Thursday, 2 July 2015

Pengalaman Viralfever

Assalamualaikum..

Me skrg sedang MC..penangan viralfever,1st time in my life me diserang viralfever ni..sampai kena admit dua malam di hospital..viralfever ni mmg tak sama mcm demam biasa..sakitnya luar biasa. Mengikut penerangan drpd doktor, secara mudahnya viralfever ni disebabkan jangkitan virus dalam badan. TAK ADA ubat..jika demam biasa,ia disebabkan jangkitan bakteria,boleh diubati dengan antibiotik,tapi virus ni dia kebal dgn antibiotik..jadi demam akan berpanjangan selama beberapa hari hingga minggu..menahan je la.. 

Kronologi me demam:

Jumaat, 26 June 2015:
Me bangun pagi mcm biasa, bermalas-malasan dulu atas katil..mmg rasa malas sangat pagi tu,tapi takde sakit kepala,sakit tekak or selsema..takde tanda-tanda demam pun.dalam kul 9pagi baru bangun dengan niat nak kemas bilik,ambik duster buang2 habuk sesikit dah rasa penat,badan rasa lesu n sakit2..me pun pelik kenapa malas sangat aku hari ni..rehat jap sambil termengah2..ambik termometer nak check suhu,terkejut tgk suhu 38.2..dalam hati kata mungkin demam urat sebab badan mmg sakit..Encik Abah suruh rehat, nak makan ubat sayangkan puasa..jadi rehat je la..



Malam tu gigihkan diri ikut Encik Abah buka puasa kat luar dengan bebudak pengakap. Lepas berbuka mmg dah tak tahan, badan sakit sangat..g hospital, check darah semua ok. Negative denggi. Doktor bg ubat demam. Malam tu pas makan ubat badan start bpeluh, ok sikit..sakit2 badan pun hilang.

Sabtu, 27 June 2015.
Bangun sahur mcm biasa,makan ubat.Pas Subuh tdo balik..bangun pagi dah rasa segar, sambung kemas rumah yang terbengkalai smlm..tapi pun tak sempat habis,kepala jadi pening balik,badan lemah.. makin tgh hari badan makin panas, tapi tetap cekalkan hati sambung puasa..zuhur tu da start solat duduk sbb badan sakit sgt takleh sujud..bibir kering sangat..petang suhu dah naik jadi 39.8..tinggi sangat kan? tuam2 badan dgn air sejuk bg suhu turun. Buka puasa takde selera makan, makan roti sandwich n bubur lambuk 2 sudu je.Makan ubat,solat n tido..masa tido tu mmg berpeluh2 badan sampai rambut,bantal n tilam basah..suhu pun turun. Tapi kul 2pagi suhu naik mendadak balik. Badan pun start sakit semula (badan hanya akan sakit bila suhu tinggi). Makan ubat ok. 

Ahad, 28 June 2015
Wasap bos n kwn2 klinik,bgtau demam tak larat kerja. Tak dpt nak puasa. Rehat je kat dalam bilik. Yang peliknya sepanjang hari tu,lepas makan ubat demam hilang..tapi lepas 6jam makan ubat,badan start panas balik n sakit2 badan pun dtg balik..every 6hours me rasa mcm tu..me dah mula pelik dah. My MIL suh g hospital semula, takut denggi. Malam tu pas isyak g hospital semula..mmg dah x larat nak jalan,terpaksa pakai wheelchair..cerita ngan doktor masalah semua, doktor suh admit..test drh lagi sekali, negative denggi, jadi doktor punya diagnosis viralfever. 1st time in my life kena tido ward sbg pesakit..huhuhu



Isnin, 29 June 2015
Kul 5pagi lagi nurse dah dtg kejut nak ambik drh. Kul 8pagi plak kena wat chest xray. Doktor bgtau jangkitan virus start dr paru-paru sbb hasil xray nampak mcm ada jangkitan. Sepanjang hari terbaring je kat katil..makan ubat on time,tapi makan nasi mmg takde selera langsung, walaupun perut lapar.Makan tgh hari mampu telan 2 sudu nasi je, malam langsung tak berusik nasi. Makan ayam goreng uncle bob yang Encik Abah beli kat bazar je.tu je mampu telan. 

hanya epal hijau tu je yang mampu ku telan

Selasa,30 June 2015

Kul 5 nurse dtg lg ambik drh. Doktor dtg review bgtau everyting ok, ptg boleh discharge. Encik Abah dtg ambik pas balik sekolah, setlekan insuran..otw balik terasa lapar, singgah drivethru KFC beli Zinger,tapi separuh je mampu telan. Padahal sebelum ni mmg fav tu. Sampai rumah rehat je. Tapi Maghrib tu suhu badan naik balik sampai 39.3..stress rasa sebab demam x kebah2..last2 ckp ngan Encik Abah "lepas smyg Maghrib nanti tolong baca Yasin kat air mineral bg sy minum" (me dah start period) then me makan panadol ngan air yasin tu...tu la last me demam,Alhamdulillah.

