Thursday, 31 October 2013

Kebaikan kulit kayu manis

Assalamualaikum..

Masa mula2 doc bgtau yg me menghidapi PCOS, me mmg stress sgt2..me selalu google sana sini nak tau mcm mana nak rawat PCOS ni,n kebanyakan yg me jumpa adalah melalui diet je..kena amalkan diet yang sihat..n byk juga yg suggest try cinnamon powder atau serbuk kulit kayu manis..


Bila dah tau kebaikan kulit kayu manis ni,mula la berangan nak beli..tp berangan saja la..berangan nak beli,pastu automatik jadi sihat,gitu? Angan-angan tinggal angan2 je,hinggalah beberapa minggu lepas..me terjumpa cinnamon powder ni kat pasaraya..me beli brand McCormick,harga RM7.90 kalo x silap utk 32g..bila dah beli terus berangan jadi sihat padahal tak guna pun lagi..berangan lagi? tinggal la cinnamon powder tu dalam beg,hinggalah minggu lepas me kuatkan semangat nak try..huhu..biasalah 1st step mmg susah kan..

Kita tgk dulu apa kebaikan benda ni..

-boleh kawal kandungan gula dalam darah

-mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) utk elakkan sakit jantung

-mengurangkan keradangan akibat arthritis,sebab ada kesan anti-inflammatory (anti-radang)

-mengelakkan kanser daripada merebak dgn cepat

-mengurangkan sakit senggugut

-rawatan kesuburan - cinnamon mengandungi cinnamaldehyde yang boleh mengawal hormon dengan cara meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan hormon testosterone dalam badan wanita 

-brain booster - meningkatkan konsentrasi


Macam mana nak guna cinnamon powder ni?

-Tambahkan dalam kopi atau teh.
-sprinkel kat atas roti bakar,atau campurkan dalam cereal atau oat.
-tabur atas apa2 jenis makanan seperti kek dan pie.
-tambah dalam jus.
-tambah dalam yogurt.

Me dah cuba part yang tambah dlm yogurt n cereal tu,tapi me takleh letak byk2 la..sbb cinnamon ni rasa dia kuat,kalo letak byk jadi x sedap plak..huhu..lepas ni nak try letak dalam teh..lagipun mmg xleh letak byk pun, sebab kalo letak byk boleh menyebabkan masalah penghadaman, meningkatkan kadar denyutan jantung dan perpeluhan..dalam sehari tu hanya setengah sudu teh je pun dah cukup..

Sumber : sana, sini dan sinun 


Wednesday, 30 October 2013

Tuesday, 29 October 2013

cerita pagi tadi..

Assalamualaikum..

Sekarang ni kan..ada beberapa TTCian yg post kat group TTC kat FB tu,psl urine test guna clorox..me tak fhm sgt mcm mana nak buat test tu? campurkan urine dlm clorox pastu kalo berbuih maksudnya pregnant eh? xtau la...

So pagi tadi bila bangun dr tido,me tetiba terfikir nak buat test tu..so masuk toilet n tuang clorox dlm mangkuk..masa nak tuang clorox tu,tetiba ternampak satu UPT yg x digunakan lagi..me fikir,drpd confuse2 guna clorox baik guna UPT ni je kan...

So me pun pee la on that stick..sekali naik double line!!

Betul ke ni?? Mcm x percaya jek..betul ke?? tapi kan...

Hari ni baru CD 12..xkan double line pregnant? mustahil..mustahil..

Hmm mungkin double line tu maksudnya hari subur kot? tapi ye ke?ade ke teori tu?

Pening2 fikir kenapa mcm tu??

Fikir-fikir..

Fikir-fikir lagi...

Pastu tetiba handphone berbunyi...sapa lah plak call ni...

Rupanya...


Alarm!! 7.00am..
Snooze/Quit


Hikhik..mimpi la..dah lambat bangun ni..

Hehe..sekali mimpi rupanya..adoihai...

