pantai..citer la pantai cantik,bersih,tapi cuaca panas...seb baik dia pakai sunblock jemama xyz..n then ckp u all pun payut try...g la kat xyz punya page n beli la... so yg ni nak citer g pantai ke nak citer pasal jenama xyz..nampak sgt..siap bg link bagai..n few days later..sorg lg blogger pun citer pasal p pantai n produk yg sama..

contoh 2 : citer pasal g pasar ngan mak..lantai licin..seb baik pakai selipar brand abc..kalo x sure dah jatuh..then terus citer pasal selipar tu..mana citer g pasar td?huhu...

boring ar...nak baca pun tak best..

boleh kalo nak promote ape2 produk pun,tpnya xkan la setiap entry ada produk yg terselit..dah mcm page iklan dah..

hmm..ni opinion sy je la..mgkin ada yg tak setuju..its ok..

Thursday, 18 July 2013

menyelami perasaan Dayana

Assalamulaikum..

Terkejut bila tgk paper metro hari ni, muka depan mengisahkan si ashraf muslim telah selamat bernikah kali kedua di Thailand..

Meletakkan diri dalam diri Dayana,sebagai seorang isteri yang masih belum mampu memberikan zuriat..sy turut berasa sedih..tapi jika itu takdirnya..hati terpaksa redha..

Tapi, bila meletakkan diri dalam diri Dayana,sebagai seorang isteri, yang dikhianati..dimadukan tanpa diberitahu,di tipu dengan mengatakan ke Bangkok atas tujuan perniagaan,hanya diberitahu apabila intenary penerbangan dijumpai..Ya Allah sy rs itu paling sukar untuk diterima..

Mana-mana isteri pun,jika ditipu begitu mesti rs sakit hati...tapi sy tgk Dayana tetap tabah,tetap menghormati Ashraf sbg seorang suami..tetap berjalan berpimpin tangan, n tetap mahu pulang bersama ashraf..walaupun bapanya sendiri mengajak dia pulang..tabahnya hatimu Dayana...