Friday, 14 November 2014

TTC : Me n PCOS

Assalamualaikum...
 
Diam tak diam,dah hampir dua tahun perkataan PCOS stuck in my head..PCOS PCOS PCOS!! 
 
Me diagnosed PCOS sejak awal 2012..skrg dah nak masuk 2015..sepanjang hampir 2 tahun ni,mmg dah boleh relate kan problem kat dr sndr mmg bpunca dr PCOS..tp me jenis mild je..x byk pun simptom PCOS yg ada pd dr me..
 
Antara simptom PCOS:
 
1.Menstrual problem,
Yup,mmg itulah punca yg menyebabkan me tahu me ada PCOS..sebab utama me g klinik masa awal2 2012 dlu adalah sbb Cik P tak muncul-muncul selama 2 bulan..stress mak!! G klinik,doc wat TVS..tgk2 kat ovari ade gugusan anggur ovum yg tak matang..so sah PCOS!! Nangis makkk!! My period mmg dr dlu lg tak regular..cycle panjang, 35-40days...ada kala mencecah 60days T_T ... tapi ade je org yg mmg cycle panjang,anak dah berderet..rezeki memasing kan..
 
2.Hair loss on the scalp and hair growth on the face,chest, back,stomach,thumbs or toe (hirsutism)
Hair loss!! Yes,my big2 problem since school..me pernah cerita kat sini .. memula dlu mmg pelik la npe la rambut byk sgt gugur ni..tukar mcm2 shampoo pun sama je..then bila study about PCOS baru la tau, rupanya related..
Tapi Alhamdulillah hirsutism tu x jadi plak pd me..kulit muka ok je,x berbulu ;P
 
3.Acne and oily skin
Alhamdulillah acne tu takde, tp oily skin tu ada sket la..tak teruk sgt,masih under control :)
 
4.Upper body obesity
Pun takde, dr sekolah lagi mmg me selalu ditanya "kenapa kau kurus sgt ni" makan banyak mana pun kurus keding jugak..tp sejak kahwin ni ade naik cket la..xla keding je mcm dlu..hehe..
 
5.Not ovulating and repeat miscarriages
Not ovulating tu x pasti plak..tp menurut doc,punca cycle panjang tu sbb kita tak ovulate la..repeat miscarriages tak pernah lagi sbb mmg belum pernah pregnant,harap2 tak berlaku la bila dah pregnant nanti..amin..
 
6.Depression and mood swing
Depression tak pulak..tp mood swing tu iye..kronik sgt terutama masa baru-baru kawen dlu..asyik nak marah, nak merajuk, nak berangin...nasib baik la Encik Abah penyabar..skrg bile da tau punca, da bole control..masukkan dlm kepala ni semua salah PCOS,bukan salah sendiri n org lain..lebih byk bersabar n fikir rasional..so merajuk tu akan reda..lama-lama takde dah merajuk2 berangin2 ni..sesekali tu normal la kan >.<
 
7.Breathing problem (obstructive sleep apnea) 
Atau berdengkur, atau org Johor panggil bersendor!! Haha..ok,me ni orgnye jenis sopan2 je..tp bile tdo sopannya tu terus hilang sbb berdengkur tak hingat..huhu..tak sangka plak masalah ni berkaitan PCOS..sebelum ni baca dengkuran sbb penat..tapi masih tak berapa faham kenapa PCOS bole sbbkan dengkuran, atau dengkuran yg sebabkan PCOS? nanti me study balik ye 
 
Sumber : sini
 

Thanks for reading ;)
  

Wednesday, 12 November 2014

28 tahun yang disyukuri

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah,12 November 2014..genap usia me 28tahun..
 
Terima kasih Allah,atas nikmat hidup yang telah dipinjamkan selama 28tahun ini..
 
Mata ini, masih mampu melihat kebesaranMu
Mulut ini, masih mampu bercakap tentangMu
Telinga ini, masih mampu mendengar alunan ayatMu
Hidung ini, masih mampu menyedut udaraMu
Tangan ini, masih mampu bekerja,mencari rezeki dariMu
Kaki ini, masih mampu berjalan di bumi milikMu
Jantung ini, masih berdetak dengan izinMu
Alhamdulillah..
 