Sorry ye,buang masa u all baca entry merepek ni..hihi

Tapi best kan mimpi dpt double line..mesti u all pun pernah mimpi mcm tu kan?




Monday, 28 October 2013

Viscaria : Hampir Siap...

Assalamualaikum..

Dah lama tak update pasal our Viscaria..last update psl pengeluaran Akaun 2 KWSP utk byr deposit..dah hampir setahun yang lepas..

Sekarang Viscaria dah hampir siap pun..lebih kurang 2 minggu lepas kitorg jalan2 masuk area perumahan tu, saja nak tgk perkembangan..(padahal setiap minggu pun lalu,sbb dekat ngan rumah MIL..hehe..)



jalan dah di tar..


pokok-pokok dah di tanam..

aanndd..dah ada nombor rumah :)

InsyaAllah..hujung Nov atau awal Dec boleh dpt kunci..tapi rasanya lambat lagi kami masuk rumah ni,byk nak dibuat..

*grill
*cornice
*tinted cermin
pecah dapur
kitchen cabinet
*langsir
autogate
alarm
cat

Tu semua perlu modal yg besarrr..uhu..simpanan pun x berapa nak ada ni..mungkin buat sikit2 n basic je dlu.. dulukan yang ada * tu.. 
-grill mmg wajib ada-utk keselamatan
-cornice lagi baik buat dlu sblum pindah masuk brg2,kalo x susah contractor nak wat keje nanti.. 
-tinted cermin tu kena buat sebelum pasang grill,actually kalo x buat pun xpe..tp orang kata kalo x tinted rumah jadi panas n langsir cepat pudar..
-pecah dapur n KC tu hold dlu kot..tp dapur kalo x pecah jadi sempit sbb ada dinding yg pisahkan wet n dry kitchen..
-autogate,alarm pun sama..kalo ada duit terpijak baru leh buat
-cat - biar la cat asal pudar dlu..hoho..

Pening kepala gak nak masuk rumah ni kan..
Semoga urusan kami dipermudahkan..n rezeki kami nak masuk rumah baru ni.. :)

Friday, 25 October 2013

jumaat : Syirik

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian untuk rakan-rakan seperjuangan..

Syirik.Menyekutukan Allah..daripada kita sekolah dulu kita dah di ajar mengenai syirik..bila sebut je syirik,semua mesti terbayang menyembah berhala,menyembah benda-benda lain selain Allah..atau dalam makna sebenar  syirik adalah 

perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada dengan perkataan, pegangan, perbuatan dan iktikad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu Allah

Syirik terbahagi pada dua iaitu

Syirik Jali (terang dan nyata) : boleh jadi melalui i'tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah, melalui perbuatan seperti menyembah berhala, dan melalui lidah seperti mengaku keluar dari Islam..

Syirik Khafi (sembunyi) : riak dalam beramal ibadat..boleh menyebabkan luputnya pahala..

Apa yang me nak kongsikan adalah kita sebagai TTC yang selalu jumpa doktor dan makan ubat ni selalu sgt terdedah dgn syirik,jika kita tak berhati2..contoh:

"kau cuba pergi klinik Dr.Si Polan, aku dengar Si Minah tu berjaya pregnant lepas jumpa doktor tu"

atau

"aku kena makan ubat yg doktor bagi ni,kalau tak aku tak boleh pregnant"

nampak tak?

kdg2 kalo kita tak berhati2 terlalu percaya pada kuasa seseorang doktor,atau sesuatu ubat tu..kita boleh jatuh syirik..sebab kita menafikan kuasa Allah yang sebenarnya yg beri kita rezeki pregnant tu..sedangkan doktor atau ubat tu hanyalah ikhtiar kita,sebagai perantara atau asbab yg menyebabkan kita pregnant..Allah lah yang berkuasa menentukan..

Jadi,jgn lupa sebut InsyaAllah.. 
InsyaAllah dgn usaha berjumpa doktor n makan ubat ni Allah bagi rezeki..