Cuma skrg ni badan masih rasa lemah, kepala kdg2 pening..n selera makan mmg belum ada..mungkin ambik masa lagi beberapa hari nak pulih sepenuhnya..

Kesimpulannya me terkena viralfever ni start daripada jangkitan dalam paru2..mmg seminggu sebelum demam tu me dah start batuk2 tapi bukan batuk yang disebabkan sakit tekak,batuk dr dlm dada..tp me wat tak endah je..

Apa-apa pun ni ujian di bulan Ramadhan, menghapus dosa kan...cumanya banyakla nak kena ganti puasa nanti..cuti sebab demam sambung cuti sebab period..huhu

**Doktor kata Hb me rendah,doc suspek me ada talasemia..dah wat ujian talasemia,next week baru dpt tau result..hmm if positive, makin panjang la cerita TTC me kan? please,pray for me frens, thanks 

Tuesday, 23 June 2015

Sekakap, Mersing

Assalamualaikum..
 
Awan di Pantai Sekakap, cantik kan?
Kami,masih berdua..

Tuesday, 2 June 2015

Perit

Assalamualaikum..
 
Belum pun sempat me memulakan perkongsian tentang anak angkat kami, me terpaksa tamatkan cerita.
 
Perit.Pedih.Terkilan.Sakit rasa kehilangan.
 
Walaupun sempat jadi anak angkat kami dalam masa 2 bulan je, tapi terlalu banyak kenangan manis masa bersama.
 
Dia datang tiba-tiba,dia pergi pun tiba-tiba. Terkilan sebab pengakhirannya menyakitkan. Berlaku sedikit konflik antara pihak kami,dan ibu kandungnya sndr. Anak jadi mangsa keadaan. Tidak tahu di mana silap, secara tiba-tiba anak itu langsung berubah,langsung tidak mahu jadi anak kami lagi, atau sebenarnya tidak dibenarkan jadi anak kami lagi..me tak pasti..disuruhnya kami lupakan dia begitu shj, tanpa penjelasan..me n Encik Abah tau, ada sesuatu yang disembunyikan dan dipendam dr hati anak itu..
 
Entah la,walaupun sekadar ibu angkat..walaupun marah dan berkecil hati dgn tindakannya tu, dalam hati me sangat rindu masa kami bersama..dan sentiasa doakan kejayaan dunia akhirat untuk anak itu..akan cuba melupakan,walaupun kenangan tu akan kekal sampai bila-bila.

Tuesday, 19 May 2015

Kembali

Assalamualaikum..
 
Lama me tak bersiaran >_< hampir terlupa bagaimana mahu bercerita di sini..
 
Alhamdulillah, me n Encik Abah selamat menunaikan umrah dan selamat kembali ke tanah air pada errr...jap tgk kalendar....................9 April 2015..ok sebulan lebih yang lepas..maknanya sebulan lebih dah tak bersiaran, sedih bila tgk trafik merudum jatuh..huhu
 
Selain bz dgn urusan kerja, wifi di rumah juga bermasalah..hampir 3 minggu selepas report baru TM dtg bg modem baru,itupun setelah dijerkah berjam2 oleh Encik Abah..
 
Banyak yg ingin dikongsi,mmg sebelum umrah pun byk cerita yang pending,inikan pula selepas pulang.. Alhamdulillah,umrah kali ni berjalan lancar, n rasa lebih bermakna berbanding umrah yang lepas..
 
Ingat lagi tentang anak angkat me? Dia masih bersama kami, walapun sebelum ni me susah nak terima dia,tapi Alhamdulillah selepas dua tiga minggu pulang dr umrah,me dah boleh terima dgn hati terbuka,itupun selepas banyak episod air mata, episod merajuk n bertengkar dengan Encik Abah..dan mcm2 lagi...skrg me gembira dgn title baru me sebagai "ibu" pd anak bujang usia 15tahun :)

Saturday, 28 March 2015

Umrah 2015

Assalamualaikum..
 