Dua Wanita itu,masih dipinjamkan sebagai menjadi ibuku
Dua Lelaki itu,masih dipinjamkan sebagai ayahku
Jejaka itu,masih dipinjamkan sebagai suamiku
Mereka,masih adik beradik dan sahabatku
Rumah itu, masih menjadi tempat berlindungku 
Kereta itu, masih menjadi asbab pergerakanku..
Alhamdulillah..
 
Tiada sebab aku bersedih, tiada sebab aku merajuk..
Hanya kerana satu nikmat yang belum Kau berikan..
 
Terima Kasih Allah  
    
       

Thursday, 6 November 2014

Takde anak itu ujian, ada anak pun ujian

Assalamualaikum..
Sabtu lepas me dan Encik Abah pergi ke satu seminar iaitu Seminar Transformasi Keluarga, Jalan Menuju Jannah yg diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru..mmg rezeki me dpt pergi atas tiket free, sebab ada kwn tak dapat pergi..Encik Abah je perlu beli tiket sendiri..tak mahal pun RM80 je include lunch..ceramah2 mantap daripada ustaz n ustazah hebat..termasuk Ustazah Noor Laila, Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Ebit Lew...

Semua ceramah yg disampaikan memberikan byk info baru n byk nasihat-nasihat yang menyentuh hati kami..tapi ceramah daripada Ustaz Zul Ramli mmg betul-betul memberikan kesan yg dalam pd me sbg seorang TTC..me tak pndai nak susun kata mcm mana isi kandungan ceramah tu..tp setiap kata dari Ustaz menyebabkan me semakin redha atas ujian ini..

Ceramah yang bertajuk "Duhai Ibu Ayah, Pimpin Kami ke Jannah" .. kata ustaz, ANAK BUKAN MILIK IBU BAPA, ANAK MILIK ALLAH!! kita hanya ada satu hubungan tali halus dengan anak..anak cuma dipinjamkan kpd kita agar kita merasa gembira dan tenang dgn kehadiran mereka..anak itu amanah, yang dipertanggungjawabkan kpd kita,yang mana setiap dosa anak itu akan kita tanggung dan akan kita jawab di akhirat kelak..ada satu kisah, dimana seorang lelaki sudah pasti masuk syurga kerana amal solehnya,semua pintu syurga telah terbuka untuknya,bidadari syurga telah menantikan kehadirannya,tetapi sedang dia meniti titian Siratulmustaqim, terdengar satu suara dari jurang api neraka 

"Tahan dia Ya Allah!! Bagaimana Kau boleh biarkan dia masuk syurga seorang diri, sedangkan aku anaknya terhumban ke dalam neraka ini"

Maka lelaki tadi terus dicampakkan ke dalam neraka, hanya kerana dia tak berjaya mendidik anaknya dengan betul semasa di dunia..amal soleh yang dilakukan hanya untuk dirinya sendiri,sedangkan dia tidak mempedulikan amalan anaknya...

Subhanallah!!

Terus me tersedar..anak itu berat amanahnya!! Ye, skrg kita TTC sedang melalui satu ujian, ujian takde anak..sdgkan sebenarnya mempunyai anak itu jauh lebih hebat ujiannya..dari segi sainsnya kita belum ade anak sbb ovum tak matang, rahim terbalik, saluran tersumbat..tapi itu dr segi sainsnya shj..pernah ke terfikir kenapa ALLAH takdirkan ovum kita tak matang, rahim kita terbalik, saluran kita tersumbat?? Ada sebab semua tu, ALLAH tahu,kita tak tahu..

Selama ni me fikir nak ada baby, nak rasa mengandung, nak rasa mendukung baby sendiri,tapi me lupa bahawa baby yg me impikan itu akan membesar menjadi seorang insan yang mana semua dosanya akan dipertanggungjawabkan kepada me! Bersediakan me?? Allah...

Bukan nak menjatuhkan semangat TTC, tapi me rasa me perlu lebih bersyukur menjadi TTC..sekurang-kurangnya sambil berusaha me boleh memperbaiki diri me terlebih dahulu, menyiapkan diri sebelum benar2 bersedia menggalas amanah dari ALLAH itu..insyaAllah..     

Thursday, 23 October 2014

rasa "teringin sangat" tu kembali..

Assalamulaikum..

Since dah duduk serumah sekatil sebantal seperiuk dgn Encik Abah ni..perasaan "teringin sangat" nak anak tu kembali membuak2..lately lebih terasa..sampai pernah suggest kat Encik Abah nak amik anak angkat...tapi bila fikir2 balik takut pulak tak dapat bg komitmen pd anak tu nanti...