Wallahu a'lam..
Maaf jika ada yang tersalah...
Bacaan asal : sini dan sini


Thursday, 24 October 2013

mcm baru kahwin :)

Assalamualaikum..

Nak bgtahu,semalam petang hujan..x g joging lagi..tapi g mkn roti canai n teh ais! sedap..haha..

Mlm td seperti biasa,bergayut dgn Encik Abah,maklumlaa org PJJ kan..Encik Abah kata rindu..hehe..sabar ye..Encik Abah kata "kita dah 2 tahun lebih kahwin,tp rasa mcm baru je kahwin kan"..huhu..me iyekan aje..sbb me pun rasa mcm tu..dah 2 tahun 7 bulan usia perkahwinan,tp still rasa mcm pengantin baru..huhu..mana taknya..jumpa seminggu sekali je..kalo dikira hari kami bersama berdua x sampai 2 tahun pun..pastu g mana2 berdua je,g jalan,g taman,g shopping..g rumah saudara mara....sampai ada sekali tu,SIL tegur, "korg ni berkepit je berdua kan..." haha..jeles lettew! 

Me bahagia bila berdua dgn Encik Abah,walaupun duduk jauh,tp selalu telefon n msg..mmg rasa mcm org bercinta..hehe..tp bila gaduh rs geram je,tp Encik Abah x pandai gaduh lama2..biasa dia akan mengalah n x pndang serius pun gaduh tu..biasa la kan..Alhamdulillah sangat dgn kebahagiaan ini.. me percaya,ramai kwn2 TTC pun sama mcm me..kita dianugerahkan dgn suami yang paling baik utk kita kan..

Tapi semalam me ada terbaca kat paper, rujuk sini..si suami ni belasah si isteri sebab disuruh buat ujian SFA..hmm sampai kena belasah si isteri tu,kasihan kan..tapi dlm paper tu bgtau yg si isteri ni pun tuduh si suami mandul,sbb tu kena belasah..agaknya suami dia rasa tercabar la bila dituduh mcm tu..n suami tu pun buat laporan polis sbb isteri tendang kereta dia sampai kemek..pendapat me la..kalo dua2 sama2 bertoleransi xkan jadi mcm ni..bincang elok2 kan boleh..n kalo rasa cinta n syg sesama sndr tu masih ada,perkara mcm ni xkan berlaku..Nauzubillah! Semoga kita xkan alami perkara mcm ni...

*Al-Fatihah pada mangsa rompakan bank semalam..


Wednesday, 23 October 2013

musim Tengku Jo

Assalamualaikum..

Sekarang ni musim hujan,petang je hujan,petang je hujan..lebat pulak tu..jadinya,plan nak joging selalu je cancel..huhu..bila dah semangat nak start joging ada je halangan..hehe.. (padahal bila hujan suka gila,ada alasan tamau g joging,hihi)

Bila dah hujan tu,biasanya plan balik rumah nak wat poco-poco ke,tarian zumba mcm Yani share tu ke..tapi kan...tapi kan...erm...erm...bila dah sampai rumah kan..x jadi lah! Baring2 lepak2 lagi best..haha..tarian Zumba tu belum berkesempatan nak tgk lagi...kalo poco2 dlu me selalu gak wat kat rumah,tp dah lama tak buat..ntah ingat step ke tak..belajar poco2 pun masa g induksi..dah masuk hari ke 3 baru dpt tangkap step dia..

Hmm..petang ni xtau la jadi ke tak joging,cuaca pagi ni mcm mendung jek..tp mmg dah standby baju n kasut joging dlm kereta..hospital tmpat me keje ni tepi pantai je..kalo nak g joging balik keje salin baju terus g joging..kat Mersing ni best, boleh pilih nak joging tepi pantai ke nak joging naik tangga ke,atau nak joging kawasan berbukit..semua dekat2 dgn hospital..pilih je..yang penting semangat!