InsyaAllah me n suami akan berangkat menunaikan ibadat Umrah pada 30hb Mac 2015,doakan kami selamat pergi dan pulang.

Thursday, 19 March 2015

Update Kisah Anak Angkat

Assalamualaikum..
 
Entri luahan hati..
 
Actually anak angkat kami tu dah duduk di rumah kami sejak Jumaat lepas,kira2 dah 6 hari..tapi semalam dah hantar balik semula ke rumahnya sendiri,Ahad nanti ambil semula
 
2 hari pertama dia kat rumah,everything was okay..masuk hari ke 3,me tak tahulah perasaan jahat apa yang menghasut me ni,me rasa cemburu,cemburu yang teramat sangat sebab perhatian Encik Abah dah terbahagi dua..skrg cuti sekolah,me kerja, so Encik Abah menghabiskan masa berdua je dgn anak angkat tu..samada di rumah, ke sekolah atau ke UTM..berdua je..me jadi cemburu..walaupun anak tu lelaki..tp me cemburu mcm anak tu bini baru Encik Abah..
 
Me jadi cemburu bila setiap malam Encik Abah akan ke biliknya untuk ajar homeworknya, me cemburu bila tgk mereka bergurau senda ketawa sama2, me jadi cemburu bila masa makan dgn selamba anak tu berkongsi makanan dgn Encik Abah, me cemburu bila mereka selfie sama2..me cemburu sbb me kena berkongsi... 
 
Ntah la ye, mungkin sebab sebelum ni hanya kami berdua, secara tiba-tiba muncul lagi seorang antara kami, yang ambil space n perhatian Encik Abah untuk me...yes, me tau, perasaan itu salah,tapi me tetap rasa mcm tu..n me xleh anggap dia mcm anak angkat pun,sbb dia dah besar,15tahun, lelaki...dah sama tinggi Encik Abah,mcm mana nak anggap dia anak?
 
Byk kali juga me luahkan perasaan protes tu, tapi Encik Abah kata buat apa cemburu, me tetap isteri dia, n anak itu anak/adik angkat je..cuma nak menumpang kasih sayang,sambil2 pembimbing masa belajar..Encik Abah pun kdg2 pening sbb rasa mcm ada 2org bini...n of course bini pertama ni asik nak mengamuk je...huhuhu...n Encik Abah kata kami masih belum sesuai nak ambil anak angkat sebenar kalau me ada perasaan cemburu mcm ni..
 
T_T
 
Me tak suka perasaan ni...sangat2 tak suka..
 
Mungkin perlu masa untuk adaptasi dengan ini semua...

Wednesday, 11 March 2015

Anak Angkat Kami

Assalamulaikum..
 
Kami dah ada anak angkat :)
 
Atau lebih sesuai me panggil adik angkat
 
Lelaki,umur 15tahun,dah besar kan? Namanya Din.

Actually Din ni student Encik Abah sejak dia Form 1,now dah Form 3..anak yatim sejak usia 7 tahun, maknya kerja Cleaner kat Hospital Swasta, ada akak sorg (lain ayah sama mak). 
 
Pada pandangan Encik Abah, Din ni budak baik, tapi ada sikit malas..jenis yg boleh maju lg kalau diberi perhatian penuh,sbb tu Encik Abah decide nak bela dia je, sesekali Encik Abah nak bwk dia balik rumah, senang nak ajak belajar sama. Faktor tambahan, Din ni jenis jaga solat. Tu yg buat Encik Abah rasa senang dgn dia.Masa Encik Abah bg cadangan tu, me mcm berbelah bagi jugak, tp me kata ikut la mana yg baik.

Semalam lepas habis kerja, kami bawak Din g Popular, belikan buku2 ulangkaji, n bawak g makan-makan.Kemudian kami hantar dia balik rumah. Malam tu akak Din wassap dgn Encik Abah, katanya Din gembira sgt bercerita dgnnya n mamanya sbb cikgu belikan dia buku2 ulangkaji. Menurut akak Din, Din ni kurang kasih sayang,sebab mamanya sibuk cari rezeki,akaknya pun sama,jadi dia mcm rasa tak disayangi. Bila Encik Abah layan dia baik,dia rasa bersemangat cket nak belajar..terharu pulak me dgr.

Pastu me ckp dgn Encik Abah, jom cari anak angkat yang masih kecik pulak, yang boleh me pegang n peluk2..yg ni dah besar sgt,lelaki pulak tu. Encik Abah senyum je..

Mungkinkah dah tiba masa untuk kami pertimbangkan persoalan itu secara serius?