Kadang2 rasa terlalu sunyi..terutama weekend..bila nak plan aktiviti weekend tu,terfikir alangkah bagus jika ada anak..byk cket tmpat bole pergi..zoo ke, mandi kolam ke, taman permainan ke..at least shopping sambil tolak stroler...i wish!!
Tapi cepat2 ingtkan balik dr sndiri..perancangan Allah itu lebih baik..mungkin ada sebab kenapa yang dinanti itu belum tiba...



Anak, sungguh..kami menanti kamu!!

Wednesday, 8 October 2014

Kuew tiow goreng request by Encik Abah

Assalamualaikum..

My breakfast today....


Kuew tiow goreng special request by Encik Abah..hihi..

Semalam mcm biasa,tanya Encik Abah nak bawa breakfast apa..biasa mmg me tanya beliau nak makan ape,tp dlm range menu yg me pandai masak la..selalunya mee hoon goreng, mee goreng, nasi goreng..xpun paling simple roti sosej telur..dalam kepala me hr ni nak bwk mee goreng je,sbb tu je stock yg ada kat dapur,tp Encik Abah kata dia sebenarnya x minat sgt mee goreng..jadi,dia request kuew tiow goreng..me da la x pernah masak kuew tiow ni..huhu

Google je resepi..me suke tgk resepi byk2..pastu adjust sendiri..sbb setiap resipi lain2..jd ikut my citarasa nak adjust mcm mana...hasil tolak tambah darab campur,my resipi mcm ni ye...(tetibe blog bertukar jd blog resipi..hihi)

Kuew tiow tambah tolak darab bahagi:

Bahan-bahan:
Sebungkus kuew tiow
Selabu bwg besar, 2 ulas bwg putih, +/- 10 tangkai cili kering (kisar semua bahan)
2 batang fishcake hiris nipis
segenggam udang
2 genggam taugeh (kalau suka bole letak lebih)
sawi (ikut suka)
2 biji telur ayam
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu sos ikan
garam secukup rasa

Cara-cara:
Goreng fishcake terlebih dahulu, asing tepi
Tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing
Masukkan kesemua sos dan kicap, kacau rata
Masukkan udang dan fishcake, kacau lagi
Pecahkan telur dan terus kacau sebati
Adjust rasa dgn garam..kalau kering sgt masukkan air sikit
Masukkan kuew tiow dan gaul rata, masukkan air lagi jika terlalu kering
Masukkan taugeh dan sayur sawi
Rasa, kalau kurang masin tambahkan kicap..
Siap untuk dibawa ke pejabat!!

Senang je kan? hehe..

Monday, 6 October 2014

Fertile window yang sepi

Assalamualaikum..

Salam Aidil Adha..ramai yang masih bercuti ke?

Minggu lepas cd20-cd26 adalah my fertile window..kalo ikut kiraan kat apps la..my cycle skrg kan about 45days..jd waktu subur tu lambat cket dr org normal..

Sejak duduk serumah ni,ini lah kali pertama sepanjang fertile window tu kami tidur sekatil...tapinya..masih tak dpt nak 'berusaha' jugak..sebab sepanjang fertile window tu Encik Abah diserang demam malam,malam je demam, demam je malam..huhu..jadinya sepanjang waktu itu Encik Abah akan tdo pd pukul 9 malam...bila bawa cek,rupanya tonsil bengkak..n pd cd25 (hari yang dijangka ovulate) me pulak diserang demam urat..pukul 1 pagi terbangun,perut rasa panas je, g toilet muntah..esok paginya terus demam urat,sakit bisa satu badan terutama bahagian belakang n belakang paha..petang tu keluar sekejap cari air kelapa, Alhamdulillah malam semakin sihat..me rasa ni 1st time me kena demam urat yang teruk,sebelum ni cket2 je..kali ni mmg tidur sepanjang hari..

cd26 kami berpuasa, mmg tak boleh la nak 'berusaha'..esoknya cd27 Hari Raya Aidiladha..mmg lagi la tak sempat..huhu..

fertile window kali ni mmg me yakin me ovulate,sbb sepanjang cd25 hingga pagi cd27 tu banyak EWCM yang keluar,tapi sayang..terpaksa dibiarkan sepi je..cd27 malam baru sempat bd..tu pun x berapa nak ada mood sgt,mgkin sbb kepenatan di hari raya..

Tawakal saja lah...